Syeikh Muhammad Bin Abdul Wahab Di Dar Iyah



Artikel Sebelumnya : SEJARAH AWAL PERGERAKAN SYEIKH MUHAMMAD BIN ABDUL WAHAB

Sesampai Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab di kampung wilayah Dar'iyah, yang tidak beberapa jauh dari tempat kediaman amir Muhammad bin Saud (pemerintah wilayah Dar'iyah), Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab menemui seorang penduduk di perkampungan itu. Orang tersebut bernama Muhammad bin Sulaim al-Arini. Bin Sulaim ini adalah seorang yang dikenali sebagai seorang yang soleh dikalangan masyarakat tempatan.
Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab meminta izin untuk tinggal bermalam di rumahnya sebelum meneruskan perjalanan ke tempat lain.
Pada mulanya ia ragu-ragu menerima Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab di rumahnya, kerana suasana Dar'iyah dan sekelilingnya pada waktu itu tidak tenteram, menyebabkan setiap tetamu yang datang hendaklah melaporkan kehadiran mereka kepada pihak berkuasa tempatan,
Namun setelah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab memperkenalkan dirinya serta menjelaskan maksud dan tujuannya datang ke wilayah Dar'iyah iaitu hendak menyebarkan dakwah ISLAM dan membenteras kemusyrikan, barulah Muhammad bin Sulaim ingin menerimanya sebagai tetamu.
Sesuai dengan peraturan yang wujud di Dar'iyah di kala itu yang mana setiap tetamu hendaklah melaporkan diri kepada pihak berkuasa tempatan, maka Muhammad bin Sulaim menemui amir Muhammad untuk melaporkan kehadiran tetamunya yang baru tiba dari Uyainah dengan menjelaskan maksud dan tujuannya kepada beliau.
Kononnya, ada riwayat yang mengatakan bahawa, seorang soleh datang menemui isteri amir Saud, ia berpesan untuk menyampaikan kepada suaminya, bahawa ada seorang ulama dari Uyainah yang bernama Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab hendak menetap di wilayahnya. Beliau hendak menyampaikan dakwah ISLAMiyyah dan mengajak masyarakat kepada tauhid yang sebersih-bersihnya. Ia meminta agar isteri amir Muhammad bin Saud memujuk suaminya supaya menerima ulama tersebut agar dapat menjadi warga wilayah Dar'iyah serta mahu membantu perjuangan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab dalam menegakkan agama ALLAH.
Isteri Ibn Saud ini adalah seorang wanita yang soleh. Maka tatkala Saud mendapat giliran ke rumah isterinya ini, si isteri menyampaikan semua pesan-pesan itu kepada suaminya.
Selanjutnya ia berkata kepada suaminya;
"Bergembiralah kekanda dengan keuntungan yang besar ini. Keuntungan di mana ALLAH telah mengirimkan ke negeri kita seorang ulama, juru dakwah yang mengajak masyarat kita kepada agama ALLAH. Berpegang teguh kepada Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya. Inilah suatu keuntungan yang sangat besar. Kanda jangan ragu-ragu untuk menerima dan membantu perjuangan ulama ini, mari sekarang juga kekanda menjemputnya kemari."
Akhirnya Ibn Saud dapat diyakinkan oleh isterinya yang soleh itu. Namun, Ibn Saud bimbang sejenak. Ia berfikir apakah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab itu dipanggil datang mengadapnya atau dia sendiri yang harus datang menjemput Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab untuk dibawa ke kediamannya? Ibn Saud pun meminta pandangan dari beberapa penasihatnya, terutama isterinya sendiri, tentang bagaimanakah cara yang lebih baik yang harus dilakukan olehnya.
Isteri dan para penasihatnya yang lain sepakat bahawa sebaik-baiknya dalam hal ini, Ibn Saud yang harus datang menemui Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab di rumah Muhammad bin Sulaim. Kerana ulama itu didatangi dan bukan ia yang datang. Maka baginda dengan segala kerendahan hatinya, bersetuju dengan nasihat dan isyarat dari isteri mahupun para penasihatnya.
Maka pergilah Ibn Saud bersama beberapa orang pentingnya ke rumah Muhammad bin Sulaim, dimana Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab bermalam.
Sesampainya Ibn Saud di rumah Muhammad bin Sulaim, disana Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab bersama tuan rumah sudah bersedia menerima kedatangan amir Ibn Saud. Amir Ibn Saud memberi salam dan keduanya saling merendah diri selain saling menghormati.
Ibn Saud berkata;
"Ya tuan Syeikh! Bergembiralah tuan di negeri kami, kami menerima dan menyambut kedatangan tuan di negeri ini dengan penuh gembira. Dan kami berikrar untuk menjamin keselamatan dan keamanan tuan Syeikh di negeri ini dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat Dar'iyah. Demi kejayaan dakwah ISLAMiyyah yang tuan syeikh rencanakan, kami dan seluruh keluarga besar Ibn Saud akan mempertaruhkan nyawa dan harta untuk bersama-sama tuan Syeikh berjuang demi meninggikan agama ALLAH dan menghidupkan sunnah RasulNya sehingga ALLAH memenangkan perjuangan ini, insyALLAH."
Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab menjawab ;
"Alhamdulillah, tuan sepatutnya gembira dan Insyallah negeri ini akan diberkati ALLAH. Kami juga ingin mengajak umat ini kepada agama ALLAH. Siapa yang menolong agama ini, ALLAH akan menolongnya. Dan siapa yang mendukung agama ini, niscaya ALLAH akan mendukungnya. Dan Insyallah kita akan melihat kenyataan ini dalam waktu yang tidak begitu lama"
Ibn Saud berkata;
"Ya tuan Syeikh! Aku berbai'ah kepada anda untuk membela agama ALLAH dan RasulNya dan demi jalan yang diredhaiNya."
Setelah lafaz bai'ah tersebut diucapkan, nampaknya Ibn Saud merasakan bai'ahnya belum cukup sempurna, kerana ada sesuatu yang belum diucapkan, lalu Ibn Saud memperbaharui lagi bai'ahnya. Beliau berkata seperti berikut ;
"Tetapi aku sedikit was-was, jangan-jangan setelah kami mendukung perjuangan anda dalam rangka kelancaran dakwah ini, dan kemudian ALLAH memberikan kemenangan di pihak anda atas musuh-musuh ISLAM, lantas anda meninggalkan negeri kami untuk mencari negeri lain dan tinggal di sana. Kami tidak mahu berbai'ah seperti itu, akan tetapi kami harus mengucapkan bai'ah kami seperti ini, 'Aku berbai'ah (sumpah setia) dengan anda atas dasar darahku, darahmu, keruntuhanku, keruntuhanmu. Aku tidak akan mengusirmu dari negeri ini selama-lamanya."

Demikianlah ucapan bai'ah dari seorang amir (Penguasa) tunggal negeri Dar'iyah, yang bukan hanya sekadar membela dakwahnya sahaja, tetapi juga sekaligus membela darahnya bagaikan saudara kandung sendiri, yang bererti di antara amir dan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab sudah bersumpah setia, sehidup semati, senasib dan seperuntungan, dalam menegakkan hukum ALLAH dan RasulNYA di persada tanah Dar'iyah.
Ternyata apa yang diikrarkan oleh Ibn Saud itu benar-benar ditepatinya. Dia bersama Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab seiring sejalan, bahu membahu, dalam menegakkan kalimah ALLAH dan berjuang di jalanNYA. Sehingga cita-cita dan perjuangan mereka disampaikan ALLAH dengan penuh kemenangan yang gilang-gemilang.
Sejak hijrahnya Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab ke negeri Dar'iyah, kemudian melancarkan dakwahnya di sana, maka berduyun-duyunlah masyarakat luar Dar'iyah yang datang dari penjuru Jazirah Arab. Di antara lain dari Uyainah, Urgah, Manfuhah, Riyadh dan negeri-negeri jiran yang lain, menuju Dar'iyah untuk menetap dan tinggal di negeri hijrah ini, sehingga negeri Dar'iyah penuh sesak dengan kaum Muhajirin dari seluruh tanah Arab.
Nama Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab menjadi cukup terkenal dikalangan masyarakat, baik di dalam mahupun di luar negeri Dar'iyah, sehingga ramai penuntut ilmu datang berbondong-bondong, sama ada secara perseorangan mahupun secara berkumpulan ke negeri Dar'iyah.
Maka menetaplah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab di negeri Hijrah ini dengan penuh penghormatan dan ketenteraman serta mendapat sokongan dan kecintaan dari semua pihak.
Beliau pun mula membuka madrasah dengan menggunakan kurikulum yang menjadi teras bagi rencana perjuangannya iaitu bidang pengajian aqaid al Quran, tafsir, fiqh, usul fiqh, hadis, muslahah hadis, tatabahasa (nahu / saraf)nya serta lain-lain lagi dari ilmu yang bermanfaat.
Dalam waktu yang singkat sahaja, Dar'iyah telah menjadi pusat keilmuan dan kota pendidikan ISLAM. Para penuntut ilmu baik tua ataupun muda berduyun-duyun datang ke negeri ini.
Disamping pendidikan formal (madrasah), diadakan juga dakwah umum yang bersifat terbuka untuk semua lapisan masyarakat, termasuk majlis-majlis ta'limnya.
Gema dakwah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab begitu terkenal di setiap sudut negeri Dar'iyah dan negeri-negeri jirannya. Kemudian Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab mula menegakkan jihad, menulis surat-surat dakwahnya kepada tokoh-tokoh tertentu untuk bergabung dengan barisan Muwahiddin yang dipimpin oleh dirinya sendiri. Hal ini dalam rangka pembaharuan tauhid demi membasmi kesyirikkan, bid'ah dan khurafat di negeri mereka.
Untuk langkah awal pergerakan itu, Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab memulakannya di negeri Najd. Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab mula mengirim surat-suratnya kepada penguasa-penguasa dan ulama-ulamanya di sana.
Berdakwah Melalui Surat-Menyurat
Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab menempuh pelbagai macam dan cara, dalam menyampaikan dakwahnya, sesuai dengan keadaan masyarakat yang dihadapinya. Di samping berdakwah melalui lisan, beliau juga tidak mengabaikan dakwah secara pena dan pada saatnya juga jika perlu beliau berdakwah dengan besi (pedang).
Maka Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab mengirimkan suratnya kepada ulama-ulama Riyadh dan para umaranya, yang pada ketika itu adlaah Dahkan bin Dawwas. Surat-surat itu juga dikirim kepada para ulama Khariq dan penguasa. Begitu juga ulama-ulama negeri Selatan seperti Al Qassim, Hail, Al Wasyim, Sudair dan banyak lagi.
Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab terus mengirimkan surat-surat dakwahnya itu ke mana-mana, sama ada ianya dekat ataupun jauh. Semua surat-surat itu ditujukan kepada para umara dan ulama, dalam hal ini termasuklah ulama negeri Al Ihsa', daerah Badwi dan Haramain (Makkah dan Madinah). Begitu juga ulama-ulama Mesir, Syria, Iraq, India, Yaman dan lain-lain lagi. Di dalam surat-surat itu, Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab menjelaskan tentang bahaya syirik yang mengancam negeri-negeri ISLAM di seluruh dunia disamping bahaya bid'ah, khurafat dan tahyul.
Namun ianya bukanlah bererti bahawa ketika itu tidak ada lagi perhatian para ulama ISLAM tempatan kepada agama ini, sehingga seolah-olah bagaikan tidak ada lagi yang menguruskan hal ehwal agama. Akan tetapi yang sedang kita bicarakan sekarang adalah hal ehwal negeri Najd dan sekitarnya.
Tentang keadaan negeri Najd, di waktu itu sedang dilanda pelbagai kemusyrikan, kekacauan, keruntuhan moral, bid'ah dan khurafat. Kesemua itu lahir bukanlah kerana tidak ada para ulama, malah ulama sangat ramai jumlahnya. Tetapi kebanyakan mereka tidak mampu menghadapi keadaan yang sudah begitu parah.

Misalnya di negeri Yaman dan lainnya, di mana di sana tidak sedikit para ulamanya yang aktif melakukan amar ma'ruf nahi mungkar, serta menjelaskan mana yang bid'ah dan mana yang sunnah. Namun ALLAH belum mentakdirkan kejayaan dakwah itu dari tangan mereka seperti yang ALLAH takdirkan kepada Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab.
Para ahli sejarah mengatakan, beberapa faktor penting yang menyebabkan dakwah mereka itu gagal atau kurang mendapat perhatian. Antaranya ialah ;
1. Tidak mendapat sokongan dari pihak berkuasa tempatan.2. Kekurangan daya tabah dan sabar dalam menghadapi pelbagai macam rintangan dakwah.3. Kurangnya ilmu pengetahuan yang harus dimiliki oleh seorang da'ie terutama ilmu medan, taktik dan strategi.4. Kurangnya kebijaksanaan dalil dalam menyampaikan dakwah kepada para pendengarnya.
Berkat hubungan surat menyurat Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab kepada para ulama dan umara dalam dan luar negeri, ianya telah menambahkan lagi kemasyhuran nama Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab sehingga dia disegani oleh kawan dan lawannya. Jangkauan dakwahnya semakin jauh berkumandang di luar negeri, dan tidak kecil pengaruhnya di kalangan ulama dan pemikir ISLAM di seluruh dunia seperti India, Nusantara Kepulauan Melayu, Pakistan, Afghanistan, Afrika utara misalnya Maghribi (Morocco), Mesir (Egypt), Syria, Iraq dan lain-lain lagi.
Sememangnya cukup ramai para dai'e dan ulama di negeri-negeri tersebut, tetapi pada waktu itu ramai diantara mereka yang kehilangan arah, meskipun mereka memiliki ilmu-ilmu yang cukup memadai.
Begitu bersemarak dan bergema suara dakwah dari Najd ke negeri-negeri mereka, serentak merek bangkit sahut-menyahut menerima ajakan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab untuk menumpaskan kemusyrikan dan memperjuangkan pemurnian tauhid. Semangat mereka timbul kembali bagaikan pohon yang telah layu, lalu datang hujan lebat menyiramnya sehingga menjadi hijau dan segar kembali.
Demikianlah banyaknya surat-surat di antara Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab dengan para ulama di luar Jazirah Arab, sehingga menjadi dokumen yang amat berharga sekali. Akhir-akhir ini semua tulisannya sama ada yang berbentuk risalah mahupun kitab-kitabnya, dicetak dan disebarkan ke seluruh pelusuk dunia ISLAM sama ada melalui NGO mahupun kerajaan Arab Saudi sendiri. Begitu juga dengan tulisan-tulisan dari putera-putera dan cucu-cucu Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab serta tulisan para para muridnya, pendukungnya, yang telah mewarisi ilmu yang ALLAH berikan kepadanya. Di masa kini tulisan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab sudah tersebar luas ke seluruh pelusuk ISLAM.
Dengan demikian jadilah Dar'iyah sebagai pusat penyebaran dakwah kaum Muwahiddin (gerakan pemurnian tauhid) oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab yang didukung oleh penguasa amir Ibnu Saud. Kemudian murid-murid keluaran Dar'iyah pula menyebarkan ajaran-ajaran tauhid murni ini ke seluruh pelusuk negeri dengan cara membuka sekolah-sekolah di daerah-daerah mereka.
Namun demikian, perjalanan dakwah ini tidak sedikit mengalami rintangan dan gangguan yang menghalangi. Tetapi setiap perjuangan itu tidak mungkin berjaya tanpa adanya pengorbanan.
Sejarah pembaharuan yang digerakkan oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab ini tercatat dalam sejarah dunia sebagai yang paling hebat dari jenisnya dan amat cemerlang.
Di samping itu, hal ini merupakan suatu pergerakan perubahan besar yang banyak memakan korban manusia mahupun harta benda. Kerana pergerakkan ini mendapat tentangan bukan hanya dari luar, akan tetapi lebih banyak datangnya dari kalangan umat ISLAM sendiri terutamanya tokoh-tokoh agama ISLAM  sendiri yang takut akan kehilangan pangkat, kedudukan, pengaruh dan jama'ahnya. 
Namun, oleh kerana perlawanan sudah dimulakan dari dalam, maka orang-orang di luar ISLAM pula, terutama sekali kaum Orientalis mendapat peluang besar untuk campur tangan bagi memperbesarkan lagi perselisihan di antara umat ISLAM sehingga berlakunya bid'ah membid'ah dan malah kafir mengkafir.

Masa-masa tersebut telah berlalu. Umat ISLAM kini sudah sedar tentang apa dan siapa kaum Wahabi itu. Dan satu persatu kejahatan dan kebusukkan kaum Orientalis yang sengaja mengadu domba antara sesama umat ISLAM mula disedari, begitu juga dari kaum penjajah barat, semuanya kini sudah terungkap.
Meskipun segala-galanya telah selesai, namun nama pergerakkan pembaharuan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab sudah terlanjur masyhur dengan nama Wahabiyyah atau Wahabiyyin berbanding Muwahiddun, meskipun pihak yang bersangkutan sendiri tidak begitu senang dengan sebutan tersebut.
Dan peranan penulis-penulis barat (Orientalis) dalam memasyhurkan nama tersebut tidaklah lain kerana hanya untuk mengenepikan kalangan Wahabiyyah yang kuat daya juangnya di tengah-tengah masyarakat ISLAM lainnya.
Meskipun usaha musuh-musuh dakwahnya begitu hebat, sama ada dari kalangan dalam ISLAM mahupun luar ISLAM, yang dilancarkan melalui pena atau ucapan, yang mana matlamatnya adalah hendak membendung dakwah tauhid ini, namun usaha mereka sia-sia sahaja, kerana ternyata ALLAH Subhanawata'ala telah memenangkan perjuangan dakwah tauhid yang dipelopori oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab mendapat sambutan bukan hanya dikalangan penduduk negeri Najd semata-mata tetapi juga telah bergema sehingga ke sluruh dunia Islam dari Maghribi sehingga ke Malaysia malah kini telah berkumandang sehingga ke setiap pelusuk dunia.
Dalam hal ini, jasa-jasa Putera Muhammad bin Saud Al Muqrin (pengasas kerajaan Arab Saudi) dengan semua anak cucunya tidaklah boleh dilupakan begitu sahaja. Dimana dari masa ke semasa mereka telah membantu perjuangan tauhid ini dengan harta dan jiwa, sehingga sukar dipisahkan antara Wahabiyyah dan Saudiyyah dan orang-orang barat selalu menyebut kerajaan Arab Saudi sebagai Pemerintahan Wahabiyyah.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penaminang.com/2022/10/syeikh-muhammad-bin-abdul-wahab-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Diminta Pilih Antara Lee Jongsuk Hyun Bin Peminat Puji Respon Padu Yoona

Diminta Pilih Antara Lee Jongsuk Hyun Bin Peminat Puji Respon Padu Yoona

papar berkaitan - pada 6/10/2022 - jumlah : 153 hits
Merupakan seorang idola dan pelakon popular Yoon a telah berjaya meraih pujian ramai dalam setiap projeknya ARTIKEL BERKAITAN Khususnya tahun ini merupakan tahun yang berjaya buat Yoon a memandangkan dia telah terlibat dengan pelbagai proje...
Gelagat Muhammad Afwa Gelak Sakan Buat Ramai Ger4m Ibu Kena Pura Pura Terkejut

Gelagat Muhammad Afwa Gelak Sakan Buat Ramai Ger4m Ibu Kena Pura Pura Terkejut

papar berkaitan - pada 27/9/2022 - jumlah : 111 hits
Anak lelaki kepada penyanyi dan usahawan terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Muhammad Afwa sudah memasuki usia satu tahun Setiap kali Datuk Siti atau mesra dipanggil TokTi memuat naik perihal anak lelakinya ke laman media sosial pasti ...
Karamah Dari Ashim Bin Tsabit Dan Khubaib

Karamah Dari Ashim Bin Tsabit Dan Khubaib

papar berkaitan - pada 30/9/2022 - jumlah : 129 hits
Kali ini kita pelajari karamah dari wali Allah yang lainnya yaitu Ashim bin Tsabit dan Khubaib
Pru15 Anak Muda Wajib Turun Undi Ia Fardhu Ain Abdul Hadi

Pru15 Anak Muda Wajib Turun Undi Ia Fardhu Ain Abdul Hadi

papar berkaitan - pada 25/9/2022 - jumlah : 229 hits
Pas menyarankan semua pengundi baharu yang berumur 18 tahun ke atas untuk meletakkan kewajipan mengundi pada Pilihan Raya Umum ke 15 sebagai keutamaan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata ini kerana perkara berkenaan disifatkan seb...
Video Alhamdulillah Hajat Tercapai Ramai Puji Sifat Tawaduk Jep Datang Ziarah Pusara Arw4h Tok Guru Nik Abdul Aziz

Video Alhamdulillah Hajat Tercapai Ramai Puji Sifat Tawaduk Jep Datang Ziarah Pusara Arw4h Tok Guru Nik Abdul Aziz

papar berkaitan - pada 26/9/2022 - jumlah : 213 hits
Digeruni oleh setiap lawannya dihorm4ti oleh semua kawannya seorang alim yang pernah menjadi Pentadbir sebuah negeri di Malaysia beliau adalah Datuk Bentara Setia Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat Al Fatihah Untuk Mantan Mursyidul Am PAS ...
Kritik Umno Secara Terbuka Tajuddin Abdul Rahman Digantung Keahlian Selama 6 Tahun

Kritik Umno Secara Terbuka Tajuddin Abdul Rahman Digantung Keahlian Selama 6 Tahun

papar berkaitan - pada 1/10/2022 - jumlah : 174 hits
Majlis Tertinggi UMNO telah membuat keputusan untuk menggantung keahlian parti Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman dan Ketua UMNO Bahagian Alor Setar Mohd Yusof Ismail selama enam tahun atau dua penggal nbsp Keputusan itu dibuat...
Berpeluang Lihat Helaian Rambut Nabi Muhammad Neelofa Gagal Tahan Sebak

Berpeluang Lihat Helaian Rambut Nabi Muhammad Neelofa Gagal Tahan Sebak

papar berkaitan - pada 2/10/2022 - jumlah : 142 hits
Selebriti popular Neelofa sebak apabila berpeluang melihat helaian rambut Nabi Muhammad SAW ketika melawat pameran Sejarah Nabi amp Sahabat di Festival Islam dan Halal Johor 2022 Menerusi satu video di aplikasi TikTok dia yang juga usahawa
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Seketika Di Tugu Negara

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Resipi Daging Masak Hitam Berempah Terlajak Sedap


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Teringin Nasi Orang Kahwin

Rekomendasi Lagu Dengan 2 Kunci Gitar Saja Yang Cocok Untuk Pemula Belajar Gitar

29 Flights Half Price Cruises Whether It S Black Friday Or Travel Tuesday Deals Abound

Hiburan Saya Dah Hari Ke 34 Doakan Saya Misi Selawat 40 Hari Hampir Selesai Ruhainies Akui Rasai Perubahan

Tiada Jodoh Lee Donghwi Jung Hoyeon Dah Berpisah Selepas 9 Tahun Bercinta

Pmx Bertemu Presiden Muslim Korea