Kesediaan Tun Mahathir berundur ini dinyatakannya di tengah-tengah ramai yang tidak setuju dengan hasratnya untuk berundur selepas Sidang Apec 2020 di Kuala Lumpur pada November depan.Hasrat beliau untuk berundur selepas Sidang Apec itu adalah bertentangan dengan janji awalnya untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada pengganti yang sudah dipersetujui PH pada bulan Mei ini iaitu setelah dua tahun memegang jawatan tersebut.Maka itu, ramai yang mahukan Tun Mahathir berpegang kepada janji asalnya iaitu hanya dua tahun saja menjadi Perdana Menteri dan selepas itu akan menyerahkannya kepada Anwar.Semalam, beberapa ahli Parlimen PKR dalam sebuah forum di Kuala Lumpur menggesa agar peralihan kuasa dikekalkan pada Mei ini dan menolak sebarang perlanjutan tempohnya.Mereka berpendapat, peralihan harus disegerakan bagi memberi lebih masa kepada Anwar untuk melaksanakan reformasi dalam pentadbiran negara.Dengan perkembangan terbaru ini iaitu Tun Mahathir sendiri sudah terbuka hati untuk berundur, Majlis Presiden PH harus mengambil langkah susulan yang segera ke arah itu.Dalam mesyuarat Majlis Presiden PH yang akan datang, tarikh peralihan kuasa mesti segera dijadikan agenda perbincangan supaya ada ketetapan khusus berkenaan dengannya.Jangan pula Majlis Presiden bersikap terlalu baik hati dan mahu memberi lebih masa lagi kepada beliau menjadi Perdana Menteri.Dua tahun menjadi Perdana Menteri sudah memadai bagi Tun Mahathir kerana ini adalah buat kali keduanya baginya memegang jawatan itu.Selepas ini, yang lebih penting ialah PH harus mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai sebuah kerajaan yang bertunjangkan reformasi serta mampu menang lagi pada PRU15 akan datang. (ShahbudinHusin 14/01/2020)|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |