Apa Nak Buat Kalau Geran Tanah Hilang


 




𝐀𝐏𝐀 𝐍𝐀𝐊 𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐊𝐀𝐋𝐀𝐔 𝐆𝐄𝐑𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐇𝐈𝐋𝐀𝐍𝐆?
Dalam sistem tanah di negara kita, pendaftaran pemilikan adalah segala-galanya. Sebab itu sebagai pemilik sesebuah hartanah, kita kena sentiasa ada geran asal dalam milikan.
Kalau nak jual rumah tapi Geran asal hilang, proses jual beli tak boleh nak diteruskan.
Jadi, apa perlu kita buat jika Geran asal hilang?
𝟏. 𝐁𝐮𝐚𝐭 𝐋𝐚𝐩𝐨𝐫𝐚𝐧 𝐏𝐨𝐥𝐢𝐬 𝐃𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐠𝐞𝐫𝐚
Maklumat yang perlu ada dalam laporan polis:

– Nama penuh pemilik– Nombor Kad Pengenalan– Maklumat Geran– Alamat Hartanah– Bila hilang
𝟐. 𝐁𝐮𝐚𝐭 𝐀𝐤𝐮𝐚𝐧 𝐒𝐮𝐦𝐩𝐚𝐡
Akuan sumpah perlu dibuat di hadapan Pesuruhjaya Sumpah oleh pemilik. Kalau pemilik ramai, semua pemili kena buat akuan sumpah bersama.
Akuan Sumpah dibuat bagi tujuan untuk dapatkan semula Geran baru di Pejabat Tanah.
𝟑. 𝐁𝐮𝐚𝐭 𝐏𝐞𝐫𝐦𝐨𝐡𝐨𝐧𝐚𝐧 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐃𝐚𝐩𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐆𝐞𝐫𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐫𝐮 𝐃𝐢 𝐏𝐞𝐣𝐚𝐛𝐚𝐭 𝐓𝐚𝐧𝐚𝐡
Dokumen-dokumen Yang Diperlukan:

– Laporan Polis asal– Surat akuan bersumpah asal oleh pemilik– Salinan kad pengenalan pemilik yang diakui sah– Carian persendirian hartanah– Salinan resit cukai tanah dan cukai pintu– Bayaran permohonan
Ketika hadir ke Pejabat Tanah, pemilik akan dikehendaki mengisi Borang Permohonan untuk dapatkan Geran baru. Semua dokumen di atas akan dikepilkan bersama-sama dengan Borang Permohonan.
Carian persendirian hartanah boleh dibuat pada masa yang sama ketika isi dan hantar Borang Permohonan sebab Carian Persendirian boleh dapat segera. Jadi, tak perlulah berulang alik ke Pejabat Tanah. Harga Carian Persendirian RM 30 kalau di Selangor.
Ada sesetengah Pejabat Tanah mungkin minta Carian Rasmi dan bukannya Carian Persendirian. Jadi, dalam situasi macam ni, kena buat Carian Rasmi. Carian Rasmi biasanya takkan dapat pada hari yang sama sebab pegawai kena tandatangan dan harga mahal sedikit dari Carian Persendirian iaitu RM 50 (Selangor).
Bayaran permohonan juga berbeza di setiap Pejabat Tanah. Kalau di Selangor, bayaran seperti berikut:

Geran hilang: RM 430 – RM 440Geran rosak: RM 120 – RM 130Geran hancur: RM 10
𝟒. 𝐒𝐢𝐚𝐬𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐎𝐥𝐞𝐡 𝐏𝐞𝐣𝐚𝐛𝐚𝐭 𝐓𝐚𝐧𝐚𝐡
Selepas Borang Permohonan diserahkan bersama-sama dokumen yang lengkap, dalam masa beberapa minggu (atau bulan) kemudian, pemilik akan dipanggil oleh Pejabat Tanah untuk menghadiri siasatan berkenaan permohonan tersebut.
Pemilik biasanya akan menerima surat dari Pejabat Tanah. Jadi, pastikan alamat surat menyurat yang diletakkan adalah alamat terkini.
Semasa siasatan, pemilik perlu menjawab beberapa soalan yang akan ditanya oleh pegawai.
𝟓. 𝐊𝐮𝐭𝐢𝐩𝐚𝐧 𝐆𝐞𝐫𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐫𝐮 𝐝𝐢 𝐏𝐞𝐣𝐚𝐛𝐚𝐭 𝐓𝐚𝐧𝐚𝐡
Selepas selesai siasatan di Pejabat Tanah, langkah terakhir hanyalah untuk Pejabat Tanah memproses dan membuat Geran baru bagi hartanah tersebut.
Proses ini biasanya mengambil masa berbulan juga. Boleh dapatkan kepastian dari pegawai ketika siasatan dijalankan.
Jika Geran baru sudah siap, pemilik sekali lagi akan dihubungi oleh Pejabat Tanah, biasanya melalui surat, untuk datang dan ambil Geran baru tersebut sendiri.
Geran tersebut mestilah diambil sendiri oleh pemilik. Jika nak hantar wakil, kena buat surat wakil kuasa untuk orang lain ambilkan.
Lepas dapat Geran baru, sebaiknya buat terus salinan photostat manakala Geran asal simpanlah di tempat yang selamat.
Semoga bermanfaat.
P/S:
Sekiranya kita beli hartanah guna pinjaman bank, Geran asal akan dipegang oleh pihak bank sehinggalah kita habis bayar hutang. Salinan sahaja yang akan ada dengan kita. Jadi, dalam situasi ini, jangan pula kita buat permohonan Geran hilang. Tak pasal-pasal kena maki dengan Pejabat Tanah satgi.
Oleh:

Mohamad Nasruddin Ab RahmanPeguam di Tetuan Nas Rahman & Co

https://www.facebook.com/share/p/PjbCTnJYYPpqoq7C/
















Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://arnamee.blogspot.com/2025/01/apa-nak-buat-kalau-geran-tanah-hilang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adakah Dap Terlalu Bodoh Mahu Ambil Risiko Hilang Kerajaan Hanya Kerana Nak Pertahan Isu Pilihanraya Pbt Ini

Adakah Dap Terlalu Bodoh Mahu Ambil Risiko Hilang Kerajaan Hanya Kerana Nak Pertahan Isu Pilihanraya Pbt Ini

papar berkaitan - pada 24/1/2025 - jumlah : 141 hits
Seperti yg telah aku nyatakan dalam tulisan sebelum ini bahawa kenyataan serta tindakan yg cuba dilakukan oleh beberapa pimpinan dari DAP ini lebih kepada isu dalaman parti berkenaan seolah olah sedang muncul satu kumpulan dari dalam DAP yg...
Apa Pasal Pulak Anwar Nak Kena Letak Jawatan

Apa Pasal Pulak Anwar Nak Kena Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 8/1/2025 - jumlah : 130 hits
Kecoh la pasal Najib di aku Tak putus berita pasal orang yang ni Macam macam cerita keluar Mahkamah Rayuan telah kes Najib ni ke mahkamah tinggi Aku pula sibuk Dapat tengok FB sekejap sekejap je Ni baru ada masa nak ulas Paling kelakar bila...
Wara Ikut Trend Jadi Patung Squid Game Ramai Sudi Nak Jadi Peserta

Wara Ikut Trend Jadi Patung Squid Game Ramai Sudi Nak Jadi Peserta

papar berkaitan - pada 9/1/2025 - jumlah : 81 hits
Si comel Nur Aisywara Neelofa anak kepada mua terkenal MUA Bellaz tidak pernah menghampakan wargamaya di media social Ada sahaja aksi comelnya yang menghiburkan semua Terbaru aksi comel Wara yang tampil dengan pakaian seakan karektor patung...
Permohonan Geran Agropreneur Muda 2025 Kini Dibuka

Permohonan Geran Agropreneur Muda 2025 Kini Dibuka

papar berkaitan - pada 9/1/2025 - jumlah : 147 hits
Jom buat permohonan Geran Agropreneur Muda 2025 Keraaan Malaysia berkerjasama dengan pelbagai agensi untuk mejayakan program Geran Agroupreneur Muda yang merupakan inisiatif kerajaan untuk melahirkan usahawan usahawan muda dalam pelbagai bi...
Anakku Nak Periksa Upkk

Anakku Nak Periksa Upkk

papar berkaitan - pada 7/1/2025 - jumlah : 128 hits
Aku terjumpa gambar ni dalam draf tahun 2013 Mungkin masa tu nak menulis menggambarkan rasa syukur dan gembira menerima kehadiran bayi comel ni tapi entah kenapa setelah 11 tahun masih dalam draf Sigh Anak ini semasa berumur tiga bulan tela...
Airborneo Will Allow Sarawak To Pick Routes Marketing Strategies Says Minister

Moratorium On Notice Requirement For Rallies Says Saifuddin

Peluang Untuk Peneroka Felda Tambah Pendapatan

Cuepacs Ada Penjawat Awam Dipaksa Terima Rasuah

Buffet Ramadan 2025 Doubletree By Hilton Johor Bahru

The Role Of Reputation In Choosing Gacor Slot Sites

Dbkl Akan Rombak Pentadbiran Lama

The Role Of Mitolyn Supplement In A Balanced Diet And Fitness Routine


echo '';
AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39

Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis


Bebola Kentang Rangup 3 Bahan Mudah Dan Sedap

Many Fish Killed In Horror Poisoning At Swindon Aquatics Centre Wiltshire 999s

Analisis Keputusan Ujian

Jahit Lencana

Tiga Saat Mengerikan Ditelan Ikan Paus Biru Dan Diluahkan Kembali

Dap Diingat Tidak Cabar Kesabaran Toleransi Muslim