Tak Apa Label Saya Pengkhianat Tapi Mereka Pengkhianat Besar Tun Mahathir


Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan Malaysia akan menarik diri daripada Statut Rome Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) berikutan kekeliruan yang timbul dari segi politik dan dalam kalangan masyarakat.
Sambil menegaskan bahawa keputusan itu dibuat bukan disebabkan statut itu membahayakan negara, beliau pada sidang akhbar di Putrajaya, hari ini, berkata kerajaan sedar bahawa ia adalah langkah politik untuk mendapatkan sokongan daripada Raja-Raja.
“Memanglah, sesetengah anggota kerabat diraja mungkin terlibat. Tetapi keseluruhan rancangan ini adalah supaya kerabat diraja di Malaysia menentang kerajaan sekarang.
“Itulah motifnya. Tetapi disebabkan kekeliruan ini dan kekeliruan dalam kalangan Raja-Raja, kami membuat keputusan untuk tidak mengiktiraf statut berkenaan.
“Kami menarik diri bukan sebab Statut Rome membahayakan kami, sebaliknya disebabkan kekeliruan yang ditimbulkan oleh sesetengah orang, termasuk mereka yang bercita-cita politik. Kami tahu (perkara) ini,” katanya sambil menambah keputusan untuk menarik diri dicapai secara bersama dalam mesyuarat mingguan kabinet.
Dr Mahathir yang jelas kelihatan kurang senang, berkata beliau tahu ada percubaan untuk memburuk-burukkan kerajaan Pakatan Harapan dan diri beliau sendiri selaku perdana menteri, menggunakan isu Statut Rome dengan mendakwa kerajaan telah menyerahkan semua kuasa kepada pihak asing.
“Saya amat terkejut apabila ada orang yang cuba menggunakan penerimaan Statut Rom ini sebagai bukti bahawa kerajaan telah menyerahkan segala-galanya kepada statut ini.
“Tiada satu cara pun untuk mereka ambil tindakan ke atas kita, jika sebagai contoh, kerajaan terdahulu ‘bossku curi duit’, kami mengambil tindakan berlandaskan undang-undang dan tiada apa juga cara untuk mereka campur tangan,” katanya yang nyata merujuk kepada bekas perdana menteri Najib Razak.
“Tetapi sekarang dalam isu ini, mereka nak cuba nak gunakan untuk memburukkan kerajaan terutama melabelkan saya sebagai pengkhianat kepada bangsa saya.
“Tak apalah, mereka dah label saya pengkhianat. Mereka pengkhianat besar.
“Masa Najib curi duit, jual tanah dan buat macam-macam, mereka tidak tegur satu patah pun. Mereka bersembunyi (dan) saya pun tak tahu di mana, tetapi mereka bimbang tindakan mungkin diambil ke atas mereka,” katanya.
Dr Mahathir berkata memandangkan kerajaannya menjunjung kedaulatan undang-undang dan mahu mengambil tindakan ke atas mereka, pihak ini membangkitkan isu Statut Rome.
“Ini adalah isu politik, bukan persoalan tentang undang-undang, sebaliknya percubaan untuk memburuk-burukkan nama kerajaan ini dan nama saya. Saya tahu kenapa… sebab saya sentiasa tegas dengan pengubahan wang haram.
“Siapa jua yang melanggar undang-undang, kami tak peduli siapa mereka, kami akan ambil tindakan. Kami tak peduli sama ada mereka putera raja atau papa kedana. Itu pendirian kami.
“Tetapi, mereka berjaya menimbulkan kekeliruan dalam minda rakyat kononnya undang-undang ini menidakkan hak orang Melayu dan Raja-Raja. Ini sama sekali mengarut. Mereka tak mungkin datang dan menyingkirkan Raja kita sebab ada tentera yang mungkin telah menembak seseorang. Itu tidak boleh dilakukan,” katanya.
Dalam perkara ini, menurut Dr Mahathir, Yang di-Pertuan Agong bukanlah seorang eksekutif atau ketua negara, sebaliknya baginda bertindak atas nasihat perdana menteri.
“Memanglah, mereka boleh datang dan ambil tindakan ke atas saya. Tetapi untuk apa? Adakah saya akan bunuh orang? Adakah saya akan menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu?
“Sayalah yang paling membantu orang Melayu lebih daripada sesiapapun sehinggalah saya dikenali sebagai ‘Ultra Malay’. Tetapi kini mereka cuba merosakkan imej itu demi memajukan kerjaya politik mereka,” katanya.
Sungguhpun ada pihak beranggapan mereka boleh mencuri tanpa dikenakan sebarang tindakan sekiranya kerajaan tidak menandatangani statut itu, Dr Mahathir berkata kerajaan tetap akan mengambil tindakan ke atas sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang tanpa mengira siapa mereka.
Ketika ditanya kenapa beliau begitu marah berhubung perkara itu, Dr Mahathir berkata: “Saya melihat ini sebagai satu cara untuk menconteng arang di muka saya, sebab mereka tahu mereka tidak boleh senang-senang menyingkirkan saya, jadi mereka perlu mencemarkan nama baik saya.
“Sama seperti dulu semasa saya dipanggil Maha Zalim tetapi mereka terima saya sebagai pemimpin mereka.
“Perkara ini berlaku dalam politik, tetapi saya dapati percubaan tertentu ini untuk mendapatkan pembabitan Raja-Raja, untuk mencari pengaruh, supaya Raja-Raja menandatangani sesuatu bagi menentang saya. Dalam hubungan ini, saya fikir saya perlu cakap terus terang… bahawa mereka tidak boleh melakukannya.
“Bukan sebab kami takut kepada mereka, tetapi sebab mereka menggunakan politik ini ke atas orang yang jahil,” katanya. – Baca lanjut sumber Malaysiakini

KLIK BACA: Bersihkan bilik penjara Sg Buloh, penghuni baru mungkin masuk, seloroh Anwar
KLIK BACA: Kejayaan terbesar PH heret ‘perompak’ negara ke mahkamah, kata Anwar
KLIK BACA: Peguam Negara dedah kad kredit Najib belanja RM600 di butik Chanel
KLIK BACA: 3 April Najib dilantik PM, 3 April Najib didakwa pecah amanah jenayah
KLIK BACA: “Ada klepto berserban jadi imam, ahli syurga berduyun-duyun pergi ke SPRM” – Rafidah
KLIK BACA: Cukai LHDN RM1.5b, Tun Mahathir mahu mufliskan Najib?
The post “Tak apa label saya pengkhianat tapi mereka pengkhianat besar” – Tun Mahathir appeared first on Malaysian Review.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianreview.com/191461/tak-apa-label-saya-pengkhianat-tapi-mereka-pengkhianat-besar-tun-mahathir/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tun Dr Mahathir Umumkan Menteri Besar Johor Letak Jawatan

Tun Dr Mahathir Umumkan Menteri Besar Johor Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 392 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu sebentar tadi bahawa Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian telah meletakkan jawatan semalam Beliau berkata Osman Ahli Dewan Undangan Negeri Kempas menyerahkan dua surat pelet...
Tun Mahathir Tidak Hadir Ceramah Kemuncak Ph Streram Pula Yakin Menang Besar Viralhancing

Tun Mahathir Tidak Hadir Ceramah Kemuncak Ph Streram Pula Yakin Menang Besar Viralhancing

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 303 hits
REMBAU 12 April Seperti yang dijangka Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak hadir dalam ceramah kemuncak PH bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Rantau di sini malam ini Gambar UtusanSebelum ini gambar Perdana Men...
Cubaan Conteng Arang Di Muka Saya Dulu Mereka Tak Tegur Bersembunyi Tun Mahathir

Cubaan Conteng Arang Di Muka Saya Dulu Mereka Tak Tegur Bersembunyi Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 356 hits
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan Malaysia akan menarik diri daripada Statut Rome Mahkamah Jenayah Antarabangsa berikutan kekeliruan yang timbul dari segi politik dan dalam kalangan masyarakat Sambil menegaskan bahawa...
Tun Mahathir Ingatkan Tmj Boleh Kritik Kerajaan Tapi Jangan Langgar Undang Undang

Tun Mahathir Ingatkan Tmj Boleh Kritik Kerajaan Tapi Jangan Langgar Undang Undang

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 375 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyerahkan kepada Tunku Mahkota Johor samada mahu menyertai politik Foto The Malaysian Insight Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim bebas mengkritik ter...
Tun Mahathir Akhirnya Sedar Beliau Hanyalah Perdana Menteri Sementara

Tun Mahathir Akhirnya Sedar Beliau Hanyalah Perdana Menteri Sementara

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 292 hits
Alhamdulillah kini Tun Mahathir dalam usianya menginjak 94 tahun nampaknya semakin sedar mengenai kedudukan dirinya yang hanya bersifat sementara itu Diharapkan pendirian beliau ini kekal sehingga peralihan kuasa yang dijanjikan benar benar...
Tun Mahathir Hendak Cepat Kerana Sudah Tidak Punya Banyak Masa Untuk Lakukan Yang Sepatutnya Demi Negara

Tun Mahathir Hendak Cepat Kerana Sudah Tidak Punya Banyak Masa Untuk Lakukan Yang Sepatutnya Demi Negara

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 253 hits
Dr Mahathir Mohamad berkata beliau perdana menteri yang tidak mempunyai banyak masa lagi kerana mengambil kira usianya yang mencecah 93 tahun itu Saya bertuah untuk hidup selama ini Sebenarnya saya tidak patut hidup lagi untuk menyaksikan a...
Saya Sudah Tua Tak Banyak Masa Lagi Sebab Itu Saya Tergesa Gesa Tun Mahathir

Saya Sudah Tua Tak Banyak Masa Lagi Sebab Itu Saya Tergesa Gesa Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 268 hits
Saya sudah tua tak banyak masa lagi sebab itu saya tergesa gesa Tun MahathirDr Mahathir Mohamad berkata beliau perdana menteri yang tidak mempunyai banyak masa lagi kerana mengambil kira usianya yang mencecah 93 tahun itu Saya bertuah untuk...
Sebak Sejurus Terima Kunjungan Tun Mahathir

Sebak Sejurus Terima Kunjungan Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 268 hits
WARGA emas yang terlantar sakit Othman Bakar 67 di Kampung Sungai Kelibang di Langkawi sebak sejurus menerima kunjungan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di rumahnya hari ini Isterinya Hindun Abdul Rahman 66 berkata suaminya lumpuh se...
Samsung Mengumumkan Pengeluaran Cip 5g Mereka Secara Besar Besaran

Samsung Mengumumkan Pengeluaran Cip 5g Mereka Secara Besar Besaran

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 280 hits
Teknologi 5G dijangka akan mula diperkenalkan di Malaysia seawal 2021 Ini adalah lewat dua tahun berbanding Korea Selatan yang memperkenalkannya kepada pengguna awam Mac tahun ini Terdapat pelbagai syarikat yang mula mengeluarkan cip 5G mer...
Optimizing Your Twitter Feed Strategies For Positive Content Filtering

Adapting To Consumer Behavior

Keluarga Berang Terima Kiriman Jenazah Individu Lain

Mcmc S Police Report Against Writer Murray Hunter Is High Handed And Has A Chilling Effect On Freedom Of Speech

There Is An Awakening

Rm232mil Road Project Awarded To Nepturis Witness Tells Wan Saiful Trial

App Inarah

Netizen Mohon Maaf Asyik Mengutuk Ruhainies Beri Respon Saya Dah Tak Fikir Sekarang Nak Fokus On Being Happy



5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Racun Rihanna Slot Samarinda TV3


Yerba Mate Teh Hijau Banyak Manfaat

Beringatlah Semua

From Mr Olayemi Michael Cardoso

Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

Berhari Raya Lagi Rumah Saudara Sepupu

Couple Urges Police Mcmc To Act Against Alleged Blackmailer