Tahun Baru Yang Menduka Citakan


Saya telah menulis sebuah entri mengenai azam tahun 2025 beberapa hari lepas, namun sebenarnya tahun baru kali ini bermula dengan dukacita kerana telah kehilangan abah tercinta pada tanggal 3 Januari 2025. Setelah abah didiagnos menghidap Kanser Hati tahap 4 pada akhir Oktober 2024 yang lepas, doktor mengesahkan bahawa kondisi abah adalah di peringkat advance dan tiada lagi rawatan yang boleh dilakukan. 

Abah kemudiannya diserahkan kepada unit rawatan Paliatif dan kami daftarkan abah di Unit Paliatif Kuantan. 
Dari 28 Oktober, pelbagai jenis simptom yang kami lalui bersama abah.
Ada masanya sedar, koma, hilang ingatan dan akhirnya abah menghembuskan nafasnya di kampung iaitu di Negeri Sembilan. Syukur alhamdulillah, Allah mengangkat kesakitan abah pada hari Jumaat yang mulia. 
Syukur juga diberikan kesempatan menjaga abah dari hujung Oktober hingga awal Disember 2024. 
Insya Allah, jika ada kesempatan saya akan kongsikan mengenai penyakit abah dan beberapa siri yang kami alami semasa menjaga abah. 
Seminggu kemudian, anak ketiga pula diserang asma dan radang paru-paru, namun alhamdulillah, hikmahnya mendapat rawatan yang lebih proper insya Allah di hospital UIA kuantan. 
Berada di red zone UIA, menakutkan tapi pada masa sama mengingatkan kembali detik menghantar abah ke rawatan kecemasan beberapa bulan lalu. Abah di bilik 1, dan anak di bilik 3. 
Perasaan cemas yang sama, bercampur baur. 
Di dalam Al Quran ada menyebut tentang ujian buat kita sebagai hamba-Nya, ketakutan kehilangan insan yang kita sayangi, ujian dan cabaran yang hadir dalam proses itu sendiri, setiap perkara itu bukan disengajakan, jika kita benar kenal Allah, maka sebagai hamba-Nya kita tahu, tiada kebetulan, tiada perkara sia-sia yang Allah jadikan
"Dan sungguh, Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata, 'Innā lillāhi wa innā ilayhi rāji‘ūn' (Sesungguhnya kami milik Allah, dan kepada-Nyalah kami kembali). Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk."
Surah Al-Baqarah, Ayat 155-157
Bukan saya yang sakit, tetapi kita alaminya bersama, ianya ujian buat kita sebagai penjaga dan ujian apabila kehilangan.
Mereka yang pergi tidak mungkin mengimbas kembali dan merindui kita tetapi kitalah yang merasakan payah kerana kita yang masih hidup ini mempunyai ingatan, kenangan, penyesalan dan macam-macam lagi emosi terhadap yang telah pergi.
Semoga abah tenang di sana, insya Allah
Tipu jika kata saya ok, namun hidup harus diteruskan untuk mereka yang masih hidup.
Suami dan anak-anak masih hidup dan memerlukan diri kita.
Hati ini perlu hidup untuk hari-hari mendatang yang masih tidak pasti.
Perjuangan tetap perlu diteruskan.
Ending kita masih belum tahu, tetapi kita sudah tahu pilihan pengakhiran hidup kita bukan? 
Insya Allah, 
Semoga syurga menjadi destinasi pilihan kita semua, pilihlah jalan yang menuju redha Allah, tidak kiralah betapa sukarnya, tetaplah memilih jalan kehidupan yang Allah redhai, bukanlah jalan yang Allah murkai seperti setiap hari kita solat dan berdoa di dalam Surah Al-Fatihah, ayat 7 iaitu; 


صِرَاطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ
Terjemahan:
"(Iaitu) jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan pula (jalan) mereka yang sesat."
Emme Marina, suri rumah sepenuh masa (WAHM), memiliki M.Sc. dalam Kimia Industri. Penulis dan usahawan yang aktif, mengikuti pelbagai kursus penulisan dan bisnes. Menghasilkan beberapa buah e-book, seperti "Panduan Bisnes di Shopee." Pengalaman 12 tahun berniaga secara online. Kini aktif sebagai blogger, peniaga jam azan, al Quran digital, emas orodesign serta perunding harta perwarisan Islam. Ingin dapatkan khidmat servis dan produk jualan, bolehlah hubungi saya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.emmemarina.com/2025/01/tahun-baru-yang-menduka-citakan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selamat Tahun Baru 2025 Azam Baru Semangat Baru

Selamat Tahun Baru 2025 Azam Baru Semangat Baru

papar berkaitan - pada 19/1/2025 - jumlah : 232 hits
Selamat Tahun Baru 2025 Azam Baru Semangat Baru Alhamdulillah tahun baru dah tiba Rasanya tak sabar untuk mulakan tahun 2025 dengan azam baru yang lebih bermanfaat Tahun lepas banyak memberi pengajaran dan tahun ini saya ingin lebih fokus k...
Kemeriahan Sambutan Tahun Baru Cina Semakin Menyerlah Menteri Pendidikan Yb Fadh

Kemeriahan Sambutan Tahun Baru Cina Semakin Menyerlah Menteri Pendidikan Yb Fadh

papar berkaitan - pada 19/1/2025 - jumlah : 131 hits
Kemeriahan Tahun Baharu Cina Kian Menyala Sambutan Tahun Baharu Cina semakin terasa meriah YB Fadhlina Sidek Menteri Pendidikan yang sedang melakukan lawatan kerja ke Pulau Pinang telah berkesempatan untuk menyertai Majlis Sambutan Tahun Ba...
Pantun Selamat Tahun Baru Cina

Pantun Selamat Tahun Baru Cina

papar berkaitan - pada 20/1/2025 - jumlah : 196 hits
Angin berdesir di pagi raya Burung berkicau di pohon selasih Selamat Tahun Baru Cina Semoga rezeki melimpah bersih Buah limau di atas dulang Warnanya cerah bak mentari pagi Tahun Baru Cina penuh gemilang Keluarga harmoni rezeki berbagi Poho...
Selamat Tahun Baru 2025 Hasratkan Yang Terindah Dan Terbaik Untuk Dunia Dan Akhirat

Selamat Tahun Baru 2025 Hasratkan Yang Terindah Dan Terbaik Untuk Dunia Dan Akhirat

papar berkaitan - pada 22/1/2025 - jumlah : 237 hits
Assalamualaikum Update Blog Cik Matahariku Pada Hari ke 21 Tahun 2025 Hi Sebenarnya den nak kabo yang selepas 21 hari masuk Tahun baru baru ada masa nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2025 kepada semua readers blog yang tersayang Antara perkara...
Resipi Kerepek Ngaku Sedap Sempena Tahun Baru Cina

Resipi Kerepek Ngaku Sedap Sempena Tahun Baru Cina

papar berkaitan - pada 20/1/2025 - jumlah : 186 hits
Sedap Kerepek Ngaku Arrowhead ni Bila tiba musim perayaan Tahun Baru Cina Ngaku Arrowhead ni memang banyak di jual di pasaraya Ia merupakan salah satu snek kudapan wajib ada Berbentuk bulat dan sedikit bertangkai Ngaku biasanya dijadikan ke...
Menangi Realme 13 Pro 5g Dengan Menikmati Hotpot Haidilao Sempena Tahun Baru Cina Ini

Menangi Realme 13 Pro 5g Dengan Menikmati Hotpot Haidilao Sempena Tahun Baru Cina Ini

papar berkaitan - pada 15/1/2025 - jumlah : 406 hits
Kuala Lumpur 14 Januari 2024 Sempena Tahun Baru Cina 2025 realme Malaysia dan Haidilao Malaysia bekerjasama melancarkan kempen menyentuh hati yang menggalakkan rakyat Malaysia menghargai dan menangkap detik detik bermakna bersama insan ters...
Tahun Baru Cina Lebih Meriah Dengan Hidangan Istimewa Di Concorde Hotel Shah Alam

Tahun Baru Cina Lebih Meriah Dengan Hidangan Istimewa Di Concorde Hotel Shah Alam

papar berkaitan - pada 14/1/2025 - jumlah : 556 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraConcorde Hotel Shah Alam menyambut kehadiran Tahun Baru Cina bersempena Tahun Ular dengan penuh meriah melalui pelbagai tawaran istimewa untuk para tetamu Dalam usaha mencipta pengalaman yang bermakna hote...
Timbul Dakwaan Bercinta Ros Dilihat Sambut Tahun Baru Bersama Keluarga Evan Mock Di Hawaii

Timbul Dakwaan Bercinta Ros Dilihat Sambut Tahun Baru Bersama Keluarga Evan Mock Di Hawaii

papar berkaitan - pada 11/1/2025 - jumlah : 141 hits
Selepas muncul dalam muzik video toxic till the end hubungan Evan Mock bersama Ros BLACKPINK nampaknya makin akrab kini Artikel Berkaitan Baru baru ini timbul khabar angin percintaan antara mereka selepas Ros dilihat menyambut tahun baru be...
Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Strengthening Digital Citizenship In Malaysia S Fasih Digital Initiative

Mp Bahalul Ni Nak Apa Sebenarnya

Jika Anda Sering Mengalami Sakit Belakang Atau Sukar Tidur Anda Perlu Cari Tilam Yang Sesuai

Telaga Semulajadi Antara Terdalam Dia Dunia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Importance Of Domain Valuation

6 Ciri Ciri Yang Dicari Lelaki Daripada Seorang Wanita

Lirik Lagu Bae Sobar Bae Raya Den Manjo Deqnee Dn Man Khan Rosalinda

Febian Siapa Kita Chord

4 Senarai Dan Jenis Tombol Pintu Rumah Terbaik Dan Ideal

Lengkong Sirap Sejuk Tekak Makan Waktu Buka Puasa