Tahukah Anda Beza Cukai Tanah Dan Cukai Taksiran


Dulu memang tak ambil tahu sangat pasal cukai ni sebab bayar terus pada pihak penyelenggaraan dan bila bil sampai jer, terus bayar, tapi sejak dah tak bekerja ni, semua jadi penting untuk buat bajet dan kenalpasti tarikh untuk pembayaran sebelum dikenakan denda. Sebagai pemilik hartanah, anda wajib tahu ada dua jenis cukai yang perlu anda bayar setiap tahun. Tidak kira walau rumah anda itu hanya sebuah flat, rumah teres, atau walau hanya tanah kosong tanpa sebarang tanaman yang diwarisi dari nenek moyang atau kedua ibu bapa anda. 

2 Cukai Yang Wajib Anda TahuTahukah anda perbezaan cukai tanah dan cukai taksiran? Walau dah beli rumah yang sedang kami diami ni sejak lebih kurang 30 tahun baru umi tahu perbezaannya sebab selama ini cukai tanah di bayar kepada pejabat penyelengaraan dan sejak tahun lepas tuanpunya lot kediaman harus membayar secara terus kepada pejabat tanah samada secara online atau di kaunter.


Setelah selesai proses membeli rumah & setelah mendapat kunci rumah anda yang baru dibeli, ada dua jenis cukai yang perlu anda ambil tahu. Cukai-cukai ini perlu dibayar setiap tahun oleh semua pemilik hartanah.


Perbezaan ringkas cukai tanah & cukai pintu (cukai taksiran):


Apa Itu Cukai TanahCukai ini dikenakan ke atas pemilik hartanah, ia perlu dibayar setiap tahun sebelum 31 Mei. Untuk pemilik rumah teres, semi-D atau lot seperti banglo, cukai tanah akan dibayar terus oleh pemilik kediaman kepada Pejabat Tanah. 




Untuk rumah yang mempunyai pegangan strata bertingkat seperti apartment atau kondominium, selalunya cukai tanah ini dibayar oleh pemilik kediaman kepada badan pengurusan bersama (JMB). JMB kemudiannya akan membuat bayaran penuh kepada Pejabat Tanah bagi pihak pemilik kediaman.
Tapi itu dulu, sekarang rumah pegangan strata akan membayar terus kepada Pejabat Tanah
Tempoh PembayaranCukai tanah boleh dibayar bermula 1 Januari sehingga 31 Mei setiap tahun. 


Pembayaran untuk cukai tanah ini boleh dilakukan menggunakan kiriman wang atau wang pos di atas nama Bendahari Negeri Selangor. Cara lain adalah dengan melakukan pembayaran di mana-mana Pejabat Daerah / Tanah & Pejabat Tanah Galian (PTG) Selangor dan ia boleh dilakukan dengan cara tunai atau melalui kad kredit / kad debit.


Bayaran secara tunai sahaja boleh dilakukan di mana-mana kaunter Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah di seluruh negeri Selangor dan juga di kaunter Pejabat Pos di seluruh negeri Selangor & Wilayah Persekutuan.


Cara Pembayaran Secara OnlineCara yang paling mudah pula adalah dengan membuat pembayaran secara online di https://ehasil.selangor.gov.my dan pembayaran boleh dilakukan menggunakan FPX atau menggunakan kad kredit / kad debit.


Adalah menjadi tanggungjawab kepada pemilik kediaman untuk membuat bayaran cukai tanah tanpa menunggu bil makluman cukai tanah. Jika anda tidak dapat membuat semakan dengan mengakses portal online PTG Selangor contohnya,  anda boleh ke kaunter PTG Selangor untuk membuat semakan bil & boleh terus membuat bayaran.


Tak Terima Bil Cukai Tanah?


Elakkan bertangguh sebabnya bil cukai ni kebiasaannya memang ada dihantar oleh Pejabat Tanah kepada pemilik hartanah, tetapi kadang-kadang bil ini tak sampai kepada pemilik atas pelbagai sebab. Jadi pemilik juga kadang kala boleh terlupa untuk buat semakan & bayaran.


Sebagai maklumat tambahan, bermula bulan Jun 2018, Cukai Petak (Parcel Rent) telah diperkenalkan bagi menggantikan cukai tanah ke atas pemilik hartanah strata di Selangor yang telah dikeluarkan hakmilik strata nya. Bagi hartanah yang masih belum dikeluarkan hakmillik strata (Master Title), cukai tanah akan terus dikutip oleh JMB.


Cukai Petak ini menggantikan cukai tanah sedia ada untuk memudahkan proses penjualan dan pindah milik hartanah strata kerana mengikut sistem lama (Pembayaran cukai tanah kepada JMB), penjualan & pindah milik hartanah strata akan bermasalah kerana rekod Pejabat Tanah akan menunjukkan bahawa ada pemilik petak lain (unit hartanah strata) di situ yang tidak membayar cukai tanah mereka.


Dengan ini, setiap pemilik petak (unit hartanah) bertanggungjawab terhadap cukai tanah petak (unit) masing-masing dan kelak hanya pemilik unit masing-masing yang akan menghadapi masalah jika tidak melangsaikan hutang cukai tanah @ cukai petak masing-masing.


Apa Itu Cukai Pintu (Cukai Taksiran)Cukai ini dikenakan ke atas pemilik kediaman oleh Majlis Perbandaran and kadar cukainya bergantung kepada jenis kediaman atau hartanah yang dimiliki.



Hasil cukai ini yang diperolehi oleh Majlis Perbandaran akan digunakan untuk membaik pulih dan membina kemudahan-kemudahan awam di tempat tersebut seperti kerja-kerja penurapan jalan raya, baik pulih saluran longkang, lampu-lampu jalan dan sebagainya.


Makluman tentang berapa cukai yang perlu dibayar & bila tarikh akhir bayaran selalunya akan dihantar melalui surat terus kepada pemilik kediaman. Cukai tanah & cukai pintu ini tidaklah mahal mana & menjadi tanggungjawab setiap pemilik kediaman / hartanah untuk melangsaikannya.


Tempoh PembayaranBil cukai taksiran ini dibayar 2 kali setahun iaitu pada 1 Januari hingga 28 Februari dan 1 Julai hingga 31 Ogos setiap tahun.


Cara Pembayaran Bayaran juga sekarang dah boleh dibuat secara online maka dah jadi mudah untuk kita selesaikan cukai tanah & cukai taksiran ini.


Bil cukai pintu @ cukai taksiran juga dihantar oleh Majlis Perbandaran kepada setiap pemilik hartanah. Pastikan anda semak surat-surat yang diterima setiap hari dan jangan lupa juga untuk semak surat-surat anda di unit-unit kediaman atau hartanah komersial anda yang disewakan kepada pihak lain untuk memastikan anda tidak terlepas pandang cukai taksiran yang perlu dibayar setiap tahun


sumber : Property Agent Kajang


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2025/01/tahukah-anda-beza-cukai-tanah-dan-cukai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kelantan Sepasang Suami Isteri Ditahan Terlibat Sindiket Rokok Seludup Di Tanah Merah

Kelantan Sepasang Suami Isteri Ditahan Terlibat Sindiket Rokok Seludup Di Tanah Merah

papar berkaitan - pada 19/1/2025 - jumlah : 295 hits
BernamaTUMPAT Sepasang suami isteri warga tempatan ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket penyeludupan rokok bernilai RM648 738 termasuk cukai selepas sebuah lori ditahan di Kampung Belimbing Tanah Merah pada 12 Jan lepas Pengarah J...
Fitnah Curi Kelapa Sawit Atas Tanah Bergeran Presiden Psap Buat Laporan Polis Terhadap Exco Pahang

Fitnah Curi Kelapa Sawit Atas Tanah Bergeran Presiden Psap Buat Laporan Polis Terhadap Exco Pahang

papar berkaitan - pada 10/1/2025 - jumlah : 111 hits
KUANTAN Presiden Pertubuhan Suara Anak Pahang Haslihelmy DM Zulhasli membuat laporan polis terhadap Exco Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Sim Chon Siang berhubung kenyataan fitnah mendakwa dia mencuri kelapa sawit di atas tanah bergera...
Faktor Persekutuan Tanah Melayu Singapura Borneo Utara Brunei Dan Sarawak Harus Disatukan

Faktor Persekutuan Tanah Melayu Singapura Borneo Utara Brunei Dan Sarawak Harus Disatukan

papar berkaitan - pada 9/1/2025 - jumlah : 158 hits
Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu Tunku Abdul Rahman Putra dalam satu ucapan beliau di Persidangan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara yang diadakan di Hotel Adelphi Singapura pada 27 Mei 1961 telah menggagaskan tentang perl...
Isu Zikir Di Tanah Perkuburan Jawi Akan Ambil Tindakan

Isu Zikir Di Tanah Perkuburan Jawi Akan Ambil Tindakan

papar berkaitan - pada 4/1/2025 - jumlah : 186 hits
KUALA LUMPUR 3 Januari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan peruntukan undang undang berkenaan isu sekumpulan individu yang berzikir secara mencurigakan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibuko...
Tanah Runtuh Di Cameron Highlands

Tanah Runtuh Di Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 6/1/2025 - jumlah : 139 hits
FMT ReportersPengguna jalan raya dinasihatkan menggunakan laluan alternatif melalui Jalan Sungai Koyan di Lipis dan melalui Jalan Tapah untuk ke Cameron Highlands Keadaan runtuhan tanah yang berlaku diJalan Kampung Raja brhampiran Simpang B...
Kedai Ayam Goreng Baru Di Tanah Merah Kelantan D Apple Fried Chicken

Kedai Ayam Goreng Baru Di Tanah Merah Kelantan D Apple Fried Chicken

papar berkaitan - pada 20/1/2025 - jumlah : 240 hits
Buat penggemar ayam goreng yang tinggal di Kelantan terutama sekali yang berada di Tanah Merah korang tak perlu ke Kota Bharu untuk mencuba ayam goreng di D Apple Fried Chicken sebab dorang ada buka cawangan baru di Gertak Chaber Tanah Mera...
Apa Nak Buat Kalau Geran Tanah Hilang

Apa Nak Buat Kalau Geran Tanah Hilang

papar berkaitan - pada 20/1/2025 - jumlah : 235 hits
Dalam sistem tanah di negara kita pendaftaran pemilikan adalah segala galanya Sebab itu sebagai pemilik sesebuah hartanah kita kena sentiasa ada geran asal dalam milikan Kalau nak jual rumah tapi Geran asal hilang proses jual beli tak boleh...
Beza Dulu Dan Sekarang Kini Ganu 32 0 Corot

Beza Dulu Dan Sekarang Kini Ganu 32 0 Corot

papar berkaitan - pada 21/1/2025 - jumlah : 113 hits
Atas permintaan penyokong kerajaan admin buat perbandingan ini Berbeza dengan penyelidik lantikan politik yang suka cherry picking perbandingan yang admin buat adalah menyeluruh dan berdasarkan konsep ekonomi sebenar Dalam konsep ekonomi pe...
Syok Juga Tanam Nenas Belakang Rumah

Samsung Galaxy Tab S9 Fe Menjadi Pilihan

Singapore S Operation Lalang Against The Catholic Church 1987 Majulah Singapura

How Regular Hvac Maintenance Can Improve Indoor Air Quality Across Kansas Communities

Pas Pun Teringin Nak Kerjasama Dengan Umno Kata Ketua Pemuda Pas

Floods Number Of Evacuees In Sabah S Sook Rises To 392

Rafeah Buang 12 Lagu Paling Popular Sepanjang Zaman

Undi Popular Phbn Menurun Pn Meningkat Analisa Prk Ayer Kuning


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Eyqa Saiful Dorentia Dora Dessy Dian Hani J Syasya Tiffany Angel Enggai Alah Chord

10 Tempat Makan Popular Di Perlis Lunch Sarapan Pagi

Road Tested Purpose Built Moto S Scrambler Bar End Mirrors

5 Alasan Kenapa Agz Bikin Pencinta Drakor Akhirnya Melirik Sinetron Indonesia

Makan Kenduri Kesyukuran Aqiqah Pontian

Pagi Ahad Sarapan Pagi Kenangan