Tahniah Farisha Wajah Pertama Dewi Cilik Bintang Kecil


Pertandingan Dewi Cilik Bintang Kecil 2023 yang dianjurkan oleh Bintang Kecil baru-baru ini berjaya melakarkan sejarahnya yang tersendiri. Apa tidaknya bermula daripada sesi pencarian Dewi Cilik Bintang Kecil 2023  yang telah diadakan sejak bulan Julai yang lalu, berjaya menarik perhatian hingga 200 orang kanak-kanak  untuk turut serta dalam ujibakat tersebut.
Barisan finalis Top 10 Dewi Cilik Bintang Kecil 2023 Pun begitu di acara kemuncak pertandingan Dewi Cilik Bintang Kecil 2023,  hanya 10 peserta sahaja yang bertuah dan layak sampai ke pentas final yang berlangsung di Plaza Shah Alam. Mereka adalah adik Puteri Raisya Eva Ryanna binti Budiman,8, Nur Zara Aamily Binti Nazri,10, Heidi Nur Aleesya,9, Syazwina Bt Mohd Taib,12, Putri Diana Ellysa,12, Nur Syasya Ardini Bt Muhammad Afandi,12, Putri Nur Nariesya Eizeanies,12, Ainul Masmardhiah,8, Malaeka Humaira Bt Saiful Rizal,8 dan Nur Farisha Dania, 11.
Penganjuran yang julung-julung kalinya ini memperlihatkan gaya anak-anak kecil ini yang berusia di bawah13 tahun beraksi di pentas peragaan bak sang puteri. Cukup memukau!
Bahkan Dewi Cilik Bintang Kecil 2023 tidak hanya mempamerkan kecantikan semata-mata tetapi turut dinilai melalui keberanian, kelincahan dan kebijaksanaan di atas pentas oleh barisan juri yang professional iaitu Puan Norfarhati Binti Abdul Hakim pengasas Mewah Rose, Encik Faizal Hamid, Senior Lecturer, Fashion Department dari UITM Shah Alam dan Cik Shaza Bae, Dewi Remaja 2019/2020.
Kesemua finalis telah diuji melalui catwalk mereka serta keyakinan mereka. Untuk cabaran pertama kesemua finalis diadili melalui peragaan busana tradisional. Kesemua peserta tampil anggun dengan fesyen tersendiri.
Selain itu, mereka turut melalui cabaran Tiktok di mana mereka perlu menari apabila mendengar lagi viral di aplikasi itu yang dimainkan secara rawak.
Penuh yakin menari tarian viral di TikTok Comel dengan aksi lincah menari Selain tampil berbusana tradisonal, para peserta juga diminta untuk menggayakan fesyen tutu skirt mengikut kreativiti masing-masing.
Kecil-kecil Cili Padi
Akhirnya tanggal 19 Ogos 2023, teka-teki siapakah pemenang Dewi Cilik Bintang Kecil 2023 terjawab sudah apabila nama adik Farisha diumumkan diikuti dengan sorakan meriah oleh pengunjung Plaza Shah Alam yang turut meraikan kejayaan anak kecil ini menyandang gelaran Dewi Cilik Bintang Kecil 2023.
Farisha dinobatkan sebagai Dewi Cilik Bintang Kecil yang pertama! Kecil-kecil cili padi, meskipun kecil namun keberaniannya di pentas peragaan cukup hebat. Sekali gus melayakkan adik Nur Farisha Dania membawa pulang wang tunai bernilai RM1500 sumbangan Plaza Masalam, jam tangan ICE WATCH, bunga tajaan Mewah Rose serta hadiah sampingan lain.
Begitu juga tidak kurang gamat sorakan yang diterima apabila diumumkan nama adik Nur Zara Aamily Binti Nazri sebagai pemenang tempat ke dua Dewi Cilik Bintang Kecil 2023 yang membolehkan membawa pulang wang tunai bernilai RM1000 sumbangan Plaza Shah Alam berserta jam tangan ICE WATCH serta hadiah sampingan lain.
 
Manakala tempat ke tiga pula jatuh kepada adik Syazwina Bt Mohd Taib, menerima wang tunai bernilai RM500 sumbangan Plaza Shah Alam berserta jam tangan ICE WATCH  serta hadiah sampingan lain.
Dewi Cilik Bintang Kecil 2023, Farisha bersama rakan-rakan Dewi yang lain Di atas pentas pertandingan ini juga menyaksikan adik Putri Nur Nariesya Eizeanies memenangi cabaran foto Dewi Cilik Bintang Kecil 2023, dengan membawa pulang wang tunai bernilai RM200 tajaan Plaza Shah Alam berserta jam tangan ICE WATCH dan hadiah sampingan lain.
Manakala adik Putri Diana Ellysa pula dinobatkan sebagai Dewi Aktif sekali gus layak menerima wang tunai bernilai RM200 sumbangan Plaza Shah Alam berserta jam tangan ICE WATCH serta hadiah sampingan.
Tahniah kepada semua pemenang Dewi Cilik Bintang Kecil 2023 kerana anda adalah wajah pertama Dewi Cilik Bintang Kecil!
Tahniah Farisha!  
 
 
 
 
 
 
The post Tahniah Farisha, Wajah Pertama Dewi Cilik Bintang Kecil! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tahniah-farisha-wajah-pertama-dewi-cilik-bintang-kecil/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buat Kali Pertama Adun Bukan Melayu Dominasi Kerajaan Selangor

Buat Kali Pertama Adun Bukan Melayu Dominasi Kerajaan Selangor

papar berkaitan - pada 14/8/2023 - jumlah : 238 hits
Keadaan itu akan merumitkan usaha untuk membuang persepsi bahawa PH BN tidak mewakili orang Melayu yang membentuk majoriti di Selangor Buat pertama kali di Selangor wakil rakyat bukan Melayu membentuk majoriti dalam blok pemerintah realiti ...
Perkara Pertama Selepas Anak Mula Makan Kena Ajar Anak Minum Air Dari Cawan

Perkara Pertama Selepas Anak Mula Makan Kena Ajar Anak Minum Air Dari Cawan

papar berkaitan - pada 17/8/2023 - jumlah : 218 hits
Minum air masak dari cawan adalah antara perkara pertama yang kita kena latih bayi seawal mula makan Walaupun bayi sudah cukup dapatkan hidrasi daripada susu air masak sangat penting untuk 1 Latih anak minum menggunakan cawan 2 Bersihkan mu...
Kebangkitan Cristiano Ronaldo Raih Trofi Pertama Bersama Al Nassr

Kebangkitan Cristiano Ronaldo Raih Trofi Pertama Bersama Al Nassr

papar berkaitan - pada 13/8/2023 - jumlah : 224 hits
RONALDO bersama trofi Piala Juara Juara Kelab Arab Raih Trofi Perdana Bersama Al Nassr Begini Kata Cristiano Ronaldo RONALDO bersama trofi Piala Juara Juara Kelab Arab FOTO REUTERS Cristiano Ronaldo meledak dua gol ketika Al Nassr menewaska...
Kane Kempunan Lagi Angkat Piala Kali Pertama Dalam Kariernya

Kane Kempunan Lagi Angkat Piala Kali Pertama Dalam Kariernya

papar berkaitan - pada 13/8/2023 - jumlah : 279 hits
REAKSI Kane ketika beraksi di Piala Super Jerman Kempunan Trofi Terus Jadi badi Kegusaran Buat Harry Kane Harry Kane mengalami kekalahan sulung bersama Bayern Munich apabila pasukan baharunya itu tewas 0 3 kepada RB Leipzig di Piala Super J...
Hulu Kemensah Kampung Orang Asli Pertama Dipasang Peranti Starlink

Hulu Kemensah Kampung Orang Asli Pertama Dipasang Peranti Starlink

papar berkaitan - pada 11/8/2023 - jumlah : 234 hits
Kualiti internet sedia ada di Kampung Orang Asli Hulu Kemensah sangat teruk malah hampir tiada walaupun terdapat 135 penduduk KUALA LUMPUR Unit peranti satelit Starlink kedua dipasang di Kampung Orang Asli Hulu Kemensah pagi ini kata Menter...
Ucapan Pertama Sanusi Selepas Menang Majoriti 16 Ribu

Ucapan Pertama Sanusi Selepas Menang Majoriti 16 Ribu

papar berkaitan - pada 13/8/2023 - jumlah : 141 hits
PENAFIAN TV Wau tidak bertanggungjawab sebarang komen dan respon balas penonton TV Wau berpendapat tidak menjadi kesalahan untuk penonton juga memberikan pandangan selepas menonton video ini selagi ianya tidak menyentuh sensitiviti dan tida...
Johari Tokoh Korporat Berjaya Di Lantik Exco Pahang Kali Pertama Bertanding

Johari Tokoh Korporat Berjaya Di Lantik Exco Pahang Kali Pertama Bertanding

papar berkaitan - pada 18/8/2023 - jumlah : 206 hits
nbsp KUANTAN Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Perumahan Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang Datuk Seri Johari Harun 53 antara 10 mangsa terkorban dalam nahas pesawat di Bandar Elmina Shah Alam Selangor hari ini adalah tokoh korp...
Kiamat Rabbi Yahudi Pertama Di Arab Saudi

Kiamat Rabbi Yahudi Pertama Di Arab Saudi

papar berkaitan - pada 18/8/2023 - jumlah : 135 hits
Rabbi Yaakov Israel Herzog is already in Saudi Arabia local Jewish population emerge from the shadowsHerzog decided to establish first Chabad house in Riyadh to serve thousands of Jews who live therefirst Jewish rabbi in Saudi Arabia s mode...
Eurusd H4 Terus Ke Rintangan Pertama

Eurusd H4 Terus Ke Rintangan Pertama

papar berkaitan - pada 23/8/2023 - jumlah : 141 hits
Carta EUR USD menunjukkan trend menaik Terdapat peluang harga boleh melantun dari sokongan pertama di 1 0835 dilihat sebagai tahap rendah pelbagai ayunan dan bergerak ke arah rintangan pertama di 1 0890 dikenali sebagai penarikan semula rin...
Is Dap Mis Painted Or Deserving Of Its Image

Sarawak Now Affin Bank S Largest Shareholder Promises No Interference

Sang Saka Penipu

Kaitan Al Arqam Rufaqa Dan Gisbh Dengan Pas

Syarikat Berkaitan Gisbh Berisiko Di Batalkan

Obesiti Atau Kegemukan Di Malaysia

Nasi Ayam Penyet Waroeng Penyet Memenuhi Piawaian

Topson Umumkan Persaraan Dari Dota 2 Selepas Ti 13


echo '';
Muzikal Lawak Superstar 2024 Keputusan Markah Mingguan Peserta Musim 4 Kemaskini Setiap Minggu Selepas Live

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Salju Rindu Di Bumi Auckland Tonton

5 Kelebihan Utama Bergelar Penjawat Awam di Malaysia

8 Fakta Biodata Anna Jobling Pelakon Drama Berepisod Hai Cinta Dengarkanlah Bintang Filem Lembayung Dan Juri Muzikal Lawak Superstar 2024

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kelas Tahanan Cikgu Hiragi Adaptasi Siri Mr Hiiragi s Homeroom Slot DramaVaganza Astro Ria


Sayur Lemak Fucuk Suhun Masakan Kampung

Sedap Betul Miang Pla Di Dusun Riffaa Changlun

Rahsia Kembali Cantik Selepas Bersalin Misi Mak Mak Supermodel

Membagikan Konten Dakwah Apakah Tetap Mendapat Pahala Meski Tidak Ada Yang Membaca Atau Menontonnya

Bn Cruises To Thumping Win In Mahkota

Warga Emas Skim Pelaburan Emas Palsu Elak Jadi Mangsa