Tahukah Anda Sejarah Permulaan Insurans


Anda pernah disapa atau didatangi ejen insurans? Pasti anda merasa jengkel kerana cara sesetengahnya cuba melakukan jualan, sehinggakan pekerja-pekerja industri insurans membawa persepsi yang agak buruk di kalangan masyarakat.


Walau bagaimanapun, tidak dapat kita nafikan insurans (atau takaful) memberikan perlindungan yang sangat berfaedah tatkala kita benar-benar memerlukannya.

Bagaimanapun, stigma masyarakat terhadap perniagaan ini sangat sukar untuk diperbaiki kerana insurans merupakan satu bentuk perniagaan yang sangat bergantung kepada keterbukaan penerimaan seseorang.

Tahukah anda, insurans sebenarnya mempunyai sejarah yang sangat panjang, sudah pun bermula beribu tahun lamanya?

Insurans kerugian dalam bentuk awal

Secara asasnya, insurans merupakan satu bentuk pemindahan risiko daripada satu pihak kepada satu pihak lain.

Tindakan ini sebenarnya sudah dimulakan oleh pedagang-pedagang di China sejak tahun 3,000BC dengan peniaga-peniaga ketika itu akan membahagikan muatan kargo mereka kepada beberapa buah kapal, bagi meminimakan kerugian sesama mereka seandainya ada kapal gagal sampai ke destinasi.

Dalam era yang sama di Babylon, peniaga-peniaga di situ pula mengamalkan satu sistem yang digelarkan 'bottomry' di mana sebarang pinjaman yang sudah dikeluarkan kepada peniaga, akan dianggap langsai seandainya berlaku insiden semasa barangan peniaga itu hilang di lautan.

Kod Hamurrabi

Bermula sekitar tahun 1,750BC dengan pengenalan Kod Hamurrabi, undang-undang atau peraturan berkenaan pemindahan risiko dan kerugian ini mula dicatatkan secara rasmi.

Kod 100 hingga 107 dalam Kod Hamurrabi menerangkan secara ringkas berkenaan peraturan urus niaga, kontrak serta siapa yang patut menanggung kerugian, sekiranya urusan gagal diselesaikan ekoran bencana.

Berikutan pengenalan kod Hamurrabi ini, idea 'bottomry' mula berkembang ke seluruh masyarakat dunia ketika itu, seiring dengan peningkatan hubungan ekonomi di antara negara-negara yang ada.

'Bottomry' mula berkembang

Sekitar tahun 1,200BC, pedagang-pedagang Phoenician (kini Lebanon) mula memindahkan risiko perjalanan mereka kepada pihak penanggung risiko.

Penanggung risiko akan menanggung risiko seandainya kargo atau kapal milik pedagang hilang atau karam di lautan disebabkan bencana atau serangan lanun.

Pedagang pula perlu membayar sejumlah wang yang sudah dipersetujui sekiranya perjalanan kapal itu selamat sampai ke destinasi.

Sekiranya pedagang gagal membayar yuran yang telah ditetapkan, undang-undang Phoenicia membenarkan penanggung risiko merampas kapal milik pedagang.

Penggunaan laluan laut yang semakin kerap menyebabkan sistem yang diamalkan bermula di Greek dan diperkemaskan di Phoenicia ini semakin popular, mula berkembang di sekitar kepulauan Meditteranean dan Asia bermula tahun 400BC.

Undang-undang yang diperkenalkan diperkemaskan lagi oleh masyarakat Itali sekitar abad ke 14 di Genoa.

Individu-individu kaya yang memiliki tanah dan pengaruh mula bekerjasama berkongsi menjadi penanggung risiko, meletakkan hartanah mereka sebagai jaminan tanggungan kerugian.

Kontrak rasmi insurans yang dipercayai pertama di dunia dibuat menerusi sebuah perjanjian di Genoa pada tahun 1347.

Bagaimana pula dengan insurans nyawa?

Kisah insurans nyawa sedikit berbeza, namun sejarahnya tetap panjang dan bukti pertama wujudnya kerjasama anggota masyarakat dalam menanggung risiko kematian bermula sejak tahun 2500BC di Mesir.

Keluarga-keluarga pengukir batu yang kerjanya berisiko tinggi bersama-sama mengumpulkan wang dan harta bagi membolehkan mereka sama-sama menanggung kos pengebumian ahli keluarga yang terkorban.

Idea itu ditambah baik oleh masyarakat Greek dan Rom sekitar tahun 3BC dengan kewujudan kumpulan masyarakat yang bersama-sama menanggung beban belanja pengebumian.

Selain itu, wang yang dikumpulkan mereka juga akan disedekahkan kepada keluarga si mati sebagai satu bentuk bantuan hidup.

Polisi insurans nyawa pertama dunia dipercayai ditulis pada penghujung abad ke 16 di England.

Penubuhan kumpulan pekerja serta ahli masyarakat yang berkongsi dana menanggung kematian berlaku dengan pesat, namun kebanyakannya gagal bertahan lama disebabkan kelemahan pengurusan serta kerugian yang terlalu besar.

Kerugian ini sebenarnya berpunca daripada kegagalan mereka menganggar dengan lebih baik usia kematian seseorang.

Masalah sama turut sama dihadapi oleh beberapa syarikat terawal insurans yang rata-ratanya mengenakan bayaran sama kepada setiap orang, tanpa mengambil kira usia dan risiko.

Tahap risiko kematian seseorang mula diambil kira sekitar tahun 1693 dan sedikit sebanyak membantu menyelesaikan masalah ini.

Sekitar tahun 1762, Society for Equitable Assurances on Lives and Survivorships - sebuah syarikat pengendali insurans nyawa yang mengambil kira usia dan risiko seseorang berjaya ditubuhkan dan menjadi syarikat insurans moden pertama di dunia, menjadi batu asas kepada penubuhan banyak syarikat insurans lain di serata dunia.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
16 Langkah Penting Tuntutan Insuran Jika Kereta Anda Kemalangan5 Sebab Kenapa Anda Wajib Dilindungi Insuran Nyawa
sumber: iluminasi



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/05/sejarah-insurans.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Trivia Menarik Living Legend Sejarah Muzik Negara Raihan

Trivia Menarik Living Legend Sejarah Muzik Negara Raihan

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 715 hits
Beberapa hari yang lepas warganet atau nitizen berkali kali berkongsi di laman sosial masing masing terutamanya di laman Twitter berkaitan dengan sebuah kumpulan Nasyid terkemuka tanah air suatu masa dahulu yang telah mengeluarkan lagu deng...
Info Kerjaya Pegawai Tadbir Diplomatik M41 Peranan Sejarah Ptd

Info Kerjaya Pegawai Tadbir Diplomatik M41 Peranan Sejarah Ptd

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 752 hits
Salah satu kerjaya dalam Perkhidmatan Awam yang popular dan menjadi dambaan ramai graduan dan lepasan IPT adalah kerjaya sebagai seorang Pegawai Tadbir Diplomatik Ia merupakan perjawatan di bawah gred M41 Ini bermakna mereka yang mahu menja...
Malaysiakini Putar Belit Sejarah Peristiwa 13 Mei Dpp Perak

Malaysiakini Putar Belit Sejarah Peristiwa 13 Mei Dpp Perak

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 329 hits
Dewan Pemuda Pas Perak menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap portal berita Malaysiakini yang didakwa telah memutarbelitkan fakta sejarah serta memanipulasikan peristiwa 13 Mei 1969 Perkara itu merujuk kepada siaran bertajuk 13...
Hendropriyono Enggak Ada Sejarah Kudeta Sipil Berhasil Kecuali Didukung Tni Polri

Hendropriyono Enggak Ada Sejarah Kudeta Sipil Berhasil Kecuali Didukung Tni Polri

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 244 hits
Mantan Kepala Badan Intelijen Negara AM Hendropriyono meyakini gerakan people power tak akan terjadi jelang pengumuman resmi hasil Pemilu oleh KPU pada 22 Mei 2019 Menurut dia pemerintahan yang sah tidak akan bisa digulingkan dengan tindaka...
Kronologi Sejarah Jordan

Kronologi Sejarah Jordan

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 597 hits
Kawasan ini pernah melalui zaman kerajaan Mesir asySyria Babylon Parsi Macedonia Rom Bizantium Arab Mamluk dan Turki Menjadi tarikan dan
Mengupas Sejarah Lokasi Yang Didatangi Jokowi Jadi Ibu Kota Baru

Mengupas Sejarah Lokasi Yang Didatangi Jokowi Jadi Ibu Kota Baru

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 253 hits
Presiden Jokowi mendatangi Bukit Soeharto Gunung Mas dan Kawasan Segitiga Apa saja sejarah tiga wilayah itu
Ahli Bersatu Kurang Dr Mahathir Kenang Sejarah Tubuh Umno

Ahli Bersatu Kurang Dr Mahathir Kenang Sejarah Tubuh Umno

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 390 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia agar mengubah sikap yang mengutamakan agenda peribadi melebihi perjuangan parti Perdana Menteri merangkap Pengerusi Bersatu berkata amal...
H405 Permulaan Himpunan Gergasi Rakyat Setelah 1 Tahun K Jaan Ph

H405 Permulaan Himpunan Gergasi Rakyat Setelah 1 Tahun K Jaan Ph

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 267 hits
SETELAH satu tahun Kerajaan PH mengambil alih Putrajaya Kongres Rakyat serta Gerakan Pembela Ummah bersama 300 NGO NGO Islam Melayu berpendirian bahawa kedaulatan Agama Islam dalam negara kita sedang berada dalam keadaan bahaya dan perlu di...
Bapa Simbah Anak Dengan Air Panas Kerana Tuntut Wang Insurans Ibunya Rm30 000

Bapa Simbah Anak Dengan Air Panas Kerana Tuntut Wang Insurans Ibunya Rm30 000

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 270 hits
Seorang penjual udang berusia 66 tahun ditahan polis kerana didakwa menyimbah anak lelakinya dengan air panas ketika berlaku pertengkaran di antara mereka berhubung pembayaran insurans Dalam kejadian yang berlaku pada jam 6 30 petang Rabu d...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias