Tak Ada Seorang Pun Mati Di Tangan Zakir Naik
ainulillia  Gesa tarik balik kenyataan negatif terhadap pendakwah terkenal
BANGI– Pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik bukan ancaman buat negara,  sebaliknya beliau adalah pakar yang berhujah dengan ilmu perbandingan  agama, kata Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Mohd Salleh. 
Beliau  berkata, pemimpin Malaysia khususnya pemimpin Islam wajar menerima baik  kehadiran Dr Zakir Naik kerana ilmu dan kehebatannya berhujah  berlandaskan fakta dan dalil.
Katanya,  Presiden PAS sebelum ini telah menegur sebahagian pemimpin kerajaan dan  mengingatkan orang Islam yang bertindak berlebih-lebihan menanam  kebencian terhadap Dr Zakir Naik.
“Kita  menyokong kenyataan Presiden PAS agar semua pihak tidak bertindak di  luar batasan dan menganggap keberadaan Dr Zakir Naik sebagai pencetus  kepada suasana tidak harmoni,” katanya.
Justeru,  Ustazah Nuridah yang juga Ahli Dewan Negara menggesa pemimpin kerajaan  menarik-balik kenyataan-kenyataan berbaur sentimen negatif yang  dilemparkan kepada Dr Zakir Naik.
“Selagi mana  tidak ada seorang pun yang pernah mati di tangan Zakir, bererti beliau  bukan satu ancaman besar yang mesti ditakuti oleh rakyat Malaysia  terutama yang bukan Islam. 
“Sesungguhnya Islam datang membawa rahmat dan kesejahteraan kepada seluruh alam,” katanya.
Terdahulu,  Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilaporkan melarang pendakwah terkenal itu  daripada menyampaikan ceramah awam di seluruh negara.
Perkara itu disahkan Ketua Komunikasi Korporatnya, Datuk Asmawati Ahmad yang menyatakan ia dilakukan demi keselamatan negara.
Perdana  Menteri, Tun Dr Mahathir turut memaklumkan bahawa status penduduk tetap  (PR) yang diberikan kepada pendakwah itu juga sedang dalam pemerhatian.
Dr Zakir  kini sedang disiasat polis di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu  sengaja mengaibkan dengan niat membangkitkan pecah keamanan.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2019/08/tak-ada-seorang-pun-mati-di-tangan.html