Tahap Penguasaan Pbd Pentaksiran Bilik Darjah
TAHAP PENGUASAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) DI SEKOLAH
Untuk memastikan kemenjadian murid dapat dihasilkan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan pentaksiran murid di dalam bilik darjah menerusi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
Pentaksiran ini dahulunya dikenali sebagai Pentaksiran Sekolah (PS) bermula pada tahun 2011 sebelum mula dikenali sebagai PBD pada tahun 2016.
Hasil pentaksiran ini, murid akan mengetahui tahap penguasaan mereka terutamanya melibatkan kemajuan murid dalam pembelajaran di dalam bilik darjah.
Maksud PBD
(PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid.
PBD berlaku secara formatif dan sumatif sebagai pembelajaran, untuk pembelajaran dan tentang pembelajaran.
Pentaksiran ini juga akan melibatkan proses mengumpul dan menganalisis maklumat serta membuat refleksi yang berterusan terhadap PdP dalam membuat pertimbangan secara konsisten ke arah menambah baik PdP tersebut.
Kepentingan PBD
Kepentingan PBD dilaksanakan adalah untuk:
Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh
Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran
Mengetahui keberkesanan pengajaran
Merancang dan mengubah suai kaedah pengajaran
Mengambil tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta
Ciri Utama PBD
Ciri utama PBD adalah seperti berikut:
i) Dirancang Oleh Guru
Menilai muridnya sendiri
ii) Bersistem
Merancang PdP,menentukan instrumen, melaksanakan PdP dan pentaksiran, merekod,
menganalisis, mengambil tindakan susulan, melapor
iii) Formatif dan Sumatif
– Dijalankan secara berterusan
– Mengesan perkembangan, kemajuan dan penguasaan murid
iv) Pelbagai Kaedah
Pemerhatian, lisan, penulisan
v) Berasaskan Kriteria
– Menilai penguasaan berdasarkan Standard Kandungan, Standard Pembelajaran, Standard Prestasi dan Tahap Penguasaan yang ditetapkan
vi) Menekankan Perkembangan Individu
Berdasarkan kemampuan individu dan bukan untuk perbandingan antara individu
vii) Mengesan Perkembangan Pembelajaran Secara Menyeluruh
– Jasmani, emosi, rohani dan intelek
– Kognitif, psikomotor dan afektif
viii) Membolehkan Tindakan Susulan
– Mengatasi kelemahan pembelajaran
– Mempertingkat kekuatan pembelajaran
ix) Menggalakkan Pentaksiran Kendiri dan Pentaksiran Rakan Sebaya
– Melatih murid mentaksir kemajuan secara berterusan
– Guru mendapat maklumat tambahan
Pelaksanaan PBD Di Sekolah
Pentaksiran ini akan dilaksanakan secara berterusan sepanjang proses PdP sepanjang tahun melalui pelbagai kaedah pentaksiran seperti:
Pemerhatian
Penulisan
Lisan
Tahap Penguasaan PBD
Tahap penguasaan murid akan direkodkan menerusi tahap berikut:
Tahap PenguasaanTafsiranTahap 1Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas
atau memberi respons terhadap perkara yang asasTahap 2Murid menunjukkan kefahaman dengan menjelaskan sesuatu
perkara yang dipelajari dalam bentuk komunikasiTahap 3Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu
kemahiran atau tugasan pada suatu situasiTahap 4Murid menggunakan pengetahuan dan melaksanakan sesuatu
kemahiran atau tugasan iaitu mengikut prosedur atau secara
analitik dan sistematikTahap 5 Murid menggunakan pengetahuan dan melaksanakan sesuatu
kemahiran atau tugasan pada situasi baharu dengan mengikut
prosedur atau secara analitik dan sistematik serta tekal dan
bersikap positifTahap 6Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baharu secara analitik, sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif dalam penghasilan
idea baharu serta boleh dicontohi
Muat Turun Pelaksanaan PBD
Ibu bapa dan guru boleh memuat turun dokumen pelaksanaan PBD menerusi file di bawah:
PBDDownload
Baca juga: Pelaporan PBD (Pentaksiran Bilik Darjah), Format & Templat Terkini
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/tahap-penguasaan-pbd/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=tahap-penguasaan-pbd