Taat Agama Sendiri Hormat Agama Lain



ULASAN | Permulaan politik saya di Subang, berkembang ke Kapar dan kini berterusan di Bagan Datuk. Namun saya menulis warkah ini atas kapasiti peribadi, sebagai rakyat biasa yang dahagakan kebahagiaan dan keharmonian antara satu sama lain di negara tercinta ini.

Sebelum itu, biar saya menyatakan dahulu pendirian saya berkenaan isu penghinaan dan perlekehan agama yang kian kencang kini.

Saya telah dididik oleh orang tua saya dengan fahaman agama Hindu dan kewajaran menghormati agama lain sejak kecil lagi. Hari ini, saya adalah warga Malaysia yang mendukung aspirasi Perlembagaan Persekutuan dengan menghormati agama Islam dan penganutnya, walaupun saya seorang penganut Hindu.

Kini, kita menyaksikan bagaimana kerajaan persekutuan melalui agensi seperti polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menyiasat dan menangkap mereka yang menyebarkan mesej memperlekeh agama yang mampu membangkitkan emosi dan seterusnya menganggu keharmonian.

Saya ada membaca pelbagai mesej daripada orang Islam apabila seorang lelaki dihukum penjara sepuluh tahun kerana menghina Islam dan Nabi Muhammad. Semalam mahkamah mengarahkan individu itu untuk menjalani pemantauan mental.

Sebelum ini saya juga membaca pelbagai mesej daripada orang beragama Hindu apabila ada berita mengatakan seorang yang menghina agama Hindu pula ditangkap.

Tangkapan dan hukuman sebegini adalah cara penyelesaian jangka masa pendek.

Bincang hal sensitif

Saya sedih dan terguris. Saya terguris kerana saya tahu hal ini bukan hanya melibatkan seorang dua saja. Segelintir yang ditangkap dan disabit dengan hukuman adalah kerana pihak berkuasa ada bukti tentang perlakuan mereka.

Jangan terkejut dengan hakikat bahawa ramai di luar sana masih tidak dapat mengerti bahawa setiap agama menyeru kita untuk menghormati agama lain.

Kita perlu tanya diri sendiri - apakah tangkapan dan hukuman sebegini akan mendidik mereka dan orang lain agar menghormati agama rakan-rakan kita? Pendek kata, apakah ia satu penyelesaian untuk jangka masa panjang?

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) wajar membuktikan bahawa di bawah pimpinan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad kita menyediakan satu kerangka untuk mewujudkan masyarakat Madani (civilised society).

Ungkapan 'masyarakat Madani' pertama kali dibangkitkan oleh Anwar Ibrahim di Festival Istiqlal, Jakarta, Indonesia pada 1995. Seperti beliau, pergolakan politik 1998 menyebabkan konsep ini juga terpenjara sekian lama.

Masyarakat Madani membawa maksud masyarakat yang beradab dalam membangun, menjalani, dan memaknai kehidupannya. Jauh mendalam maksudnya tetapi saya hanya berhasrat untuk mengaitkan konsep masyarakat Madani dengan isu semasa iaitu penghinaan dan perlekehan terhadap agama.

Untuk menangani masalah perlekehan dan penghinaan agama, kita mesti melahirkan warga yang beradab. Kita wajar membicarakan soal agama sesama kita yang selama ini dianggap sebagai sensitif.

Perbincangan ini tentunya sukar di peringkat awal tetapi lama-kelamaan ia pasti menjadi hal yang boleh diterima setiap rakyat.

Membangun atau terjunam

Selain itu, sistem pendidikan wajar menekankan nilai agama terhadap penganutnya serta nilai menghormati agama lain. Setiap tahap pendidikan wajar diisi soal keinsanan, kemuliaan, tolak ansur, timbang rasa, bertolak ansur, dan sikap menghormati agama.

Pendidikan membina insan. Jika ia positif, membangunlah ia. Jika negatif, cetek terjunam akal fikirannya.

Kerajaan PH juga wajar menunjukkan teladan dengan mencantas agenda politik perkauman. Agenda ini sebenarnya untuk memuaskan nafsu tamak kuasa segelintir individu sahaja.

Sayang sekali, ramai penyokong segelintir individu ini yang terikut-ikut rentak mereka.

Tanggungjawab terletak pada bahu PH untuk menjelaskan pendekatan agama yang sebenar. Wujudkan undang-undang, bukan untuk menangkap orang biasa tetapi pemimpin yang berselindung di sebalik tabir agama untuk mewujudkan ketegangan di kalangan orang biasa.

Jangan kita binasakan negara hanya kerana agenda politik sempit dan cetek. Pemimpin silih berganti tetapi Malaysia tetap Malaysia.

Anuti agama sendiri, hormati agama lain. Ia tanda betapa kita menghormati dan memahami agama kita. -Malaysiakini



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahwarisan.blogspot.com/2019/04/taat-agama-sendiri-hormat-agama-lain.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Membaca Kitab Agama Lain Atau Buku Karangan Non Muslim

Hukum Membaca Kitab Agama Lain Atau Buku Karangan Non Muslim

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 386 hits
Soalan Apakah hukum kita membaca kitab kitab agama lain seperti New Testament atau kitab Veda Bagaimana pula jika kita membaca buku buku karangan penulis yang bukan beragama Islam Jawapan Dalam isu ini terdapat dua isu 1 Membaca kitab agama...
Orang Kalah Diamlah Muhyiddin Ada Kerja Lain

Orang Kalah Diamlah Muhyiddin Ada Kerja Lain

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 655 hits
Pengerusi Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad menolak gesaan pembangkang Johor supaya memilih Pengerusi Bersatu Muhyiddin Yassin sebagai menteri besar Johor sekali lagi Dia ada kerja lain Kita akan letakkan seorang calon kata perdana menter...
Sisi Lain Babang Tamvan Andika Mahesa Terungkap Berkat Vlog Gofar Hilman Bikin Trenyuh

Sisi Lain Babang Tamvan Andika Mahesa Terungkap Berkat Vlog Gofar Hilman Bikin Trenyuh

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 259 hits
Ternyata ada alasan yang bikin nyess di balik pernikahannya yang sampai 4 kali ini Salut sih dengan kejujuran Babang Tamvan ini
Kesian Monyet Merah Ini Dipulaukan Monyet Monyet Lain

Kesian Monyet Merah Ini Dipulaukan Monyet Monyet Lain

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 998 hits
Kesian Monyet Merah Ini Dipulaukan Monyet Monyet Lain Bukan manusia je yang ambil masa untuk serasi apabila berada dalam kelompok orang lain haiwan pun sama Seekor monyet dipulaukan kumpulannya sendiri selepas dia disimbah dengan cat berwar...
Penyatuan Ummah Turut Maanfatkan Kaum Lain

Penyatuan Ummah Turut Maanfatkan Kaum Lain

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 176 hits
Wartawan Watan Online Usaha UMNO dan PAS melaksanakan agenda penyatuan ummah bukan sahaja menyatupadukan kaum Melayu malah turut memberi impak positif kepada kaum lain Calon Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Ran...
Isteri Bagi Je Saya Kahwin Lain Tapi Saya Tak Nak Edika Yusof Tetap Setia Walaupun Isterinya Lvmpuh

Isteri Bagi Je Saya Kahwin Lain Tapi Saya Tak Nak Edika Yusof Tetap Setia Walaupun Isterinya Lvmpuh

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 378 hits
Jika ada yang tak kenal dengan Edika Yusoff wajahnya dulu seringkali menjadi watak utama dalam bidang lakonan mahupun peragaan Wataknya sebagai Jeffri yang dilakonkan di dalam filem Maria Mariana arahan Datuk Yusof Haslam tidak dilupakan pe...
Iktiraf Uec Tommy Thomas Tak Hormat Perlembagaan

Iktiraf Uec Tommy Thomas Tak Hormat Perlembagaan

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 307 hits
Peperiksaan Sijil Amalan Guaman akan terima kelayakan UEC tahap Senior Middle 3 peroleh sekurang kurangnya 5 kepujian dalam SPMOleh Siti Fatimah Ishak 30 03 2019BANGI 23 Rejab 1440H Sabtu Keputusan Peguam Negara Tommy Thomas meletakkan Siji...
Tun M Terima Kunjungan Hormat Presiden Fifa

Tun M Terima Kunjungan Hormat Presiden Fifa

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 272 hits
PUTRAJAYA Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menerima kunjungan hormat delegasi pemimpin persatuan bola sepak diketuai Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa Gianni Infantino di Perdana Putra di sini Loading Ketibaan Inf...
Kunjungan Hormat Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Johor

Kunjungan Hormat Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Johor

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 369 hits
Kunjungan Hormat Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Johor Alhamdulillah Satu pertemuan dan perbincangan yang sangat bermakna Semoga akan memberi lebih banyak manfaat dalam pengurusan data berintegriti dengan semakan tambahan bersama sumber ...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Cotton Canvas A Comprehensive Guide For Crafters Diyers And Textile Enthusiasts

Makanan Sihat Dalam Paper Bowl Trend Terkini Di Restoran

Wr Rosse Sunday Getaway

Singgah Makan Satay Kajang Rnr Dengkil

Pengalaman Buat Scaling Gigi Di Klinik Pergigian Kerajaan Seksyen 7 Shah Alam

Dividen Asb 2024 Kadar Bonus Dan Cara Pengiraan