Tahun Baru Rakyat Basah Lagi


Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyindir Pakatan Harapan (PH) di atas dua pengumuman kerajaan itu hari ini yang disifatkannya ‘hadiah’ tahun baru kepada rakyat.

Najib merujuk kepada pengumuman Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berhubung harga petrol dan diesel yang dikekalkan pada kadar semasa untuk beberapa hari, dan juga pengumuman oleh Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri T Subromaniam bahawa cukai SST akan diperluaskan kepada 4 lagi perkhidmatan baru berkuat kuasa 1 Mac depan.

“Selain dari memberi peluang kepada rakyat untuk terus memberi ‘subsidi’ petrol 30 sen liter kepada kerajaan, satu lagi hadiah tahun baharu untuk rakyat juga diberi oleh PH hari ini.

“Petang tadi juga, kerajaan PH mengumumkan bahawa 4 lagi sektor perkhidmatan akan dikenakan cukai servis 6% berkuat kuasa 1 Mac depan.

“Perkhidmatan pengendalian taman hiburan itu termasuk taman tema, penyediaan pembrokeran dan penaja jaminan meliputi komisen (brokerage) bagi jualan saham, perkhidmatan pembersihan termasuk khidmat membersih bangunan serta dobi, manakala penyediaan latihan itu merangkumi khidmat seperti seminar atau bengkel turut akan dikenakan cukai 6% apabila disediakan kepada pengguna.

“Kerajaan PH berkata mereka prihatin dan cukai servis ke atas perkhidmatan-perkhidmatan baru ini tidak akan membebankan golongan B40.

“Mungkin kerana golongan B40 (termasuk kanak-kanak) tidak berhibur di taman tema dan taman hiburan, tidak menggunakan dobi, membeli saham ataupun mengambil kursus, latihan atau bengkel. Betul ke, ni?,” soalnya sinis dalam satu hantaran di Facebook.

Malah Najib juga menyindir Guan Eng kerana ‘menghilangkan diri’ apabila tidak tampil ke depan dan mengumumkan sendiri berhubung pertambahan perkhidmatan yang dikenakan cukai SST.

“Satu lagi yang saya hairan ialah apabila ada pengumuman mengenai pengecualian SST, Menteri Kewangan akan tampil ke depan untuk buat pengumuman panjang lebar ditambah dengan ayat ayat propagandanya.

“Tetapi apabila ada penambahan cukai SST, Ketua Pengarah kastam yang membuat pengumuman manakala menteri kewangan menghilang diri,” sindirnya.

Terdahulu dalam hantaran berasingan, Najib menyindir Guan Eng berhubung pengumuman Menteri Kewangan itu bahawa penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan hanya akan dilaksanakan sebelum akhir minggu pertama 2019.

Guan Eng berkata penangguhan ini adalah selepas mengambil maklum balas beberapa pihak berwajib.

Justeru katanya, buat masa ini harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel masing-masing kekal pada paras RM2.50, RM2.20 dan RM2.18 seliter.

Untuk rekod, pada 24 Disember lalu, Guan Eng mengumumkan harga runcit petrol akan kembali ditetapkan secara mingguan bermula 1 Januari 2019.

“Ini belum U-Turn lagi. Ini traffic light. Ini bukan lagi Senyap-Senyap Tibai.

“Ini sudah terang-terang tibai 30 sen setiap liter.

“Beratus juta Ringgit cukai petrol untuk minggu ini lagi. Tibai dua bulan lebih, mana cukup? Tahun Baru, rakyat basah lagi,” sindir Ahli Parlimen Pekan itu lagi.
Petikan dari -SuaraTv


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://taipingmali.blogspot.com/2019/01/tahun-baru-rakyat-basah-lagi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tahun 2019 Apa Rakyat Dapat Dari K Jaan Baru

Tahun 2019 Apa Rakyat Dapat Dari K Jaan Baru

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 323 hits
Diterbitkan Hari ini 7 09 malamBeberapa jam lagi kita akan memasuki Tahun Baru 2019 yang akan menyaksikan kerajaan baru dipilih pada Mei lalu akan menghentikan beberapa polisi kerajaan terdahulu manakala sebahagian yang lain akan diteruskan...
Bantahan Derita Rakyat Diambang Tahun Baru

Bantahan Derita Rakyat Diambang Tahun Baru

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 342 hits
Beberapa jam sebelum 2018 melabuhkan tirai kira kira 150 penyokong PAS turun ke jalan raya bagi menyuarakan bantahan terhadap apa yang menurut mereka peningkatan kos sara hidup di bawah kerajaan Pakatan Harapan Protes pembangkang di ambang ...
Hadiah Tahun Baru Ganja Diluluskan Untuk K Jaan Rakyat

Hadiah Tahun Baru Ganja Diluluskan Untuk K Jaan Rakyat

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 272 hits
BANGKOK Thailand meluluskan ganja untuk penggunaan penyelidikan dan perubatan hari ini dan muncul sebagai negara pertama di rantau Asia yang mempunyai undang undang dadah paling ketat di dunia dalam membenarkan dadah itu Parlimen Thailand y...
Lencun2019 Selain Rakyat Bagi 30sen Kpd Kerajaan 1 Lagi Hadiah Misteri Tahun Baru

Lencun2019 Selain Rakyat Bagi 30sen Kpd Kerajaan 1 Lagi Hadiah Misteri Tahun Baru

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 350 hits
Selain dari memberi peluang kepada rakyat untuk terus memberi subsidi petrol 30 sen liter kepada kerajaan satu lagi hadiah misteri tahun baharu untuk rakyat juga diberi oleh PH hari ini Petang tadi juga kerajaan PH mengumumkan bahawa 4 lagi...
Penghujung Tahun 2018 Anies Lantik 3 Kepala Dinas Baru

Penghujung Tahun 2018 Anies Lantik 3 Kepala Dinas Baru

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 246 hits
Gubernur DKI Jakarta Anies Baswedan melantik pejabat eselon II atau jabatan pimpinan tinggi pratama Senin Ketiga pejabat yang dilantik tersebut merupakan hasil lelang jabatan
Malam Tahun Baru Polisi Perketat Pengamanan Di Monas Ancol Ragunan Hi Dan Tmii

Malam Tahun Baru Polisi Perketat Pengamanan Di Monas Ancol Ragunan Hi Dan Tmii

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 309 hits
Kita siapkan Tim mengantisipasi semua ini misalnya kalau di Kampung Pulo kita sudah ada satgas biasanya kalau ujan di sana terjadi air naik nah di sana sudah ada anggota kita yang jaga pungkas Idham
Demi Keselamatan Anies Imbau Warga Tak Nyalakan Petasan Saat Tahun Baru

Demi Keselamatan Anies Imbau Warga Tak Nyalakan Petasan Saat Tahun Baru

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 233 hits
Gubernur DKI Jakarta Anies Baswedan meminta agar masyarakat tidak menyalakan kembang api saat merayakan malam pergantian tahun Dia mengimbau masyarakat lebih mengutamakan keselamatan
Jual Jagung Dari Gowa Ke Makassar Harap Raup Untung Berlipat Di Malam Tahun Baru

Jual Jagung Dari Gowa Ke Makassar Harap Raup Untung Berlipat Di Malam Tahun Baru

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 298 hits
Selain bakar bakar ikan juga ada acara bakar bakar jagung yang sudah lama jadi tradisi bagi warga Makassar dalam merayakan malam pergantian tahun
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut