Syok Layan Atv Adventure Park Kl Dekat Kemensah


Bila mak orang terlepas kejap main aktiviti lasak macam ni memang lain macam aura tu. hahah Aku ni pula memang sejenis suka aktiviti lasak. Bila ada peluang kita sapu aja. Last main ATV dekat sunway lagoon tahun bila entah dah lupa. Oleh itu bila kawan sepejabat plan untuk ke ATV Adventure Park KL dekat Kemensah harus lah join kan. Kebetulan laki aku pun free weekend tu so dengan izin beliau aku join je la. heheh. Lagi pun dekat je ni dekat Kemensah belakang zoo negara je.




Awal pagi berkumpul dekat sini. Sebelum tu ada briefing dulu cara guna ATV dan juga mengenai keselamatan. Benda wajib ni dan bukan semua orang biasa main ATV kan. Yang biasa naik motor pun jangan ingat dah terer sangat. Kena juga dengar. Lepas briefing tu kami di minta untuk test drive ATV pusing depan tu dalam 5 kali macam tu. Kawasan test tu pun ada batu dan curam juga so boleh la agak-agak kan.




Aku di beri tahu yang kami akan pergi 2 jenis air terjun bermaksud 2 jalan yang berbeza. Ada pakej dekat sini. Nak yang panjang ke susah ke apa semua ada la. Aku tak tahu la yang kami pergi ni pakej air terjun mana tapi yang pasti memang 2 air terjun la dan jalan maha dasyat juga. Aktiviti lasak bukan untuk semua orang pun sebenar nya. Kalau rasa diri tak berapa kuat baik la undur diri awal-awal. Bahaya juga kalau tak larat nak handle takut menuju ke gaung atau curam bukit sebab memang alahai sipi sangat dengan lurah bukit. Tapi kalau ikut maklumat dalam group whatsapp tu kami ambil pakej B dan C iaitu;

Pakej B - jarak yang diperlukan adalah 2 km perjalanan. Masa yang diambil termasuk rehat di air terjun Batu Asah lebih kurang 1 jam 30 minit ke 2 jam.

Pakej C - jarak keseluruhan 5 km dan masa yang diambil termasuk rehat di air terjun Sofea Jane lebih kurang 2 jam ke 2 jam 30 minit.

 ATV route pertama - air terjun sofea jane kemensah

Ni masa baru nak mula ke air terjun pertama. Aku terlebih excited sebenar nya so tak peduli dan tak dengar sangat nak pergi air terjun mana ke apa jenis jalan ke. Orang tengah syok terlepas dapat main benda kegemaran kan. hahahahha Aku harap betul la nama tempat pertama ni ke air terjun sofea jane. hahah kalau salah sila komen je nanti okay.

ATV ni kan naik sebaris straight je so setiap seorang guide akan bawa 4 peserta so memang ramai guide yang akan ikut. Kami agak ramai juga dan nama pun aktiviti pejabat kan. hehe Tak silap aku dalam 30 orang juga kot.


Ni antara laluan ATV ni tapi boleh je google search video kalau nak tahu lebih sebab memang tak dapat la nak ambil gambar atau video masa jalan. Nak selfie memang tak sanggup kang tercampak hp tu menangis tak berlagu aku. hahahah. Siapa suruh tak bawa go pro. Tapi jalan ke sofea jane ni agak mencabar weh aku ingat ala biasa la akar pokok semua tu. hahah Bergegar tangan hoi nak control. Memang pengalaman menarik gila bagi aku. Curam rasa nak terbalik pun ada dengan tanah licin berbatu. Naik bonggol tebal semua la. Macam-macam la jalan yang jumpa. Kalau tak pandai control boleh terbalik weh. Ada kawan pejabat aku terbalik ATV. Agak scary bukan so main la elok-elok ye. Kalau pregnant ke ada masalah kesihatan jangan nak gatal ikut main pula.


Dan akhirnya kami sampai dekat air terjun sofea jane ni. Jumpa satu keluarga dengan anak kecil. Gigih tau hiking ke sini budak tu. Bagus betul. Dekat sini agak ramai jumpa orang sebab ramai yang hiking ke sini. 





Kalau plan nak mandi baik mandi dekat sini agak luas dan best. Air terjun satu lagi tu kecil je so patut la kat sini yang ramai jumpa orang lain. heheh Aku konon taknak mandi nak ambil gambar orang je tapi last-last masuk juga. Kang rugi nanti kalau tak mandi sini. Air sejuk gila. best sangat.


Ni tempat parking ATV sementara yang lain semua pergi mandi air terjun. Haaa lupa nak bagi tau yang better bawa bekal dalam beg sikit sebab sampai sini mesti lapar. Ni baru satu check point. Ada satu lagi check point. hehehhe


Sebelum sampai ke sini memang laluan curam gila. Ni paling gerun aku rasa tapi kena juga lalu. Lepas puas mandi mari la kita menuju ke air terjun seterusnya. Bila jalan agak tenang je aku berani ambil gambar maka nampak macam relak je la laluan semua kan. heheh



ATV route kedua - air terjun batu asah kemensahAku cakap dekat guide ni scary gila curam tu tadi sekali dia kata nak ke tempat seterusnya ni lagi curam. Kau rasa? tapi laluan pendek dari yang pertama tu. Aku ingat yang ni dasyat rupanya ada lagi dasyat. hahahah. Nak ke air terjun satu lagi kena keluar balik jalan utama. Nampak macam biasa kan sekali betul seperti dia kata laluan lagi scaru siap guide semua turun standby nak tolak kalau sangkut. hahahahahha tepukkkk. Tapi aku berjaya yeayyy. Laluan sini lopak selut teruk weh sampai terpecik ke muka badan la. So tak payah nak melawa sangat kalau nak main ATV just pakai apa yang selesa je.


Laluan kesini tak lama pun cuma jalan je teruk dasyat lebih. Batu curam selut cukup semua pakej. Salah control ke curam bukit jawab nya. Tu yang menakutkan siap kena lalu titi kayu weh macam tak kukuh je aku tengok. Takut la juga.



Sini air terjun kecil sikit dari yang pertama tapi syok juga la mandi. Dah alang basah kan sebab kena selut kita masuk la mandi lagi apa salah nya kan.


Bagus jadi antara yang awal sampai so bila sampai air terjun dapat duduk lama sikit sementara tunggu semua sampai kan. Lepas sini terus patah balik dan masing-masing dah kebulur lapar weh. Tak sabar nak balik makan. hahahah Gambar terakhir sebelum gerak balik ke tempat berkumpul. Ni dekat air terjun batu asah.


ATV Adventure Park KL
Dekat sini selesa senang parking, ada tempat mandi, makan, solat dan juga pool kalau nak mandi. Tapi aku tak kuasa la nak mandi situ. Sampai je terus cari makan je ha lepas tu bersiap la mandi nak balik. hahahah



Kolam ni boleh mandi ye. Cantik sangat view. Ni antara gambar yang sempat aku ambil masa tu. Aku suka pemandangan sini.


Yang gazebo open bumbung biru tu ruang untuk solat. Boleh solat dekat situ ye. Gambar bawah ada la tempat kami berkumpul untuk dengar taklimat sebelum main ATV. Ruang mandi juga ada disediakan dekat sini.




Akhir sekali harga pakej ATV yang ada. Boleh la pilih mana nak ye. Aku ingat nanti kalau ada masa nak bawa anak-anak datang mandi air terjun dekat sini sebab macam syok je. Banyak jenis air terjun dan tempat riadah area kemensah ni. Mesti budak-budak tu suka. Sekian perkongsian aku mengenai ATV.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.athirahassin.com/2020/01/syok-layan-atv-adventure-park-kl-dekat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rugi Kalau Tak Makan Burger Dekat Mamat Burger Mersing Johor

Rugi Kalau Tak Makan Burger Dekat Mamat Burger Mersing Johor

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 499 hits
Rugi Kalau Tak Makan Burger Dekat Mamat Burger Mersing Johor The post appeared first on
Kapal Angkut 176 Orang Kandas Di Dekat Dermaga 1 Padang Bai

Kapal Angkut 176 Orang Kandas Di Dekat Dermaga 1 Padang Bai

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 150 hits
Kapal itu membawa 50 unit sepeda motor 2 unit kendaraan roda empat 10 unit truk ukuran sedang 9 unit truk ukuran besar dan 6 unit tronton
Melihat Dari Dekat Isi Kamar Duda Nassar Sungkar Mewah Banget

Melihat Dari Dekat Isi Kamar Duda Nassar Sungkar Mewah Banget

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 163 hits
Dari hasil kerja kerasnya Nassar Sungkar memiliki sebuah rumah yang berada di kaki Gunung Salak Bogor Rumah yang memiliki empat lantai ini tampak begitu mewah
Saaih Halilintar Kaget Kecelakaan Helikopter Kobe Bryant Terjadi Dekat Penginapannya

Saaih Halilintar Kaget Kecelakaan Helikopter Kobe Bryant Terjadi Dekat Penginapannya

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 382 hits
Saaih Halilintar kaget helikopter yang jatuh di dekat tempatnya menginap saat liburan di Los Angeles merupakan helikopter yang ditumpangi oleh pebasket Kobe Bryant
My Weekend Story Berniaga Dekat Majlis Kenduri Kahwin Orang

My Weekend Story Berniaga Dekat Majlis Kenduri Kahwin Orang

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 871 hits
Yasss lama pulak tak cerita apa aktiviti weekend aku kan Sebenarnya macam macam benda aku buat cuma penyakit malas tu je menghalang daripada aku nak menulis ni Itupun setelah di brain wash oleh Hilmi terus berkobar balik aku nak rajin updat...
Kucing Mengadu Dekat Tuan Kerana Arnab Memakan Makanannya Buat Netizen Terhibur

Kucing Mengadu Dekat Tuan Kerana Arnab Memakan Makanannya Buat Netizen Terhibur

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 360 hits
Tak pasal pasal Whiskas kena rembat dengan seekor arnab Kah Baru baru ini ada seorang pengguna yang bernama hansvii berkongsi satu video dan beberapa gambar di Twitter mengenai haiwan peliharaannya Menurut hansvii kucingnya asyik meow seola...
Tolak Wni Dari Wuhan Warga Natuna Demo Bakar Ban Di Dekat Lokasi Observasi

Tolak Wni Dari Wuhan Warga Natuna Demo Bakar Ban Di Dekat Lokasi Observasi

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 440 hits
Warga Natuna terus menyuarakan penolakan kedatangan warga negara Indonesia dari Wuhan China yang akan menjalani observasi di Lanud Raden Sadjad Para pendemo membakar ban di lokasi Informasinya yang saya terima demikian kata Kabid Humas Pold...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya