Taikun Bidas Bos Khazanah Bohong Tak Jual Plus Bodoh




Pengerusi eksekutif sebuah syarikat yang membuat tawaran mengambil alih PLUS Malaysia Sdn Bhd menyifatkan Pengarah Urusan Khazanah Nasional, Shahril Ridza Ridzuan ialah pembohong, beberapa jam selepas Putrajaya mengumumkan keputusan tidak menjual konsesi lebuh raya terpanjang di negara ini.
Abu Sahid Mohamed daripada Maju Holdings turut menyifatkan keputusan itu “bodoh” dan mempersoalkan kenapa ia tidak dimaklumkan kepadanya walaupun syarikatnya dipelawa untuk membuat tawaran.
“Saya tidak tahu kenapa mereka tidak mahu menjualnya. Mereka tidak beritahu saya kenapa mereka tidak mahu jual,” kata Abu Sahid kepada FMT.
Terdahulu, Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Kabinet memutuskan tidak menjual PLUS kepada sektor swasta dan ia kekal milik Khazanah yang mempunyai 51% kepentingan melalui UEM Group serta baki 49% dipegang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Perdana menteri bagaimanapun berkata, kadar tol akan dikurangkan sebanyak 18% mulai tahun ini dan tiada kenaikan untuk 30 tahun.
Lebuhraya yang dikendalikan PLUS melebihi 800km, termasuk Lebuhraya Utara Selatan, Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE) dan Jambatan Pulau Pinang.
Putrajaya sebelum ini berkata, ia akan mengkaji sebarang cadangan untuk mengambil alih kepentingan PLUS, jika ia memenuhi permintaan negara dan memanfaatkan pengguna jalan raya dengan menawarkan kadar tol rendah.
Selain Maju Holdings, 3 cadangan lain datang daripada Widad Business Group, RRJ Capital dan tawaran bersama oleh taikun Halim Saad serta Wong Gian Kui.
Pengumuman kerajaan hari ini menyusul 2 hari selepas Shahril dilaporkan berkata, Khazanah tidak pernah menawarkan penjualan PLUS dan menyifatkan tawaran pembida sebagai tawaran secara sendirian yang dikemukakan kepada kerajaan, tetapi bukan 2 pemegang sahamnya.
Abu Sahid berang dan mendakwa Shahril sebagai pembohong kerana Maju Holdings adalah pihak pertama yang menulis kepada Khazanah selepas dipelawa untuk membuat tawaran.
“Mereka perlu ingat saya dipelawa untuk membida, bukan seperti orang lain yang hanya masuk tanpa jemputan.
“Kenapa Shahril cakap macam itu? Dia ialah pembohong. Bagaimana mereka boleh kata saya tidak dipelawa dan mereka tidak tahu apa-apa mengenai tawaran kami? Kami tulis surat kepada mereka, kami orang pertama menulis surat kepada mereka.”
Shahril ketika dihubungi mempertahankan kenyataannya sebelum ini.
“Kami tidak pernah mengeluarkan sebarang jemputan untuk membida aset itu. Ia adalah tawaran tanpa diminta,” katanya kepada FMT.
‘Keputusan bodoh’
Sementara itu, Abu Sahid menyifatkan keputusan kerajaan mengekalkan PLUS sebagai “bodoh” dan Khazanah “mencuri wang”.
Beliau menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat Shahril.
Katanya, kos penurapan semula lebuh raya oleh syarikatnya hanya satu pertiga daripada kos Khazanah.
“Mereka membayar RM58 untuk menurap setiap meter persegi jalan. Saya bayar RM18.”
Dalam cadangan yang dipinda Oktober tahun lalu, Maju Holdings menawarkan RM34.9 bilion, termasuk hutang untuk membeli PLUS.
Syarikat itu berkata, ia mampu mengurangkan kadar tol 25% hingga 36% dan tidak meminta pampasan daripada kerajaan untuk pengurangan kadar tol itu.
Syarikat itu turut menyentuh pengurusan keberkesanan kos Maju Expressway (MEX).
“Malah, kami mempunyai satu daripada lebuh raya paling rendah kos bagi setiap km di negara ini. Oleh itu, kami yakin boleh mengurangkan kos penyelenggaraan PLUS.”
FMT




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/01/16/taikun-bidas-bos-khazanah-bohong-tak-jual-plus-bodoh/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengerusi Maju Holdings Label Khazanah Bodoh Kerana Tidak Mahu Jual Plus

Pengerusi Maju Holdings Label Khazanah Bodoh Kerana Tidak Mahu Jual Plus

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 232 hits
Isu mengenai tol PLUS sememangnya menjadi topik yang hangat buat rakyat Malaysia Sering dibangkitkan setiap kali pilihan raya isu ini nampaknya hangat sekali lagi sejak beberapa bulan terakhir ini apabila dilaporkan terdapat pihak yang berm...
Putrajaya Tak Babitkan Khazanah Kwsp Dalam Proses Jual Plus

Putrajaya Tak Babitkan Khazanah Kwsp Dalam Proses Jual Plus

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 339 hits
Khazanah menerusi anak syarikatnya UEM Group Bhd memiliki 51 kepentingan dalam PLUS manakala baki 49 dimiliki KWSP KUALA LUMPUR Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja pemilik PLUS Malaysia Bhd berkata mereka tidak dilibatk...
Plus Decision Khazanah Unfazed By Tycoon S Liar Accusation

Plus Decision Khazanah Unfazed By Tycoon S Liar Accusation

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 178 hits
Khazanah Nasional managing director Shahril Ridza Ridzuan appears unfazed after Maju Holdings Berhad managing director Abu Sahid Mohamed accused him of lying about private sector offers to take over Plus Malaysia Berhad I have no intention ...
You Re A Liar Tycoon Blasts Khazanah S Shahril After Decision To Keep Plus

You Re A Liar Tycoon Blasts Khazanah S Shahril After Decision To Keep Plus

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 225 hits
Abu Sahid Mohamed has reacted angrily to a claim by Khazanah Nasional managing director Shahril Ridza Ridzuan that bids submitted to buy PLUS Malaysia were all unsolicited PETALING JAYA The executive chairman of one of the companies bidding...
Kerajaan Tak Jual Plus

Kerajaan Tak Jual Plus

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 178 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata Putrajaya memutuskan untuk tidak meneruskan penjualan konsesi lebuh raya PLUS Malaysia Berhad Kerajaan tak jual PLUS
Mingguan Amanz Etunai Rakyat Rm30 Realme 5i Unifi Tv Plus Box

Mingguan Amanz Etunai Rakyat Rm30 Realme 5i Unifi Tv Plus Box

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 396 hits
https ift tt eA8V8J Minggu ini menyaksikan permulaan penawaran program eTunai Rakyat dimana rakyat Malaysia menerima kredit sebanyak RM30 melalui dompet digital terpilih untuk digunakan dalam usaha mengalakkan transaksi nirtunai Selain dari...
Pm Pertahankan Keputusan Kekalkan Plus

Pm Pertahankan Keputusan Kekalkan Plus

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 182 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad KUALA LUMPUR Perdana Menteri hari ini mempertahankan keputusan mengekalkan PLUS di bawah Khazanah dan KWSP Menurut Tun Dr Mahathir Mohamad ia satu satu cara untuk menangani masalah yang berlaku Menurutnya kabinet mem...
I Never Raised Plus Tolls Says Najib To Guan Eng

I Never Raised Plus Tolls Says Najib To Guan Eng

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 235 hits
PETALING JAYA Former prime minister Najib Razak in a riposte to finance minister Lim Guan Eng said tonight toll rates on PLUS highways were never increased during his time in office Lim had accused Barisan Nasional critics of forgeting hist...
Perebutan Kroni Punca Plus Tidak Jadi Dijual

Perebutan Kroni Punca Plus Tidak Jadi Dijual

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 233 hits
oleh Ab Jalil Backer Pengumuman mengekalkan konsesi lebuh raya kendalian PLUS Malaysia Bhd di bawah kawalan Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mungkin merupakan satu satunya keputusan terbaik yang dibuat oleh Perdana M...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France

Beli Rak Rempah 3 Tingkat



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Karakteristik Generasi Z Memahami Cara Mereka Mendapatkan Informasi

Pertama Kali Guna Servis Cuci Karpet

Kmum Dakwa Insiden Syarahan Pro Israel Disengajakan

Kronologi Serangan Israel Terhadap Iran

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City