Tahanan Rumah Mahkamah Tolak Permohonan Najib


malaysiakini.com
Hidir Reduan Abdul Rashid
Diterbitkan: Jul 3, 2024 9:51 AM

Bekas perdana menteri Najib Razak gagal mendapat kebenaran untuk meneruskan semakan kehakimannya untuk dibenarkan menjalani baki hukuman penjara dalam tahanan rumah.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini menolak tindakan undang-undang Najib berhubung kewujudan perintah adendum yang dikatakan telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Hakim Amarjeet Singh memutuskan semua afidavit yang mendakwa kewujudan titah addendum berkenaan hanyalah khabar angin semata-mata.

Mahkamah memutuskan afidavit daripada Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail tidak menunjukkan pengetahuan secara langsung mengenai kewujudan perintah tambahan Lembaga Pengampunan itu.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 5 Jun lalu membenarkan permohonan Najib untuk memasukkan dua afidavit tambahan dalam permohonan kebenaran semakan kehakiman difailkannya bagi mencabar kewujudan perintah adendum yang dikatakan telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 agar bekas perdana menteri itu menjalani baki hukuman penjara enam tahun di rumah.

Dua afidavit itu ialah sokongan diikrarkan Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail serta ucapan Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada Konvensyen 25 Tahun Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam, Selangor April lepas.

Najib, 70, memfailkan permohonan itu pada 1 April lepas dengan menamakan Menteri Dalam Negeri, Komisioner Jeneral Penjara, Peguam Negara, Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di JPM serta kerajaan Malaysia sebagai responden.

Antara lain, bekas perdana menteri itu memohon perintah mandamus mengarahkan sama ada semua responden atau seorang daripada mereka menjawab dan mengesahkan kewujudan dekri tambahan bertarikh 29 Jan 2024.

Najib juga memohon perintah mandamus bahawa jika dekri itu wujud, semua atau satu daripada responden mesti menguatkuasakannya serta-merta dengan memindahkan beliau dari Penjara Kajang ke kediamannya di Kuala Lumpur untuk menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan di rumah.

Dia kini menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Najib telah memfailkan petisyen untuk pengampunan diraja pada 2 Sept 2022.

Lembaga Pengampunan telah mengurangkan hukuman penjara Najib daripada 12 tahun kepada enam tahun, manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

[Berita penuh menyusul]View Synonyms and Definitions

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/07/tahanan-rumah-mahkamah-tolak-permohonan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahkamah Tolak Permohonan Azizi Spr Akan Umum Tarikh Prk Nenggiri

Mahkamah Tolak Permohonan Azizi Spr Akan Umum Tarikh Prk Nenggiri

papar berkaitan - pada 28/6/2024 - jumlah : 334 hits
malaysiakini comSuruhanjaya Pilihan Raya dijangka akan meneruskan pengumuman tarikh pilihan raya kecil DUN Nenggiri esok Ini selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan injuksi bekas Adun Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim bagi menang...
Najib Gagal Dapat Kebenaran Teruskan Semakan Kehakimannya Untuk Menjalani Baki Hukuman Penjara Dalam Tahanan Rumah

Najib Gagal Dapat Kebenaran Teruskan Semakan Kehakimannya Untuk Menjalani Baki Hukuman Penjara Dalam Tahanan Rumah

papar berkaitan - pada 4/7/2024 - jumlah : 304 hits
KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak gagal mendapat kebenaran untuk meneruskan semakan kehakimannya untuk dibenarkan menjalani baki hukuman penjara dalam tahanan rumah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini menolak t...
Pilihanraya Kecil Bawa Mahkamah Menang Semula

Pilihanraya Kecil Bawa Mahkamah Menang Semula

papar berkaitan - pada 20/6/2024 - jumlah : 182 hits
Lagi Pilihanraya Kecil KOTA BHARU Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan kerusi Dewan Undangan Negeri Nenggiri dikosongkan bermula hari ini Perkara berkenaan diumumkan Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah...
Lelaki Tular Belasah Isteri Ditangkap Di Mahkamah Syariah Bangi

Lelaki Tular Belasah Isteri Ditangkap Di Mahkamah Syariah Bangi

papar berkaitan - pada 21/6/2024 - jumlah : 162 hits
Oleh Syeikh Baran Tangkap layar video tular membabitkan insiden seorang wanita yang videonya tular dipukul suaminya di sebuah premis hotel di daerah ini sejak semalam Seorang lelaki yang tular sejak semalam selepas membelasah isterinya sete...
Video Rezim Jokowi Digugat Ke Mahkamah Rakyat Bubarkan Hti Fpi Sampai Diskriminasi Lgbt

Video Rezim Jokowi Digugat Ke Mahkamah Rakyat Bubarkan Hti Fpi Sampai Diskriminasi Lgbt

papar berkaitan - pada 25/6/2024 - jumlah : 401 hits
Banyak pelanggaran terjadi termasuk pembubaran organisasi masyarakat hingga diskriminasi kelompok LGBT
Video Sidang Mahkamah Rakyat Penggugat Bivitri Tertawakan Banyak Simsalabim Uu Era Jokowi

Video Sidang Mahkamah Rakyat Penggugat Bivitri Tertawakan Banyak Simsalabim Uu Era Jokowi

papar berkaitan - pada 25/6/2024 - jumlah : 230 hits
Penggugat Isu Legislasi Bivitri Susanti merinci adanya simsalabim munculnya berbagai undang undang seperti Minerba hingga IKN
Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin Tiba Tiba Parcel Sampai

Pas Leaves It To Police To Probe Viral Audio Resembling Perlis Mb

Mongol Dan Islam Sejarah Yang Ramai Tak Tahu

Mic Ready To Move Forward With Or Without Bn


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Berkunjung Ke Pasar Pagi Baling Kedah

Mendaki Rawang Bypass

Majlis Khatam Hafazan Perdana

Happy Deepavali 2025

Bakat Amp Bplant Hasilkan Produk Kelio Inisiatif Bantu Ekonomi Keluarga Atm

Penumpang Menjerit Kabin Pesawat Terbakar Disebabkan Power Bank