Tahukah Anda Bayi Paling Mudah Dijangkiti Demam Virus



Penyakit ringan seperti demam dan selesema sering dikaitkan dengan cuaca panas serta hujan tidak menentu yang berlaku sepanjang tahun. Walaupun ia masalah kesihatan biasa yang kita alami, jika ia kerap berulang tentu membuatkan kita bimbang dan tidak selesa

Bagi orang dewasa, demam menjejaskan prestasi kerja. Namun, kita akan lebih gundah sekiranya masalah kesihatan ini dialami kanak-kanak yang masih dalam proses membina kekuatan antibodi atau imunisasi bagi melawan pelbagai penyakit, sama ada disebabkan bakteria atau virus

Kita sering dengar luahan rakan yang mempunyai anak kecil terpaksa mengambil cuti apabila anak mereka dimasukkan ke wad kerana demam virus

Menurut Pegawai Perubatan Kecemasan Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Dr Shamsinar Samsuddin, demam virus adalah nama yang diberikan kepada demam akibat pelbagai jenis virus yang wujud di sekeliling manusia

Beliau berkata, virus adalah organisma mikro yang menyebabkan jangkitan. Malah, ia lebih kecil daripada fungus dan bakteria

“Virus ini akan memasuki sel perumah (individu yang dijangkiti) dan melepaskan asid ribonukleik (RNA) atau asid deoksiri bonukleik (DNA). Ia akan mengganda dan bertambah bilangannya yang menyebabkan kematian sel tuan rumah

“Semua jenis jangkitan virus boleh menyebabkan demam. Virus yang paling sering menimbulkan gejala adalah seperti jangkitan pada saluran pernafasan, salur pemakanan, kulit dan sistem saraf serta otak,” katanya

Katanya, virus boleh menyerang semua peringkat umur, sama ada kanak-kanak atau golongan dewasa. Golongan kanak-kanak adalah lebih sensitif dan lebih mudah terdedah kepada jangkitan ini disebabkan daya tahan tubuh yang masih lemah dan tidak berkembang sepenuhnya seperti golongan dewasa

“Kanak-kanak yang jarang terdedah kepada persekitaran luar, contohnya bayi dan kanak-kanak bawah umur tiga tahun, rata-rata masih dijaga rapi oleh ibu mereka sendiri di rumah dan tidak pernah bergaul dengan kanak-kanak lain, secara amnya mempunyai daya tahan tubuh yang lemah terhadap virus biasa

“Berbanding dengan kanak-kanak yang sudah terbiasa dijaga di tempat asuhan atau pusat jagaan kanak-kanak di luar, daya tahan tubuh lebih kuat,” katanya

Dr Shamsinar berkata, golongan dewasa yang mendapat jangkitan virus juga akan mengalami gejala tidak sihat yang sama seperti kanak-kanak. Namun, gejala ini mungkin hilang dalam beberapa hari disebabkan daya ketahanan tubuh yang kuat serta kemampuan tubuh untuk melawan jangkitan berkenaan

Jelasnya, bagi mengenali simptom demam virus, jangkitan virus secara umumnya akan memberikan gejala demam dan mungkin disertai batuk dan selesema

Bagaimanapun, demam virus dapat dibezakan daripada demam yang disebabkan oleh jangkitan bakteria pada beberapa aspek seperti suhu badan meningkat sekitar 37.5 hingga 38 darjah Celsius,
“Demam bakteria pula boleh mencapai suhu yang lebih tinggi. Selain itu, keadaan kanak-kanak yang mengalami jangkitan virus secara umumnya adalah lebih baik berbanding kanak-kanak yang mendapat jangkitan bakteria, dalam erti kata mereka masih kelihatan aktif dan cergas walaupun sedang demam

“Kanak-kanak yang diserang jangkitan bakteria umumnya kelihatan lebih sakit dan lesu. Muntah dan cirit-birit bukan faktor penentu sama ada kanak-kanak terbabit diserang jangkitan virus atau bakteria, ia hanyalah perkembangan daripada masalah kesihatan itu sendiri,” katanya

Buat masa ini tidak ada rawatan khusus untuk merawat jangkitan virus, namun pelbagai kaedah boleh dilakukan bagi mengurangkan gejala yang dialami

“Demam akan dirawat dengan pemberian ubat mengurangkan demam. Paracetamol kini tersedia luas di pasaran dan diperbuat dalam pelbagai jenama dan sediaan. Dos yang disarankan untuk kanak-kanak adalah sebanyak 15mg/kg berat badan dan boleh diberikan secara berulang-ulang setiap empat hingga enam jam

“Pada masa yang sama, ibu bapa harus memastikan status hidrasi anak masing-masing tetap bagus, yang bermaksud anak masih mampu minum seperti biasa dan tidak mengalami dehidrasi (kekurangan air),” katanya

Jelasnya lagi, apabila demam, kanak-kanak akan hilang selera makan. Ini adalah perkara biasa dan pada ketika ini doktor lebih menekankan kemampuan anak untuk minum berbanding makan dalam menentukan kadar hidrasi seorang kanak-kanak

Tambahnya, jika anak menghidap gejala batuk, selesema, cirit-birit atau muntah, rawatan yang diberikan adalah berdasarkan simptom yang ditunjukkan. Bagaimanapun, tidak semua gejala berkenaan perlu dirawat kerana ia ada hadnya iaitu jangkitan akan hilang dengan sendirinya

“Satu hal paling penting yang perlu diketahui oleh ibu bapa ialah, jangkitan virus tidak boleh diubati dengan pemberian antibiotik. Jadi, apabila doktor tidak memberikan antibiotik kepada anak, jangan minta!” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ceritapapamama.blogspot.com/2018/12/tahukah-anda-bayi-paling-mudah-terkena.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bubur Menu Mpasi Paling Mudah Dibuat Untuk Bayi Anda

Bubur Menu Mpasi Paling Mudah Dibuat Untuk Bayi Anda

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 355 hits
Anda memiliki anak yang usianya hampir 6 bulan Jika iya siap siap memilihkan menu MPASI untuknya
Cara Mudah Buat Air Asam Paling Sedap Untuk Ikan Bakar

Cara Mudah Buat Air Asam Paling Sedap Untuk Ikan Bakar

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 723 hits
Tercari cari resipi Air Asam paling sedap Ini resipi yang anda kena cuba Air asam ni kalau kena dengan nasi panas ulam dan lauk ikan bakar memang bertambah nasi di pinggan Lebih lebih lagi jika ianya resipi air tangan orang tua dulu dulu Me...
Cara Yang Paling Mudah Nak Buang Kulit Tomato

Cara Yang Paling Mudah Nak Buang Kulit Tomato

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 404 hits
Assalamualaikum Salam semua hari ini nak kongsi tips di dapur pulak tips ini biasa buat kalau nak masak ikan masak cuka sebab ada nak masukkan tomato hancur dalam ni Selalu kalau buat ikan masak cuka ada masukkan tomato yang telah dihancurk...
Kek Pisang Moist Dengan Resepi Paling Mudah Dan Pasti Sedap

Kek Pisang Moist Dengan Resepi Paling Mudah Dan Pasti Sedap

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 1039 hits
As Salam Kek Pisang Moist Dengan Resepi Paling Mudah Dan Pasti Sedap Alhamdulillah Cuti sekolah ni selain happy sebab tak payah rush bangun pagi pagi saya dapat buat aktiviti yang saya sukai iaitu masak memasak atau buat kek Yay Yup dulu ti...
10 Bayi Selebriti Malaysia Yang Paling Popular 2018

10 Bayi Selebriti Malaysia Yang Paling Popular 2018

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 596 hits
Tidak lama lagi tahun 2018 bakal melabuhkan tirainya Pada tahun ini begitu ramai selebriti yang menerima khabar gembira kerana menyambut kelahiran orang baru dalam keluarga mereka Ada yang pertama kali bergelar ibubapa dan tidak kurang juga...
Jangan Sebarkan Virus Ini Sebab Mengapa Tidak Boleh Sewenang Wenangnya Cium Bayi

Jangan Sebarkan Virus Ini Sebab Mengapa Tidak Boleh Sewenang Wenangnya Cium Bayi

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 355 hits
Semua bayi dilahirkan comel justeru kita tidak dapat menghalang diri kita daripada mencium dan menggomol bayi Malangnya terdapat kajian yang menunjukkan bahawa perbuatan ini boleh membahayakan kesihatan bayi baru lahir Berikut 3 penyakit pa...
Rm4bilion Th Dirompak Jalan Paling Mudah Rendahkan Dividen Ialah Reka Cerita Najib

Rm4bilion Th Dirompak Jalan Paling Mudah Rendahkan Dividen Ialah Reka Cerita Najib

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 286 hits
Ada satu laporan oleh media Singapura yang dimiliki kerajaan Singapura semalam yang tiba tiba memetik orang dalam yang tidak dinamakan bahawa Tabung Haji telah kekurangan dana RM4 bilion Tuduhan ini tidak mendakwa RM4 bilion telah dirompak ...
Cara Paling Mudah Daftar Grab Malaysia 2019

Cara Paling Mudah Daftar Grab Malaysia 2019

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 626 hits
GRAB DRIVER MASIH DIPERLUKAN DI KLANG VALLEY SELANGOR dan NEGERI SEMBILAN Selepas keberangkatan Uber dari Malaysia ramai yang berpandangan bahawa pemandu GRAB telah pun ramai dan memenuhi pasaran terutamanya di bandaraya Hakikatnya tidaklah...
Diana Amir Kongsi Tip Kemas Mainan Anak Dengan Cara Paling Mudah Dan Jimat Masa Ibu

Diana Amir Kongsi Tip Kemas Mainan Anak Dengan Cara Paling Mudah Dan Jimat Masa Ibu

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 566 hits
Pelakon dan pengacara Diana Amir mempunyai cara tersendiri untuk mendisiplinkan anak anaknya Menerusi perkongsian di akaun Instagram Diana berkongsi tip untuk memastikan anak anak mengemas kembali mainan selepas menggunakannya Anak anak kes...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Gegar Vaganza 11 Keputusan Konsert Pertama Dan Senarai Lagu Minggu Ke 2

Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof