T13f26 Tedi Kejar Burung


Tedi terjaga daripada tidur apabila bunyi bising menyelubungi alam.Alhamdulillah, rupa-rupanya hujan lebat menyirami bumi berjerebu ini, setelah hampir seminggu rasanya tidak hujan.
Tedi lihat jam, owh, sudah jam 6 pagi, masa yang sesuai untuk Tedi memandikan diri dan berwangi-wangian. Sesuai dengan rupa Tedi yang cute ini, eloklah pula diserikan dengan haruman yang menggoda jiwa.
Seperti pagi-pagi yang lain, Tedi meminta bantuan Iron Man untuk menyiapkan pakaian sekolah Tedi. Nak tahu apa kerja si Iron Man? Silakan baca "Ada apa dengan Iron Man?".
http://blogdebrinquedo.com.br/2012/05/01/ursinhos-de-pelucia-dos-vingadores/Ketika Tedi menemani si Iron Man, kedengaran suara yang agak merdu di luar jendela. Tedi intai di sebalik tirai kamar dan Tedi mendapati seekor haiwan yang kurang cute berbanding Tedi seolah-olah sedang mencari sesuatu.
Selalunya Tedi faham bahasa haiwan, namun kali ini Tedi tak mengerti mungkin kerana dirinya pelat, lindahnya berpintal-pintal seperti kepala di atas bantal. Tak tahulah apa yang burung itu cari.
 
 
Tedi biarkan sahaja dan terus mengawal Iron Man yang mahu memulakan tugasan hakikinya. Tiba-tiba sahaja langsir di kamar itu bergerak-gerak dengan rakusnya! Tedi tenung Iron Man, dan Iron Man tenung langsir itu dengan penuh waspada. Mungkin bila-bila sahaja Iron Man akan mulakan serangannya!
Iron Man melangkah ke arah langsir itu dan menariknya. Serentak dengan itu, tiba-tiba terbang seekor burung ke arah Tedi. Mungkin ia mahu memakan diri Tedi ini!
Iron Man yang menyedari hakikat itu segera menghambat sang burung. Habis keliling bilik Iron Man menghambatnya, namun burung itu sungguh lincah! Cuma dek kerana terlalu lincah, beberapa kali ia melanggar dinding, sambil Tedi memegang kepala Tedi kerana berasakan kepala Tedi yang menghentam dinding.
Akhirnya, setelah 7 minit pertarungan sengit di antara Iron Man dan sang burung, ia dapat dicekup. Tak sia-sia ada Iron Man.
Tatkala Iron Man mahu menghabiskan riwayat sang burung, kepala otak Tedi mencetuskan satu fikiran dengan sepantas kilat, disertai flashback imej-imej burung yang di luar jendela tadi! Tedi menghalang Iron Man daripada membunuh burung yang tak berdosa, dan memaklumkannya bahawa mungkin burung itu sedang berada dalam kesesatan.
Iron Man akur.
Sorry, cuma tangan Iron Man je Tedi boleh tunjuk.Selepas Tedi ambil gambar burung itu sebagai balasan di atas kerosakan yang dilakukannya, Iron Man melepaskan sang burung ke luar jendela. Sang burung terbang bebas bernyanyi-nyanyi.
Owh, Tedi gembira melihat burung itu gembira.
Namun, cerita ini sad ending, kerana bila Tedi intai dan intip, pasangan burung itu sudah tiada di luar jendela...
Owh, so sad...
P/S: Maaflah kerana tak letak tajuk "Iron Man kejar burung" sebab takut kawan2 tak percaya lak nanti.. hehe.
20130626


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.interpretzz.com/2013/06/tedi-kejar-burung-5-foto.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dah Tak Tahu Nak Gi Mana Video Gelagat Aafiyah T4kut Burung Buat Ramai Terhibur

Dah Tak Tahu Nak Gi Mana Video Gelagat Aafiyah T4kut Burung Buat Ramai Terhibur

papar berkaitan - pada 14/6/2022 - jumlah : 322 hits
Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa merupakan anak kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza Ramai peminat setia Datuk Seri Siti Nurhaliza yang sekian lama mengikuti perkembangan penyanyi berkenaan baik dari segi kerjaya kehidupan peribadi mahupun anak a...
Beli Tanah Untuk Bina Tahfiz Buat Golongan Susah Pengasas Shalicious Kejar Keberkatan Berniaga

Beli Tanah Untuk Bina Tahfiz Buat Golongan Susah Pengasas Shalicious Kejar Keberkatan Berniaga

papar berkaitan - pada 12/6/2022 - jumlah : 166 hits
Siapa sangka dalam usia 25 tahun anak jati Kota Bharu Kelantan ini sudah pun bergelar usahawan muda yang bukan calang calang Tak sekadar di Malaysia perniagaannya turut menguasai pasaran Indonesia secara sah dan kini dalam proses ke pasaran...
Saya Sebenarnya Seorang Yang Pemalu Sofia Tak Kejar Populariti

Saya Sebenarnya Seorang Yang Pemalu Sofia Tak Kejar Populariti

papar berkaitan - pada 15/6/2022 - jumlah : 186 hits
Saya sebenarnya seorang yang pemalu Sofia tak kejar popularitiPopulariti pelakon Sofia Albarakbah 28 semakin meningkat selepas membintangi drama Suamiku Lelaki Pendosa gandingan bersama Aaron Aziz beberapa bulan lalu Namun bagi Sofia popula...
T15c29 Lensa Tedi Dulu Terapung Kini Hill View

T15c29 Lensa Tedi Dulu Terapung Kini Hill View

papar berkaitan - pada 16/6/2022 - jumlah : 191 hits
Bencana banjir besar yang melanda Malaysia turut membadai Taman Negara di Kuala Tahan Restoran Terapung Tersangkut di Tebing SungaiIni adalah salah sebuah mangsanya sebuah restoran yang dulunya terapung di atas sungai tetapi kini tersadai d...
T14l04 Temerloh Dalam Lensa Tedi

T14l04 Temerloh Dalam Lensa Tedi

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 248 hits
Temerloh adalah sebuah bandar di Pahang yang terletak berhampiran Felda Sungai LuiLensa Tedi kali ini merakam beberapa foto di sekitar Dataran Temerloh Dataran Temerloh ini terletak berhampiran dengan Sungai Pahang yang mahsyur itu Ikon sig...
Drama Pabila Dia Tersenyum

User Acquisition And Retention

Daripada Tebang Musang King Lebih Baik Cari Jalan Lain Kosmo 15 04 2025

Flower Bouquet Delivery Send Fresh Blooms With Style And Ease

Family Staycation Indonesia Menikmati Nasi Liwet Menu Istimewa Makan Tengah Hari Di Resto Bukit Senyum Ciwidey

Gambar Mahal Ds Bersalaman Yiddin Min Keluarga Pak Lah Tersentuh Kemu

Buasir Otak Tv Tengok Monyet Tapi Bukan Kat Zoo Be Like

Dua Lelaki Masing Masing Didenda Rm100 000 Ceroboh Tanah Pahang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Upgrade Diri Senyap Senyap Hasilnya Baru Tunjuk

Trump Sedang Memasak Dua Gajah Beseteru Rumput Hancur Terinjak

Akhirnya Saya Memutuskan Menjadi Seorang Blogger Trader

Kesalahan Yang Pernah Saya Buat Dan Bagaimana Saya Belajar Dari Itu

Perlis Cuti Peristiwa Sempena Sambutan Jubli Perak

Insurance With No Medical Exam Simplified Coverage For Peace Of Mind