T16l08 Ramai Cakap Ia Tapak Kaki Beruang


Ada laporan oleh pekebun pisang berangan di Pontian, Johor, Malaysia bahawa kebun pisang berangan mereka diserang beruang, berdasarkan saiz haiwan dan kesan cakaran tajam. Dikatakan ada kesan tapak kaki tapi sudah hilang ditelan hujan.
Erm... Tedi hairan kenapa beruang nak serang kebun pisang berangan?
Tapi Tedi setujulah dengan pendapat pakcik tu bahawa perlu diadakan siasatan untuk kemaslahatan umat manusia dan haiwan.
Apa-apa pun jangan tuduh semberono. Hal beruang ni sensitif tau...
 
8 Disember 2016, PONTIAN - Punca kemusnahan tanaman pisang di Kampung Parit Lintang terus menjadi misteri buat pekebun di sini, kerana kesan yang ditinggalkan kelihatan luar biasa.  
Pekebun pisang, Mohd Zuhaini Jumaslim, 36, berkata, dia bingung melihat keadaan pokok pisang yang musnah kira-kira tiga minggu lalu.
“Dalam perkiraan saya, hampir 30 pokok pisang berangan dimusnahkan dan dah tiga kali kejadian ini berlaku dalam tempoh dua bulan ni.
“Pokok yang sudah mengeluarkan buah tak sempat kami tuai hasilnya kerana sudah dirosakkan haiwan ganjil dipercayai beruang,” katanya.
Berdasarkan pengalamannya sebagai pekebun pisang hampir 10 tahun lalu, dia percaya kesan kemusnahan pokok pisang yang luar biasa itu disebabkan haiwan bersaiz besar dan mempunyai kuku tajam.  
“Bukan suka-suka cakap, tapi berdasarkan kesan yang ditinggalkan pada pokok pisang jelas sekali haiwan tersebut bukan monyet, babi hutan atau anjing."
“Jika anjing atau monyet pasti tak mampu menumbangkan pokok pisang berangan yang besar saiznya,” katanya.
Kesan tapak kaki yang ditemui di sekitar kebun pisang menguatkan lagi andaian mengenai kehadiran beruang di situ.
Bagaimanapun Mohd Zuhaini berkata, hujan yang kerap pada waktu malam sejak sebulan lalu menyebabkan kesan tersebut hilang.
“Biasanya saya akan datang pada sebelah pagi untuk melakukan kerja-kerja kebun seperti membaja dan membersihkan kawasan kebun pisang.
“Ketika itu, saya nampak kesan tapak kaki yang seakan tapak kaki anjing, namun saiznya agak besar iaitu lebih kurang tiga kali tapak kaki anjing,” katanya.
Ujarnya, dia turut memberitahu kepada penduduk kampung mengenai penemuan itu dan rata-rata mereka percaya ia adalah tapak kaki beruang.
“Saya sempat ambil gambar tapak kaki yang ditemui tu. Memang ramai yang menyatakan ia tapak kaki beruang.
“Kesan cakaran pada pokok pisang mengukuhkan lagi andaian tersebut,” katanya.
Bagaimanapun katanya, sehingga kini belum ada pekebun pisang di situ yang terserempak dengan haiwan liar tersebut.
Sementara itu, Mohd Farid Jumari, 21, berkata, dia kerugian selepas pokok pisang yang matang mengeluarkan buah tidak boleh dituai hasilnya.
“Saya sedih lihat hasil titik peluh hampir setahun, musnah begitu saja. Tak pernah berlaku pada musim lalu, cuma tahun ini agak kerap,” katanya.
Jelasnya, pokok pisangnya yang ditanam di kawasan seluas kira-kira dua ekar (0.8 hektar) kini kerap menjadi sasaran.
“Ada yang cakap beruang sebab tanda yang ditinggalkan seperti kesan cakaran memang menunjukkan ia bukan haiwan biasa seperti monyet atau anjing,” katanya.  
“Jangan main-main, beruang pasti besar saiznya dan boleh menyerang. Saya bimbang sekiranya haiwan liar ini secara mengejut menyerang pekebun,” katanya.
Jelasnya, tindakan segera perlu diambil untuk mengelakkan haiwan berkenaan terus menghuni kawasan kebun pisang milik penduduk.
Sumber: Serangan beruang di Kampung Parit Lintang, Pontian, Johor, Malaysia
20161208


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.interpretzz.com/2017/02/ramai-cakap-ia-tapak-kaki-beruang.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Interpretzz+%28interpretZZ%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wanita Kongsi Detik Cemas Kereta Terjunam 20 Kaki Dalam Gaung Berseorangan Dalam Hutan

Wanita Kongsi Detik Cemas Kereta Terjunam 20 Kaki Dalam Gaung Berseorangan Dalam Hutan

papar berkaitan - pada 2/10/2021 - jumlah : 278 hits
Seorang wanita menceritakan detik detik cemas apabila kereta dipandunya terjunam ke dalam gaung sedalam 20 kaki dan dipercayai berlaku semasa dalam perjalanan pulang ke kampung Perkara itu dikongsikannya di aplikasi TikTok bernama masturina...
Tak Sedar Sudah 3 Tahun Menyimpan Duit Syiling Dalam Bekas Air Peniaga Kaki Lima Berjaya Beli Kereta Cash Rm80 Ribu

Tak Sedar Sudah 3 Tahun Menyimpan Duit Syiling Dalam Bekas Air Peniaga Kaki Lima Berjaya Beli Kereta Cash Rm80 Ribu

papar berkaitan - pada 1/10/2021 - jumlah : 260 hits
Hasrat seorang penjual kaki lima di Kota Makassar Indonesia untuk membeli kereta idaman Toyota Rush akhirnya kesampaian apabila dia berjaya membeli kereta tersebut secara tunai Difahamkan lelaki ini menggunakan duit syiling yang telah disim...
Tanam Sifat Suka Membaca Ikuti Cara Mudah Jadi Kaki Baca Buku Ini

Tanam Sifat Suka Membaca Ikuti Cara Mudah Jadi Kaki Baca Buku Ini

papar berkaitan - pada 1/10/2021 - jumlah : 354 hits
Baca buku bukannya aktiviti yang menyeronokkan bagi mereka yang tak suka membaca Sejak zaman sekolah dulu antara arahan yang paling dibenci adalah disuruh baca buku Rasa kembang telinga bila dengar orang suruh buat perkara itu Tabiat terseb...
Jumpa Gambar Sendiri Separuh Terbakar Dalam Kotak Abu Kaki Ustaz Kazim Bengkak Secara Misteri

Jumpa Gambar Sendiri Separuh Terbakar Dalam Kotak Abu Kaki Ustaz Kazim Bengkak Secara Misteri

papar berkaitan - pada 2/10/2021 - jumlah : 315 hits
Pada ketika dahulu kaca televisyen kita sentiasa dihiasi dengan telatah pendakwah terkenal Ustaz Kazim Elias yang menyampaikan ilmu agama dengan penuh bersahaja Sejak dari itu namanya sentiasa meniti di bibir bibir masyarakat sehingga menda...
Azzam Sham Gelabah Kaki Sheryl Shazwanie Melecet Gara Gara Pakai Heels Pergi Dating Dia Jalan Terjengket Jengket

Azzam Sham Gelabah Kaki Sheryl Shazwanie Melecet Gara Gara Pakai Heels Pergi Dating Dia Jalan Terjengket Jengket

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 363 hits
SETIAP pasangan yang bercinta mesti ada momen manis yang tidak dapat dilupakan Begitu juga dengan penyanyi Azzam Sham yang masih mengingati momen lucu ketika dia dan tunangnya Sheryl Shazwanie pertama kali keluar bersama Cerita Azzam dia be...
Balita Di Sleman Dianiaya Ayah Tiri Bibir Dan Kaki Luka Usai Disulut Lidi Panas

Balita Di Sleman Dianiaya Ayah Tiri Bibir Dan Kaki Luka Usai Disulut Lidi Panas

papar berkaitan - pada 5/10/2021 - jumlah : 136 hits
Kanit PPA Polres Sleman Iptu Yunanto Kukuh menceritakan jika GY dilaporkan oleh istrinya karena menganiaya anak tiri Saat itu sambung Kukuh si istri sedang terlelap tidur dan terbangun karena anaknya menangis
Hiburan Azlan Typewriter Patah Kaki Kiri Dan Buku Lali Tergelincir Semasa Hiking

Hiburan Azlan Typewriter Patah Kaki Kiri Dan Buku Lali Tergelincir Semasa Hiking

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 138 hits
Nasihat dari penyanyi Azlan Typewriter untuk tidak mendaki bukit atau gunung ketika musim hujan sekarang ini selepas kakinya kirinya patah akibat tergelincir ketika melakukan aktiviti mendaki di Sungai Batangsi Semenyih Selangor semalam ART...
3 Jenis Kaki Sembang Yang Rasullullah Saw Paling Benci

3 Jenis Kaki Sembang Yang Rasullullah Saw Paling Benci

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 184 hits
3 JENIS KAKI SEMBANG YANG RASULLULLAH SAW PALING BENCI 1 Thartharun iaitu golongan yang sembang kencang atau cakap berjela jela yang tidak berfaedah Mereka ini biasanya suka mencelah percakapan orang lain dan gemar menguasai perbualan tanpa...
Two In Five Malaysians Might Quit If Required To Work More In Office Randstad

Lumira Di Eka Heights Kehidupan Bermakna Yang Dinantikan

Lumira Eka Heights Seremban Perumahan Gaya Hidup Moden

Plaza Premium Group Expands Flight Club Dining Brand At Kuala Lumpur International Airport Terminal 1

Dap S Dilemma Red Lines And Kuala Kubu Baharu

Splash Out Langkawi Awarded Gold Rating By Malaysia Tourism Quality Assurance

Lahirkan Generasi Fasih Digital Kpm Mahu Guru Jauhari Digital Jadi Pembimbing

Kes Denggi Meningkat



10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria


Filem Ngesot

Zikir Hari Isnin Fadhilat Membacanya

Monosterio Jadi Raya Tak Jadi Chord

Shinta Angely Nyaman Ku Harap Luka Ku Dapat Chord

Anjing Anjing Neraka Versi Rfans Donald

Makan Makan Santai Dengan Kawan Office