Najib Gagal Dapat Kebenaran Teruskan Semakan Kehakimannya Untuk Menjalani Baki Hukuman Penjara Dalam Tahanan Rumah




KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak gagal mendapat kebenaran untuk meneruskan semakan kehakimannya untuk dibenarkan menjalani baki hukuman penjara dalam tahanan rumah.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini menolak tindakan undang-undang Najib berhubung kewujudan perintah adendum yang dikatakan telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16.
Hakim Amarjeet Singh memutuskan semua afidavit yang mendakwa kewujudan titah addendum berkenaan hanyalah khabar angin semata-mata.
Mahkamah memutuskan afidavit daripada Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail tidak menunjukkan pengetahuan secara langsung mengenai kewujudan perintah tambahan Lembaga Pengampunan itu.
Amarjeet berkata kedua-dua afidavit itu sebaliknya hanya memetik kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Zafrul Abdul Aziz (gambar atas) yang dikatakan mendakwa kewujudan titah addendum itu.
Hakim itu berkata Najib selaku pemohon semakan kehakiman tidak pernah cuba mendapatkan Zafrul untuk mengesahkan kewujudan titah addendum itu sejak awal lagi.
Amarjeet juga memutuskan dua afidavit Najib sendiri yang menyokong tindakan kebenaran semakan kehakiman hanya mengandungi 'kenyataan kosong tanpa menyebut sumber dan kepercayaannya tentang kewujudan perintah tambahan itu'.
"Saya dapati kedua-dua afidavit adalah, pada tahap tertinggi, khabar angin tulen," hakim mahkamah membuat keputusan sebelum menolak permohonan itu tanpa perintah mengenai kos.
Peguam utama Najib, Muhammad Shafee Abdullah kemudian memaklumkan Amarjeet bahawa pihaknya akan memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan.
Peguam itu juga berkata pihaknya sedang mempertimbangkan untuk memfailkan tindakan undang-undang berasingan berhubung dakwaan titah tambahan diraja itu, iaitu dalam bentuk writ saman di mahkamah sivil.
Peguam kanan persekutuan Shamsul Bolhassan dan Ahmad Hanir Hambaly @ Arwi mewakili kerajaan persekutuan.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 5 Jun lalu membenarkan permohonan Najib untuk memasukkan dua afidavit tambahan dalam permohonan kebenaran semakan kehakiman difailkannya bagi mencabar kewujudan perintah adendum yang dikatakan telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 agar bekas perdana menteri itu menjalani baki hukuman penjara enam tahun di rumah.
Dua afidavit itu ialah sokongan diikrarkan Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail serta ucapan Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada Konvensyen 25 Tahun Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam, Selangor April lepas.
Najib, 70, memfailkan permohonan itu pada 1 April lepas dengan menamakan Menteri Dalam Negeri, Komisioner Jeneral Penjara, Peguam Negara, Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di JPM serta kerajaan Malaysia sebagai responden.
Antara lain, bekas perdana menteri itu memohon perintah mandamus mengarahkan sama ada semua responden atau seorang daripada mereka menjawab dan mengesahkan kewujudan dekri tambahan bertarikh 29 Jan 2024.
Najib juga memohon perintah mandamus bahawa jika dekri itu wujud, semua atau satu daripada responden mesti menguatkuasakannya serta-merta dengan memindahkan beliau dari Penjara Kajang ke kediamannya di Kuala Lumpur untuk menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan di rumah.
Dia kini menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Najib telah memfailkan petisyen untuk pengampunan diraja pada 2 Sept 2022.
Lembaga Pengampunan telah mengurangkan hukuman penjara Najib daripada 12 tahun kepada enam tahun, manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2024/07/najib-gagal-dapat-kebenaran-teruskan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tahanan Rumah Mahkamah Tolak Permohonan Najib

Tahanan Rumah Mahkamah Tolak Permohonan Najib

papar berkaitan - pada 3/7/2024 - jumlah : 172 hits
malaysiakini comBekas perdana menteri Najib Razak gagal mendapat kebenaran untuk meneruskan semakan kehakimannya untuk dibenarkan menjalani baki hukuman penjara dalam tahanan rumah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini menolak tindakan unda...
Projek River Of Life Melibatkan Dana Rm4 4 Billion Ketika Era Najib Razak Gagal

Projek River Of Life Melibatkan Dana Rm4 4 Billion Ketika Era Najib Razak Gagal

papar berkaitan - pada 4/7/2024 - jumlah : 245 hits
Di sebalik perbelanjaan RM3 915 bilion untuk projek Sungai Nadi Kehidupan atau River of Life River di Lembah Kelang sejak 2011 namun kemungkinan projek itu tidak boleh disiapkan tahun ini dan ia juga dikatakan tidak mencapai objektifnya kat...
Lolos Hukuman Mati Perekrut Kurir Narkoba Jaringan Fredy Pratama Divonis 20 Tahun Penjara

Lolos Hukuman Mati Perekrut Kurir Narkoba Jaringan Fredy Pratama Divonis 20 Tahun Penjara

papar berkaitan - pada 11/7/2024 - jumlah : 130 hits
Selain hukuman pidana dua puluh tahun hakim juga menjatuhkan denda sebesar Rp1 miliar subsider empat bulan kurungan penjara
Bmkg Wajibkan Warga Batang Pekalongan Beralih Gunakan Rumah Tahan Gempa

Bmkg Wajibkan Warga Batang Pekalongan Beralih Gunakan Rumah Tahan Gempa

papar berkaitan - pada 8/7/2024 - jumlah : 111 hits
BMKG mewajibkan masyarakat di Kota Pekalongan dan Kabupaten Batan gunakan rumah tahan gempa
Tak Sedap Hati Isteri Tak Sampai Rumah Abang Selipar Dalam Semak Jadi Petunjuk Rupanya

Tak Sedap Hati Isteri Tak Sampai Rumah Abang Selipar Dalam Semak Jadi Petunjuk Rupanya

papar berkaitan - pada 8/7/2024 - jumlah : 156 hits
Siriati seorang ibu kepada lima orang anak sebelum itu merancang untuk pergi ke pasar bersama abangnya untuk membeli ubat Namun lain pula jadi bila isteri kepada ini tak sampai sampai dirumah abangnya Seorang wanita telah meninggal dunia se...
Penemuan Petunjuk Penting Ini Jadi Modal Polisi Bongkar Kasus Pembakaran Rumah Wartawan Di Karo

Penemuan Petunjuk Penting Ini Jadi Modal Polisi Bongkar Kasus Pembakaran Rumah Wartawan Di Karo

papar berkaitan - pada 8/7/2024 - jumlah : 196 hits
Polisi telah menetapkan dua orang tersangka yakni RAS dan YST dalam kasus kebakaran rumah wartawan Rico Sempurna di Karo
Begini Cara Pelaku Bakar Rumah Wartawan Di Karo Sumut Hingga Tewaskan Istri Serta Cucu

Begini Cara Pelaku Bakar Rumah Wartawan Di Karo Sumut Hingga Tewaskan Istri Serta Cucu

papar berkaitan - pada 8/7/2024 - jumlah : 209 hits
Dua pelaku pembakar rumah wartawan bernama Sempurna Pasaribu itu sebelumnya ditangkap polisi
Metamask Security Warning

Overcoming The Funding Challenges

Aktiviti Majlis Penghargaan Kepada Warga Pakistan Nekad Terjun Sungai Tragedi Putra Heights Ppim 06 04 2025

Harga Pasaran Makin Naik Wanita Ni Selamba Beli Emas Bernilai Rm2 5 Juta

Remaja Perempuan Dibunuh Bekas Kekasih Anak Ahli Politik Berpengaruh

Sometimes Medicine Needed Trump On Market Reaction To Tariffs

Menu Hari Raya 2025

House Of The Yellow Ip Leo Romano A Contemporary Tribute To Nature In Brazil


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mihun Goreng

Why Every Homeowner In Katoomba Needs A Reliable Electrician On Speed Dial

2 Wanita Bunuh Bomoh Yang Mengugut Sebar Video Peribadi

Diva Aa Bising Pasal Pelanggan Drive Thru Mcdonald S Reaksi Nampak Pelbagai

Resepi Kari Ayam Perap Nenek Dulu Tanya Mak Kenapa Kari

Prapesan Siri Realme 14 Bermula Deposit Serendah Rm20