Tajassus Jangan Ambil Tugas Malaikat



“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan berprasangka, kerana sesungguhnya sebahagian tindakan berprasangka adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain.” (Surah al-Hujurat, 49:12)
Tajassus membawa erti mencari-cari kesalahan dan aib orang lain. Berdasarkan ayat al-Quran di atas, Syeikh Abu Bakar bin Jabir berkata, haram ke atas orang-orang yang berusaha untuk mencari kesalahan dan menyelidiki aib-aib kaum muslimin dan menyebarkannya.
Rasulullah SAW ada meriwayatkan, Abu Hurairah berkata:
“Tidaklah seorang hamba menutupi aib orang lain di dunia kecuali Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat.” (Hadith Riwayat Muslim)
Jika kita berusaha untuk menutup aib dan cuba sedaya-upaya untuk tidak menyebarkannya melalui mana-mana ruang atau platform contohnya di media sosial atau di dunia nyata, Allah akan melindungi aib kita sama ada di dunia mahupun di akhirat.
Orang yang Tidak Tenteram
Manusia yang bersikap suka menjaga tepi kain oran lain dalam perkara-perkara yang tidak baik dengan alasan untuk mengambil berat, maka dia adalah di antara orang yang tidak tenang hidupnya.
Mengambil berat dan tajassus adalah dua perkara yang berbeza. Mengambil berat ialah dengan memberi perhatian terhadap sesuatu perkara untuk tujuan yang baik seperti bertanya khabar rakan, mengambil tahu hal jiran untuk tujuan keselamatan.
Manakala tajassus adalah mencari kesalahan orang lain seperti dalam istilah terkini, iaitu membawang, mengumpat dan seumpamanya. Janganlah kita terolong dalam golongan ini.
Golongan ini akan mudah mendapat penyakit hati seperti iri hati, dengki dan tidak puas hati yang melampau. Ia akan menyebabkan hati kita berada dalam keadaan tidak tenteram dan sentiasa ingin mencari tahu setiap benda yang terjadi di sekeliling untuk tujuan negatif.
Manusia seharusnya menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang menyebabkan penyakit hati. Hati yang gelap akan susah mendapat hidayah Allah. Firman Allah yang bermaksud:
“Sebenarnya ayat-ayat kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka sudah diselaputi kotoran dosa dengan sebab kotoran kufur dan maksiat yang mereka kerjakan.”
(Surah al-Mutaffiffin, 83:14)
Tugas Malaikat Raqib dan ‘Atid
Dalam rukun iman, kita wajib percaya kepada para malaikat. Terdapat 10 malaikat yang wajib dipelajari. Antaranya ialah malaikat Raqib dan ‘Atid yang tugasnya ialah pencatat amal. Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Wahai manusia, ingatlah ketika dua malaikat yang ditugaskan mencatat setiap amal manusia saling bertemu. Yang satu berada di sebelah kanan dan yang lain duduk di sebelah kiri. Tiada satu kata yang diucapkannya melainkan ada di sisinya Raqib dan ‘Atid.”
Tugas kedua-dua malaikat ini adalah mencatat segala amal baik dan buruk yang dilakukan manusia. Biar malaikat sahaja yang mencatat baik buruk manusia. Tidak perlu kita mengambil tugas malaikat dengan sibuk mengambil tahu hal keburukan orang lain, lebih teruk lagi ada yang terus menilai dan menghukum tanpa usul periksa.
Ingatlah bahawa perkara itulah yang akan malaikat catat ke dalam buku amal kita. Justeru, janganlah kita sebagai manusia cuba untuk bersikap tajassus. Tugas manusia adalah untuk sentiasa berbuat amal dan kebaikan dan tugas malaikat adalah mencatatnya untuk dihitung di hari akhirat kelak.
Betapa Indahnya Berbaik Sangka
“Jauhilah prasangka buruk, kerana prasangka buruk adalah sedusta-dustanya perkataan. Dan janganlah kalian saling mencari kejelekan orang lain, saling mendengki, saling membenci dan saling membelakangkan. Jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara.”
Sebenarnya, untuk mengelakkan diri daripada perbuatan tajassus, kita hendaklah sentiasa berbaik sangka dengan perkara yang terjadi di sekeliling. Berbaik sangka akan memberi ketenangan dan keharmonian kepada semua. Apabila menerima maklumat, hendaklah kita selidik dahulu sama ada maklumat tersebut boleh dipercayai atau tidak. Firman Allah yang bermaksud:
“Hai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa suatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan” (Surah al-Hujurat, 49:6)
Andai kita sudah terjerumus dengan perbuatan itu, maka, istighfarlah. Dengan itu, Allah akan membuang titik-titik hitam di hati kita. Semoga kita sentiasa dijauhkan daripada melakukan perkara-perkara yang dimurkaiNya.
 
Sumber: tzkrh.com 
The post Tajassus, Jangan Ambil Tugas Malaikat appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/tajassus-jangan-ambil-tugas-malaikat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dear Suami Lakukan 7 Hal Ini Saat Istrimu Tugas Piket Menyusui Jangan Sibuk Sendiri Lo Mas

Dear Suami Lakukan 7 Hal Ini Saat Istrimu Tugas Piket Menyusui Jangan Sibuk Sendiri Lo Mas

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 337 hits
Menyusui itu kadang bisa jadi terlalu melelahkan Suami pengertian pasti bakal melakukan hal hal berikut ini demi bikin istri lebih senang Simpel tapi berarti banget lo
Jangan Terlepas Peluang Berdoa Malam Ini

Jangan Terlepas Peluang Berdoa Malam Ini

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 262 hits
BULAN Rejab akan membuka tirainya esok 1 Rejab 1440 Hijrah kali ini jatuh pada hari Jumaat Mengikut kalendar Islam 1 Rejab bermula apabila masuknya waktu Maghrib pada hari ini iaitu 7 Mac 2019 Imam as Syafie menyebut antara kelebihan malam ...
Disengat Lipan Jangan Panik Dan Jangan Picit Tapi Anda Perlu Lakukan Langkah Ini 30 Minit Sengatan Akan Terurai

Disengat Lipan Jangan Panik Dan Jangan Picit Tapi Anda Perlu Lakukan Langkah Ini 30 Minit Sengatan Akan Terurai

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 1150 hits
Doktor secara peribadinya memang dah terlalu banyak menangani kes disengat lipan jadi doktor memang kalau boleh tak mahu lagi ada yang tersalah anggap mengenai makhluk Allah yang bernama lipan ini Antara perkara yang perlu anda tahu mengena...
Jangan Hanya Lihat Siapa Suami Isteri Anak Anak Tapi Lihat Siapa Yang Beri Kita Amanah Ini

Jangan Hanya Lihat Siapa Suami Isteri Anak Anak Tapi Lihat Siapa Yang Beri Kita Amanah Ini

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 559 hits
Jangan hanya lihat siapa suami isteri anak anak tapi lihat siapa yang beri kita amanah ini Mendirikan rumahtangga merupakan keputusan paling besar yang anda perlu lakukan seumur hidup Ini kerana ianya merangkumi cara hidup anda buat selaman...
Andi Arief Bilang Ke Mahfud Md Jangan Asbun

Andi Arief Bilang Ke Mahfud Md Jangan Asbun

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 225 hits
Andi Arief Bilang ke Mahfud MD Jangan Asbun Dia mengatakan hal itu sebanyak dua kali kali pertama dengan nada yang datar lalu kali kedua dengan intonasi yang cukup tinggi hingga terdengar cukup jauh
Nak Beli Mainan Jangan Depan Anak Ibu Ini Berjaya Didik Anak Supaya Tak Tantrum

Nak Beli Mainan Jangan Depan Anak Ibu Ini Berjaya Didik Anak Supaya Tak Tantrum

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 535 hits
Mesti ramai ibu bapa yang mengalami situasi dimana anak akan mengamuk di dalam kedai bila kehendak mereka tidak dipenuhi Ada sesetengah dari anak kecil menghempaskan diri ke lantai membaling barang dan menangis sekuat hati sehingga mengangg...
Jangan Sebab Nak Rumah Kemas Ibu Marah Anak Buat Ikut Kemampuan Cakap Elok Elok

Jangan Sebab Nak Rumah Kemas Ibu Marah Anak Buat Ikut Kemampuan Cakap Elok Elok

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 435 hits
Mak mak yang ada anak kecil jangan selalu susah hati Jangan selalu rasa bersalah Jangan selalu salahkan diri Kenapa Ini yang wanita bergelar ibu kena faham Perkongsian dari ibu kepada tiga orang anak Puan memberi sedikit kekuatan untuk ibu ...
Guan Eng Mulut Jangan Celupar Ka Siong

Guan Eng Mulut Jangan Celupar Ka Siong

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 511 hits
MCA kenapa tak bela saya Ini soalan tak masuk akal yang dikeluarkan oleh Menteri Kewangan Kalau buat kenyataan mengisytiharkan perang takkan MCA nak mempertahankan kenyataan berbaur perkauman Selepas teruk dikecam rakyat Malaysia Lim Guan E...
Uncang Teh Dah Pakai Jangan Buang Dulu 7 Manfaatnya Anda Kena Tahu Rileks Media

Uncang Teh Dah Pakai Jangan Buang Dulu 7 Manfaatnya Anda Kena Tahu Rileks Media

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 299 hits
Biasalah kan dah guna terus ke tong sampah lah tempatnya kan Jangan begitu Banyak sebenarnya kegunaan uncang teh ni tau 1 Menghilangkan Bau Kaki Yang Berpeluh Ambil uncang teh terpakai dan masukkan ke bekas berisi air suam untuk merendam ka...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran