T16d16 Newcastle United Tolak Permintaan Mainkan Lagu Peringati Mh17
Newcastle United menolak permintaan daripada Barry Sweeney untuk mainkan lagu MH17 kepada para pemain sebelum perlawanan menentang Swansea City pada malam ini.
Barry, kehilangan anak lelaki bernama Liam dalam tragedi MH17, telah mencadangkan kepada Newcastle United untuk tunjukkan kepada para pemain petikan video lagu tribut bertajuk United We Stand yang dinyanyikan Junior Turner sebelum sepak mula untuk naikkan semangat permain.
Tapi Newcastle menolak permintaan itu atas alasan mereka tidak mahu ganggu persediaan pasukan pada masa yang cukup kritikal (sebelum sepak mula).
Barry berkata: “Saya cuma mahu tunjukkannya kepada para pemain klip video tersebut. Saya sangat gembira jika kelab mahu berusaha sehabis baik dalam perlawanan Sabtu ini”.
Barry bermaksud mahu pemain tonton video yang memaparkan semangat penyokong itu, tetapi dia juga terima alasan pasukan, kerana dia tahu lagu itu lagu sedih.
“Apa yang saya mahukan adalah komitmen 100% daripada para penyokokng. Kita perlu salurkan semua tenaga kita ke saluran yang betul. Kali terakhir kita beraksi sebegitu adalah dalam perlawanan menentang West Ham United dan kita memenanginya.”
United We Stand dicipta untuk memperingati Liam Sweeney dan John Alder, dua orang mangsa daripada 298 yang terbunuh apabila pesawat MH17 ditembak jatuh di ruang udara Ukraine pada Julai 2014.
Kedua-dua orang penyokong Newcastle United itu dalam penerbangan ke New Zealand untuk menyaksikan Newcastle beraksi dalam jelajah pra-musim, apabila tragedi itu berlaku.
Sebab itulah jika kawan-kawan ada menonton perlawanan Newcastle United, pada minit ke-17 setiap perlawanan, tiba-tiba sahaja semua penyokong akan berdiri dan memberi tepukan gemuruh selama seminit walaupun tiada aksi menarik di atas padang. Tradisi ini dimulakan dari hari tragedi MH17 berlaku sehingga sekarang.
Dave Junior Turner pencipta lagu United We Stand yang didedikasikan kepada peminat Newcastle yang terbunuh dalam Tragedi MH17.United We Stand memperingati Liam dan John yang terbunuh dalam Tragedi MH17.Penyanyi dan penulis lirik, Junior Turner dari Wallsend, North Tyneside, telah menulis dan merakam lagu amal sebagai memori ulangtahun pertama kematian mereka.
Dia juga pernah mempersembahkan lagu itu secara langsung pada majlis “An Evening with Alan Shearer”, di Lancastrian Suite, di Gateshead pada September 2015 untuk kutipan dana buat Wallsend Boys Club, pasukan budak sekolah Shearer.
Dan melalui majlis itu juga Junior dipilih sebagai salah seorang calon Persembahan Langsung Terbaik selected di Indie Music Channel Awards 2016.
Anugerah itu akan diadakan di Los Angeles pada bulan April ini, menyaksikan dia juga disenarai pendek dalam kategori Lagu Pop Terbaik dan Artis Pop Terbaik melalui lagu That Day Never Came.
Dia telah menulis lagu United We Stand untuk memperingati Liam yang berumur 28-tahun ketika kejadian, dan kawannya John, 63, dalam tempoh hanya 48 jam, berjaga sepanjang malam untuk mencoretkan kecintaan kedua-dua mendiang itu terhadap The Magpies, dan dia melancarkan lagu tersebut dengan sokongan ayah Liam, Barry.
20160416
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.interpretzz.com/2016/04/newcastle-united-tolak-permintaan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Interpretzz+%28interpretZZ%29