Tajuddin Digugur Sebagai Duta Indonesia Kata Sumber Kerajaan


freemalaysiatoday.com
Anne Muhammad
-July 11, 2022
Tajuddin Abdul Rahman

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman digugurkan sebagai duta besar Malaysia ke Indonesia, menurut sumber kerajaan.

Sumber itu mengesahkan nama Tajuddin tidak terkandung dalam senarai terbaru penerima watikah pelantikan diplomat ke luar negara daripada Yang di-Pertuan Agong esok.

Menurutnya lagi, kerajaan “berubah hati” mengenai pelantikan Tajuddin.

“Sebab itu nama dia tak dimasukkan dalam senarai utusan terbaharu yang akan terima surat watikah daripada Yang di-Pertuan Agong esok,” katanya kepada FMT.

Ketika dihubungi, Tajuddin enggan mengulas dan meminta FMT merujuk isu itu kepada Wisma Putra.

“Tiada komen. Tanyalah Kementerian Luar ke, tanya perdana menteri ke, saya mana tahu,” katanya kepada FMT.

FMT sedang menghubungi Menteri Luar, Saifuddin Abdullah dan timbalannya, Kamaruddin Jaffar.

Pelantikan Tajuddin mengundang kritikan daripada pelbagai pihak termasuk bekas diplomat.

Awal bulan ini, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata pihak yang mendesak Tajuddin digugurkan sebagai duta besar ibarat mempertikaikan kuasa Agong, kerana pelantikan beliau sudah diperkenan.

Tajuddin sebelum ini menyifatkan sebahagian kritikan berhubung pelantikannya sebagai “tidak adil”.

“Mereka tidak kenal saya, cuma tahu saya orang tua, sedangkan saya sudah berkhidmat dengan kerajaan, negara dan rakyat lebih 45 tahun lalu, sejak berusia 25 tahun lagi. Tetapi, saya dilayan seolah-olah seperti saya ‘orang tepi jalan’.”

Beberapa pihak dalam Umno turut mendesak Tajuddin digugurkan sebagai duta besar ke Indonesia kerana tindakannya menyerang presiden Ahmad Zahid Hamidi secara terbuka yang disifatkan sebagai “memalukan”.

Dalam sidang medianya sebelum ini, Tajuddin menggesa Zahid berundur daripada jawatan presiden Umno.

Petisyen juga dilancarkan di Change.org untuk menggesa pelantikan Tajuddin sebagai duta besar ke Indonesia dibatalkan, yang mengumpulkan lebih 35,000 tandatangan setakat hari ini.

Pada Mei 2021, Ahli Parlimen kontroversi itu digugurkan daripada jawatannya sebagai pengerusi Prasarana Malaysia Berhad, beberapa hari selepas sidang medianya yang mendapat kritikan berhubung perlanggaran dua tren LRT.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/07/tajuddin-digugur-sebagai-duta-indonesia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Desak Gugur Tajuddin Sebagai Duta Besar Ibarat Pertikai Kuasa Agong Kata Pm

Desak Gugur Tajuddin Sebagai Duta Besar Ibarat Pertikai Kuasa Agong Kata Pm

papar berkaitan - pada 2/7/2022 - jumlah : 153 hits
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata pelantikan Tajuddin Ramli sebagai duta besar tidak perlu dipertikai kerana sudah diperkenan Agong KUALA LUMPUR Ismail Sabri Yaakob berkata pihak yang mendesak ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Ab...
Kerajaan Gugurkan Ahli Parlimen Pasir Salak Sebagai Duta Besar Malaysia Ke Indonesia

Kerajaan Gugurkan Ahli Parlimen Pasir Salak Sebagai Duta Besar Malaysia Ke Indonesia

papar berkaitan - pada 12/7/2022 - jumlah : 471 hits
PETALING JAYA Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman digugurkan sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia menurut sumber kerajaan Sumber itu mengesahkan nama Tajuddin tidak terkandung dalam senarai terbaru penerima watika...
Isu Duta Besar Indonesia Tajuddin Sendiri Akan Keluar Kenyataan Kata Pm

Isu Duta Besar Indonesia Tajuddin Sendiri Akan Keluar Kenyataan Kata Pm

papar berkaitan - pada 14/7/2022 - jumlah : 158 hits
Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman sebelum ini dilaporkan digugurkan sebagai duta besar Malaysia ke Indonesia menurut sumber kerajaan KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman akan mengeluarkan satu kenyataan...
Duta Besar Ke Indonesia Tarik Balik Lantikan Tajuddin

Duta Besar Ke Indonesia Tarik Balik Lantikan Tajuddin

papar berkaitan - pada 1/7/2022 - jumlah : 174 hits
Duta Besar ke Indonesia Tarik balik lantikan TajuddinPosted By on June 30 2022Ahli Parlimen Bukit Bendera Wong Hon Wai menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob agar menarik balik pelantikan Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Ser...
Shinzo Abe Kerajaan Dan Rakyat Indonesia Ucap Takziah

Shinzo Abe Kerajaan Dan Rakyat Indonesia Ucap Takziah

papar berkaitan - pada 9/7/2022 - jumlah : 219 hits
Shinzo Abe Kerajaan dan rakyat Indonesia ucap takziah nbsp Dikemas kini 6 jam yang lalu Diterbitkan pada 8 Jul 2022 11 30PM
Indonesia Bikin Kerajaan Malaysia Resah

Indonesia Bikin Kerajaan Malaysia Resah

papar berkaitan - pada 14/7/2022 - jumlah : 180 hits
Berkuat kuasa serta merta Indonesia akan membekukan sementara kemasukan semua pekerja ke Malaysia berikutan pelanggaran syarat syarat dalam memorandum persefahaman pekerja domestik antara kedua dua negara yang ditandatangani hanya tiga bula...
Pemimpin Kerajaan Langsung Tiada Empati Kepada Rakyat Hanya Sibuk Bergaduh Dan Bertelagah Kata Asmuni

Pemimpin Kerajaan Langsung Tiada Empati Kepada Rakyat Hanya Sibuk Bergaduh Dan Bertelagah Kata Asmuni

papar berkaitan - pada 5/7/2022 - jumlah : 157 hits
Pemimpin kerajaan langsung tiada empati kepada rakyat hanya sibuk bergaduh dan bertelagah kata AsmuniJuly 5 2022 Dalam keadaan yang semakin tidak menentu pada hari ini baik dari aspek politik ekonomi dan kehidupan rakyat Malaysia seolah ola...
Tajuddin Sudah Sahkan Siapa Punca Mn Jadi Porak Peranda Kata Pas

Tajuddin Sudah Sahkan Siapa Punca Mn Jadi Porak Peranda Kata Pas

papar berkaitan - pada 29/6/2022 - jumlah : 228 hits
agendaily com28 06 2022Piagam Muafakat Nasional yang dimeteraikan ketika Himpunan Penyatuan Ummah pada 14 September 2019 Gambar FBPunca kerjasama Muafakat Nasional yang terjalin jadi porak peranda sudah diketahui berpunca daripada siapa kat...
Kerajaan Komited Kawal Kos Sara Hidup Rakyat Peruntukan Subsidi Ditambah Kata Menteri

Kerajaan Komited Kawal Kos Sara Hidup Rakyat Peruntukan Subsidi Ditambah Kata Menteri

papar berkaitan - pada 30/6/2022 - jumlah : 289 hits
Kerajaan komited kawal kos sara hidup rakyat peruntukan subsidi ditambah kata menteri Dikemas kini 46 minit yang lalu Diter
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi

Fadillah Sertai 4 000 Lebih Peserta Larian Kesedaran Autisme

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra

Tekanan Darah Turun Naik Bekas Pm Ismail Sabri Masih Lagi Perlukan Pemantauan Rapi Di Hospital

Zahid Hamidi Yakin Sprm Jalankan Siasatan Adil Kes 4 Pegawai Bekas Pm 9