Tahanan Rumah Dan Persoalannya


 
Seperti dilaporkan, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Zahid Hamidi yakin ‘ada cahaya di hujung terowong’ buat Najib Razak. Begitu juga penyokong mantan perdana menteri itu yang bagaikan tidak sabar-sabar menanti ‘Bossku’ dibebaskan dari Penjara Kajang untuk menjalani baki hukumannya dengan tahanan rumah.
Bermacam-macam tafsiran dibuat pelbagai pihak minggu lalu susulan Najib memfailkan permohonan pada Selasa untuk mengemukakan keterangan baharu bagi menyokong usaha beliau memohon semakan ke atas apa yang dikatakan ‘perintah tambahan’ oleh Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Ini susulan anak sulung Najib, Muhammad Nizar, didakwa menerima dokumen daripada Istana Pahang sebagai bukti tambahan baharu dalam rayuan berhubung kewujudan titah adendum bagi membolehkan bapanya menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan rumah. Dokumen itu didakwa diterima Nizar pada 2 Dis atas arahan Al-Sultan Abdullah.
Saya bukan berkelulusan dalam bidang undang-undang, lantas persoalan yang hendak saya bangkitkan tiada niat untuk mencampuri urusan mahkamah atau mempersoal kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong melainkan ia mungkin hanya mewakili apa yang turut dirasakan orang di jalanan yang cetek pengetahuan undang-undang mereka.
Ketika ramai yang terbuai-buai dengan keinginan untuk melihat Najib – disabitkan bersalah atas tujuh pertuduhan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram bernilai RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd dan gagal dalam rayuan akhirnya di Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos 2022 supaya ‘dibebaskan’ segera – ada beberapa persoalan yang rasanya boleh ditanya.
Terdahulu, Najib dalam permohonan kebenaran semakan kehakiman yang difailkan di Mahkamah Tinggi pada 1 April, mendakwa Al-Sultan Abdullah ada mengeluarkan dekri tambahan atau adendum yang membenarkannya menjalani baki hukuman penjara – dikurangkan separuh daripada 12 tahun kepada enam tahun – di bawah tahanan rumah dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan (FTPB) 29 Jan lalu.
Mendakwa FTPB tidak mengumumkan syarat dekri tambahan itu, Najib mahu mahkamah memaksa kerajaan melaksanakan arahan adendum itu, jika ada, dengan meletakkannya di bawah tahanan rumah.
Kemudian, Mahkamah Tinggi pada 3 Julai menolak permohonan Najib untuk mendapatkan kebenaran berkenaan, yang membawa kepada Mahkamah Rayuan dijadualkan mendengar rayuannya terhadap keputusan itu pada Khamis lalu.
Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan menunda keputusannya terhadap permohonan Najib untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan prosiding semakan kehakiman berhubung adendum itu. Ini selepas permintaan oleh Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan, bahawa pihak kerajaan memerlukan masa untuk menentusahkan keesahan suatu dokumen – tidak ditandatangani atau dimeterai – yang dikemukakan untuk kes itu hanya sehari sebelumnya.
Peguam mewakili Najib, Shafee Abdullah, kemudian memohon supaya tarikh pendengaran lebih awal memandangkan kes yang telah dibawa anak guamnya mempunyai keperluan mendesak.
Namun, Azizah Nawawi, yang mempengerusikan sidang hakim bersama Azhahari Kamal Ramli dan Firuz Jaffril, berkata suatu pengurusan kes akan diadakan untuk menentukan tarikh pendengaran baharu bagi permohonan itu.
“Kami tiada budi bicara untuk memutuskan mendengar kes ini kerana keputusan itu dibuat oleh pejabat pendaftar mahkamah. Perkara ini akan ditangguhkan ke tarikh lain,” katanya.
Dalam pada ramai yang menjangkakan atau sekurang-kurangnya mengharapkan adendum itu akan dilaksanakan segera, soalnya ialah adakah ini berkemungkinan pada ketika tiada banduan di Malaysia yang boleh memohon tahanan rumah pada masa ini.
Malaysia belum mempunyai undang-undang khusus berkaitan tahanan rumah dan pelaksanaannya mungkin tidak akan secepat diharapkan sesetengah pihak.
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail dipetik berkata pada 19 Okt lalu bahawa rang undang-undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan rumah hanya akan dibentangkan di Parlimen tahun depan – mungkin seawal-awal sebulan atau selewat-lewatnya 12 bulan lagi bergantung kepada takwim sidang Dewan Rakyat – tetapi sesetengah pihak menjangka ia dibentangkan pada Julai.
“Ketika ini RUU berkaitan sedang digubal oleh Jabatan Peguam Negara dan ketua pengarah Jabatan Penjara sebagai pemegang taruh. Selepas RUU itu digubal, kita akan membentangkan kepada Kabinet sebelum dibentangkan kepada Parlimen dan jangkaannya pada tahun depan,” katanya sambil menambah ia tidak melibatkan pindaan Akta Penjara sebaliknya RUU baharu diwujudkan.
Menghuraikan RUU itu pada 7 Nov, Saifuddin berkata akta tahanan rumah apabila diluluskan nanti hanya terpakai bagi individu bawah reman sementara menunggu perbicaraan di mahkamah di samping membabitkan mereka yang melakukan kesalahan kecil dan bukan penjenayah tegar atau kesalahan serius.
“Angka yang layak dipertimbang ialah 20,000 orang yang merupakan pesalah pertama. Ia juga disasarkan kepada pesalah yang melakukan kesalahan tidak serius, contohnya ibu tunggal dihimpit kemiskinan yang mencuri susu kerana ingin memberi anaknya makan dan dijatuhi hukuman penjara,” tambahnya.
Jurucakap Kerajaan Fahmi Fadzil pula menegaskan RUU tersebut bukan untuk ‘membebaskan’ Najib atau orang kenamaan lain, sebaliknya mereka yang bakal terlibat adalah banduan yang kesnya tidak terlalu berat dan hukumannya tidak lebih daripada sejumlah tahun yang akan diputuskan kelak.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2025 pada 18 Okt lalu dilapor berkata kerajaan akan menggubal akta baharu bagi membolehkan hukuman tahanan di rumah sebagai alternatif untuk kesalahan tertentu. Hukuman berkenaan memperuntukkan pesalah dikehendaki berada di tempat tahanan yang dianggap bersesuaian seperti rumah kediaman, rumah jagaan atau asrama pekerja sepanjang tempoh penahanan.
Persoalan pokok ialah bolehkah tahanan rumah untuk mana-mana individu dilaksanakan dalam masa terdekat tanpa undang-undang khusus untuk mengawalnya diluluskan dahulu?
Jika hendak dilaksanakan juga, apakah syarat-syarat ketat selain pemasangan peranti pengesan yang boleh dikenakan, antaranya had pergerakan individu berkenaan, apakah dibenar menerima pengunjung dan seramai mana pada satu-satu masa?
Mengikut model undang-undang tahanan rumah di Singapura, pesalah perlu menjalani perintah berkurung dan menjalani sesi kaunseling atau rehabilitasi di samping dipakaikan peranti pengesan.
Selain peraturan ketat serupa bagi tahanan rumah di United Kingdom, pesalah mungkin turut disekat daripada menggunakan telefon atau internet selain dilarang menerima pengunjung.
Dalam kes Malaysia pula, akta tahanan rumah mungkin hanya diketahui seawal-awalnya lapan bulan lagi untuk ia diluluskan dan diguna pakai.
‘Ada cahaya di hujung terowong’ buat Najib seperti diungkapkan Zahid mungkin mengambil masa selama itu lagi kerana terowong yang dibayangkannya mungkin bukan lurus tapi berselekoh yang memerlukan sedikit tambahan masa untuk cahaya di hujungnya dapat dilihat. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/12/tahanan-rumah-dan-persoalannya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenyataan Mengesahkan Adendum Tahanan Rumah Palsu Dr Zaliha

Kenyataan Mengesahkan Adendum Tahanan Rumah Palsu Dr Zaliha

papar berkaitan - pada 6/12/2024 - jumlah : 216 hits
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Zaliha Mustafa menafikan beliau ada mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan adendum penahanan rumah Beliau berkata kenyataan media tersebut adalah palsu Ini adalah satu tindakan yang tidak bertanggungja...
Polis Dipenjara 12 Tahun Kerana Memperdagang Dera Pembantu Rumah

Polis Dipenjara 12 Tahun Kerana Memperdagang Dera Pembantu Rumah

papar berkaitan - pada 30/11/2024 - jumlah : 174 hits
S VinothaaSeorang pegawai polis dan isterinya yang merupakan ahli perniagaan masing masing dijatuhi hukuman penjara 12 dan 10 tahun kerana memperdagangkan dan mengeksploitasi pembantu rumah warga Indonesia Zailis sebagai buruh paksa S Vijiy...
Rezeki Kembar Tiga Ibu Doa Nak Seorang Bayi Tapi Allah Bagi Tiga Habis Huru Hara Satu Rumah

Rezeki Kembar Tiga Ibu Doa Nak Seorang Bayi Tapi Allah Bagi Tiga Habis Huru Hara Satu Rumah

papar berkaitan - pada 30/11/2024 - jumlah : 198 hits
Rezeki dapat anak kembar Seorang ibu meluahkan rasa bahagia dan syukurnya kerana dianugerahkan tiga anak kembar perempuan yang kini semakin membesar Kongsinya menerusi media social dia amat merindukan kehadiran seorang lagi anak dalam rumah...
Rumah Tertimbus Dua Beradik Maut Seorang Selamat

Rumah Tertimbus Dua Beradik Maut Seorang Selamat

papar berkaitan - pada 30/11/2024 - jumlah : 146 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Dua beradik dikenal pasti mangsa yang maut dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Bukit Ajil Hulu Terengganu petang tadi Mangsa dikenali Puteri Sajidah Azman 16 dan adiknya Siti Fatimah 13 yang ditemui 6 32 petang...
Kerajaan Pahang Akan Membina Pangsapuri Bagi Membantu Golongan Muda Dan B40 Memiliki Rumah

Kerajaan Pahang Akan Membina Pangsapuri Bagi Membantu Golongan Muda Dan B40 Memiliki Rumah

papar berkaitan - pada 29/11/2024 - jumlah : 140 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang akan membina pangsapuri bagi membantu golongan muda dan berpendapatan rendah memiliki rumah sejajar misi memastikan tiada lapisan masyarakat di negeri ini terpinggir daripada mempunyai kediaman sendiri Menteri Besar ...
Wanita Guna Papan Tanah Liat Halang Air Banjir Masuk Rumah Rumah Saya Okay Harap Membantu

Wanita Guna Papan Tanah Liat Halang Air Banjir Masuk Rumah Rumah Saya Okay Harap Membantu

papar berkaitan - pada 29/11/2024 - jumlah : 131 hits
Idea bernas seorang wanita yang menghalang air banjir memasuki rumahnya dengan hanya menggunakan tanah liat dipuji ramai Malah ramai yang mencuba dan ternyata berhasil Menerusi perkongsiannya di akaun Tik Tok Nurul Atyra yang menggunakan te...
Cari Kontraktor Rumah

Cari Kontraktor Rumah

papar berkaitan - pada 1/12/2024 - jumlah : 80 hits
Assalamualaikum hai hang pa Sebelum ke Yan penuhi jemputan kenduri doa selamat di rumah kawan cik abe Gendang gendut tali kecapi kenyang perut senang hati Minta diri teruskan perjalanan ke Yan ikut Highway Utara Selatan Turun Tol Gurun Mai ...
Strategi Efisien Mengurangi Biaya Energi Di Rumah

Strategi Efisien Mengurangi Biaya Energi Di Rumah

papar berkaitan - pada 2/12/2024 - jumlah : 199 hits
Apakah Anda mencari cara untuk mengurangi biaya energi di rumah secara efektif Banyak keluarga yang menghadapi tagihan listrik yang terus meningkat karena kurangnya strategi efisien dalam mengelola konsumsi energi Dengan langkah sederhana d...
Rumah Hanya Tinggal Bumbung Dinding Dibawa Arus Sungai Golok

Rumah Hanya Tinggal Bumbung Dinding Dibawa Arus Sungai Golok

papar berkaitan - pada 3/12/2024 - jumlah : 108 hits
Siti Rohana Idrisam hmetro com myKeadaan rumah Nariza di Kampung Naga Ibu Pengkalan Kubor yang hanya nampak bumbung disebabkan banjir dan limpahan air Sungai Golok setinggi dua meter FOTO IHSAN NARIZA ARIFFINTumpat Rumah hanya tinggal bumbu...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti