Tabung Amanah Teoh Beng Hock Mahu 10 Pegawai Sprm Disiasat Kerana Membunuh


Vinodh Pillai
Jurucakap Teoh Beng Hock Trust for Democracy Ng Yap Hwa berkata, pihak berkuasa saling melepaskan tanggungjawab antara satu sama lain. PETALING JAYA: Kumpulan yang bekerja untuk mendapatkan keadilan untuk mendiang petugas politik Teoh Beng Hock menggesa polis menyiasat 10 pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas pelbagai kesalahan di bawah Kanun Kesiksaan, termasuk membunuh.

Jurucakap Teoh Beng Hock Trust for Democracy Ng Yap Hwa berkata, pegawai terbabit harus disiasat kerana antara lain, menutupi kematian Teoh, bersubahat dan cuba menutupi kematian, memberi keterangan palsu dan memusnahkan bukti.

Dalam satu laporan polis yang dibuat di ibu pejabat polis daerah di sini hari ini, Ng menggesa Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador menyiasat dan mendakwa 10 individu berkenaan.

Pada 2009, Teoh yang merupakan pembantu exco kerajaan negeri Selangor Earn Yong Hian Wah, pada masa itu, ditemui mati di tingkat 5 Plaza Masalam di Shah Alam beberapa jam selepas beliau disoal siasat oleh SPRM Selangor di pejabatnya di tingkat 14 bangunan yang sama.

Suruhanjaya Siasatan Diraja yang ditubuhkan berikutan insiden itu mendapati Teoh terdorong untuk membunuh diri susulan kaedah penyiasatan agresif yang digunakan oleh pegawai SPRM.

Ia juga mempersalahkan 3 pegawai agensi itu kerana kaedah agresif mereka yang menurutnya melanggar prosedur.

Tabung amanah itu mengenal pasti 7 lagi pegawai lain berdasarkan penghujahan kepada Majlis Peguam dari 2011, termasuk bekas timbalan ketua SPRM Selangor dan ketua pegawai penyiasat.

Ng berkata, kumpulannya tidak berpuas hati kerana agensi kerajaan berkaitan saling “melepaskan tanggungjawab antara satu sama lain tanpa akauntibiliti”.

Beliau juga mengambil maklum bahawa Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin berkata, peguam negara akan memberi respons terhadap isu itu.

“Bagaimanapun beberapa minggu lepas, Peguam Negara, Tommy Thomas memberitahu adik perempuan Teoh Beng Hock, Lee Lan bahawa polis bertanggungjawab menyiasat kes tersebut dan menentukan haluan penyiasatannya,” kata beliau.

Menurut Ng, Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya juga enggan memulakan tindakan disiplin dalaman ke atas pegawai beliau dengan berkata, polis bertanggungjawab menyiasat individu yang didakwa terlibat.

Tahun lepas, polis menerima arahan daripada Jabatan Peguam Negara supaya menjalankan siasatan lanjut ke atas kematian Teoh selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan.

Bagimanapun mereka menyiasat insiden itu di bawah tahanan salah, bukannya homisid salah, hatta selepas Mahkamah Rayuan menolak keputusan terbuka Mahkamah Koroner pada September 2014 dan memutuskan bahawa kematian Teoh adalah disebabkan jatuh yang berpunca atau didorong oleh perbuatan salah orang yang tidak dikenali.

Hari ini, Ng juga menyerahkan kepada polis keterangan daripada semua dapatan mahkamah ke atas kematian Teoh, termasuk inkues 2009 dan penghakiman Mahkamah Rayuan.

Katanya, dengan laporan terbaru itu, KPN harus mengarahkan satu penyiasatan baru di bawah Seksyen 302 (kerana membunuh) atau 304 (kerana homisid salah) Kanun Keseksaan.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/08/tabung-amanah-teoh-beng-hock-mahu-10.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Bahan Bukti Tersebar Ngo Gesa Pegawai Kendali Kes Syed Danial Disiasat

Video Bahan Bukti Tersebar Ngo Gesa Pegawai Kendali Kes Syed Danial Disiasat

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 1475 hits
Bahan bukti tersebar NGO gesa pegawai kendali kes Syed Danial disiasat Sejak semalam gambar menunjukkan mangsa yang meninggal dunia akibat dilanggar oleh seorang pemandu berbangsa Cina berpunca daripada kemalangan kecil telah berlegar legar...
Siapa Pegawai Pmo Tukar Susunan Kerusi Majlis Pertabalan

Siapa Pegawai Pmo Tukar Susunan Kerusi Majlis Pertabalan

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 1037 hits
Kini kecuh di media sosial tentang pegawai PMO yang memandai menukar susunan kerusi tidak mengikuti protokol untuk halang kehadhiran Dato Najib FMT melaporkan PMO menafikan dan ada laporan mengatakan Susah untuk dipercayai pihak istana tida...
Siapa Sebenarnya Pegawai Di Majlis Bandaraya Alor Star Yang Benarkan Kewujudan Sport Toto Di Pokok Sena

Siapa Sebenarnya Pegawai Di Majlis Bandaraya Alor Star Yang Benarkan Kewujudan Sport Toto Di Pokok Sena

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 781 hits
Ramai yang menyalahkan pihak berkuasa kerana kewujudan premis Sport Toto di Taman Angsana Pokok Sena Ramai juga yang menyalahkan Mahfuz Omar dan Lim Guan Eng atas kewujudan premis judi tersebut Betullah Mahfuz Omar Ahli Parlimen Pokok Sena ...
Menteri Sabah Selar Pegawai Jpn Terlibat Palsu Dokumen

Menteri Sabah Selar Pegawai Jpn Terlibat Palsu Dokumen

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 428 hits
Semalam polis berjaya membongkar kegiatan sindiket pemalsuan dokumen pengenalan diri apabila tertangkap 3 lelaki termasuk pegawai pendaftar JPN di Semporna KOTA BELUD Sindiket pemalsuan dokumen pengenalan diri adalah satu jenayah pencabulan...
Pegawai Bank Mengaku Guna Duit Sendiri Untuk Kawal Atur Akaun Najib

Pegawai Bank Mengaku Guna Duit Sendiri Untuk Kawal Atur Akaun Najib

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 337 hits
KUALA LUMPUR Seorang bekas pegawai bank yang menguruskan akaun Datuk Seri Najib Tun Razak di AmBank memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa dia terpaksa menggunakan wangnya sendiri untuk mengawal atur akaun itu pada 2014 Joanna ...
Kekurangan Pegawai Pemkot Solo Ajukan 1 700 Formasi Cpns

Kekurangan Pegawai Pemkot Solo Ajukan 1 700 Formasi Cpns

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 244 hits
Pemerintah Kota Solo mengajukan 1 700 formasi calon pegawai negeri sipil guna menambal kekurangan pegawai Pengajuan dilakukan kepada Kementerian Pendayagunaan Aparatur Negara dan Reformasi Birokrasi tahun ini
Kpm Jamin Penstrukturan Tidak Melibatkan Pegawai Hilang Jawatan Turun Pangkat Atau Gred

Kpm Jamin Penstrukturan Tidak Melibatkan Pegawai Hilang Jawatan Turun Pangkat Atau Gred

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 544 hits
Imej hiasan via Kementerian Pendidikan MalaysiaKementerian Pendidikan Malaysia melalui satu kenyataan media memberi jaminan kepada semua pegawai yang terlibat dalam penstrukturan baru kementerian tersebut tidak akan kehilangan jawatan penur...
Uang Pungli Rp 46 Juta Dari Korban Tsunami Dibagi Ke Pegawai Forensik Rsdp Serang

Uang Pungli Rp 46 Juta Dari Korban Tsunami Dibagi Ke Pegawai Forensik Rsdp Serang

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 205 hits
Itu atas usulan saya menyampaikan di ruangan ada Fathullah Mulyadi kata Amran saat ditanya oleh Jaksa Penuntut Umum Eka Nugraha
Wang Tunai Lagi Ayo Kata Bekas Pegawai Bank

Wang Tunai Lagi Ayo Kata Bekas Pegawai Bank

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 270 hits
KUALA LUMPUR Berjuta juta ringgit dalam bentuk wang tunai telah didepositkan ke dalam akaun Datuk Seri Najib Tun Razak dari Jun 2014 hingga Mac 2015 walaupun diperingatkan oleh pegawai bank mengenai kemungkinan ia mencetuskan amaran mengena...
Sheraton Johor Bahru Opens A New Luxury Landmark For Families Foodies Weekend Getaways

Zra Kongsi Tawaran Diberikan Tentera Isra L Ketika Pintas Kapal Mengaku Salah Atau Dibicarakan Amp Dilokap

K1gt 12 K1gt Top 52 By Selena

Half Its Cabinet Will Be Wiped Out If Malaysia Emulates China To Send Corrupt Ministers To Face Firing Squad

Sungguh Allah Mengampuni Seluruh Dosa

Star Expected To Quit Grs After Seat Sharing Dispute

Malaysia Retains Tier 2 Ranking In Us Human Trafficking Report

Sapp Defers Response On Expulsion From Grs Pending Party Meet


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Antara Penyakit Pokok Pisang Di Malaysia

Kebaikan Dan Keburukan Tiktok

Yummy Beef And Fried Rice Recipe

Naik Bas Dari Makkah Ke Kota Madinah

Semuanya Bermula Dari Diri Sendiri

Restoran Suhaimi Ipoh Port Sarapan Pagi Legend