Tahun Baru Jalan Jalan Makan Sushi Dan Klcc
hai assalammualaikum
Tahun baru Jalan-jalan Makan Sushi Dan KLCC - Semalam, tahun baru, masuk ke tahun 2019. Welcome 2019..lembaran baru untuk kita semua. Azam nad masih sama, selagi tak selesai, itulah azam nad..hahaa. Cuma berharap, 2019 ni moga dibuka pintu rezeki yang lebih dan banyak kenangan manis yang datang. Jadi semalam, tahun baru, kalau boleh taknak duduk rumah je, nak keluar berjalan. Keluarga nad ada ajak pergi jalan mandi Kalumpang, tapi nad tak boleh pergi sebab suami kerja, jadi lepas dia habis kerja, teru snad cakap ajak dia makan sushi. sedih sebab tak dapt ikut keluarga pergi mandi manda, buat merajuk, ajak dia keluar juga..hahaa. mr mafia pun onzz je..kihkih..Dia tau, hari cuti, keluar la.
Nad ajak mr mafia makan sushi, sebab dah lama betul tak makan. Last rasanya masa Fariza masuk setahun umurnya..rasanyala..Harini, ada adik, baru dapat pergi balik..hehehe. Okla, dapat makan sekali sekala, baru rasanya nikmat nak makan..hahaa.
Mr mafia bawak makan Sushi King dekat Aeon Wangsa Maju. Tahun sebelum ni pun dah biasa makan dekat sini. Kali ni ajar kakak Fariza makan ..ahhaa..Nak tengok dia suka ke tidak..
Sampai je,nasib ada tempat. Memang ramai masa tu, baisalah cuti waktu tu. Memang luck kitaorang ada tempat. Mulalah kakak Fariza tengok sushi tu bergerak. Adik Farhanah, macam biasa, dia suka sepahkan benda..haishh..
Lepastu kitaorang order menu yang ada dekat Sushi King. Nad ada ternampak post Sushi King dekat ig dia berkenaan tiga menu dia iaitu Ten Don, Yaki Gyu Don and Chicken Katsu Don,tengok nampak sedap. Jadi nad nak cuba rasa, nad order Yaki Gyu Don. Beef dari Australia katanya. Jadi nak rasalah. Mr amfia pulak, dia pesan Spicy Yakiniku set, sebab ada spicy, dia memang makan pedas, ambil la tu. Untuk anak-anak, ambil dessert brownies denagn aiskrim dan tofu untuk adik.
Ni la dia Yaki Gyu Don tu. Nasi dengan daging sahaja. Daging tu daging Australian. Sedap dan lembut. Okla not bad rasa dia.
Ni mr mafia punya. Satu set, nasi, daging spicy, sup dan tofu. Mr afia cakap sedap..daging dia pun lembut
Brownies aiskrim untuk Fariza.
Ada tofu, tu bagi dekat adik rasa. Dia punya suka, lambat bagi marah sungguh..pening mommy.
Air Nad, air mango aiskrim teh hijau..
Ni kali pertama Fariza makan sushi..ehhee. Teruja dia dapat ambil pinggan sushi yang tengah jalan tu. hahaha..Dia ambil mana dia suka je. Mula dia ambil yang atas telur tu. Dia rasa mula pelik, lepas tu cakap, sedap..sampai terangkat kening, hahaha. Tapi lepas tu dia cakap sedap..lepas tu makan lagi..ambil lain hat jenis ada telur oren tu..Masa makan part rumpai tu, memang dia tak makan dulu, pastu daddy dia ajar. Last-last makan sampai habis..hehee. Boleh tengok video nad letak tu..ehhee..comel je anak mommy. Mommy pun dulu tak makan macam ni tau masa kecik. Dah besar, mula makan pun pelik rasanya..hahaa. Dah kawin baru tekak boleh terima, sampai teringat-ingat..hahaha.
Lepas habis makan sushi, ajak mr mafia jalan lagi. Masa tu dah pukul 4 petang. Mr mafia bawak pergi Tasik Titiwangsa, tapi tasik tutup sebab nak renovate..Takpela..bawak pergi KLCC.
Bagi anak gembira haritu. Bawak dia pergi tempat mandi KLCC, celup-celup kaki je..hehe. Tu pun dia dah gembira. Mr Mafia janji, nanti nak bawak dia mandi sini nanti..Tengok jela ye..huhu.
Lepas tu ajak main permaianan dekat situ. Main gelongsor la, jongkat-jongkit, eh semuala.
Sebenarnya, masa kitaorang pergi tu, gelap sikit dah, nak hujan. Tapi belum hujan, tu kitaorang pergi je. Lepas tu tengah Fariza main, guruh dah kuat, apa lagi, ajak balik. Tengah dalam perjalanan, nad tengok ramai orang lari, ingat kenapa, rupanya hujan..hah, habis kitaorang, berlari juga. Nasib nad ada penutup kain breastfeeding tu, boleh tutup kepala adik. Kakak Fariza main hujanla..hahaa. Berlari semua orang..ahhaa..
Mr Mafia dah bagitau awal, kalau hujan memang semua orang akan berlari macam semut..hahaa..kita pun baru tau macm ni rupanya..hahaa. Jadi kalau rasa dah nampak gelap, nak hujan, takyahla pergi ye..Mau berlari nak teduh dari kena hujan.
Balik tu pergi Tesco pulak, beli pampers budak-budak ni. Bagi main kereta mainan pulak. Adik pulak tak puas main kereta mainan, sampai taknak lepas stereng tu..aiyak budak ni..Last-last lepas juga..hahaha..
Tu la satu hari buat untuk tahun baru. Harini, ramai post anak-anak budak sekolah. Nad lagi setahun anak bagi masuk sekolah..haishh..mcm mna la kita nanti erk...Selamat bersekolah anak-anak.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.miszrockers.com/2019/01/tahun-baru-jalan-jalan-makan-sushi-dan.html