Tahniah Haliza Misbun Selamat Bergelar Isteri Kepada Lelaki British Ini Adalah Perkahwinan Pertama Saya
Dengan sekali lafaz, aktres Haliza Misbun selamat bergelar isteri kepada duda anak satu, Matthew John Rodgers dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Ar-Rahah, Kerinchi pukul 5.25 petang tadi.
Pernikahan Haliza dengan perunding teknologi maklumat di sebuah syarikat antarabangsa itu sekali gus melenyapkan teka-teki mengenai status sebenarnya selama ini.
Majlis membabitkan pasangan sebaya berusia 48 tahun itu berlangsung dalam suasana yang mengikut prosedur operasi standard (SOP) dengan hanya seramai 50 orang tetamu sahaja dijemput.
Pada majlis ringkas dan intim tersebut, Haliza yang popular menerusi drama Cinderella menerima mas kahwin RM80 selain hantaran berupa sebuah rumah sebagai simbolik membina keluarga baharu.
Haliza turut menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tiga daripada pihak pengantin lelaki.
Pasangan itu dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah Cerai Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi, Ustaz Mohd. Lazim Khairudin dan berwalikan adik lelakinya, Othman Misbun.
“Ini perkahwinan pertama saya. Alhamdulilah. Selama ini saya tahu ada yang sangsi dan berteka-teki dengan status diri saya. Termasuk ada yang menyangka saya sudah berkahwin.
“Tetapi hari ini saya bersyukur segala yang dinantikan sudah hampir sempurna. Kehadirannya melengkapi kehidupan ini. Insya-Allah,” katanya.
Menurut Haliza, hubungannya dengan suaminya yang merupakan lelaki warga British sudah terjalin sejak hampir empat tahun lalu.
“Dia sudah menetap di Malaysia sejak sembilan tahun lalu. Kami kenal menerusi kawan. Pertemuan di sebuah restoran di Damansara Heights ketika keluar bersama kawan yang lain memutik rasa jatuh cinta.
“Malah selepas setahun akrab, dialah lelaki pertama yang saya berani bawa berjumpa keluarga. Saya rasa yakin dengan kesungguhannya dan kami mula terbuka dalam pelbagai aspek.
“Pengalaman hidup masing-masing mematangkan diri barangkali menjadi faktor keserasian antara kami mudah diperolehi,” katanya yang mengenakan busana rekaan teman baik sendiri, Sutex atau nama sebenarnya, Mansor Harun.
Malah adiknya, Rozana Misbun turut menjadi pengapit. Sejurus majlis akad nikah, mempelai turut diraikan di sebuah dewan di lokasi sama.
Haliza turut memberitahu, suaminya turut melakukan siaran langsung dalam Facebook untuk berkongsi detik bahagia itu bersama keluarga rapat di England
The post Tahniah!! Haliza Misbun Selamat Bergelar Isteri Kepada Lelaki British..“Ini Adalah Perkahwinan Pertama Saya” appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2021/04/10/tahniah-haliza-misbun-selamat-bergelar-isteri-kepada-lelaki-british-ini-adalah-perkahwinan-pertama-saya/