Syok Singgah Jalan Jalan Japan Masai Johor
Syok Singgah Jalan Jalan Japan (Kipmall), Masai, Johor || Hai! Pernah dengar pasal Jalan Jalan Japan? Haaaa.. Jalan Jalan Japan (JJJ) menjual pelbagai barangan preloved aka barangan terpakai. Kebanyakan harganya dalam range rm3, 5, 10, dan 30! Ada jugak yang lain harga, melebihi rm30, tapi lagi murah daripada selalu. Kali pertama aku pergi tu ada nampak bag saiz A4, harganya rm1 weh! Baru ni pergi nampak ada file rm1
Yes, sesiapa pengguna preloved item, of course you guys boleh jadi gila masuk sini!!! HAHA.. Lagi-lagi kalau jumpa pakaian yang muat dengan saiz badan, dan nampak banyak barang yang boleh digunakan, mesti berganda-ganda seronok lah!
Untuk pengetahuan, Nona and family sometimes memakai dan menggunakan barangan preloved tapi sebelum beli tu haruslah check check terlebih dahulu. Kan?
So kalini Nona singgah cawangan Jalan Jalan Japan (JJJ) yang kelapan di Kipmall Masai, Johor. Keluasannya mencecah 20,000 sq.ft. Make sure you dah dua dose campur 14 hari, baru boleh masuk ke sini yer~
j
Di JJJ, terdapat pakaian dewasa, kanak-kanak, kasut, barangan dapur seperti pinggan mangkuk, cawan, handbag, bag laptop, barangan bayi seperti stroller dan mainan, baju kostum, aksesori, alatan golf, alat camping, basikal, payung, kipas tangan, alat muzik seperti gitar, dan bermacam-macam lagi dijual dengan harga yang murah serta mampu milik tau!!!!
Barangan berkaitan negara Jepun pun ada seperti set Kimono berserta terompahnya dan lelain, kipas tangan yang diprint muka artis Jepun, set cawan, piring yang bertulisan Jepun,dan patung perhiasan anime Jepun ada jugak! Siapa peminat anime, mesti rasa nak simpan satu!
Aku dah pernah pergi sebelum ni tapi beli sikit barang untuk bagi pada member. So ini kiranya kali kedua aku singgah JJJ Kipmall, Masai. Kalau adik aku si Akilah tu, dah berpuluh puluh kali pergi JJJ sebab dia pun kerja kat kedai dalam mall ni jugak...Hehee...Of course la dia always singgah check stock yang ada..
Jomlah tengok betapa meriahnya barang-barang preloved kat dalam ni!!! Ada few gambar saya letak kat FB aje...Huhu..
Saiz pakaian yang berbeza beza telah menggunakan warna yang berlainan
Skirt dan seluar. Aku rembat satu seluar jeans
Gerammm tengok kasut bercorak camni!! RM10! Kulit masih elok.
Barangan baby
Alat muzik Japan, namanya Taishogoto (Nagoya Harp). Gitar pun ada tau, pilihlah nak ada tali atau tak
Aksesori pun banyak
Oh ya! Ada jugak seksyen barang branded
Saja try kimono. Acah acah model! Kahhhh
Banyak bilik persalinan, no worries
Done shopping! Total harga barang my sister and me ialah RM101.00! Penuh dua troli
Psst
Let OOTD
RM5 je blaus ni!
Suka yang ni, ada poket kat depan
Ewahhh! Tak nak kalah buat OOTD
RM10 oi
Knitwear: RM5Jeans: RM30
Kedua-duanya beli di JJJ~
My sisturrr doing OOTD! Banyakk lagi outfit dia sebenarnya tau! Topi tu pun beli kat JJJ
Aku beli baju, seluar jeans, topi, cawan berkartun mickey mouse dan payung lipat! Payung berharga RM6 je dengan condition yang boleh diterima, seharusnya saya beli. Betul tak
Nanti datang lagi, tengok apa stock baru yang lain..Hihi.
Ok, kalau ada sesiapa berminat nak pergi Jalan Jalan Japan, ini cawangan mereka yang sedang beroperasi di seluruh Malaysia dan waktu operasi:
1.) JJJ One City, Subang USJ 10am-10pm2.) JJJ 1 Shamelin, Cheras 10am-10pm3.) JJJ CennterPoint, Seremban 10am-10pm4.) JJJ M3 Mall, Gombak 10am-10pm5.) JJJ KIP Mall, Bangi,Selangor 10am-10pm6.) JJJ Lotus Rawang, Selangor 10am-10pm7.) JJJ Lotus Seberang Jaya, Penang 10am-9pm8.) JJJ KIP Mall Masai, Johor Bahru 10am-10pmWebsite: https://jalanjalanjapan.com.my/
KIP Mall, MasaiA011, Kipmall Masai,2, Persiaran Dahlia 2,Taman Bukit Dahlia,81700 Masai, Johor Bahru
Open daily including Public Holidays.Hours: 10.00 am - 10.00 pm
''JOM SHOPPING DI JALAN JALAN JAPAN (KIPMALL)!''
Notahati: Merentas ke Pahang harini..Doakan selamat ye.
SENYUM SAJA
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.nonasani.com/2021/10/syok-singgah-jalan-jalan-japan-kipmall.html