Syukur Gembira Geran Pembukaan Semula Taska Pengusaha Tadika Mohon Tadika Turut Di Buka


Setelah hampir tiga bulan terpaksa menutup operasi, pengumuman dari YAB Tan Sri Dato; Haji Muhyidin Haji Mohd Yassin semalam yang membenarkan pembukaan Taska pastinya memberi sedikit kelegaan buat semua pengusaha taska.
Bukan hanya geran untuk pengendalikan Taska bahkan insentif cukai pendapatan individu untuk yuran yang dibayar kepada taman asuhan dan taman didikan kanak-kanak akan juga turut diberi sehingga RM3,000 kepada ibu bapa pasti menggalakkan lagi ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka.
Bukan mudah untuk kembali membuka semula Taska ditambah dengan SOP yang ketat, namun dengan geran yang diberikan kerajaan, setidak-tidaknya dapat meyakinkan ibu bapa untuk kembali menghantar anak mereka disamping merasa lebih selesa dan tenang untuk kembali bekerja.

Berkongsi kegembiraan yang dikongsikan oleh Perdana Menteri semalam, Pengasas Rangkaian Tadika Dzul Iman, Pn Badariah Ismail turut sama berkongsi rasa gembiranya namun masih menanti pengumuman untuk pembukaan semula Tadika.
“Syukur dan gembira dengan berita ini. Pastinya geran pembukaan ini sangat membantu sahabat-sahabat pengusaha taska yang sedang menghadapi saat sukar sejak PKP bermula.
Namun rasa terkilan dan kecewa bila TADIKA tidak turut disebut sebagai penerima geran. Mungkinkah ada kekeliruan maklumat? Hakikatnya pengusaha Tadika juga mengalami kesusahan yang sama. Dan turut memberi khidmat didikan dan jagaan yang tidak jauh berbeza dengan Taska.
Sangat berharap pihak kerajaan akan menyemak semula kelayakan untuk geran ini, dan memasukkan pengusaha TADIKA sebagai penerimanya, di samping pengusaha Taska,” luahnya berkongsi.

Lalui SOP Yang Ketat
Bercerita mengenai SOP yang ketat yang perlu dipatuhi oleh semua penguasaha Taska dan Tadika kelak, Puan Badariah mengakui ianya adalah kewajipan yang perlu dilakukan dengan sebaiknya demi memastikan keselamatan anak-anak dan guru diutamakan.
“SOP ini adalah keperluan. Memang SOP ini menyebabkan kerja pengusaha dan guru bertambah secara berganda. Namun kita komited untuk mematuhi semua SOP ini kerana memahami bahawa ia penting untuk kesihatan semua pihak, terutama anak-anak kesayangan kita semua.
Kebimbangan untuk kembali buka Taska?
Tidak perlu bimbang jika dibuka dengan mematuhi SOP. Pihak taska dan tadika mengambil inisiatif melatih guru dan pengasuh agar dapat melaksanakan SOP seperti yang digariskan. Kita juga prihatin dengan keperluan penjarakan sosial. Ia mungkin mengurangkan kapasiti sesebuah tadika atau taska untuk menerima semua anak serentak.
Keperluan pada jadual anjal dan kefahaman serta kerjasama ibubapa amat diperlukan. Ibubapa yg masih boleh menjaga dan mendidik anak di rumah, boleh memilih untuk belum menghantar. Ini dapat memberi ruang untuk ibu ayah yang tiada sistem sokongan yang lain untuk diberi keutamaan di awal pembukaan ini.

Apa plan tindakan, SOP yang telah dijalankan hingga kini?
Kita telah menyediakan SOP khusus berdasarkan panduan SOP yang dikeluarkan oleh pihak kementerian yang berkaitan. Menjadi tanggungjawab pengusaha untuk memastikan guru difahamkan kepentingan SOP ini dan diberi latihan perlaksanaan yang wajar.
Selain itu, keperluan emosi anak-anak mestilah diberi perhatian ketika SOP dilaksanakan. SOP perlu dipatuhi dalam suasana mesra dan kasih sayang. Anak diasuh untuk patuh, bukan dipaksa patuh.
Gambar hiasan. Adakah insentif cukai pendapatan satu tindakan bijak?
Inisiatif ini sangat bagus dan banyak membantu. Sungguh gembira bila Perdana Menteri menyebut bahawa ibubapa yang menghantar anak ke Tadika turut menerima insentif ini. Sedikit keliru bila ia diurus di bawah KPWKM yang memantau Taska. Tadika pula di bawah KPM. Moga penyelarasan yang efektif dapat dilakukan antara dua kementerian ini agar insentif ini benar-benar dapt dinikmati oleh ibubapa Taska dan Tadika.
Saya cadangkan semoga Taska dan Tadika dapat diletakkan di bawah kementerian yang sama. Kedua-dua institusi ini memberi khidmat didikan dan jagaan pada kumpulan kanak-kanak yang sama, yang terangkum dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak.
Dengan meletakkan Taska dan Tadika di bawah satu kementerian, keberkesanan pengurusan dan peningkatan kualiti perkhidmatan akan lebih mudah dilaksanakan.
Begitu kongsi beliau sambil mengharapkan semoga ada sinar untuk pembukaan Tadika semula selepas ini, selain pembukaan Taska kepada anak-anak ibu bapa yang bekerja.
Gambar hiasan. Bantuan Untuk OKU & Ibu Tunggal
Semalam selain mengumumkan geran untuk pembukaan Taska, Perdana Menteri turut mengumumkan beberapa bantuan lain yang memberi pulangan bermanfaat untuk semua. Malah ibu tunggal dan golongan orang kurang upaya juga tidak terkecuali.
Antaranya bagi menggalakkan pengambilan pekerja oleh majikan, kerajaan akan memperkenalkan Program Insentif Pengambilan Pekerja di mana syarikat akan diberikan insentif kewangan untuk memberi pekerjaan kepada golongan penganggur dan belia.
Pertama: Insentif bagi menggaji penggangur berumur di bawah 40 tahun sebanyak RM800 sebulan bagi setiap pekerja; dan

Kedua: Insentif bagi menggaji penganggur berumur 40 tahun dan ke atas dan golongan OKU sebanyak RM1,000 sebulan.
Paling menarik, untuk golongan ibu tunggal OKU turut sama diberikan perhatian. Sehubungan itu, lebih 300,000 OKU dan ibu tunggal yang tersenarai di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat layak menerima bantuan one-off sebanyak RM300 bagi mengurangkan beban mereka.
Artikel berkaitan:
The post “Syukur & Gembira Geran Pembukaan Semula Taska”, Pengusaha Tadika Mohon Tadika Turut Di Buka! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/syukur-gembira-geran-pembukaan-semula-taska-pengusaha-tadika-mohon-tadika-turut-di-buka/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jelajah Seluruh Negara Cari Alat Ganti Pemuda Ini Buka Mulut Cabaran Bina Semula Rx Z Rm70 000

Jelajah Seluruh Negara Cari Alat Ganti Pemuda Ini Buka Mulut Cabaran Bina Semula Rx Z Rm70 000

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 331 hits
Menghasilkan dan memulihkan kembali motosikal lama bukanlah satu tugas yang mudah Perkara itu diakui sendiri pemuda dari Paka Terenganu yang membuat hantaran RX Z bernilai RM70 000 yang tular di media media sosial baru baru ini Walaupun har...
Ribuan Guru Bakal Hilang Kerja Jika Pengusaha Tadika Gulung Tikar

Ribuan Guru Bakal Hilang Kerja Jika Pengusaha Tadika Gulung Tikar

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 313 hits
MALAYSIAKINIPertubuhan Penggalak Membaca Malaysia menjangkakan beribu ribu guru pendidikan awal kanak kanak di seluruh negara akan kehilangan berkerja susulan ketidakpastian tarikh sebenar bagi 10 000 tadika beroperasi semula Pengerusi PPPM...
Geran Untuk Pengendali Taska Patuhi Laksanakan Sop Ibu Bapa Dapat Insentif Cukai

Geran Untuk Pengendali Taska Patuhi Laksanakan Sop Ibu Bapa Dapat Insentif Cukai

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 316 hits
Pengumuman dari YAB Tan Sri Dato Haji Muhyidin Haji Mohd Yassin sebentar tadi pastinya membuka sedikit ruang dan keyakinan kepada pengusaha taska dan ibu bapa untuk menghantar kembali anak anak ke taska Melalui pengummam yang dibuat Perdana...
Permohonan Semakan Geran Pengendali Taska

Permohonan Semakan Geran Pengendali Taska

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 436 hits
PERMOHONAN SEMAKAN GERAN PENGENDALI TASKA APA ITU GERAN PENGENDALI TASKA Kerajaan akan memberikan geran kepada pengendali taska untuk mematuhi dan melaksanakan SOP yang ditetapkan Selain itu e Baucar akan disediakan untuk perkhidmatan penga...
Standby Cikgu Dan Murid Sekalian Sekolah Tak Lama Nak Buka Semula

Standby Cikgu Dan Murid Sekalian Sekolah Tak Lama Nak Buka Semula

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 882 hits
Hari ni banyak tersebar surat arahan dari KPM minta guru guru di luar stesen untuk bersedia balik ke tempat bertugas masing masing Ye memandangkan ramai cikgu terkandas di kampung sebab kerajaan buat PKP fasa 1 masa cuti sekolah bulan 3 har...
Sop Buka Semula Sekolah

Sop Buka Semula Sekolah

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 898 hits
SOP BUKA SEMULA SEKOLAH SOP BUKA SEMULA SEKOLAH atau dikenali sebagai GARIS PANDUAN PENGURUSAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Kebiasaan baharu i...
Kbs Umum Sop Tarikh Buka Semula Sektor Sukan Dan Rekreasi

Kbs Umum Sop Tarikh Buka Semula Sektor Sukan Dan Rekreasi

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 535 hits
KUALA LUMPUR 7 Jun Kementerian Belia dan Sukan dijangka mengumumkan prosedur operasi standard dan tarikh fasa dua sektor sukan dan rekreasi untuk beroperasi semula hari ini Kebenaran beroperasi itu susulan pengumuman Perdana Menteri Tan Sri...
Covid 19 Tarikh Pembukaan Semula Sekolah

Covid 19 Tarikh Pembukaan Semula Sekolah

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 413 hits
The post appeared first on Covid 19 Tarikh Pembukaan Semula Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengumumkan tarikh membuka kembali sekolah selepas telah lama ditutup akibat penularan wabak Covid 19 bulan Mac lalu Lebih Info akan k...
R Sivarasa Di Panggil Pdrm Petanda Awal Kes Ltte Di Buka Semula

R Sivarasa Di Panggil Pdrm Petanda Awal Kes Ltte Di Buka Semula

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 479 hits
Penghujung bulan Mac lalu Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin memaklumjkan kerajaan akan meyemak semula pembebasan 12 individu yang dikaitkan dengan kumpulan Pembebasan Harimau Tamil Eelam Beliau memberi jaminan akan berbincang dengan pega...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization