Syukur Dipinjamkan Kebahagiaan Di Dunia Isteri Hargai Kebaikan Suami Keluarga Mertua


Sebagai seorang isteri, tidak banyak yang kita harapkan dari suami. Cukuplah disayangi dan dihargai, itu sudah membuatkan seorang isteri bahagia. Harta dan kekayaan adalah bonus jika kita merasainya dalam perkahwinan. Yang penting kesetiaan serta kebaikan suami kepada isteri.
Seperti yang diceritakan oleh wanita ini, dia bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang bertanggung jawab. Dalam perkahwinannya, dia bahagia kerana diberi rezeki merasai hidup bersama seorang lelaki yang baik serta keluarga mertua yang cukup menyayanginya.
Tolong share kisah saya ni ya admin. Nama saya Zurin. Seorang isteri dan mempunyai seorang anak. Seorang anak lelaki yang sempurna di mata saya dan suami. Cukuplah tentang anak, saya nak bercerita tentang suami saya. Orangnya sangat baik dan bertimbang rasa. Selalu bantu saya dengan kerja rumah.
Suami saya namanya Rizman. Dia tua lima tahun dari saya. Kami saling mengenali kerana dia berkawan dengan abang saya. Dulu waktu dia mahu mengorat saya, dia dapatkan izin Bengah saya dulu. Alhamdulillah, bila Bengah kata okay baru dia ‘masuk jarum’.
Kahwin Cara Sederhana, Keluarga Restu Kami berkawan tak lama, lebih kurang setahun. Kemudian bertunang lima bulan sebelum bernikah. Perkahwinan kami dibuat secara sederhana. Memandangkan keluarga saya sudah lama mengenali Rizman, maka tak susah mereka mengizinkan kami mendirikan rumah tangga.
Keluarga Rizman juga menerima saya dengan baik. Kedua-dua mertua melayan saya seperti anak mereka sendiri. Tidak kekok apabila saya menyertai keluarga Rizman. Adik-beradiknya pun semua baik-baik. Saya sayang keluarga baru saya ni.

Mengandung, Suami Jaga Baik-Baik Selepas kami berkahwin lebih kurang setahun, rezeki saya dan Rizman akhirnya disahkan mengandung. Saya pun tak sangka hamil kerana saya haid saya jenis yang selalu lewat, tidak teratur. Sebelum tahu mengandung, saya dan Rizman siap menebas semak di sekitar rumah ibunya.
Waktu saya hamil, saya tidaklah mabuk teruk. Syukur, semuanya dipermudahkan. Cuma masuk trimester ketiga kehamilan, saya mendapat kencing manis. Jadi, terpaksa berdiet supaya bacaan gula tidak tinggi.
Rizman yang menjaga diet saya. Dia pantau dengan baik. Sejak kandungan saya 7 bulan, dia tak bagi saya buat kerja berat sangat. Katanya cukuplah saya masak untuk dia sahaja. Urusan rumah tangga yang lain, biar dia saya yang uruskan. Setiap malam, dia akan urut kaki dan belakang badan saya. Jujurnya saya bahagia.
Pengakuan Lain: [“Dia Pijak Perut Saya Sampai Gugur.” Sayangkan Suami, Isteri Rela Jadi ‘Punching Bag’]
Selamat Melahirkan Bayi Lelaki Sampai waktu, saya melahirkan anak lelaki yang comel. Memandangkan saya ada GDM, jadi bayi saya besar sikit. Alhamdulillah, saya dapat melahirkan dengan normal walaupun awalnya agak sukar.
Memandangkan kami dapat anak lelaki, Rizman minta kebenaran saya untuk namakan dia Rizqy. Saya tak kisah, asalkan nama itu ada pengertian yang baik. Lagipun baby Rizqy pun anak dia juga. Memandangkan tiada apa-apa masalah, saya dan anak dibenarkan pulang pada keesokkan harinya.
Berpantang Dengan Kedua-Dua Ibu Selepas 3 hari berpantang sendiri di rumah kami, akhirnya Rizman bawa saya pulang ke kampung. Rizman kata sekurang-kurangnya biar saya diurut dahulu. Dah segar sikit badan, baru balik ke kampung. Ya, saya setuju.
Mula-mula Rizman hantar saya berpantang di rumah ibu saya. Seronoklah dapat balik ke kampung. Ibu dan abah saya dah sediakan keperluan berpantang untuk saya. Segala herba untuk dibuat mandi dan makan ketika dalam pantang semuanya dah disediakan. Rasa macam permaisuri pun ada.
Selepas dua minggu berpantang di rumah ibu, saya sudah semakin sihat. Badan pun dah makin segar. Tibalah giliran untuk saya berpantang di rumah mertua pula. Supaya saya tidak kekok, Rizman ambil cuti untuk temankan saya. Sebenarnya saya segan juga, tapi mujurlah Rizman ada.
Berpantang di rumah mertua pun seronok juga. Dimanjakan emak dan ayah. Dah sihat pun dia masih layan macam saya baru keluar hospital. Masakkan lauk pantang yang sedap-sedap untuk saya.
Memandangkan Rizqy menyusu badan, emak jerangkan air longan kering dan kurma merah untuk saya. Mungkin disebabkan saya dijaga dengan baik, Alhamdulillah saya cepat sembuh.
Tolong Jaga Anak, Tidak Berkira Bila kami dah balik ke rumah sendiri, Rizman banyak membantu saya. Walaupun saya sudah sembuh, tapi dia masih tak benarkan saya untuk buat kerja-kerja berat. Apa sahaja yang dia boleh bantu, dia akan tolong untuk mudahkan urusan saya.
Pengakuan Lain: [“Umpama MCO Dalam Rumah Sendiri.” Penat Melayan Kerenah Mertua Umpama Bos]
Saya tidak bekerja tapi ada buat bisnes online. Saya jual baju-baju preloved, Alhamdulillah rezeki murah. Banyak yang percaya dengan saya dan bisnes ni dapat buat untung. Biasalah bisnes online tak boleh malas, kena rajin update. Jadi, suamilah yang banyak tolong jagakan Rizqy waktu saya ‘bekerja’.
Kerja rumah pun banyak yang dia bantu. Sejujurnya saya beruntung dapat suami sebaik Rizman. Saya sayangkan dia. Semoga saya dapat menjadi isteri terbaik untuk dia juga.
Tujuan saya berkongsi cerita ini bukan untuk membangga diri. Jauh sekali riak kerana dikurniakan suami yang baik. Saya cuma mahu berkongsi rasa syukur dan mengharapkan doa yang baik-baik dari anda semua.
Inilah pinjaman Allah SWT yang terbesar buat saya. Pinjaman untuk merasa bahagia dengan suami dan keluarga mertua yang baik-baik. Inilah doa saya sejak dulu lagi, sebelum dipertemukan dengan suami saya. 
Sebagai isteri tiada apa yang kita inginkan dari suami, cuma kesetiaan dan timbang rasa dari mereka kan? Kita dah cukup bahagia jika dikurniakan suami yang menyayangi kita seadanya. Saya doakan supaya kita sama-sama memperoleh kebahagiaan dunia dan akhirat. Amin.
Sekiranya anda mempunyai sebarang cerita atau pengalaman yang ingin dikongsikan, boleh klik di KONGSI CERITA.
The post “Syukur Dipinjamkan Kebahagiaan Di Dunia.” Isteri Hargai Kebaikan Suami & Keluarga Mertua appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/syukur-dipinjamkan-kebahagiaan-di-dunia-isteri-hargai-kebaikan-suami-keluarga-mertua/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suami Mohon Hargai Jasa Frontliner Isteri Tak Sempat Berbuka Sahur

Suami Mohon Hargai Jasa Frontliner Isteri Tak Sempat Berbuka Sahur

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 954 hits
Mencabar apabila frontliners kini harus bertugas sambil berpuasa Namun kerja mereka tetap diteruskan seperti biasa dan semangat harus dikuatkan walaupun hakikatnya tetap menggigil menjalankan tugas Berbuka tak sempat bersahur pun tak Seoran...
Terima Kasih Allah Walaupun Suami Meninggal Akibat Covid Isteri Syukur Akhirnya Sihat

Terima Kasih Allah Walaupun Suami Meninggal Akibat Covid Isteri Syukur Akhirnya Sihat

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 430 hits
Setelah berjuang hampir 14 hari tiada apa yang mampu diucapkan selain bersyukur apabila mendapat keputusan bebas Covid 19 pada hari Jumaat lalu Berita ini sesuatu yang ditunggu tunggu walaupun cuku terkesan kehilangan insan tercinta akibat ...
Hai Suami Di Alam Maya Wanita Syukur Sah Bergelar Isteri Walau Bernikah Melalui Sidang Video

Hai Suami Di Alam Maya Wanita Syukur Sah Bergelar Isteri Walau Bernikah Melalui Sidang Video

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 343 hits
Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan menyebabkan pelbagai urusan terpaksa ditangguhkan dan berubah mengikut prosedur tertentu Antara yang mendapat perhatian adalah pernikahan dalam talian melalui sidang video untuk setiap pasangan mengi...
Xray Dada Teruk Kami Syak Suami Puan Dijangkiti Covid 19 Isteri Hamil Terkelu Dengar Penjelasan Doktor

Xray Dada Teruk Kami Syak Suami Puan Dijangkiti Covid 19 Isteri Hamil Terkelu Dengar Penjelasan Doktor

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 232 hits
Walaupun pelbagai kempen yang dijalankan oleh pihak berkuasa mengenai isu bahaya merokok namun kempen kesedaran itu seperti tidak diendahkan oleh perokok Hanya memikirkan kepuasan kesihatan diri dan orang orang disekeliling tidak diendahkan...
Isteri Kuat Berleter Suami Ubah Jentolak Kepada Jakuzi

Isteri Kuat Berleter Suami Ubah Jentolak Kepada Jakuzi

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 256 hits
Dave Eastwood menghabiskan dua tahun terakhir membina rumah baru untuk dirinya dan pasangannya Helen Kettleborough di West Yorkshire England Ketika rumah mereka dalam proses pembinaan pasangan itu terpaksa tinggal di dalam garaj yang bermak...
Sebelum Tidur Suami Isteri Kena 0 0 Dulu Baru Terang Nur Dalam Rumah Tangga

Sebelum Tidur Suami Isteri Kena 0 0 Dulu Baru Terang Nur Dalam Rumah Tangga

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 470 hits
Berselisih pendapat dalam perkahwinan adalah normal Setiap pasangan pasti pernah bermasam muka kerana masalah masalah yang melanda Pun begitu sangat penting untuk suami isteri saling bermaafan dan melupakan perkara itu supaya rumah tangga k...
Tiba Tiba Isteri Diam Tandanya Dia Penat Dah Habis Kata Kata Cuma Harap Suami Faham

Tiba Tiba Isteri Diam Tandanya Dia Penat Dah Habis Kata Kata Cuma Harap Suami Faham

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 451 hits
Bila isteri tiba tiba tak bercakap itu tanda dia PENAT Penat terhadap perangai suami penat terhadap apa yang selalu dia buat penat dengan karenah anak anak penat dengan kerja kerja rumah penat dengan apa yang dia lalui hari demi hari ARTIKE...
Video Bengang Suami Lepak Berjudi Geng Isteri Hancurkan Mesin Judi

Video Bengang Suami Lepak Berjudi Geng Isteri Hancurkan Mesin Judi

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 527 hits
Sekumpulan wanita berstatus isteri telah menyebabkan kekecohan berlaku di sebuah kampung dekat Kota Medan Sumatera Utara Menurut Tribun semalam puluhan wanita telah menyerang sebuah kedai judi di kampung tersebut kerana geram ianya dibuka k...
Suami Isteri Dan Jiran Naik Kereta Bersama Mahu Beli Barang Didenda Rm1 000

Suami Isteri Dan Jiran Naik Kereta Bersama Mahu Beli Barang Didenda Rm1 000

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 441 hits
Akibat menaiki kereta beramai ramai untuk membeli barang di sebuah pasar raya sepasang suami isteri dan jiran mereka masing masing didenda RM1 000 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana mengingkari Perintah Kaw...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya