Tahukah Anda Bahawa Sabah Pernah Menyertai Temasya Sukan Olimpik Sebagai Sebuah Negara


Bulih bah kalau kau!


Tahukah Anda Bahawa Sabah Pernah Menyertai Temasya Sukan Olimpik Sebagai Sebuah Negara? Siapa sangka bahawa negeri di bawah bayu yang anda kenali sekarang ini sebenarnya pernah menghantar wakil atlet ke temasya sukan tertua di dunia. Bukan di bawah nama Malaysia tetapi sebagai sebuah negara sendiri? Hebat kan?

Sabah atau pada suatu ketika dahulu dikenali sebagai Borneo Utara (North Borneo) pernah menyertai temasya Sukan Olimpik sebagai sebuah negara sendiri untuk edisi tahun 1956 di Melbourne, Australia. Boleh dikatakan, Sabah merupakan sebuah negara kecil yang menyertai Sukan Olimpik dengan hanya menghantar 2 orang atlet sahaja ke temasya tersebut. Sertai Sukan Olimpik sebagai salah sebuah negara protektorat Pada waktu itu, Borneo Utara merupakan sebuah negara protektorat iaitu sebuah negara yang dilindungi dan dikawal oleh negara yang lebih besar serta tidak mempunyai raja berdaulat.

Borneo Utara merupakan sebuah negara protektorat di bawah lindungan Great Britain. Oleh sebab itu, jika anda perasan, bendera Borneo Utara mempunyai bendera kecil Great Britain di sudut kiri atasnya serta logo rasmi Gabenor Koloni Mahkota British Borneo Utara pada waktu itu.

Bendera ini diguna pakai oleh Borneo Utara bermula pada tahun 1948 sehingga tahun 1963 selepas Gabenor Koloni Mahkota British mengambil alih Borneo Utara daripada Syarikat Borneo Utara British.

Bendera Borneo Utara (Sabah) dari tahun 1948 sehingga 1963. Sukan Olimpik Melbourne 1956 : Temasya Olimpik penuh kontroversi Temasya Sukan Olimpik yang diadakan pada tahun 1956 itu juga bukanlah temasya biasa yang berjalan dengan lancar. Pelbagai kontroversi pernah menghurung temasya yang diadakan di Melbourne ini kerana ini merupakan kali pertama temasya Sukan Olimpik diadakan di luar benua Eropah dan Amerika Utara. Bukan itu sahaja, ramai yang tidak bersetuju Sukan Olimpik diadakan di sini kerana cuacanya yang sejuk, bertentangan dengan nama Sukan Olimpik musim panas.

Malah, kerajaan Australia pada waktu itu juga tidak mahu mengadakan acara berkuda ekuestrian di bumi Melbourne atas sebab peraturan kuarantin Australia yang sangat ketat. Oleh yang demikian, acara ini diadakan di Stockholm, Sweden.

Beberapa negara juga dilaporkan telah memboikot sukan tersebut atas pelbagai alasan. Misalnya, Mesir, Lubnan, Iraq dan Kemboja tidak menyertai temasya edisi ini kerana sebagai tanda protes ke atas Krisis Suez-Perang Kedua Arab-Israel.

Bukan itu sahaja, negara Sepanyol dan Switzerland pun tidak menyertai edisi ini sebagai tanda protes terhadap serangan Kesatuan Soviet sewaktu Revolusi Hungaria.

Walau bagaimanapun, sebanyak 67 buah negara tetap menyertai temasya tersebut dan salah satu daripadanya adalah Borneo Utara ataupun Sabah.

Gambar sewaktu temasya sukan yang melibatkan Borneo Utara suatu ketika dahulu. Gabuh dan Sium, wira Borneo Utara Pada temasya dengan penyertaan unik Borneo Utara tersebut, atlet bertuah yang pernah mewakili negara kecil tersebut adalah Gabuh Piging dan Sium Bin Diau. Gabuh pada ketika itu berusia 24 tahun manakala Sium baru berusia 21 tahun. Lebih membanggakan, Gabuh dan Sium merupakan dua orang lelaki pertama dari Sabah yang bertanding di Sukan Olimpik!

Walau bagaimanapun, kedua-duanya tidak berjaya untuk melayakkan diri ke peringkat akhir. Namun, pengalaman mewakili tanah air tercinta pastinya sesuatu yang manis dan besar buat kedua-dua atlet ini, apatah lagi mereka berdua berasal dari sebuah negara kecil yang pastinya tidak memiliki banyak kelebihan berbanding negara besar yang lain.

Datuk Gabuh Piging, atlet lompat kijang Olimpik Borneo Utara. Sumber : FB North Borneo Historical Society Sumber : FB North Borneo Historical Society Datuk Sium Bin Diau, wakil Borneo Utara ke Sukan Olimpik 1956. Kredit : FB North Borneo Historical Society Barangan berharga berupa pin enamel, patch poket beserta logo dan jaket blazer berwarna merah milik kontinjen Borneo Utara sewaktu menyertai Sukan Olimpik Melbourne 1956 kini masih disimpan di Australian Gallery of Sport and Olympic Museum setelah didermakan oleh seorang individu bernama John Walne.

Berdasarkan rekod di laman sesawang galeri sukan dan muzium Olimpik Australia, pakaian dan aksesori khas ini digunakan oleh jurulatih kontinjen Borneo Utara dalam tempoh November sehingga Disember 1956.

Sumber : Australian Gallery of Sport and Olympic Museum Sumber : Australian Gallery of Sport and Olympic Museum Sumber : Australian Gallery of Sport and Olympic Museum Peluang ‘rare’ sertai temasya Sukan Olimpik sebelum bergabung bawah Malaysia Kesempatan menyertai Sukan Olimpik walaupun hanya sekali sebagai sebuah negara pastinya sesuatu yang manis dan menjadi sejarah yang tidak ternilai kepada negeri tersebut. Borneo Utara tidak menyertai Sukan Olimpik untuk edisi tahun 1960 kerana tiada wakil yang layak ke temasya tersebut. Identiti Borneo Utara kemudiannya lenyap setelah Sabah bergabung bersama Sarawak dan Malaya untuk membentuk Malaysia pada tahun 1963.

Akhirnya, untuk temasya Sukan Olimpik pada tahun 1964, atlet dari Borneo Utara atau dikenali sebagai Sabah menyertai temasya tersebut sebagai atlet negara Malaysia.

Disebabkan Borneo Utara hanya menyertai temasya tersebut sekali sahaja sebelum bergabung membentuk Malaysia, negara tersebut tidak pernah memenangi pingat memandangkan dua atlet yang dihantar tidak dapat melayakkan diri ke peringkat akhir. Borneo Utara juga tidak pernah menubuhkan Jawatankuasa Olimpik nya sendiri sebelum pembentukan Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/07/tahukah-anda-bahawa-sabah-pernah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lipatan Sejarah Negara Sempena Sukan Olimpik 2021

Lipatan Sejarah Negara Sempena Sukan Olimpik 2021

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 344 hits
Assalamualaikum wbt Sempena dengan sukan Olimpik yang sedang berlangsung saya nak ajak awak untuk baca sejarah sukan Olimpik yang pernah dilakar di negara kita Saya nak ucapkan tahniah pada atlet atlet yang sudah mendapat pingat emas dalam ...
Aaron Chia Soh Wooi Yik Pungut Pingat Pertama Negara Di Sukan Olimpik Tokyo

Aaron Chia Soh Wooi Yik Pungut Pingat Pertama Negara Di Sukan Olimpik Tokyo

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 518 hits
Pasangan beregu lelaki utama berjaya memungut pingat untuk pasukan negara selepas memperoleh pingat gangsa sebentar tadi Aaron Chia Soh Wooi Yik berjaya menumpaskan pasangan beregu Indonesia yang juga pilihan kedua Mohammad Ahsan Hendra Set...
Kimono Project Menampilkan 213 Negara Bersempena Sukan Olimpik Tokyo 2020

Kimono Project Menampilkan 213 Negara Bersempena Sukan Olimpik Tokyo 2020

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 295 hits
Kimono Project Menampilkan 213 Negara Bersempena Sukan Olimpik Tokyo 2020 Assalammualaikum semua Sejak temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 sedang berlangsung Ruby seronok tengok kemaskini para atlet dan tiktoker tentang apa yang sedang trendin...
Momiji Nishiya Juara Sukan Skateboard Termuda Olimpik 2020

Momiji Nishiya Juara Sukan Skateboard Termuda Olimpik 2020

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 332 hits
Momiji Nishiya Bolot Piala Juara Skateboarding Atlet Brazil Rayssa Leal Momiji Nishiya dan Funa Nakayama dari Jepun bersama medal masing masing bagi acara papan selaju wanita di Ariake Sports Park Tokyo AFP OLIMPIK Nishiya juara sulung wani...
Hiburan Tak Kemas Semak Chef Wan Kritik Busana Atlet Malaysia Di Pembukaan Sukan Olimpik

Hiburan Tak Kemas Semak Chef Wan Kritik Busana Atlet Malaysia Di Pembukaan Sukan Olimpik

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 436 hits
Cef selebriti terkenal Chef Wan memberi pandangan tentang busana yang dipakai delegasi atlet negara baru baru ini di acara pembukaan Sukan Olimpik Tokyo Jepun kelihatan serabut dan tidak kemas AdvertisementMenerusi perkongsian di akaun Inst...
Busana Laksamana Hang Tuah Di Perasmian Sukan Olimpik 2020

Busana Laksamana Hang Tuah Di Perasmian Sukan Olimpik 2020

papar berkaitan - pada 24/7/2021 - jumlah : 411 hits
Seramai 13 wakil kebangsaan termasuk atlet dan pegawai berarak masuk ke tengah lapangan lengkap berbusana dengan tema Laksamana Hang Tuah dengan tugas pembawa Jalur Gemilang diberikan kepada Lee Zii Jia dan Goh Liu Ying Majlis perasmian Suk...
Sukan Olimpik Tokyo 2020 Ganbattemalaysia

Sukan Olimpik Tokyo 2020 Ganbattemalaysia

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 326 hits
Sukan Olimpik Tokyo 2020 telah pun bermula pada hari ini 23 Julai 2021 dan berlansung sehingga 8 Ogos 2021 Sukan Olimpik Tokyo 2020 ditangguhkan dan akhirnya berlansung juga Sukan Olimpik Tokyo 2021 Sejarah Sukan OlimpikSukan Olimpik sukan ...
Three More Lines For Bakul Prihatin Negara Applications Rina

Three More Lines For Bakul Prihatin Negara Applications Rina

papar berkaitan - pada 21/7/2021 - jumlah : 695 hits
The Women Family and Community Development Ministry has provided three additional telephone numbers to facilitate applications for the Bakul Prihatin Negara aid launched by Prime Minister Muhyiddin Yassin on July 15 Its minister Rina Mohd H...
Radzi Jidin Dilantik Semula Sebagai Senator Dewan Negara

Radzi Jidin Dilantik Semula Sebagai Senator Dewan Negara

papar berkaitan - pada 17/7/2021 - jumlah : 203 hits
AGENDA DAILY Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin dikekalkan perkhidmatannya sebagai Senator bagi penggal kedua dan akan mengangkat sumpah Ahli Dewan Negara Isnin ini Turut akan mengang...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Hiking Gunung Bubu Gerik

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Cat888 1 2024

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025