Tahun Baru Dengan Pageviews Blog Yang Ke 47 Juta Views Its Ohsem
As Salam,Alhamdulillah.Tahu-tahu pageviews blog dah menjangkau lagi.Kali ini blog saya capai 47 juta views.Saya pernah kongsikan sebelum ini, yang sebenarnya saya dah tak berapa nak excited dengan pageviews blog yang meningkat bulan demi bulan.Mungkin itu bukan lagi target saya dalam berblog. Yup! dasar dah berubah.Ceh gitu:)Blog Cik Matahariku selangkah ke hadapan dengan pengenalan QR Code yang tersendiri
Melangkah ke 47 Juta Pageviews pada tahun 2020, tahun ke-10 berblog:)
Lalu, apakah yang mendorong saya untuk maintain dalam berblog
Saya sudah mula mahu kembali kepada niat asal saya ingin berblog.Blog adalah ibarat luahan perasaan dan perkongsian saya tentang hal-hal yang dapat memberi manfaat kepada orang lain
Harapnya niat itu tidak berkubur kembali. Kadang-kadang dalam berblog banyak benda yang kita akan jumpa.Antaranya tentang buit duit dengan blog
Saya tak nafikan yang ini.Semangat berblog tu datang berkobar-kobar bila tengok pendapatan Adsense.Bukan sedikit pulak tu jumlahnya.Rasa nak berhenti kerja dan buat blog full time.Tapi bila fikir semula.Benda boleh dapat dengan buat part time, kenapa nak full time kann.haa gitu
Orait, Bagaimana saya meningkatkan traffik Blog walaupun saya hanya update blog jarang-jarang sekali. Meskipun blog ini hanyalah sebuah blog personal, ada tiga perkara yang saya mahu korang cuba buat, InshaAllah akan berhasil seperti saya
Tips Berjaya Mengekalkan Traffik Tinggi Sepanjang MusimTulis entri tentang topik yang ada nilai evergreen.Buat content yang asli, panjang sekitar 300 patah perkataan.Berikan tajuk entri yang semua orang pasti klik entri kita.
Mudah sahaja kan.Hendak seribu daya
Kali ini saya tak berapa nak taip panjang-panjang, sebab time menaip ni pun dah dekat masuk waktu maghrib
Selamat mencuba.Semoga berjaya
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://cikmatahariku.blogspot.com/2020/01/tahun-baru-dengan-pageviews-blog-yang.html