T16f24 Adakah Kereta Kebal Rusia Tidak Bagus Berbanding Kereta Kebal Jerman Atau Tentera Bersekutu


Ini adalah bacaan sejarah dan tidak menunjukkan sokongan Tedi kepada mana-mana pihak.Soviets telah cuba sedaya upaya untuk menjauhkan tentera Jerman dari Moscow. Stalin terpaksa memindahkan angkatan tentera dari Timur Jauh dan juga Leningrad untuk kukuhkan pertahanan.

Pada masa yang sama juga Soviet berjuang habis-habisan untuk menamatkan kepungan musuh ke atas Leningrad. Pada hujung kepungan selama 900 hari itu, sejuta orang awam kehilangan nyawa mereka.

Soviet juga hampir hilang Stalingrad keseluruhannya kepada Jerman, di mana pada masa itu Jerman telah menawan 90% kota yang telah musnah itu.

Dalam keadaan yang kritikal seperti itu, mereka terpaksa menggunakan semua tentera dan mesin yang ada. Tentera mereka selalunya tidak terlatih, dan jentera mereka selalu bermasalah.
Keadaan ini memberikan jawapan kepada persoalan di atas - ya, kereta kebal Soviet lemah pada masa itu.
Bagaimana jika dibandingkan dengan kereta kebal Jerman?
Soalan ini susah untuk dijawab.
Kereta kebal Jerman punyai trek yang sempit, jadi ia mudah tersangkut dalam kawasan berlumpur di Soviet.
Kereta kebal Jerman punyai enjin yang bagus, tetapi ia selalu terlebih beban di mana perisainya terlalu tebal, meriamnya terlalu besar, dan keseluruhannya terlalu berat walaupun untuk enjin terbaik. Oleh sebab itu, kereta kebal Jerman, terutamanya Ferdinand dengan berat 70 tan kerap mengalami kerosakan.
Manakala kereta kebal Amerika Syarikat pula lebih tahan lasak kerana Amerika Syarikat punyai industri pembuatan yang maju dan kegiatan mereka tidak diganggu oleh pengeboman atau penjajahan.
Apa pilihan yang Soviet ada?Pada permulaan Operasi Barbarossa, Soviets punyai 22000 kereta kebal, namun di penghujungnya cuma 2000 buah kereta kebal yang tinggal. Mereka terpaksa hasilkan semula kereta kebal secepat mungkin untuk menampung kehilangan besar mereka dan juga untuk melancarkan serangan balas berperisai. Walau bagaimanapun sehingga ke penghujung perang, mereka tidak pernah dapat capai 22000 buah, hanya 13000 buah kereta kebal jumlah maksimum pernah mereka miliki selepas itu.
Kadangkala kereta kebal Soviets juga menghadapi masalah mekanikal yang turut dialami oleh semua kereta kebal di negara-negara lain. Ia tidak dapat dielakkan memandangkan ia dihasilkan oleh kilang-kilang traktor di bawah hujan peluru artileri dan juga bom udara.
Malaysia yang pada masa aman damai ni pun tak mampu nak hasilkan kereta kebal sendiri. Malu sungguh. Syarikat berkaitan pertahanan sudah ditubuhkan tetapi jentera yang dihasilkan tidak kelihatan, sebaliknya kita lebih seronok beli kelengkapan ketenteraan dari luar. Indonesia pun dah hasilkan kenderaan tentera mereka sendiri. Apa silapnya?
Pada masa yang lain pula, masalah mereka adalah disebabkan oleh falsafah perkilangan mereka. Soviet telah membuat kajian dan mendapati bahawa jangka hayat kereta kebal mereka cuma 6 bulan. Oleh itu mereka takkan meletakkan komponen yang jangka hayatnya melebihi 6 bulan ke dalam kereta kebal mereka kerana ia dikatakan sebagai satu pembaziran! Hek eleh... boleh pula macam tu?


Kenapa mereka perlu membazirkan sumber mereka untuk hasilkan enjin yang lebih lasak jika kereta kebal itu akhirnya akan jadi seperti ini?
 Tempoh 6 bulan itu menghadkan pergerakan kereta kebal Soviet kepada hanya 1000 batu. Jadi Soviet merekabentuk dan menghasilkan enjin dan transmisi yang hanya boleh tahan untuk 1000 batu. Ia membolehkan mereka menghasilkan kereta kebal mereka menggunakan komponen berkualiti rendah. Strategi ini membolehkan Soviet untuk mengurangkan kos pengeluaran dan mempercepatkan pengeluaran kereta kebal mereka dengan drastik.
Soviet juga mengurangkan bilangan bahagian komponen dalam kereta kebal mereka untuk memudahkan pengeluaran. Pada 1942 sahaja mereka berjaya ringkaskan 777 bahagian T-34. Pengurangan keseluruhannya adalah 5000 bahagian secara berperingkat!
Kereta kebal yang dihasilkan mereka juga telah memenangi beberapa peperangan kereta kebal utama, dan boleh dikatakan mereka mencapai keseimbangan di antara kualiti dan kuantiti.
20160624

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.interpretzz.com/2016/06/adakah-kereta-kebal-rusia-tidak-bagus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penobatan Wakil Jerman Jasmin Selberg Meraih Mahkota Miss International 2022

Penobatan Wakil Jerman Jasmin Selberg Meraih Mahkota Miss International 2022

papar berkaitan - pada 14/12/2022 - jumlah : 99 hits
Penobatan Wakil Jerman Jasmin Selberg Meraih Mahkota Miss International 2022 Jasmin Selberg yang mewakili Jerman keluar sebagai juara Miss International 2022 usai mengalahkan 65 kontestan dari berbagai negara di belahan dunia termasuk Indon...
Aquarium Tertinggi Dunia Pecah Tumpahkan 1 Juta Liter Air Dan 1 500 Ikan Di Jerman

Aquarium Tertinggi Dunia Pecah Tumpahkan 1 Juta Liter Air Dan 1 500 Ikan Di Jerman

papar berkaitan - pada 17/12/2022 - jumlah : 183 hits
Akuarium raksasa AquaDom yang menyimpan sekitar 1 500 ekor ikan eksotis pecah pada Jumat Pecahnya aquarium tersebut telah menumpahkan 1 juta liter atau sekitar 264 172 galon air beserta pecahan kaca dan puing ke jalan raya di Distrik Mitte ...
Krisis Energi Inflasi Jerman Bakal Tetap Tinggi Hingga Akhir 2024

Krisis Energi Inflasi Jerman Bakal Tetap Tinggi Hingga Akhir 2024

papar berkaitan - pada 27/12/2022 - jumlah : 137 hits
Perang Rusia dan Ukraina makin memperkeruh situasi ekonomi global Bahkan negara maju sekelas Jerman pun terancam bangkrut karena situasi geopolitik yang tak kunjung usai
Dah 10 Tahun Berkahwin Isteri Pilih Untuk Bercerai Sebab Suami Habiskan Masa Untuk Memancing Berbanding Keluarga

Dah 10 Tahun Berkahwin Isteri Pilih Untuk Bercerai Sebab Suami Habiskan Masa Untuk Memancing Berbanding Keluarga

papar berkaitan - pada 14/12/2022 - jumlah : 345 hits
Seorang wanita di China baru baru ini bercerai dengan suaminya yang dikahwini selama 10 tahun hanya kerana lelaki itu ketagih dengan hobi memancing berbanding meluangkan masa dengan keluarga Menurut fakta kes Zhang mendakwa dia sudah tidak ...
Cara Cek Harga Website Atau Blog Untuk Jual Atau Beli

Cara Cek Harga Website Atau Blog Untuk Jual Atau Beli

papar berkaitan - pada 31/12/2022 - jumlah : 225 hits
Banyak orang atau lembaga yang memilih membeli website atau blog yang sudah banyak pengunjung ketimbang bikin baru Berikut ini cara cek harga website atau blog untuk jual atau beli Jika Anda ingin menjual membeli website tentu harus menentu...
Pusat Rehabilitasi Admc Atau Rehabcentric Sedia Memenuhi Keperluan Rakyat Malaysia

Pusat Rehabilitasi Admc Atau Rehabcentric Sedia Memenuhi Keperluan Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 29/12/2022 - jumlah : 201 hits
Dalam usahanya untuk memenuhi keperluan penjagaan kesihatan rakyat Malaysia Ara Damansara Medical Centre telah menjenamakan semula pusat rehabilitasinya sebagai pusat sehenti Rehabcentric Pusat tersebut menyediakan perkhidmatan serba lengka...
Glc Dan Agensi Kerajaan Wajib Diterajui Pemimpin Politik Atau Mereka Yang Ada Jiwa Politik

Glc Dan Agensi Kerajaan Wajib Diterajui Pemimpin Politik Atau Mereka Yang Ada Jiwa Politik

papar berkaitan - pada 29/12/2022 - jumlah : 221 hits
Perdebatan sama ada wajar atau tidak orang politik atau pemimpin politik dilantik sebagai pengerusi GLC serta agensi tertentu dalam kerajaan sepertinya akan terus berlanjutan dan tiada kesudahan yang muktamad mengenainya Bagi mereka yang id...
Urban Renewal Act The Good And The Not So Good

Arakurayama Sengen Park Fujiyoshida

Lirik Lagu Sesalku Edysport

The Latest Recall Alert For Kia Soul And Seltos Owners Engine Concerns

Perkeso Carsome Kerjasama Lancar Inisiatif Bantu Pencari Kerja

Time Management For Entrepreneurs

Lima Individu Pukul Lelaki Oku Di Kemaman Didenda

Anwar Kena Jawab 1mdb Gugur Saman Terhadap Riza Aktivis


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bukan Sekadar Lafaz Musim 2 Slot Akasia TV3

Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton


Kelebihan Berkahwin Dengan Pasangan Anak Sulung

Info Yang Korang Kena Tau Mengenai Masalah Tiroid Yang Pelbagai

Ai Chat Bot Python 10

Homework

Gut Health For Pets How Digestion Impacts Mood Energy And Overall Well Being

Kajian Mendapati Mod Gelap Tingkatkan Penggunaan Bateri