Tabung Haji Tegur Khurafat Tanam Ibu Duit Di Makkah


MALAYSIAKINI

   
Perbuatan khurafat dilakukan jemaah haji di Tanah Suci terutama ketika ibadat Masyair adalah perbuatan sia-sia, sebaliknya mereka perlu mengamalkan doa kepada Allah, kata Pengarah Operasi (Bimbingan) Lembaga Tabung Haji (TH), Tengku Aziz Raja Abdullah.

Memberikan contoh, beliau berkata perbuatan khurafat seperti menanam wang untuk dijadikan ibu duit di Arafah bagi menambah rezeki adalah sia-sia kerana doa bagi memohon bertambah rezeki di Makkah terutama di hadapan Kaabah di Masjidil Haram dan ketika ibadat Masyair di Muzdalifah adalah mustajab.

"Orang kita buat (khurafat) nak kaya, bekerja nak naik pangkat, nelayan atau petani nak hasil banyak semua itu dia buat nak tambah rezeki, tetapi dalam hal ini kenapa buat khurafat sedangkan di sini kalau nak rezeki banyakkan doa dan ibadat seperti solat sunat duha kepada Allah.

"Masalah jemaah haji buat khurafat ini ada tetapi tidak ramai. Ada laporan (jemaah) ambil tali khemah, ambil kerak nasi, tanam duit, bawa duit pergi tawaf jadikan ibu duit ... semua itu buat kononnya nak kaya, kalau nak kaya doalah kepada Allah," katanya pada sidang media tentang ibadat Masyair di sini hari ini.

Ibadat Masyair bermula dengan wukuf di Arafah, berada seketika pada tengah malam di Muzdalifah, bermalam di Mina dan melontar di tiga Jamrah pada hari Tasyrik iaitu 11 hingga 13 Zulhijah.

Musim haji tahun ini menyaksikan 30,200 jemaah haji Malaysia bakal mengerjakan Rukun Islam kelima itu dibantu 640 petugas TH.

Tengku Aziz berkata khurafat itu membawa kepada perbuatan syirik kepada Allah yang mana mereka yang melakukan syirik itu tidak akan dapat masuk syurga, justeru jemaah haji dinasihatkan supaya mengelakkan diri daripada melakukan perkara khurafat dan syirik itu.

Justeru, katanya TH telah meminta jemaah haji meninggalkan perbuatan itu, bersama perbuatan dimurkai Allah lain seperti sihir, susuk dan saka sebelum mereka berangkat ke Tanah Suci ini, dan fokus kepada ibadat serta doa mereka kepada Allah di sini.

"Apabila sampai di Arafah mereka (jemaah haji) dalam keadaan ihram. Mereka dalam keadaan keampunan Allah maka penuhkan dengan ibadat, Arafah ini hari keampunan daripada Allah, yang mana Allah dekat dengan kita, malah malaikat akan aminkan doa kita.

"Buat perancangan supaya diri penuh amal ibadat, buat ibadat tersusun ada perancangan dan matlamat seperti selesai baca al-Quran. Hindar perbuatan seperti berswafoto selalu atau habiskan masa sia-sia, bukan tidak boleh ambil gambar tetapi berpada-pada," katanya.-Bernama




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/08/tabung-haji-tegur-khurafat-tanam-ibu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Ada Seorang Pemimpin Bn Didakwa Rompak Duit Tabung Haji Kata Najib

Tak Ada Seorang Pemimpin Bn Didakwa Rompak Duit Tabung Haji Kata Najib

papar berkaitan - pada 28/7/2019 - jumlah : 306 hits
Najib Razak PETALING JAYA Bekas perdana menteri Najib Razak hari ini mengingatkan sehingga kini tidak ada seorang pemimpin Barisan Nasional pun didakwa di mahkamah atas tuduhan merompak duit Tabung Haji Beliau berkata perkara tersebut menya...
Malaysia Bangga Pencapaian Tabung Haji

Malaysia Bangga Pencapaian Tabung Haji

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 285 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Neelofa Ibu Terkedu Saat Hujan Turun Ketika Wukuf Kongsi Pengalaman Luar Biasa Kemuncak Haji

Neelofa Ibu Terkedu Saat Hujan Turun Ketika Wukuf Kongsi Pengalaman Luar Biasa Kemuncak Haji

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 567 hits
Jutaan jemaah Haji telah melaksanakan ibadat wukuf beberapa hari lalu Di Gunung Arafah sebagai salah satu ritual kemuncak ibadat haji Pada saat itu jemaah haji di seluruh dunia berserah diri sepenuhnya kepada Allah swt dan berdoa seluruh ha...
Lembaga Tabung Haji Nafi Berita Tular Kononnya Jemaah Malaysia Maut Dalam Terowong

Lembaga Tabung Haji Nafi Berita Tular Kononnya Jemaah Malaysia Maut Dalam Terowong

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 360 hits
Tengahari tadi kita dikejutkan dengan berita kononnya ada di kalangan para jemaah terperangkap di dalam sebuah terowong melontar akibat hujan lebat dan seorang jemaah Malaysia dilaporkan telah meninggal dunia Gambar Facebook Gambar Facebook...
Tabung Haji 1h 2019 Net Profit Increases To Rm815 Million

Tabung Haji 1h 2019 Net Profit Increases To Rm815 Million

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 241 hits
Lembaga Tabung Haji s net profit rose to RM815 million in the first half of 2019 with an asset surplus of RM1 8 billion In a statement today TH attributed the stronger financial performance to its sustainable investment strategy and prudent...
Menghantar Abah Emak Di Convention Centre Tabung Haji

Menghantar Abah Emak Di Convention Centre Tabung Haji

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 266 hits
AssalamualaikumMenghantar Abah Emak di Convention Centre Tabung Haji 31 07 2019 Abah dan emak selamat bertolak untuk mengerjakan haji Dalam surat mereka sudah tertulis lokasi penghantaran iaitu di Movenpick Hotel Convention Centre Masanya p...
Ibu Tak Dapat Pergi Wany Hasrita Belanja Amira Othman Pergi Haji

Ibu Tak Dapat Pergi Wany Hasrita Belanja Amira Othman Pergi Haji

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 513 hits
Penyanyi Wany Hasrita memohon maaf kepada semua kenalan setelah berpeluang ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji semalam Menerusi laman Instagram penyanyi lagu Terlalu Memuja itu memuat naik beberapa keping gambar sebelum berangkat menj...
Buka Akaun Tabung Haji Anak Anak

Buka Akaun Tabung Haji Anak Anak

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 542 hits
AssalamualaikumBuka Akaun Tabung Haji Anak anak Dua orang anak sebelum ni saya bukakan akaun ASB dan SSPN Cik Aisyah lah paling banyak simpanan buat masa sekarang Bila abah dan emak sudah menjejakkan kaki ke tanah suci barulah terbuka hati ...
Saya Tak Akan Bagi Ibu Saya Duit Tak Berkat Sarah Buat Pendedahan Untuk Bantu Wanita Lain

Saya Tak Akan Bagi Ibu Saya Duit Tak Berkat Sarah Buat Pendedahan Untuk Bantu Wanita Lain

papar berkaitan - pada 28/7/2019 - jumlah : 428 hits
Saya Tak Akan Bagi Ibu Say Duit Tak Berkat Sarah buat pendedahan untuk bantu wanita lain Pelakon Sarah Hildebrand menjelaskan tindakannya membuat pendedahan secara terbuka tentang punca hubungan cinta yang dibina selama lima tahun putus ada...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord