Tak Apalah Saya Mungkin Takkan Jadi Pm Kata Anwar


freemalaysiatoday.com
FMT Reporters
-October 8, 2021 6:52 PM
Ketua pembangkang, Anwar Ibrahim reda dengan kemungkinan tidak akan menjadi Perdana Menteri susulan pendedahan ‘Kertas Pandora’.
PETALING JAYA: Anwar Ibrahim reda dengan kemungkinan beliau tidak akan menjadi Perdana Menteri, terutama selepas mengemukakan soalan berhubung “Kertas Pandora” yang mengaitkan beberapa pemimpin dahulu dan kini.

Ditanya radio ABC Australia sama ada beliau akan memegang jawatan itu suatu hari nanti, Ketua Pembangkang itu berkata, tindakannya membangkitkan isu Kertas Pandora pasti menyukarkan perkara itu, apabila ramai golongan berkuasa, termasuk elit politik dan konglomerat yang akan menentangnya.

“Saya tidak risaukan perkara itu. Saya cuma melakukan tugas saya, ‘que sera sera’ (apa yang hendak terjadi akan terjadi).

“Jika saya terus menjadi Ketua Pembangkang, baiklah. Jika (menjadi) Perdana Menteri, saya akan ucapkan syukur kepada Tuhan.”

Katanya, beliau telah berbincang dengan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mengenai kebocoran maklumat itu petang semalam dan Naib Presiden Umno itu meminta pandangannya mengenai apakah yang boleh dilakukan berhubung isu itu.

“Saya kata beliau mesti melakukan siasatan penuh. Isu ini bukannya baharu. Pada 2012, saya telah membangkitkan mengenai laporan integriti kewangan global yang turut melibatkan ratusan bilion ringgit (luar pesisir). Kemudian pada 2015 pula ‘Kertas Panama’.”

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, disebabkan itu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh mengatakan isu itu baharu, sebaliknya perlu segera melakukan siasatan.

Katanya, aktiviti rasuah di Malaysia tidak menunjukkan keadaan lebih baik, malah memetik skandal kes SPRM baru-baru ini melibatkan barang kes bernilai jutaan ringgit yang menyaksikan penangkapan tiga pegawai badan antirasuah itu.

“Tiada sesiapapun akan percaya mengenai pendirian antirasuah sehingga anda bersedia mengambil langkah tegas untuk mengukuhkan SPRM.”

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/10/tak-apalah-saya-mungkin-takkan-jadi-pm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kata Kata Padu Namron Mungkin Akan Buat Stesen Tv Yang Nk Sangat Artis Ada Follower 1 Juta Terdiam

Kata Kata Padu Namron Mungkin Akan Buat Stesen Tv Yang Nk Sangat Artis Ada Follower 1 Juta Terdiam

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 286 hits
Tndakan pelakon Namron memuat naik foto tidak berbaju di laman Instagarm miliknya baru baru ini hanyalah respons terhadap kenyataan berhubung syarat stesen TV
Hiburan Sama Sama Pelat Mungkin Ada Jodoh King Coco Kata Tak Minat Kenal Dengan Caprice

Hiburan Sama Sama Pelat Mungkin Ada Jodoh King Coco Kata Tak Minat Kenal Dengan Caprice

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 398 hits
Sekian lama menyepi daripada media sosial pemilik nama King Coco atau nama sebenarnya Marshaira Ismail kembali menjadi buah mulut netizen apabila dia tampil mendedahkan bahawa sudah bercerai dengan suaminya Azrin Anas Abdul Shukor ARTIKEL B...
Dengar Dulu Boleh Takkan Ismail Sabri Kata Baru Peringkat Draf Lebong Kuat

Dengar Dulu Boleh Takkan Ismail Sabri Kata Baru Peringkat Draf Lebong Kuat

papar berkaitan - pada 26/9/2021 - jumlah : 233 hits
Terkini Timbalan Menteri Pertanian dedah RUU355 akan dibentangkan di Parlimen tidak lama lagiSeptember 26 2021Program penerangan secara besar besaran mengenai Rang Undang Undang Mahkamah Syariah 2021 atau RUU 355 kepada masyarakat majmuk di...
Francais Fast Furious Mungkin Takkan Habis Setakat Filem F10 F11

Francais Fast Furious Mungkin Takkan Habis Setakat Filem F10 F11

papar berkaitan - pada 10/10/2021 - jumlah : 297 hits
Penulis lakonlayar asal filem Fast Furious Gary Scott Thompson menyatakan yang filem kesepuluh dan kesebelas francais berkenaan mungkin bukan menandakan yang francais tu akan berakhir Menurutnya francais tersebut sememangnya menjadi lubuk d...
Saya Que Sera Sera Kata Anwar Ibrahim Bakal Pm Kita Selamanya

Saya Que Sera Sera Kata Anwar Ibrahim Bakal Pm Kita Selamanya

papar berkaitan - pada 9/10/2021 - jumlah : 297 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim hari ini berkata dia sekadar menerima dan menyerahkan kepada takdir sama ada dia akan menjadi perdana menteri suatu hari nanti atau kekal sebagai ketua pembangkang Anwar 74 berkata demikian dalam wawancara dengan ...
Salahguna Bantuan Kepada Rakyat Anwar Kata Jangan Salahguna Bantuan Dana Tambahan Rm45 Bilion Perlu Khusus Untuk B40

Salahguna Bantuan Kepada Rakyat Anwar Kata Jangan Salahguna Bantuan Dana Tambahan Rm45 Bilion Perlu Khusus Untuk B40

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 236 hits
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan dana tambahan RM45 bilion perlu khusus untuk bantu golongan B40 seperti yang dipersetujui dalam MoU persefahaman politik
Kalau Tandatangan Mou Mungkin Ahli Parlimen Warisan Tidak Didakwa Kata Shafie

Kalau Tandatangan Mou Mungkin Ahli Parlimen Warisan Tidak Didakwa Kata Shafie

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 239 hits
Presiden Warisan Shafie Apdal juga menegaskan Warisan tidak perlu menandatangani MoU dengan kerajaan sebaliknya boleh duduk semeja dengan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob jika mahu membincangkan hal berkepentingan untuk rakyat KUALA LUMP...
Mungkin Benar Kata Najib Kehilangan Pulau Batu Puteh Salah Dr M Kata Pemimpin Dap

Mungkin Benar Kata Najib Kehilangan Pulau Batu Puteh Salah Dr M Kata Pemimpin Dap

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 211 hits
Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menarik balik permohonan semakan kes Pulau Batu Puteh pada 2018 atas alasan ia tidak boleh dimenangi PETALING JAYA Kenyataan bekas Perdana Menteri Najib Razak bahawa Dr Mahathir Mohamad bertanggungj...
Rangkuman Parlimen Tiada Undi Percaya Anwar Dulu Terhina Kini Setaraf Menteri

Rangkuman Parlimen Tiada Undi Percaya Anwar Dulu Terhina Kini Setaraf Menteri

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 257 hits
agendaily com13 10 2021Bangunan Parlimen Malaysia Hari ini berakhir Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke 14 yang bersidang selama 17 hari yang menyaksikan blok pembangkang hilang taring selepas menandatangani Memorandum Persefahama...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Dividen Asb 2024 Kadar Bonus Dan Cara Pengiraan


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Lima Lelaki Warga Indonesia Ditembak Ditinggalkan Di Hospital Serdang Dalam Keadaan Parah

Pertama Kali Dalam Sejarah Denmark Pendakwa Raya Fail Pertuduhan Kes Hina Al Quran

Pemuda Amanah Akui Sukar Saingi Pas

Acara Harith Iskander Di Dewan Filharmonik Petronas Dibatal

Cara Untuk Bersangka Baik Dalam Kehidupan

Naim Garcia Calon Pemain Warisan Baru Perkuat Harimau Malaya