Tafsir Al Azhar
SET LENGKAP 30 JUZUK* Softcover & tiada kotak khas
* Saiz setiap juzuk: 6 inci x 9 inci
* Purata ketebalan setiap juzuk: 0.5 - 1 inci
* Purata muka surat bagi setiap juzuk: 300 - 400 halaman
* Anggaran ketebalan untuk satu set lengkap 30 juzuk: 20 - 21 inci
* Tulisan asal HAMKA dalam Bahasa Melayu (Indonesia) dikekalkan
* Tulisannya mudah difahami oleh penutur bahasa Melayu di seluruh nusantara
APA BAGUSNYA TAFSIR AL-AZHAR INI
Ada lima sebab utama:
1. Bahasanya mudah dan indah
2. Tafsirannya dekat di hati
3. Penafsirnya adalah ulama yang diperakui oleh para tokoh agama
4. Format buku biasa yang mudah dibawa ke sana sini
5. Pakej lengkap 30 buku, 30 juzuk Al-Quran pada harga ekonomi
KENAPA PERLU ADA TAFSIR AL-AZHAR DI RUMAH KITA
1. Kerana ia mengandungi pelbagai bidang ilmu, ditafsirkan dalam bentuk yang ringan lagi mudah difahami
2. Kerana ia disulami dengan bahasa Melayu indah Buya Hamka yang tak jemu dibaca berulang-ulang kali
3. Kerana ia ditulis dengan citra Melayu yang mana contoh dan konteks yang dekat dengan masyarakat dan budaya Melayu nusantara
4. Kerana di rumah sudah ada Quran, Quran terjemahan tetapi tiada tafsir Al-Quran
CARA PENGHASILAN TAFSIR AL-AZHARTafsir Al-Azhar yang ditulis oleh HAMKA dilahirkan dari penjara. HAMKA dipenjarakan oleh Presiden Pertama Republik Indonesia, Soekarno, akibat menentang dan menguak api kemarahan rakyat Indonesia terhadap pemerintahnya pada ketika itu
HAMKA menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini antaranya adalah metode tahlili (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, Tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi’in, dan tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain
KELEBIHAN TAFSIR AL-AZHARKelebihan pentafsiran Al-Quran oleh HAMKA kerana beliau menitikberatkan penjelasan ayat-ayat Al-Quran dengan ungkapan yang teliti, menjelaskan makna-makna yang dimaksudkan dengan bahasa yang indah dan menarik serta menghubungkan ayat dengan realiti sosiobudaya masyarakat nusantara. Ia turut diperkaya dengan pendekatan sejarah, sosiologi, tasawuf, ilmu kalam, sastera dan psikologi
Di samping itu, beliau juga mentafsirkan Al-Quran dengan menggunakan syair dan menganalisis dengan kemampuan sendiri melalui pendekatan meraikan kepelbagaian mazhab
SET LENGKAP TAFSIR EDISI PENGAJIANLebih istimewa, PTS Media Group Sdn Bhd, penerbit rasmi Tafsir Al-Azhar di Malaysia sudah menerbitkan set lengkap Tafsir Edisi Pengajian yang mana keistimewaannya adalah:
1. Mengikut juzuk yang memudahkan pembaca untuk menelaah berbanding berbentuk kitab yang besar dan tebal
2. Dalam format buku standard yang mudah dibawa ke mana-mana berbanding kulit keras dan tebal yang sukar dan berat untuk dipegang
TAFSIR AL-AZHAR (SET LENGKAP 30 JUZUK)Tafsir Al-Azhar adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara iaitu Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA
Tafsir ini mudah difahami dan diolah dengan suasana alam nusantara. Bahasanya lebih santai dan disulami sastera indah oleh HAMKA
HAMKA menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini antaranya adalah metode tahlili (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, Tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi’in, dan tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain. Di samping itu, beliau juga mentafsirkan Al-Quran dengan menggunakan syair dan menganalisis dengan kemampuan sendiri melalui pendekatan meraikan kepelbagaian mazhab
Kelebihan pentafsiran Al-Quran oleh HAMKA kerana beliau menitikberatkan penjelasan ayat-ayat Al-Quran dengan ungkapan yang teliti, menjelaskan makna-makna yang dimaksudkan dengan bahasa yang indah dan menarik serta menghubungkan ayat dengan realiti sosiobudaya masyarakat nusantara. Ia turut diperkaya dengan pendekatan sejarah, sosiologi, tasawuf, ilmu kalam, sastera dan psikologi
Tafsir Al-Azhar nukilan Buya Hamka disifatkan antara tafsir Al-Quran yang cukup sesuai untuk rujukan masyarakat Muslim Nusantara. Kandungannya yang disampaikan menggunakan gaya bahasa dan penjelasan yang mudah serta sesuai dengan konteks dan latar masyarakat Muslim di kawasan Nusantara menjadikannya sebagai salah satu tafsir Al-Quran yang cukup relevan bagi umat Islam masa kini
Oleh sebab itu, capaian dan akses kepada tafsir Al-Quran seperti ini sangat penting bagi memudahkan masyarakat muslim Nusantara secara amnya dan di Malaysia secara khususnya, mendalami ilmu-ilmu Al-Quran sebagai wahana memperkukuhkan kefahaman Islam mereka
TAFSIR AL-AZHAR
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://adrianafaizul.blogspot.com/2020/07/tafsir-al-azhar.html