Tadah Air Hujan Ini Sajakah Idea Cemerlang Menteri Pas Untuk Rakyat Kelantan


 
Kesian dengan rakyat Kelantan yang nampaknya akan terus menghadapi masalah air bersih, walaupun Pas kini merupakan sebahagian daripada kerajaan di persekutuan.
Ingatkan bila Pas sudah berada dalam kerajaan, setidak-tidaknya masalah air yang dihadapi tidak lagi berlarutan sehingga 20 atau 30 tahun akan datang.
Malangnya, di sebalik Pas sudah berada di dalam kerajaan, penyelesaian masalah air yang diberikan ialah rakyat negeri itu perlu menadah air hujan untuk kegunaan harian mereka.
Menteri Alam Sekitar dan Air, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Kelantan antara negeri yang boleh memanfaatkan air hujan untuk kegunaan harian terutama ketika berdepan masalah bekalan air.
Kata beliau, tidak seperti negeri lain, Kelantan tidak terlampau terdedah dengan sektor industri justeru kualiti air hujannya adalah lebih baik.
“Kelantan antaranya boleh manfaat air hujan sebab di negeri ini tidak banyak industri dan kurang pencemaran udara,” katanya seperti dipetik Harakahdaily.


Timbalan presiden PAS itu berkata demikian semasa ditemui media selepas merasmikan projek rawatan air komuniti Parlimen Kubang Kerian di Masjid Mukim Seterpa Banggu, semalam.
Air bersih merupakan antara isu kemudahan asas yang membelenggu kerajaan Kelantan sejak sekian lama.
Selain tiada bekalan air yang memadai, air kotor – diperolok sebagai teh tarik dalam paip oleh pengkritik – juga menjadi isu yang banyak dibangkitkan oleh orang ramai.
Ia menjadi lebih ‘panas’ apabila ada pemimpin PAS mengkritik kerajaan Selangor semasa berlaku gangguan bekalan air, baru-baru ini.
Tuan Ibrahim seterusnya berkata, air hujan boleh dimanfaatkan kerana ia “bagus” kecuali di kawasan perindustrian.
“Sebenarnya kalau boleh kita hendak manfaatkan air hujan sebab airnya bagus, cuma di kawasan industri, air lebih terdedah udara tercemar,” katanya.
Soalnya, kalau nak tadah air hujan untuk kegunaan harian, berapa banyak tong air diperlukan bagi setiap rumah?
Dalam keadaan ramai rakyat Kelantan yang hidupnya susah, siapa mahu membekalkan tong-tong tersebut kepada mereka?
Bukankah suatu bebanan lagi bagi rakyat Kelantan jika terpaksa membeli berpuluh-puluh tong untuk setiap rumah?
Adakah Pas mahu menyumbangkan tong percuma?
Selain itu, bagaimana pula ketika musim kemarau?
Di mana air hujan mahu diperolehi ketika itu?
Menadah air hujan – ini sajakah idea cemerlang yang mampu disumbangkan oleh Menteri Alam Sekitar dan Air daripada Kelantan untuk rakyat Kelantan?
 (Shahbudindotcom 19/09/2020)






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/09/tadah-air-hujan-ini-sajakah-idea.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Kelantan Diminta Zuhud Tadah Air Hujan Hahahaha

Rakyat Kelantan Diminta Zuhud Tadah Air Hujan Hahahaha

papar berkaitan - pada 19/9/2020 - jumlah : 392 hits
Menteri Alam Sekitar dan Air Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Kelantan antara negeri yang boleh memanfaatkan air hujan untuk kegunaan harian terutama ketika berdepan masalah bekalan air tidak mencukupi Kata Tuan Ibrahim tidak seperti negeri la...
Kelantan Boleh Manfaatkan Air Hujan Cadangan Bernas Menteri Alam Sekitar Air Dikritik Netizen

Kelantan Boleh Manfaatkan Air Hujan Cadangan Bernas Menteri Alam Sekitar Air Dikritik Netizen

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 577 hits
Masalah air di negeri Kelantan seakan tiada jalan penyelesaiannya sejak dari dahulu lagi Terbaru Menteri Alam Sekitar dan Air Tuan Ibrahim Tuan Man mengeluarkan kenyataan yang meminta rakyat di negeri itu memanfaatkan sumber alam bagi kegun...
Wilayah Persekutuan Akan Tubuh Badan Urus Air Sendiri Kata Menteri

Wilayah Persekutuan Akan Tubuh Badan Urus Air Sendiri Kata Menteri

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 691 hits
Annuar Musa berkata dengan adanya badan pengurusan air sendiri Wilayah Persekutuan boleh menguruskan konsesi air sendiri dan membeli air mentah atau memproses air PUTRAJAYA Badan pengurusan air akan diwujudkan di Wilayah Persekutuan bagi me...
Kah Woiiii Nak Balik Zaman Bila Tadah Air Hujan

Kah Woiiii Nak Balik Zaman Bila Tadah Air Hujan

papar berkaitan - pada 19/9/2020 - jumlah : 463 hits
PENANG DI TAHUN 40ANSAIFUDDIN NASUTIONKualiti pimpinan PAS Ingin bawa Negara balik ke zaman batu Menteri Alam Sekitar dan Air Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Kelantan antara negeri yang boleh memanfaatkan air hujan untuk kegunaan harian terut...
Kalau Setakat Tadah Air Hujan Jkkk Kampung Pun Tahu

Kalau Setakat Tadah Air Hujan Jkkk Kampung Pun Tahu

papar berkaitan - pada 19/9/2020 - jumlah : 528 hits
MELAKA 19 SEP Menteri Alam Sekitar dan Air Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Kelantan antara negeri yang boleh memanfaatkan air hujan untuk kegunaan harian terutama ketika berdepan masalah bekalan air tidak mencukupi Kata Tuan Ibrahim tidak sep...
Ku Li Serang Pas Lagi Dari Isu Air Karat Hingga Soal Kerjasama

Ku Li Serang Pas Lagi Dari Isu Air Karat Hingga Soal Kerjasama

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 474 hits
FAZLI RADZI Pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah menyerang Pas lagi susulan kegagalan menyelesaikan masalah air di Kelantan Pengerusi Jemaah Penasihat Umno yang mesra dipanggil Ku Li itu turut mengkritik sikap Pas dalam soal kerjas...
Isu Melayu Islam Prestasi Menteri Antara Tumpuan Muktamar Pas

Isu Melayu Islam Prestasi Menteri Antara Tumpuan Muktamar Pas

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 321 hits
Selain membincangkan agenda berkaitan Melayu Islam PAS juga perlu melihat isu pengagihan kerusi untuk pilihan raya umum akan datang semasa bermuktamar nanti kata penganalisis politik Ini kerana menurut Prof Rusdi Omar dari Universiti Utara ...
Dewan Ulamak Pas Bersyukur Dapat Bantu Rampas Mandat Rakyat

Dewan Ulamak Pas Bersyukur Dapat Bantu Rampas Mandat Rakyat

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 289 hits
Lawak tapi jijik sungguh bila dgr ucapan dari us Nik Zawawi di muktamar kat tv tadi Dia boleh kata kita kena bersyukur kerana Allah telah tunaikan janji beri mereka kuasa jadi kerajaan Jual nama Allah Maha suci Allah tidak akan menghalalkan...
Jangan Ikut Ph Polemik Kedudukan Pm Tumpu Bantu Rakyat Kata Umno Pas

Jangan Ikut Ph Polemik Kedudukan Pm Tumpu Bantu Rakyat Kata Umno Pas

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 383 hits
PETALING JAYA Pemimpin Umno dan PAS mengambil sikap terbuka terhadap kenyataan bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin bahawa tiada pemimpin yang lebih berwibawa daripada Muhyiddin Yasssin untuk menjadi perdana menteri pada masa ini Naib ...
Follow Up Dengan 2 Doktor Pakar Di Kpj Seremban

Pbakl 2025 Peta Lokasi Acara Pesta Buku Antarabangsa Kl

Trump S Tariffs Market Jitters But Impact Likely Limited

The Enigmatic Voynich Manuscript Unraveling A Century Old Puzzle

Adakah Sabah Senyap Senyap Maju Bawah Pimpinan Hajiji

Govt Urges More Corporate Aid For Putra Heights Gas Explosion Victims

Why Every Homeowner In Katoomba Needs A Reliable Electrician On Speed Dial

Kuih Raya Homemade By Nieyl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Night Side Songs A Pioneering Palliative Care Musical

5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya

Wading Into Winter Here S Why Snow Waders Matter

Anggota Polis Parah Tertembak Diri Sendiri

Menteri Pendidikan Tinggi Ke Turkiye Dan Arab Saudi

Dia Nak Kacau Felda Pula Sebab Tempat Melayu Kenyataan Di Atas Adalah Fitnah