Syed Saddiq Tidak Sertai Pejuang


BEKAS Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Syed Saddiq Abdul Rahman membayangkan beliau tidak akan menyertai Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) yang baru ditubuhkan.
Sebaliknya, Ahli Parlimen Muar itu membayangkan beliau akan menubuhkan satu gerakan pelbagai bangsa yang memberikan keutamaan kepada orang muda bagi memastikan suara dan kebimbangan golongan itu didengari.
“Perkara pertama, tidak kira apa yang berlaku, saya masih lagi menghormati dan menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad, dan itu tidak akan berubah. Saya tahu partinya berada di landasan yang benar dan beliau ikhlas berjuang.
Pada masa sama, saya masih lagi menghormati Muhyiddin (Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin) kerana beliau yang membawa saya masuk ke bidang politik dan saya akan terus menyokongnya.
“Namun, saya rasa, sudah tiba masanya untuk pemimpin muda yang menyertai Bersatu sebelum ini, yang disingkirkan atau dipecat oleh parti diberi peluang kedua,” katanya kepada pemberita di Sungkai hari ini.
Rabu lalu, pemimpin Pejuang mengemukakan permohonan rasmi kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia untuk mendaftarkan parti itu.
Tujuh pengasas Pejuang ialah Dr Mahathir, Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik; bekas Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya; Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh; Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah dan bekas Ketua Bahagian Bersatu Alor Setar, Datuk Mohamad Nuhairi Ahmad.
Syed Saddiq berkata, beliau percaya ada ramai pemimpin muda yang disingkirkan daripada Bersatu boleh menubuhkan parti baharu.
“Ada ramai daripada mereka yang lebih baik daripada saya seperti Ustaz Abu Hafiz Salleh Hudin, (bekas) ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Ulya Aqamah Husamudin dan mereka yang dipecat daripada parti.
“Walaupun saya masih belum menyertai parti itu, dan masih lagi Bebas, saya masih menyokong blok pembangkang. Pejuang dan saya masih lagi keluarga tetapi pada masa sama, ramai pemimpin muda yang perlu diberikan peluang untuk menerajui parti,” katanya.
Bekas Menteri Belia dan Sukan itu berkata, gerakan pelbagai bangsa yang memberikan keutamaan kepada orang muda hanya akan ditubuhkan berdasarkan kepada suara majoriti orang muda di Malaysia.
“Kita akan tunggu pengumumannya. Ketika saya menyertai dunia politik, saya tidak pernah terfikir mengenai kuasa tetapi keutamaan saya ialah memastikan suara orang muda boleh didengari.
“Ia bukan mengenai sebuah parti tetapi jika perlu, kita akan mempunyai satu gerakan berasaskan orang muda. Bagaimanapun, ia bergantung kepada suara majoriti. Jawapannya terletak di tangan orang muda Malaysia,” katanya.
The post Syed Saddiq tidak sertai Pejuang appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/08/22/syed-saddiq-tidak-sertai-pejuang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pejuang Backed Candidate To Put Voters Above Protocols Backs Syed Saddiq S Move

Pejuang Backed Candidate To Put Voters Above Protocols Backs Syed Saddiq S Move

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 248 hits
SLIM POLLS Independent candidate Amir Khusyairi Mohamad Tanusi who represents Dr Mahathir Mohamad s Parti Pejuang Tanah Air in the Slim by election is not interested in presenting a large manifesto or following protocols if he wins the Aug ...
Syed Saddiq To Form Own Youth Party

Syed Saddiq To Form Own Youth Party

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 382 hits
Former youth and sports minister Syed Saddiq Syed Abdul Rahman PETALING JAYA Former youth and sports minister Syed Saddiq Syed Abdul Rahman has confirmed that he will not be joining Dr Mahathir Mohamad s new party Pejuang The former PPBM Yo...
Parti Syed Saddiq Awek Mesti Join Kan

Parti Syed Saddiq Awek Mesti Join Kan

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 437 hits
Demi boboi atok tubuhkan parti Letak boboi jadi presiden Kalau syed saddiq join dia turut terpalit dengan atok dan boboi Sepatutnya parti itu ditubuhkan boboi dan menjemput atok jadi penasihat Barulah tak nampak sangat boboi manja sangat Se...
So Who S Behind Syed Saddiq S Youth Party

So Who S Behind Syed Saddiq S Youth Party

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 582 hits
Overheard at the airport while catching a flight to Kota Kinabalu Man 1 Syed Saddiq is setting up a party for youthsMan 2 Syed Saddiq should get a real job firstMan 1 I would hire him as a model Subang 24 August In the run up to the last ge...
Yoursay Kudos To Syed Saddiq For Sticking His Neck Out For Guan Eng

Yoursay Kudos To Syed Saddiq For Sticking His Neck Out For Guan Eng

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 272 hits
YOURSAY We the younger generation of Malays share your sentiments Anonymous 5237890145285379 Dear former minister Syed Saddiq Syed Abdul Rahman this is a good article on DAP leader Lim Guan Eng But I think it is a wasted effort Just look at...
Wan Ahmad Fayhsal Ketua Armanda Yang Baru Syed Saddiq Gigit Jari

Wan Ahmad Fayhsal Ketua Armanda Yang Baru Syed Saddiq Gigit Jari

papar berkaitan - pada 16/8/2020 - jumlah : 586 hits
SHAH ALAM Timbalan Menteri Belia dan Sukan Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal memenangi jawatan Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda Parti Pribumi Bersatu Malaysia bagi penggal 2020 2022 menggantikan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Timbala...
Kebodohan Syed Saddiq Memahami Propaganda Manipulasi Politik Dap

Kebodohan Syed Saddiq Memahami Propaganda Manipulasi Politik Dap

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 266 hits
Ketika itulah saya mula mengenalinya dengan lebih dekat dan mereka yang menyokong dan mengikuti karier politik LGE akan mengetahui bahawa lelaki itu adalah seorang pejuang dan bersedia untuk berusaha memastikan bahawa keadilan bukan hanya d...
Syed Saddiq Breaks Away From Dr Mahathir And Forms New Party

Syed Saddiq Breaks Away From Dr Mahathir And Forms New Party

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 279 hits
EX YOUTH and Sports Minister Syed Saddiq Syed Abdul Rahman will not join the party formed by Tun Dr Mahathir Mohamad Pejuang but will set up his own multi racial youth centric party The ex Bersatu chief said it was high time Malaysia has it...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

The Evolution Of Adult Entertainment

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Cerita Hari Jumaat

Time Sensitive Recognizing And Reacting To Infantile Spasms

Kedah Akan Cipta Rekod Dengan Penutupan Mbi Kedah Melalui Saman

Malaysia S Ex Pm Mahathir Faces Anticorruption Probe

Datuk Beraksi Di Pentas Peragaan Pada Usia 88 Tahun

Pemilik R R Didenda Rm30 000 Jual Petrol Bersubsidi Kepada Rakyat Thailand