Tahniah Mimpikita Atas Pertunjukan Di Uk
Koleksi terbaru AW19 Mimpikita adalah tentang meraikan kepelbagaian. Mimpikita telah tampil dengan koleksi moden bagi memberi nafas baru ke dalam dunia fesyen. Sebagai pereka yang berhijab mereka ingin menggunakan platform fesyen ini sebagai tempat untuk menonjolkan kreativiti mereka sehingga ke peringkat global.
Pengasasnya terdiri daripada tiga wanita yang berbeza latar belakang dan juga merupakan adik beradik, Nurul Zulkifli, Mira Zulkifli dan Syahirah Zulkifli. Jenama ini telah diasaskan menerusi idea dan konsep kepelbagaian. Para pengasas ingin mengubah perspektif dan memecah tembok sempadan masyarakat. Mereka turut menjahit sendiri beberapa pakaian sehingga menjadi pakaian yang memukau dan melambangkan kecantikan pelbagai.
Mimpikita berharap dapat mencipta sebuah koleksi yang mengetengahkan golongan wanita dengan memperkenalkan sebuah koleksi baharu yang tampil berani dengan menggunakan corak abstrak floral, check dan siluet. Selain itu, Mimpikita juga turut menampilak kepelbagaian daripada pakaian seperti pakaian luar (outwear) dan skirt lembut. Design yang menonjol akan memberi keseimbangan pada butiran dan perhiasan baju. Sulaman tangan, fringing dan luxury trims, akan memberi penambahan kelembutan pada ciri baju tersebut. Koleksi baru ini juga ingin menterjemah dan menonjol wanita sebagai seseorang yang kuat dan bersemangat.
Harapan Mimpikita adalah untuk menggunakan reka bentuk yang dihasilkan dan mempamerkan koleksi baharu mereka ke persada antarabangsa dengan menggunakan kepelbagaian sebagai kekuatan untuk Mimpikita menerajui dan menggegar dunia fesyen.
Lihat juga: Tiru Gaya Koleksi Chanel Haute Couture 2019
Jelita kongsikan gambar Mimpikita di pertunjukan fesyen London
The post Tahniah Mimpikita Atas Pertunjukan Di UK appeared first on Her Inspirasi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://herinspirasi.com/fesyen-kecantikan/tahniah-mimpikita-atas-pertunjukan-di-uk/