T Ganu Kreatif P Pg Lebih Keatif M Sia X Kreatif Melayu Berang


 
Azman (dua dari kiri) mengiringi Sultan Mizan turun menyelam bagi merasmikan pelabuhan tukun di dasar laut perairan Alur Tuman, Marang, Terengganu, pada hari ini, 10 Oktober 2024.
1. 20 unit tukun tiruan dilabuhkan di perairan Marang
MARANG: Sebanyak 20 unit tukun tiruan kuboid juvenil penghalang pukat tunda telah dilabuhkan di perairan Alur Tuman, Marang, hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan, dan Komoditi Negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, ia merupakan sebahagian daripada usaha melabuhkan 100 unit tukun tiruan di perairan Terengganu sepanjang tahun ini menerusi Program Memperkayakan Sumber Perikanan Marin Negeri Terengganu. 
“Sebelum ini, 20 unit tukun telah dilabukan di setiap tapak sekitar perairan Kuala Terengganu, Dungun, Setiu dan Kuala Nerus dengan jumlah kos projek berjumlah RM3.1 juta menggunakan peruntukan Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan menerusi Program Pengukuhan Keterjaminan Makanan Tahun 2024,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Program melabuh tukun tiruan, kuboib juvenil penghalang pukat tunda Terengganu 2024 yang disempurnakan oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin bersama Menteri Besar, Dato’ Seri Dr. Ir. Ahmad Samsuri Mokhtar di Duyong Marina Resort, Kuala Terengganu.
Majlis itu menempa sejarah apabila Baginda turut menyelam bagi merasmikan pelabuhan tukun di dasar laut pada kedalaman 17 meter.
“Saya rasa mungkin kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan merupakan yang pertama di Malaysia atau di dunia yang melakukan seumpama itu.
(Selanjutnya sila lihat '20 unit tukun tiruan dilabuhkan di perairan Marang' -HARAKAHDAILY 10/10/2024)


2. ‘Belum pernah lagi pelajar naik kapal perang’
Kunjungan pelatih-pelatih yang didakwa dari Naval University of China ke Sekolah Menengah Chung Ling, (Persendirian) di Pulau Pinang, Malaysia ini dikatakan adalah atas hubungan pelajar dengan pelajar.
KUALA LUMPUR: Rakyat terutamanya Melayu berang apabila lebih 1,000 orang asing berpakaian Tentera Laut China disambut bak wira negara di Pulau Pinang, kata Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Terdahulu, media tempatan melaporkan kerajaan Pulau Pinang sebelum ini pernah mengumumkan kunjungan pelatih tersebut datang ke negeri itu dengan menaiki dua buah kapal latihan dan berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang pada 6 Oktober lalu. 

Wan Ahmad Fayhsal berkata, kerajaan Pulau Pinang melalui Exconya membayangkan kunjungan ini dan dipersetujui oleh Kerajaan Madani.
“Oleh demikian, sudah tentu perkara ini mengundang kebimbangan kerana tentera Laut China sedang galak membuat kontroversi di Laut China Selatan khususnya di kawasan perairan kita di Beting Patinggi Ali. 
“Tindakan kerajaan Pulau Pinang jelas sekali tidak betul, sebab Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek tergesa-gesa kata mereka bukan tentera China tetapi pensyarah dan pelajar.
(Selanjutnya sila lihat 'Belum pernah lagi pelajar naik kapal perang' –HARAKAHDAILY 11/10/2024)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitulah realitinya. T'ganu kreatif, P.Pg lebih keatif. M'sia X kreatif? & Melayu berang. Mengapa Melayu berang?  Rakyat terutamanya Melayu berang apabila lebih 1,000 orang asing berpakaian Tentera Laut China disambut bak wira negara di Pulau Pinang. 
Terdahulu, media tempatan melaporkan kerajaan Pulau Pinang sebelum ini pernah mengumumkan kunjungan pelatih tersebut datang ke negeri itu dengan menaiki dua buah kapal latihan dan berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang pada 6 Oktober lalu. 
(i).Kenapa kapal perang China disambut luar biasa kerajaan Pulau Pinang?
a. Di KL, Perikatan Nasional (PN) mempersoalkan sambutan luar biasa yang diberikan oleh kerajaan Pulau Pinang terhadap rombongan dua kapal perang latihan bersama pelajar dari China ke Pelabuhan Pulau Pinang, Sabtu lalu. Perkara itu amat dikesali tatkala sensitiviti rakyat yang masih terkesan isu poster Bulan Kebangsaan tular tempoh hari masih belum reda.
b. Terdahulu, tular di media sosial sebuah poster pertandingan buku skrap anjuran sebuah sekolah menengah di Pulau Pinang didakwa menggunakan gambar propaganda tentera China dan telah mendapat kritikan daripada pelbagai pihak. Ditambah pula dengan pencerobohan demi pencerobohan yang dilakukan oleh tentera China ke atas perairan kita khususnya di perairan Sabah dan Sarawak sehingga menimbulkan kebimbangan dan kemarahan dalam kalangan rakyat Malaysia.
c. Kerajaan Pulau Pinang sepatutnya lebih sensitif dan peka terhadap perkembangan semasa melibatkan pertikaian isu Laut China Selatan dan kawasan minyak dan gas oleh Petronas. Apatah lagi memberikan sambutan seperti wira kepada kapal perang China di tengah-tengah kehangatan isu yang disebutkan di atas. Memang amat tidak bertanggungjawab sama sekali.
d. Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia tidak boleh memberi hala tuju yang ‘mengelirukan’ kepada negara-negara jiran kita. 
(ii). Amerika Syarikat kecam tindakan China di Laut China Selatan 
Anthony Blinken dalam Sidang kemuncak ASEAN-Amerika Syarikat di Viebtiane, Laos pada hari ini, 11 Oktober 2024. (FOTO: Reuters)
Di Viaenttanee, Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Anthony Blinken mengecam tindakan Beijing yang dilabelkannya sebagai ‘semakin berbahaya’ di Laut China Selatan ketika mengadakan pertemuan bersama pemimpin blok ASEAN hari ini.
a. Mereka kekal bimbang tentang tindakan China yang semakin berbahaya dan menyalahi undang-undang di Laut China Selatan dan Timur, yang telah mencederakan orang, merosakkan kapal dari negara ASEAN dan bercanggah dengan komitmen untuk menyelesaikan pertikaian secara aman. AS  akan terus menyokong kebebasan pelayaran dan kebebasan penerbangan di Indo-Pasifik, ikrar mereka dalam Sidang Kemuncak ASEAN-Amerika Syarikat 2024 itu.
b. AS berharap akan terus bekerjasama dengan pemimpin ASEAN untuk melindungi kestabilan merentasi Selat Taiwan, yang merupakan sumber ketegangan berterusan dengan China, lapor Reuters. Beijing baru-baru ini mengecam kenyataan Presiden Taiwan, Lai Ching-te yang berikrar untuk menentang ‘pengambilan’ oleh negara China, dan menegaskan bahawa negaranya itu merupakan negara demokrasi yang mempunyai hak untuk memerintah sendiri.
c. China dalam beberapa bulan kebelakangan ini telah mengerahkan kapal tentera dan pengawal pantai dalam usahanya untuk mengeluarkan Filipina daripada kawasan terumbu dan kepulauan yang penting secara strategik di Laut China Selatan.
Negara itu pada Ogos menuduh Filipina sengaja melanggar kapalnya berhampiran Beting Sabina di Laut China Selatan, dalam pertembungan terbaru dua negara itu di perairan yang mempunyai tuntutan bertindih. 
Begitu kira-kira.
...


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2024/10/tganu-kreatif-ppg-lebih-keatif-msia-x.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mou 2 Negara 1 Misi M Sia Thai T Ganu International Paramotor

Mou 2 Negara 1 Misi M Sia Thai T Ganu International Paramotor

papar berkaitan - pada 7/10/2024 - jumlah : 208 hits
Terengganu International Paramotor Challenge 2024 1 Dua negara satu misi Medicom Malaysia Hospital Thailand tandatangani MoUMajlis menandatangani memorandum persefahaman antara Medicom Malaysia dan Jariyatham Ruampat Krabi Hospital dari kir...
Suami Uk Lebih Hebat Dari Suami Melayu

Suami Uk Lebih Hebat Dari Suami Melayu

papar berkaitan - pada 7/10/2024 - jumlah : 199 hits
1 Ada yang puji cakap ramai suami UK rajin buat kerja rumah siapkan breakfast anak mengemas rumah laundry buat kerja dapur layan anak main dan sebagainya 2 Kemudian dibandingkan pula ramai suami Melayu tidak seperti itu Ramai lelaki bila da...
Calon Bn Dilaporkan Mendahului Calon Pn Dengan Lebih 15 000 Undi

Calon Bn Dilaporkan Mendahului Calon Pn Dengan Lebih 15 000 Undi

papar berkaitan - pada 29/9/2024 - jumlah : 108 hits
BN dakwa pertahan DUN MahkotaNora MahparSyed Hussien Syed Abdullah dilaporkan mendahului calon PN Mohamad Haizan Jaafar dengan lebih 15 000 undi KLUANG Barisan Nasional mendakwa memenangi DUN Mahkota sekali gus mempertahankan kubu kuat Umno...
Tidak Maklumkan Abby Abadi Pemergian Bayi Sulung Marissa Dania Tiada Niat Aslam Lebih Rapat Lebih Selesa Dengan Papa

Tidak Maklumkan Abby Abadi Pemergian Bayi Sulung Marissa Dania Tiada Niat Aslam Lebih Rapat Lebih Selesa Dengan Papa

papar berkaitan - pada 29/9/2024 - jumlah : 102 hits
Pempengaruh Marissa Dania akhirnya bersuara tentang dakwaan bahawa dia megetepikan ibunya pelakon Abby Abadi dalam berbagai hal sehingga membuatkan aktres itu terasa hati Tegasnya dia tidak pernah ketepikan ibu dan tiada niat untuk merahsia...
Kesihatan Jantung Perlukan Lebih Dari Sekadar Pemantauan Lipid Kata Pakar Berita Pune

Kesihatan Jantung Perlukan Lebih Dari Sekadar Pemantauan Lipid Kata Pakar Berita Pune

papar berkaitan - pada 29/9/2024 - jumlah : 171 hits
Memahami Kesihatan Jantung Lebih Dari Sekadar Profil Lipid Pune Ketika bercakap tentang risiko jantung bergantung hanya pada profil lipid untuk mengukur tahap kolesterol tidak memberikan gambar keseluruhan Pakar kardiologi menekankan pentin...
Bn Dapat Majoriti Besar Lebih 20 000 Undi

Bn Dapat Majoriti Besar Lebih 20 000 Undi

papar berkaitan - pada 29/9/2024 - jumlah : 101 hits
Keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Mahkota menyaksikan Barisan Nasional mengekalkan kerusi DUN berkenaan dengan majoriti yang jauh lebih besar Kemenangan itu diumumkan oleh Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf W...
Vivo Tunjuk X200 Series Dengan Lebih Jelas

Vivo Tunjuk X200 Series Dengan Lebih Jelas

papar berkaitan - pada 29/9/2024 - jumlah : 175 hits
Kali ini Vivo telah mengeluarkan teaser untuk telefon pintar X200 mereka Han Boxiao Pengurus Produk vivo membagikan reka bentuk dan pilihan warna bagi siri X200 di Weibo Selain model asas ada juga X200 Pro X200 Pro Mini dan X200 Ultra yang ...
Cuti Jumaat Sia Sia Kalau Dok Maki Orang

Cuti Jumaat Sia Sia Kalau Dok Maki Orang

papar berkaitan - pada 11/10/2024 - jumlah : 101 hits
Ezleen Sebenarnya sia sia juga kalau yang bercuti hari Jumaat tetapi amalan sunat yang diajarkan Nabi ini tak mampu dibuat Jangan lupa sedekah juga Salam Jumaat
Lebih Murah Tapi Lebih Banyak Manfaat Kesihatan Ini 3 Air Mineral Jenama Dari Malaysia

Lebih Murah Tapi Lebih Banyak Manfaat Kesihatan Ini 3 Air Mineral Jenama Dari Malaysia

papar berkaitan - pada 28/9/2024 - jumlah : 136 hits
Secara umum setiap air yang kita minum mungkin kelihatan serupa dan sering dirujuk sebagai air kosong atau air putih Tanpanya tubuh badan kita tidak mungkin dapat berfungsi dengan baik Tidak dapat dinafikan kebanyakan manusia di seluruh dun...
Estimated Assessments And Penalties On The Way For Non Filers

Head East For A Discrimination Free Life Young Man

Resipi Penuh Loaded Nachos Cheese Yang Viral Sedap Dan Mudah

Tripadvisor We Re Matching Donations To World Central Kitchen

Mihun Goreng

Alga Sebagai Penunjuk Biologi Kesihatan Ekosistem Akuatik

Mursyidul Am Pas Beritahu Bersatu Dalam Pn Pas Yang Paling Kuat Jika Nak Buat Apa Apa Kena Runding Dulu

Seorang Warga Asing Suspek Utama Kes Bunuh Pekerja Ladang Sawit Di Mukah Ditahan


echo '';
6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 4 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Resepi Soft Cookies Sukatan Cawan Paling Rangup dan Chewy Di Dalam

Biodata Sky Iskandar Pelakon Watak Megat Filem Kahar Kapla High Council


Mengabdikan Diri Demi Kerja Sampai Tiada Kehidupan

Cuba Hwc Coffee

Lirik Lagu Perih Jerih Kugiran Masdo

Sampai Bilakah Kebenaran Tentang Titah Adendum Mampu Di Sorokkan

Julia Perez Belah Duren Chord

Anggis Devaki Dirimu Yang Dulu Chord