Tabung 10 For Smiles Bantu Rakyat Palestin Dan Syria


Aman Palestin menerusi kempen '10 For Smiles' yang sedang dijalankan ketika ini, bertujuan mengumpul RM15 Juta bagi membantu membangunkan semula Palestin dan warganya yang menjadi pelarian serta sengsara di tanah air sendiri angkara kekejaman pengganas zionis Israel.


Kempen yang dilancarkan sehingga Disember tahun 2019 ini, mengajak semua lapisan masyarakat di Malaysia, untuk menghulurkan sumbangan masing-masing sekurang-kurangnya RM10.

Aman Palestin menerusi pejabat cawangannya di luar negara turut menggerakkan sumbangan dari negara ASEAN seperti Indonesia, Singapura, Brunei dan Thailand.

Kempen berkenaan juga tidak terhad kepada sumbangan dalam bentuk wang ringgit, malah apa saja yang mampu memenuhi keperluan masyarakat di negara berkenaan.

Aman Palestin berusaha membantu dalam setiap sudut bertujuan membangunkan semula Palestin sehingga warganya mampu meneruskan kehidupan seharian, walaupun mungkin tidak sebaik yang diharapkan.

Sebagai negara yang paling aktif membantu Palestin, sumbangan masyarakat Malaysia terhadap '10 For Smiles' juga diharap dapat membantu pelarian Syria yang melarikan diri daripada peperangan dan mendiami kem pelarian sekitar sempadan Jordan dan Lubnan.

Bantuan yang diharapkan termasuklah untuk tujuan pembelian pek makanan dan kelengkapan musim sejuk yang bakal dihadapi pelarian.

Aman Palestin memberikan keutamaan bantuan musim sejuk kepada pelarian Syria kerana sinonimnya mereka menanti kematian disebabkan cuaca sejuk ekstrem, selain musim hujan yang boleh menyebabkan kebanyakan khemah didiami akan ranap dilanda banjir.

Pegawai Media Aman Palestin dari Gaza, Hamza Deirawi, yang berada di Malaysia untuk berkongsi pengalaman kesengsaraan hidup rakyat Palestin yang ditindas rejim zionis, mengharapkan sokongan berterusan rakyat Malaysia dalam membangkitkan kesedaran seluruh masyarakat dunia terhadap kekejaman yang dilalui penduduk Palestin di Tebing Barat dan Gaza.

Perkongsian di media sosial, disifatkan ikon media dari Palestin itu sebagai medium paling berkesan menyampaikan kekejaman yang dilakukan tentera Zionis Israel terhadap rakyat Palestin tanpa mengira peringkat usia.

Nyawa rakyat Palestin seumpama tidak bernilai bagi tentera Zionis kerana ada saja kesengsaraan yang perlu dilalui setiap hari tidak kira wanita hingga bayi dan kanak-kanak.

Kehidupan rakyat tidak pernah tenteram kerana setiap hari akan diganggu tentera Israel yang memecah masuk rumah dan mengacukan senjata kepada wanita serta kanak-kanak yang sedang tidur.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai sumbangan yang diperlukan pelarian Palestin dan Syria boleh menghubungi ibu pejabat Aman Palestin 03-8926 7019 atau melayari sesawang www.amanpalestin.net atau boleh menyumbang terus menerusi link https://www.billplz.com/10forsmiles.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Perang Syria Petanda Imam Mahdi Dan Nabi Isa Berperang Dengan DajjalHari Nakbah, Kekejaman Zionis Dan Penubuhan Negara Haram Israel
sumber: bharian



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/10/tabung-10-for-smiles-palestin-syria.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Heliza Helmi Malam Bersamamu Palestin Syria 10 Oktober 2016 Part 2 3

Heliza Helmi Malam Bersamamu Palestin Syria 10 Oktober 2016 Part 2 3

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 344 hits
Malam Bersamamu Palestin dan Syria Program ini merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh Inasis TM Universiti Utara Malaysia
Heliza Helmi Malam Bersamamu Palestin Syria 10 Oktober 2016 Part 1 3

Heliza Helmi Malam Bersamamu Palestin Syria 10 Oktober 2016 Part 1 3

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 409 hits
Malam Bersamamu Palestin dan Syria Program ini merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh Inasis TM Universiti Utara Malaysia
Kerajaan Akan Putuskan Nasib 40 Rakyat Malaysia Di Syria

Kerajaan Akan Putuskan Nasib 40 Rakyat Malaysia Di Syria

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 314 hits
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata kerajaan akan membuat keputusan sama ada bersetuju atau tidak membawa pulang 40 rakyat Malaysia di Syria yang dipercayai terbabit...
Heliza Helmi Malam Bersamamu Palestin Syria 10 Oktober 2016 Part 3 3

Heliza Helmi Malam Bersamamu Palestin Syria 10 Oktober 2016 Part 3 3

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 363 hits
Malam Bersamamu Palestin dan Syria Program ini merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh Inasis TM Universiti Utara Malaysia
Giat Csr Bantu Rakyat

Giat Csr Bantu Rakyat

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 562 hits
Hazri Jusoh berucap pada Majlis Maklumat Kepada Umum anjuran Kemaman Bitumen Company Oleh Alfian MamadKemaman 13 Oktober Perusahaan industri diseru untuk mempergiatkan Corporate Social Responsibility masing masing untuk turut membantu keraj...
8 Hal Sederhana Ini Bantu Perbaiki Kondisi Lingkungan Terlalu Mudah Untuk Nggak Dilakukan

8 Hal Sederhana Ini Bantu Perbaiki Kondisi Lingkungan Terlalu Mudah Untuk Nggak Dilakukan

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 239 hits
Kamu yang terbiasa beli baju preloved terima kasih ya sudah bantu mengurangi kerusakan lingkungan
Pa 212 Ustaz Bernard Justru Bantu Bebaskan Ninoy Karundeng

Pa 212 Ustaz Bernard Justru Bantu Bebaskan Ninoy Karundeng

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 183 hits
Dari keterangan pengurus masjid kepada Novel insiden itu terjadi di luar Masjid Al Falah Kelurahan Pejompongan Kecamatan Tanah Abang Dugaan penganiayaan itu diketahui Novel Ustaz Bernard dan Ustaz Supriadi dari Ustaz Firdaus
Ramai Tak Tahu Tentang Insurans Untuk Penyakit Kritikal Boleh Bantu Kita Jika Hilang Pekerjaan

Ramai Tak Tahu Tentang Insurans Untuk Penyakit Kritikal Boleh Bantu Kita Jika Hilang Pekerjaan

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 318 hits
Pernah anda terfikir jika anda yang selama ini sihat stabil dan boleh menampung berpelanjaan keluarga demi kesejahteraan mereka tiba tiba tidak mampu lagi bekerja selepas disahkan menghidap penyakit kritikal seperti kanser sakit jantung ata...
Presiden Bfm Berterima Kasih Dengan Msn Sentiasa Bantu Perkembangan Sukan Besbol

Presiden Bfm Berterima Kasih Dengan Msn Sentiasa Bantu Perkembangan Sukan Besbol

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 237 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Antara Aktiviti Mingguan Kebun Bandar

Cara Dapatkan Bank Statement Cimb Bank Melalui Cimbclicks

Najib Razak Pemerkasaan Industri Rel

Vin Populi Next Door Rezen Studio S Intimate Italian Inspired Wine Bar In Fremantle

Akmal Slams Anwar On Obsession With Najib Netizens Clap Back On Rule Of Law

P2vvip P2vvips Com 9 2024 P2vvip 1 P2vvip Top 73 By Jermaine

Ufp 2 Fun 28 2024 5 Top 88 By Morgan

Y Gen Dining By Architects Eat A Multi Sensory Culinary Sanctuary In Melbourne


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rafizi Ramli Protes Pemilihan Pkr Ini Yang Berlaku Sebenarnya

Sepak Takraw Piala Asia Penantian 34 Tahun Regu Berpasukan Berlarutan Thailand Tewaskan Malaysia 2 0

Hidung Mancung Jenis Hidung Cara Mancungkan Hidung

5 Tips Mengatur Keuangan Pribadi Agar Bisa Investasi Sejak Dini

Makan Malam Di Rodakafe Kulai

Gempar Shamsul Iskandar Dedah Kenapa Pmx Mahu Singkirkan Rafizi Ma