Tahukah Anda Apa Itu Syabu




Syabu atau nama kimianya Methamphetamine, adalah dadah peransang jenis Amfetamina (Amphetamine-Type Stimulants, ATS).
Dadah jenis ini dihasilkan pada abad lalu dari dadah induknya Amphetamine, yang dahulunya diguna untuk melegakan pernafasan akibat hidung tersumbat. Walau bagaimanapun, pada hari ini, kegunaannya terhad untuk keadaan-keadan tertentu seperti untuk rawatan narkolepsi ( satu keadaan di mana seseorang rasa mengantuk dan tertidur secara spontan), sindrome kurang penumpuan perhatian, dan kegemukan yang teruk (untuk kegunaan bagi jangkamasa singkat)

Syabu dihasilkan di makmal haram dari bahan prekursor seperti Ephedrine, Pseudoephedrine dan Phenylpropanolamine. Apabila kawalan yang ketat dikenakan ke atas prekursor, pengilang haram ini mula mencuba resipi baru dengan menggunakan bahan-bahan lain yang merbahaya, seperti asid bateri dan pencuci longkang. Bahan-bahan ini meningkatkan lagi risiko pendedahan pengguna kepada kesan buruk dan kematian .

Syabu gred satu yang berkualiti berwarna putih kristal sementara syabu gred dua warna putih kemerahan dan gred tiga pula rendah kualitinya serta mempunyai rasa yang pahit.



APAKAH KESAN SEGERA SYABU?Syabu ialah stimulan yang poten. Pengguna menggemarinya kerana ia memberi rasa euphoria - rasa gembira dan menyeronokkan; rasa lebih bertenaga dengan peningkatan aktiviti fizikal, hilang mengantuk, peningkatan tumpuan perhatian, berjaga-jaga dan pengurangan selera.

Walaubagaimanapun, pengguna syabu akan mengalami kesan buruk seperti mulut kering, berpeluh berlebihan, anak mata menjadi besar, menggeletar dan sakit kepala.

Selepas kesan khayal, seseorang itu merasa gelisah, cepat marah, gementar, kebingungan, fikiran terganggu dan boleh bersifat ganas.
Pada dos yang tinggi dadah ini menaikkan suhu badan kepada tahap yang membahayakan, mengakibatkan sawan dan akhirnya maut.

APA BAHAYA SYABU KEPADA KESIHATAN?Penggunaan syabu memudaratkan kesihatan kerana:
1. Toleran - kesan toleran terjadi dengan cepat mengakibatkan penggunanya mengambil dos lebih dan berulang untuk meneruskan kesan khayal yang dialaminya. Dalam keadaan tertentu, pengguna tidak makan atau tidur tetapi pada masa yang sama terus menyuntik dadah ini sehingga 1 gram setiap 2 - 3 jam dalam jangka masa beberapa hari sehingga bekalannya habis atau sehingga mereka tidak berupaya meneruskannya. Terdapat juga pengguna yang tahan tidak tidur
dari 3 - 15 hari akibat dadah ini.

2. Penagihan - Pengguna dadah ini akan mengalami ketagihan dan juga penggantungan psikologi akibat pengambilan syabu. Ketagihan ini akan berada pada tahap kronik dan berulang. Pemberhentian pengambilan dadah ini akan menyebabkan kemurungan, kegelisahan, keletihan, syak wasangka tanpa sebab, sifat ganas dan menagih untuk mendapatkan dadah tersebut.

3. Pengabaian diri - Apabila di bawah pengaruh syabu, pengguna tidak makan, tidur
dan mengabaikan diri sendiri. Penggunaan pada dos tinggi akan menyebabkan hilang berat badan yang ketara, muka menjadi pucat, pengabaian kesihatan diri dengan perpeluhan, badan berbau, gigi kekuningan, berparut dan luka-luka di badan. Kudis jelas kelihatan akibat pengguna syabu menggaru kulit untuk menghapus bayangan serangga yang disangka berada pada kulitnya.

4. Kurang daya tahan kepada penyakit - Pengguna syabu yang mengabaikan pemakanan dan tidur
yang sempurna akan menjadi lemah dan kurang daya tahan melawan penyakit.

5. Kerosakan pada otak dan sistem saraf seseorang - Penggunaan kronik mengakibatkan berkelakuan terlalu aktif, susah tidur
, kemurungan yang teruk, khayal, syak wasangka tanpa sebab, bersikap garang, keganasan tidak terkawal, dan perlakuan psikotik seperti gila. Penyelidik-penyelidik mendapati kerosakan pada sistem saraf dan otak yang bolih menyebabkan gejala-gejala seperti penyakit Parkinson (dengan gangguan pergerakan anggota-anggota badan) dan penyakit Alzheimer (dengan kehilangan ingatan dan kekurangan daya berfikir).

6. Gangguan metabolisma badan - dadah ini menyebabkan hilang selera yang ketara, kurang pemakanan, kehilangan berat badan yang jelas, kurus dan lain-lain masalah akibat metabolisma badan yang terjejas.

7. Kerosakan pada jantung dan sistem pendarahan - dadah ini menyebabkan degupan kencang, tidak menentu dan tekanan darah meningkat, yang mengakibatkan sakit jantung dan maut. Kerosakan pada saluran darah menyebabkan sakit ahmar.

8. Kerosakan pada sistem pernafasan - dadah ini, lebih-lebih lagi jika dicemarkan dengan bahan berbahaya, akan menyebabkan masalah pernafasan.

9. Gangguan kepada saluran makanan - Kebuluran berlanjutan sebab tidak makan semasa pengambilan syabu, serta bahan toksik dalam dadah yang dicampur dengan bahan lain menyebabkan gangguan kepada perut dan sistem penghadaman.

10. Bahaya semasa mengandung - penggunaan Methamphetamine semasa mengandung akan menjejaskan pembentukan bayi, kelahiran sebelum cukup tempoh atau keguguran. Bayi yang dilahirkan adalah kecil, terlalu aktif dan mudah gelisah. Dikhuatiri juga bayi ini akan mengalami masalah mental dan masalah tumbesaran .

11. Kemalangan jalan raya - pengguna syabu boleh terlibat dalam kemalangan jalan raya akibat kesan kebingungan, khayal, paranoia, keganasan dan kelakuan psikotik.

12. Bahaya daripada exploitasi seks dan seks bebas - Hasil penyelidikan mendapati pengguna Methamphetamine menjadi lebih berahi. Penggunaan dadah ini sering dikaitkan dengan hubungan seks yang lebih ganas menyebabkan pendarahan dan luka. Remaja terutama gadis-gadis di bawah pengaruh syabu akan terdedah kepada bahaya ekploitasi seks serta hubungan jenis tidak selamat yang boleh menyebabkan jangkitan HIV, hepatitis dan lain-lain penyakit kelamin. Penggunaan Methamphetamine dalam jangka masa panjang menyebabkan lelaki menghadapi masalah fungsi seks mereka.

13. Bahaya akibat HIV, Hepatitis dan lain-lain penyakit berjangkit - penyakit-penyakit ini mungkin dijangkiti akibat amalan seks bebas atau tanpa perlindungan semasa di bawah pengaruh dadah ini, dan juga dari penggunaan alat-alat suntikan yang tercemar dan dikongsi.

14. Masalah-masalah sosial lain - Semua aspek kehidupan seseorang termasuk keluarganya, hubungan dengan orang lain dan kerja akan terjejas akibat dadah ini. Pengguna akan menghadapi pertelingkahan kerana masalah dadah dan kewangan akibat ketagihan dadah. Di tempat kerja penyalahgunaan dadah ini akan bermasalah disebabkan sifatnya yang cepat marah, tidak mesra dan kecenderungan kepada keganasan. Pengguna syabu juga mungkin terlibat dengan kejadian jenayah spontan seperti meragut beg bimbit dan serangan untuk menampung ketagihan mereka. Sifat paranoia dan ganas ini boleh menyebabkan pengguna membunuh diri atau melakukan pembunuhan. Di California, terdapat seorang lelaki yang semasa dibawah pengaruh syabu mencuri sebuah kereta perisai milik agensi keselamatan National Guard dan merosakkan beberapa kereta di jalanraya San Diego sebelum dia akhirnya ditembak oleh polis.

APA KAWALAN UNDANG-UNDANG KE ATAS SYABU?.Sebelum 29.11.97, Methamphetamine dikawal sebagai bahan psikotropik di bawah Akta Racun 1952 (Disemak 1989) di mana pemilikan, penjualan atau bekalan tanpa kuasa atau kebenaran/lesen boleh dikenakan tindakan mahkamah dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM10,000 atau pemenjaraan sehingga 4 tahun atau kedua-duanya sekali.

Pada 29.11.97 Methamphetamine diwartakan sebagai dadah berbahaya melalui P.U.(A) 500. Pada masa itu di bawah Seksyen 12 sesiapa yang didapati mengimport, mengeksport atau memiliki Methamphetamine tanpa kuasa atau kebenaran sah melakukan kesalahan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman tidak melebihi RM20,000 atau penjara sehingga 5 tahun atau kedua-duanya sekali.
Menyedari hukuman di atas yang nyata adalah ringan berbanding dengan bahaya dadah ini, Kementerian Kesihatan telah mencadangkan Pindaan kepada Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Pindaan ini telah diluluskan oleh Parlimen pada 1.7.1998 untuk meningkatkan hukuman berkaitan dadah berbahaya dan meningkatkan kawalan ke atas dadah peransang jenis Amfetamina termasuk syabu. Akta Dadah Berbahaya (Pindaan) 1998 ini berkuatkuasa 15.9.1998.

Di bawah Pindaan ini -
Pemilik 50g dan lebih Methamphetamine dianggap sebagai mengedar dadah dan akan dihukum mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pemilik lebih 30g tetapi kurang dari 50g Methamphetamine boleh dikenakan hukuman penjara 5 tahun sehingga seumur hidup dan sebatan tidak kurang dari 10 sebatan.

Pemilik lebih 5g tetapi kurang dari 30g Methamphetamine boleh dikenakan hukuman penjara 2-5 tahun dan sebatan 3-9 sebatan.

Pengguna yang menggunakan Methamphetamine ke atas diri sendiri boleh dikenakan tindakan di bawah seksyen 15 Akta Dadah Berbahaya dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga 2 tahun atau kedua-duanya.



Kredit : Lahad Datu Info

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/05/tahukah-anda-apa-itu-syabu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Yusuf Mansur Presiden Dpr Dan Menteri Itu Ujian Bagi Kita

Yusuf Mansur Presiden Dpr Dan Menteri Itu Ujian Bagi Kita

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 213 hits
Pendakwah Yusuf Mansur buka suara soal UU Omnibus Law Cipta Kerja yang baru saja disahkan pada Senin 5 Oktober 2020 Ia mengaku masih belum paham betul dengan UU Cipta Kerja yang menimbulkan kontroversi di masyarakat Saya masih belum mengert...
Karena Semua Gadis Itu Istimewa Sejatinya Rasa Cemburu Tak Perlu Lagi Ada

Karena Semua Gadis Itu Istimewa Sejatinya Rasa Cemburu Tak Perlu Lagi Ada

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 248 hits
Tak perlu ada ruang cemburu karena kamu itu istimewa dan layak bersanding dengan pria pilihanmu
Felix Siauw Selama Ini Mereka Nuduh Orang Lain Anti Pancasila Emang Omnibus Law Itu Pancasilais

Felix Siauw Selama Ini Mereka Nuduh Orang Lain Anti Pancasila Emang Omnibus Law Itu Pancasilais

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 335 hits
Katanya DPR itu wakil rakyat dan namanya wakil itu harusnya ya nurut sama yang ngasih tugas manut ama atasannya ya itu rakyat Tapi agaknya kebanyakan wakil rakyat itu ga paham Dulu rakyat ga mau BBM naik disurvei 90 ga rela ya tetep aja din...
Sepotong Bawang Putih Di Pagi Saat Perut Kosong Lihat Yang Terjadi Setelah Itu Hasilnya Mengejutkan

Sepotong Bawang Putih Di Pagi Saat Perut Kosong Lihat Yang Terjadi Setelah Itu Hasilnya Mengejutkan

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 180 hits
Meskipun mungkin ada orang yang berpikir bahwa hanya orang orang tua yang percaya bahwa bawang putih sangat bermanfaat bagi kesehatan kita itu tidak benar sebenarnya bawang putih adalah item yang sangat sehat yang dapat mencegah dan mengoba...
Ilmu Itu Penting Pengalaman Itu Berharga

Ilmu Itu Penting Pengalaman Itu Berharga

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 345 hits
Assalammualaikum wbtILMU ITU PENTING PENGALAMAN ITU BERHARGATuntutlah ilmu semampu dan sebanyak yang mungkin Ilmu yang baik amalkan Kalau sekalipun ada ilmu yang tidak baik kita temui atau ada yang memaklumkan cukup sekadar tahu untuk dihin...
Sukmawati Pki Itu Ideologinya Pancasila Kenapa Jadi Masalah

Sukmawati Pki Itu Ideologinya Pancasila Kenapa Jadi Masalah

papar berkaitan - pada 5/10/2020 - jumlah : 274 hits
Putri Presiden pertama Indonesia Sukmawati Soekarnoputri mengatakan bahwa Partai Komunis Indonesia tak menolak ideologi Pancasila Ia mengutarakan itu dalam acara Indonesia Lawyers Club bertajuk Ideologi PKI Masih Hidup Selasa Sukmawati bahk...
Bukannya Setiap Hari Itu Indah Belaka

Bukannya Setiap Hari Itu Indah Belaka

papar berkaitan - pada 5/10/2020 - jumlah : 326 hits
DAY 195 Warna baju Hitam maybank kata en Hubby DAY 196 Warna baju Green Mint Ibu kenapa tak pakai baju warna pink dah Bila tiba tiba dak Adik bertanya Saja nak tukar pakai baju warna lain Kenapa dik Biasa kan ibu pakai baju pink dah tak mua...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resipi Gulai Cili Api Telur Ikan Parang Dengan Mangga Muda

Intan Ladyana Sebak Anak Sulung Masuk Sekolah Anak Mommy Dah Ready Mommy Yang Tak Ready

Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui