Ribuan Guru Bakal Hilang Kerja Jika Pengusaha Tadika Gulung Tikar



MALAYSIAKINI
Pertubuhan Penggalak Membaca Malaysia (PPMM) menjangkakan beribu-ribu guru pendidikan awal kanak-kanak di seluruh negara akan kehilangan berkerja susulan ketidakpastian tarikh sebenar bagi 10,000 tadika beroperasi semula.
Pengerusi PPPMM Chahaya Abdul Manan berkata, pengusaha tadika berdepan masalah apabila ramai ibu bapa tidak lagi membayar yuran yang merupakan sumber utama pembiayaan operasi mereka.
“Apabila pengusaha tadika gulung tikar, guru tadika akan hilang pekerjaan. Seterusnya, anak-anak tidak dapat disediakan dengan kemahiran asas seperti membaca sebelum masuk ke sekolah rendah.
“Ibu bapa juga kehilangan tempat jagaan anak kerana kebanyakan tadika juga dipakejkan sebagai pusat jagaan harian,” katanya dalam kenyataan, seperti dipetik Astro Awani semalam.
Semalam, Menteri Pendidikan Radzi Jidin semalam mengumumkan bahawa hanya pelajar tingkatan 5 dan 6 serta pelajar yang mengambil peperiksaan utama akan kembali bersekolah bermula 24 Jun ini dengan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
Susulan penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP), semua sekolah akan kembali dibuka secara berperingkat tetapi setakat ini belum ada tarikh khusus ditetapkan untuk sekolah rendah dan pra-sekolah.
Pagi ini, PPMM mengongsikan satu petisyen atas talian yang antara lain memohon Kementerian Pendidikan memberi kebenaran untuk tadika memulakan semula operasi dengan kadar segera.
Setakat jam 10.30 pagi hari ini, petisyen tersebut mengumpul 3,239 tandatangan.
Turut menggesa agar Kementerian Pendidikan mempertimbang agar tadika dibenarkan kembali beroperasi, Chahaya berkata banyak tadika telah mengecilkan saiz operasi sepanjang perintah kawalan pergerakan (PKP) yang bermula sejak 18 Mac.
Katanya, walaupun pengusaha tetap menjalankan kelas secara dalam talian pada tempoh tersebut, penyertaan murid semakin merosot apabila ibu bapa kembali bekerja dan anak-anak dihantar ke rumah pengasuh sejak Mei lalu.
“Pengusaha tadika di seluruh negara bersedia untuk mematuhi SOP ditetapkan kementerian asalkan dapat beroperasi semula secepat mungkin.
“Malah, sebenarnya penjagaan anak di tadika adalah jauh lebih mudah berbanding jagaan di taska kerana faktor komunikasi dan murid lebih patuh dan senang dikawal,” katanya lagi seperti dipetik.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/06/ribuan-guru-bakal-hilang-kerja-jika.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dua Juta Hilang Kerja Tambah 600 000 Ribu Lagi Tahun Depan

Dua Juta Hilang Kerja Tambah 600 000 Ribu Lagi Tahun Depan

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 334 hits
recent survey by JobStreet 20 respondents retrenchedsurvey in May involved 5 000 participants1 in 5 M sians lost their jobs due to Covid 19more than 2 mill M sians expected to be unemployed35 M sians experienced more than 30 salary reductio...
Hilang Kerja Sebagai Pereka Tudung Pemegang Ijazah Ini Kerja Angkat Sampah Dengan Caj Rm1

Hilang Kerja Sebagai Pereka Tudung Pemegang Ijazah Ini Kerja Angkat Sampah Dengan Caj Rm1

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 437 hits
Asalkan sumber pendapatannya adalah halal bukan small Cover image via Harian Metro span span small Pandemik Covid 19 telah memberi kesan yang besar kepada ekonomi di seluruh dunia termasuk Malaysia Di negara ini sahaja laporan menyatakan ba...
Pemerintah Bakal Perketat Wilayah Kerja Industri Yang Langgar Protokol Kesehatan

Pemerintah Bakal Perketat Wilayah Kerja Industri Yang Langgar Protokol Kesehatan

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 198 hits
Staf Ahli Bidang Konektivitas Pengembangan Jasa dan Sumber Daya Alam Kementerian Koordinator Bidang Perekonomian Raden Edi Prio Pambudi memastikan pembukaan 9 sektor ekonomi tetap memperhatikan protokol kesehatan Khususnya dalam hal perhitu...
Dibuka Besok Pegawai Mal Bakal Kerja Lebih Keras

Dibuka Besok Pegawai Mal Bakal Kerja Lebih Keras

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 264 hits
Pusat Perbelanjaan atau mal di DKI Jakarta mulai dibuka besok Senin Namun pegawai yang bekerja hanya setengah dari jumlah pegawai sebelum virus corona mewabah di Indonesia
Penarik Beca Pulau Pinang Hilang Sumber Pendapatan Terdesak Cari Kerja Lain

Penarik Beca Pulau Pinang Hilang Sumber Pendapatan Terdesak Cari Kerja Lain

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 276 hits
Penarik beca di Pulau Pinang tidak mempunyai sebarang pendapatan akibat sekatan pergerakan selama 3 bulan yang menyebabkan tiada orang atau pelancong asing di jalanan Persatuan Penarik Beca Pulau Pinang berkata ramai daripada mereka terpaks...
Syukur Gembira Geran Pembukaan Semula Taska Pengusaha Tadika Mohon Tadika Turut Di Buka

Syukur Gembira Geran Pembukaan Semula Taska Pengusaha Tadika Mohon Tadika Turut Di Buka

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 594 hits
Setelah hampir tiga bulan terpaksa menutup operasi pengumuman dari YAB Tan Sri Dato Haji Muhyidin Haji Mohd Yassin semalam yang membenarkan pembukaan Taska pastinya memberi sedikit kelegaan buat semua pengusaha taska Bukan hanya geran untuk...
Kerja Hilang Duit Makin Kurang Dan Tak Boleh Bayar Bil Itu Ini Akibat Pkp

Kerja Hilang Duit Makin Kurang Dan Tak Boleh Bayar Bil Itu Ini Akibat Pkp

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 458 hits
Time PKP ni ramai yang terkesan dengan apa yang berlaku Kerja hilang duit makin kurang tak boleh bayar itu ini dan jika berlanjutan PKP tak mustahil akan BANKRAP Tahu perasaan bagaimana bila bankrap Usahawan bernama Hafiz Mansor ni dah lalu...
Hilang Kerja Ditinggalkan Isteri Ekoran Krisis Covid 19 Penganggur Mati Bunuh Diri

Hilang Kerja Ditinggalkan Isteri Ekoran Krisis Covid 19 Penganggur Mati Bunuh Diri

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 453 hits
Seorang lelaki ditemui mati tergantung di sebatang pokok di Chiang Mai dipercayai membunuh diri selepas krisis Covid 19 telah menyebabkan dia kehilangan kerja dan ditinggalkan isterinya bersama dengan anak berusia enam bulan Mangsa yang dik...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba