Tablet Sumbangan Ebit Lew Talian Hayat Untuk Tiga Pelajar Autisme


Bernama
Menurut Haslinah, anak sulungnya dan anak keduanya kini masing-masing boleh menggunakan tablet dan komputer riba itu untuk mengikuti PdPR manakala anak ketiganya boleh menggunakan telefon bimbit beliau bagi tujuan itu. - BERNAMA KUALA LUMPUR: Rasa sedih seorang ibu tunggal apabila komputer terpakai yang dibelinya secara dalam talian tahun lepas untuk tiga anaknya yang menghidap autisme dan Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD) mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) rosak, terubat apabila menerima tablet sumbangan pendakwah terkenal Ebit Lew, baru-baru ini
 Haslinah Hassan, 40, yang tinggal di perumahan awam Jalan Hang Tuah di sini ketika dihubungi berkata anak sulungnya Muhammad Nur Izzat Ismail, 13, yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Yaacob Latif di bawah Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) begitu kecewa dan hampir hilang semangat untuk belajar selepas komputer yang dibeli Oktober lepas rosak
 Tiga lagi anak Haslinah ialah Putri Nur Alya Batrisyia, sembilan tahun, Putra Nur Irfan Basir, tujuh tahun dan Putra Nur Izzuddin Yusuf, tiga tahun. Anak kedua dan ketiganya mengikuti program PPKI di Sekolah Kebangsaan Yaacob Latif manakala anak bongsunya dihantar ke pusat pemulihan dalam komuniti San Peng
 "Tiga anak saya yang bersekolah begitu meminati bidang teknologi dan Internet. Selepas desktop rosak mereka hanya belajar menggunakan telefon bimbit saya dan saya akan ambil kerja sekolah masing-masing dari sekolah mereka
 "Pada Khamis saya lihat hantaran di akaun Facebook Ebit Lew bahawa dia membeli 100 buah tablet untuk dihadiahkan kepada pelajar yang memerlukan untuk kelas dalam talian. Sekitar 6 petang Khamis saya menulis di ruangan komen hantaran Lew. Saya katakan tentang keadaan anak saya dan tiga daripada mereka bersekolah. Saya juga memohon agar boleh dapat satu tablet," katanya
   Haslinah berkata 45 minit selepas menulis di ruangan komen pada hantaran tersebut, beliau dihubungi pasukan Lew untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai dirinya dan pada kira-kira 9.30 malam hari yang sama petugas Lew menghantar tablet itu ke rumahnya
 Lebih menggembirakannya seorang hamba Allah turut menyumbangkan sebuah komputer riba pada Jumaat dan Haslinah menyifatkan tablet sumbangan Ebit Lew dan komputer riba itu umpama 'talian hayat' kepada tiga anaknya untuk bersemangat belajar dengan mengikuti PdPR memandangkan beliau tidak mampu untuk mendapatkan peranti elektronik baharu untuk mereka
 Ini kerana Haslinah yang menjadi ibu tunggal sejak 2019, merupakan orang kurang upaya (OKU) yang mempunyai masalah pembelajaran dan turut menghidap ADHD. Keadaan keempat-empat anaknya menyebabkan beliau tidak dapat bekerja dan pendapatan beliau kini hanyalah elaun Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM400 sebulan, bantuan Baitulmal dan sumbangan orang ramai
 "Saya terharu dengan sumbangan Ustaz Ebit Lew dan akan pastikan peranti ini digunakan dengan sebaik mungkin," katanya
   Menurut Haslinah, anak sulungnya dan anak keduanya kini masing-masing boleh menggunakan tablet dan komputer riba itu untuk mengikuti PdPR manakala anak ketiganya boleh menggunakan telefon bimbit beliau bagi tujuan itu
 Sementara itu, hantaran Lew mengenai 100 tablet yang dibelinya untuk diberi kepada pelajar yang memerlukan dikongsi lebih 22,000 pengguna Facebook setakat petang ini. Lew dalam posting Facebook seterusnya memberitahu dalam masa separuh hari beliau menerima 43,000 pesanan daripada mereka yang memerlukan tablet untuk anak masing-masing mengikuti PdPR
 "Ramai juga yang OKU, tiada pekerjaan, anak yatim piatu dan bergaji kecil. Maafkan saya ye tidak dapat membantu ramai lagi," kata Lew dalam hantaran itu.-- BERNAMA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/01/tablet-sumbangan-ebit-lew-talian-hayat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Dia Mai Dah Kali Ini Sumbang 100 Buah Tablet Ebit Lew Bantu Pelajar Kurang Berkemampuan

Hiburan Dia Mai Dah Kali Ini Sumbang 100 Buah Tablet Ebit Lew Bantu Pelajar Kurang Berkemampuan

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 474 hits
Sungguh pantas dalam memberi bantuan jika ada kesusahan atau dugaan yang dihadapi orang ramai personaliti Ebit Lew pasti antara yang pertama tampil menghulurkan pertolongan Sumber Facebook Ustaz Ebit Lew Terkini akibat terlalu banyak rungut...
Siapa Benar2 Perlu Boleh Hubungi Ebit Lew Beli 100 Tablet Buat Pelajar Susah

Siapa Benar2 Perlu Boleh Hubungi Ebit Lew Beli 100 Tablet Buat Pelajar Susah

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 246 hits
Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 2 0 murid dan pelajar sekolah diarahkan mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah secara atas talian Bagaimanapun perkara tersebut telah menimbulkan pelbagai kekangan lebih lebih lagi buat
Jika Rakyat Malaysia Derma Rm2 Sudah Cukup Bantu Ebit Lew Beli Tablet Pelajar

Jika Rakyat Malaysia Derma Rm2 Sudah Cukup Bantu Ebit Lew Beli Tablet Pelajar

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 356 hits
Isabelle LeongEbit Lew menerusi satu muat naik di Facebook berkata menerima 43 000 mesej daripada pemohon OKU tiada pekerjaan anak yatim piatu dan keluarga kurang berkemampuan untuk memohon untuk kelengkapan gajet untuk pembelajaran di ruma...
Ebit Lew Sumbang Tablet Kepada Pelajar

Ebit Lew Sumbang Tablet Kepada Pelajar

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 216 hits
Ebit Lew memeriksa tablet yang dibelinya untuk dihadiahkan kepada pelajar yang perlu menyertai kelas dalam talian PETALING JAYA Pendakwah bebas dan dermawan Ebit Lew membeli 100 tablet untuk dihadiahkan kepada pelajar yang perlu menghadiri ...
Peminat Exo Beri Wang Sumbangan Jasa Ustaz Ebit Lew Jadi Perhatian Portal Popular K Pop

Peminat Exo Beri Wang Sumbangan Jasa Ustaz Ebit Lew Jadi Perhatian Portal Popular K Pop

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 292 hits
Sering mendapat perhatian media tempatan kebaikan Ustaz Ebit Lew baru baru ini telah menjangkau sehingga ke media antarabangsa apabila sumbangan yang dilakukan olehnya dipaparkan dalam portal K Pop terkenal iaitu Allkpop Semuanya bermula ap...
Tab Percuma Ebit Lew Sediakan No Telefon Bagi Pelajar Memerlukan

Tab Percuma Ebit Lew Sediakan No Telefon Bagi Pelajar Memerlukan

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 588 hits
Pohon doakan ya Baru beli 100 biji Tab untuk di hadiahkan pada pelajar yang memerlukan untuk kelas online Siapa benar benar perlu boleh hubungi 0175870294 Semoga menjadi asbab kebaikan TAB Percuma Ebit Lew Sediakan No Telefon Bagi Pelajar M...
Terima 43 Ribu Mesej Orang Minta Bantuan Tak Sampai Sehari Ebit Lew Minta Maaf Tak Mampu Bantu Semua

Terima 43 Ribu Mesej Orang Minta Bantuan Tak Sampai Sehari Ebit Lew Minta Maaf Tak Mampu Bantu Semua

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 313 hits
SHAH ALAM Pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew memaklumkan menerima 43 000 mesej atau lebih tepat 43 000 individu yang memerlukan kelengkapan gajet seperti tablet dan telefon bimbit bagi keperluan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah
Ampunkan Dosa Saya Maaf Tak Dapat Nak Bantu Semua Ebit Lew

Ampunkan Dosa Saya Maaf Tak Dapat Nak Bantu Semua Ebit Lew

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 255 hits
NAMA Ustaz Ebit Lew bagaikan tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat di negara ini Malah segala usaha murni pendakwah itu dalam lapangan kerja kebajikan sering menyentuh hati netizen dan menjadi perbualan ramai Pada Khamis misalnya Ebit ...
Kehadiran Us Ebit Lew Mendapat Penghargaan Dari Mp Port Dickson Yb Dato Seri Anwar Ibrahim

Kehadiran Us Ebit Lew Mendapat Penghargaan Dari Mp Port Dickson Yb Dato Seri Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 196 hits
Siapa yang tidak berbangga sekiranya terdapat insan lain yang sudi bersama berganding bahu membantu masyarakat di kawasannya Apatah lagi insan itu seorang tokoh agama dan seorang sukarelawan yang dihormati ramai seperti Al Fadil Us Ebit Lew...
Help Shape Ai With Malaysian Values Says Anwar

Friendly Fire Between Umno Youth Head And Bersatu Counterpart Opens A Can Of Worms

Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli

Nostalgia Bedak Sejuk

Buah Ciku 10 Khasiat Pelbagai Jenis Penyakit

Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Adik Ipar Nak Tumpang Rumah Kemudian Datang Lagi Sorang Akhirnya Kami Laki Bini Dah Kurus Kering

Hiburan Saya Rasa Mereka Ada Masa Depan Yang Baik Abby Abadi Dedah Aslam Kini Bawa Grab Dan Berniaga



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Ara Johari Delulu Chord

Apakah Pekerjaan Yang Paling Baik

Orang Yang Solatnya Tidak Diterima Allah Baca Supaya Ibadah Solat Kita Tidak Sia Sia

Deep Dive 5 Historic Lots From Gooding S Geared Online Sale

Tiba Tiba Datang Rasa Nak Bersalin Doktor Kongsi Apa Patut Ibu Ayah Buat Jangan Panik

Ini Kata Kata Terakhir Korban Penganiayaan Senior Stip Sebelum Dipukuli Hingga Tewas