T19d24 Sakit Gigi Bahaya Untuk Jantung Berlubang


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ  Hari ini (ketika kiriman ini mula ditaip) temujanji Aina bersama Paediatric Cardiologist di Hospital Serdang. Temujanji ini untuk menggantikan temujanji bulan Disember tahun lepas.
Letak Kereta di MAEPS Serdang guna Touch 'n GoMaster Berebut Belon dengan BudakBeri Aina Ubat TidurLubang Atas Sudah TertutupJangkitan Kuman pada Gigi Boleh Beri Kesan Buruk pada Jantung BerlubangSinggah di Wisma Sumber AsliSinggah di Areeya SeafoodMesyuarat CombiParas Gula dalam Darah Mummy NaikLetak Kereta di MAEPS Serdang guna Touch 'n GoMaster menurunkan Mummy dan Aina di lobi utama Hospital Serdang sebelum meletakkan kereta di MAEPS menggunakan kad Touch n Go. Bas shuttle dari MAEPS ke Hospital Serdang disediakan. Bayaran yang dikenakan kepada kami ialah RM8 (lapan Ringgit Malaysia) untuk tempoh lebih kurang 6 jam.
Kawan Master kata caj RM 8 adalah kadar maksimum bayaran letak kereta di sana.
Master lebih rela bayar letak kereta berbanding meletakkan kereta di tepi jalan kerana peratus kecurian kereta adalah lebih kurang kerana pencuri perlu masuk ke dalam tempat letak kereta dahulu, kemudian nak keluar kena bayar parking menggunakan kad Touch n Go, yang bermaksud mereka perlu masuk ke dalam tempat letak kereta tersebut menggunakan kereta dan sentuhkan kad Touch n Go, agak rumit, takkan mereka nak tinggalkan kereta mereka pula sebab nak keluar nak kena sentuh kad Touch n Go lagi. Tapi kerumitan ini hanya akan terjadi jika anda tak tinggalkan kad Touch n Go dalam kereta. Tapi stereng tetap kena kuncilah ya supaya tahap kerumitan tu semakin bertambah.
Bas shuttle agak cepat tapi Tedi tak pasti apakah jadualnya? Nampaknya van shuttle yang kami naiki tadi bergerak setelah penuh, dan ia  van shuttle itu agak cepat penuh. Van shuttle tersebut boleh memuatkan lebih kurang 11 penumpang.
Master Berebut Belon dengan BudakGambar budak perempuan bernama Nor Aina berlagak jadi gimnas negara Malaysia nak bergayut di gelungsur. Mulut je juih lebih, naiknya tak juga.
# Wednesday, 24 April 2019, 10:50 # 20190424 # IMG_20190424_105100 # Xiaomi Redmi Note 5A # Hospital Serdang, Jalan Puchong, 43000 Kajang, Selangor #Sepanjang pagi Aina bermain di taman permainan di Klinik Paediatrik tersebut. Master bawa sebiji belon untuk ditiup untuk dijadikan mainan Aina apabila tiba-tiba sahaja ada seorang budak lelaki cuba merampas belon tersebut. Berebut jugalah Master dengan budak lelaki itu sambil menanti bantuan daripada ibu bapanya. Master nak saja lepaskan belon tersebut kepada budak lelaki itu tetapi kalau Aina bertempik rasanya tidak ada seorang kanak-kanak pun yang jeritannya selantang Aina di situ.
Akhirnya Master menerima persetujuan Aina untuk memberi belon tersebut kepada budak lelaki tersebut, di mana Aina sendiri yang menghulurkannya, tetapi kedua ibu bapa budak lelaki tersebut seolah tidak mendengarnya. Mungkin sahaja mereka tak mahu menerimanya kerana tidak mahu Aina bersedih atau mungkin sahaja mereka tak mahu urusan keluarga mereka dicampuri. Contohnya macam anak menangis minta gula-gula, kita tak nak beri dan anak kita menangis, tiba-tiba ada orang lain pula bagi gula-gula tu, kita mungkin agak marah atau kecewa.
Beri Aina Ubat TidurDoktor tanya adakah perlu beri ubat tidur kepada Aina sebelum pemeriksaan jantung dijalankan. Pemeriksaan jantung ini menggunakan alat seperti ultrasound, memerlukan kerjasama kanak-kanak tersebut untuk baring dengan tenang semasa pemeriksaan dijalankan.
Master memutuskan Aina perlu diberi ubat tidur kerana kanak-kanak perempuan itu sedang melasak. Tambahan Aina memang mengantuk pun,  cuma ditahannya kantukan itu. Keputusan itu tampak agak tepat kerana Master kali ini dapat tumpukan perhatian pada skrin pengimbas jantung Aina tu berbanding melayan kerenah Aina.
Akhirnya Aina tidur atas stroller setelah diberi ubat tidur sebelum pemeriksaan jantung dijalankan. Umur 2 tahun 2 bulan 4 hari.
# Wednesday, 24 April 2019, 14:36 # 20190424 # IMG_20190424_143657 # Telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A # Hospital Serdang, Jalan Puchong, 43000 Kajang, Selangor #Lubang Atas Sudah TertutupHari ini doktor yang memeriksa Aina menyatakan bahawa lubang pada injap atas jantung Aina sudah tertutup sama sekali, membuatkan kami garu kepala kerana setahu kami hanya ada lubang pada injap bawah jantung Aina. Lubang pada injap bawah jantung Aina masih sama sahaja tidak mengecil atau membesar. Doktor kata tiada masalah, boleh dilayan seperti kanak-kanak yang tiada masalah jantung.
Sebelum umur Aina 5 tahun, ada kemungkinan untuk lubang pada jantungnya tertutup.
Tetapi lubang yang kecil itu membuatkan tekanan darah tinggi memecut melaluinya dan boleh merosakkan injap jantung yang lain. Pemeriksaan susulan perlu dilakukan setahun sekali untuk memastikan tiada masalah pada injap jantung yang lain.
Jangkitan Kuman pada Gigi Boleh Beri Kesan Buruk pada Jantung BerlubangSelain itu doktor juga menyatakan bahawa pesakit jantung berlubang perlu dijaga kesihatan gigi mereka, jadi Aina perlu berus gigi dua kali sehari, selain itu tidak dibenarkan diberi minum susu semasa tidur, hanya air masak sahaja, dan sebelum tidur gigi Aina perlu dibersihkan.
Ini adalah kerana apabila berlaku jangkitan kuman pada gigi kanak-kanak penghidap sakit jantung berlubang, kuman akan masuk ke dalam darah dan mungkin akan duduk dalam lubang di jantung tersebut. Tedi tidak pasti kenapa hanya penghidap masalah jantung berlubang sahaja mempunyai masalah ini? Atau mungkinkah peratusnya lebih tinggi kepada penghidap sakit jantung berlubang?
Nasihat doktor ni terasa macam sindiran setepek kena atas batang hidung sebab Aina memang susah nak gosok gigi, kalau Master paksa pun akan digigitnya, sekaligus membuatkan Master terfikir apakah taktik untuk berus gigi budak 2 tahun?
Temujanji seterusnya ditetapkan pada 29 April 2020 jam 9 pagi.
Singgah di Wisma Sumber AsliSelesai urusan di Hospital Serdang, kami singgah di Wisma Sumber Asli untuk ambil buah naga daripada kawan Mummy.
Singgah di Areeya SeafoodKami singgah di Areeya Seafood untuk bungkus Siakap Kengsom. Harganya RM 29 (dua puluh sembilan Ringgit Malaysia) termasuk harga Nescafe suam.
Master juga minta sedikit daun mongga yang ada di hadapan kedai makan Areeya Seafood tersebut, kalau tak silap eja. Daun ini selalunya dimasukkan dalam masakan telur dadar.
Mesyuarat CombiPada jam 9 malam Master pergi menghadiri mesyuarat Combi bersama para penduduk taman kami.
Pembentang tu memberitahu bahawa punca utama kematian akibat Demam Denggi adalah disebabkan oleh lambat ambil tindakan. Dia nasihati para penduduk supaya segera ke klinik kesihatan kerajaan berdekatan untuk pemeriksaan jika demam tak kebah kerana di klinik kesihatan kerajaan keutamaan diberikan untuk kenalpasti demam denggi. Jika di klinik swasta mungkin kita hanya akan diberi ubat dan tidak diperiksa darah jika ada demam denggi.
Paras Gula dalam Darah Mummy NaikParas gula Mummy naik 8 malam ini, suspek utamanya adalah lauk Siakap Kengsom tadi.
~20190424~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, tqvm


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.interpretzz.com/2019/04/sakit-gigi-bahaya-untuk-jantung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
14 Artis Malaysia Meninggal Dunia Akibat Sakit Jantung

14 Artis Malaysia Meninggal Dunia Akibat Sakit Jantung

papar berkaitan - pada 22/5/2023 - jumlah : 532 hits
Baru baru ini Malaysia dikejutkan dengan berita pemergian pelakon hebat Ridzuan Hashim akibat serangan jantung Ramai yang terkejut kerana arwah merahsiahkan merahsiakan penyakit yang dihidapinya sejak 3 tahun lalu Kalau korang nak tahu sebe...
Bahaya Hantar Emoji Love Dekat Whatsapp Boleh Dihukum Penjara Rupanya Ramai Yang Tak Tahu

Bahaya Hantar Emoji Love Dekat Whatsapp Boleh Dihukum Penjara Rupanya Ramai Yang Tak Tahu

papar berkaitan - pada 25/5/2023 - jumlah : 284 hits
Bahaya hantar emoji 8216 love 8217 dekat Whatsapp boleh dihukum penjara rupanya ramai yang tak tahu Seorang pakar dalam jenayah siber di Arab Saudi memberi amaran kepada orang ramai Bahawa tindakan menghantar emoji 8216 love 8217 menerusi a...
Pengalaman Ibu Mengandung Cucuk Insulin Bahaya Atau Tidak

Pengalaman Ibu Mengandung Cucuk Insulin Bahaya Atau Tidak

papar berkaitan - pada 18/5/2023 - jumlah : 174 hits
Pengalaman Ibu Mengandung Cucuk Insulin Bahaya Atau TidakPengalaman Ibu Mengandung Cucuk Insulin Bahaya Atau Tidak Masa hamilkan anak ketiga trimester pertama memang agak mencabar dengan karenah morning sickness yang agak teruk sampai tak b...
10 Bandar Paling Bahaya Dalam Dunia Cuba Semak Malaysia Ditangga Keberapa

10 Bandar Paling Bahaya Dalam Dunia Cuba Semak Malaysia Ditangga Keberapa

papar berkaitan - pada 26/5/2023 - jumlah : 241 hits
10 bandar paling bahaya dalam dunia cuba semak Malaysia ditangga keberapa Bolehkah anda bayangkan menjadi warganegara atau pegawai polis di bandar di mana terdapat sekurang kurangnya satu pembunuhan setiap hari kedua Atau malah berbilang pe...
Bunyi Gigi Ketika Tidur

Bunyi Gigi Ketika Tidur

papar berkaitan - pada 24/5/2023 - jumlah : 169 hits
Pernahkah mendengar bunyi gigi berlaga ketika seseorang tidur Haa ni mengikut kajian saintifiknya lah Boleh la baca kalau pernah dengar Apakah Bruxism atau Teeth Grinding Ia adalah satu keadaan pergeseran secara paksaan antara permukaan occ...
Aaisyah Mengadu Tak Selesa Di Bahagian Gigi Selamat Menjalani Pembedahan Anak Che Ta Kini Perlu Berehat

Aaisyah Mengadu Tak Selesa Di Bahagian Gigi Selamat Menjalani Pembedahan Anak Che Ta Kini Perlu Berehat

papar berkaitan - pada 22/5/2023 - jumlah : 156 hits
Anak kepada pelakon Che Ta Aaisyah Dhia Rania dilihat memakai pakaian pesakit hospital semalam Aaisyah Dhia Rana kini berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan gigi dipanggil Supernumerary Mesiodens Tooth di sebuah pusat peru...
Hiburan Ibu Mengandung Luah Hasrat Nak Pergi Konsert Coldplay Netizen Bagi Nasihat Janganlah Sis Bahaya

Hiburan Ibu Mengandung Luah Hasrat Nak Pergi Konsert Coldplay Netizen Bagi Nasihat Janganlah Sis Bahaya

papar berkaitan - pada 17/5/2023 - jumlah : 167 hits
Seperti yang ramai tahu kumpulan penyanyi antarabangsa dari British iaitu Coldplay bakal mengadakan konsert di Malaysia pada November nanti Susulan itu pengumuman konsert tersebut telah mengundang rasa teruja rata rata peminat di negara ini...
Jantung Mak Pah Tak Stabil

Jantung Mak Pah Tak Stabil

papar berkaitan - pada 1/6/2023 - jumlah : 190 hits
Assalamualaikum Nampaknya blog SA ni bercuti sekejap sementara waktu sampai condition Mak Pah stabil Jantung Mak Pah x berapa stabil walaupun dah ditukar ke wad Nefro malam semalam Mak Pah pitam maybe sebab panas dan kurang makan Biasa la d...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta

Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding