Syed Saddiq Tiada Hak Guna Jawatan Armada Bersatu



Beliau tidak berhak menggunakan nama Armada atau Bersatu untuk apa-apa tujuan sekalipun, terutama dalam percubaan berterusan beliau untuk campur tangan soal dalam parti serta melontarkan pelbagai tohmahan.
(Sinar Harian) – Pengerusi Biro Perhubungan Antarabangsa Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal membidas tindakan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang masih menggunakan jawatan sebagai Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Nasional pada satu sidang media yang diadakan semalam sekali gus didakwa turut memberi gambaran salah sehingga menjejaskan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Beliau berkata, pada 29 Mei lalu, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin sudah memberikan penjelasan terperinci bahawa keahlian Syed Saddiq dan empat yang lain telah gugur secara automatik. Menurutnya, dengan itu Syed Saddiq bukan lagi Ketua Armada Nasional dan bebas bergerak dengan mana-mana pertubuhan berdaftar pilihan beliau.
“Namun begitu, beliau tidak berhak menggunakan nama Armada atau Bersatu untuk apa-apa tujuan sekalipun, terutama dalam percubaan berterusan beliau untuk campur tangan soal dalam parti serta melontarkan pelbagai tohmahan.
“Saya berharap agar Syed Saddiq dan barisan kepimpinan Armada pusat tidak lagi mengelirukan akar umbi dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bertentangan dengan segala dasar dan keputusan parti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Terdahulu, dalam satu sidang media semalam Syed Saddiq dilaporkan mendedahkan sebelum pilihan raya umum (PRU) lalu terdapat seorang menteri pernah mengajak beliau datang ke pejabatnya untuk mempelawa beliau meninggalkan parti Bersatu.
Menurut Syed Saddiq, menteri berkenaan yang ketika itu merupakan anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO turut mendakwa Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah seorang ahli politik yang kemaruk mahu menjadi Perdana Menteri.
Dalam pada itu, Wan Ahmad Fayhsal berkata, segala tohmahan yang dibuat Syed Saddiq pada sidang media itu bukan sahaja menunjukkan kefahaman yang salah terhadap intipati perlembagaan parti, malah turut menimbulkan fitnah ke atas Bersatu dan barisan kepimpinannya.
Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal “Perlu ditegaskan bahawa selain daripada Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti iaitu badan eksekutif tertinggi di luar perhimpunan agung, majoriti cawangan dan bahagian termasuklah sayap Armada dan Srikandi sudah menyatakan sokongan mereka kepada Tan Sri Presiden (Muhyiddin) yang juga merupakan pemangku pengerusi.
“Tindakan yang diambil Muhyiddin hanya semata-mata untuk mengukuhkan kedudukan Bersatu dan menstabilkan kerajaan hari ini.
“Ini adalah tanggungjawab beliau yang sah di sisi perlembagaan parti dan tugas beliau sebagai pemimpin negara,” katanya.
Selain itu, Wan Ahmad Fayhsal berkata, soal kebersamaan Bersatu dan Pakatan Harapan (PH) adalah sesuatu yang ‘akademik’ dan ia telah diputuskan oleh MPT dan dilaksanakan, malah sebuah kerajaan baharu yang diterajui Perdana Menteri ke-8 juga sudah terbentuk.
“Bersatu sebagai sebuah parti politik sentiasa memastikan keharmonian organisasi dan memelihara nama baiknya di mata awam dan anggota parti yang setia sekali-kali tidak akan membenarkan mana-mana pihak menggugat keluarga besar ini,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/06/01/syed-saddiq-tiada-hak-guna-jawatan-armada-bersatu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tun M Muhkriz Mahathir Amiruddin Hamzah Maszlee Malek Dan Syed Saddiq Dipecat Dari Bersatu

Tun M Muhkriz Mahathir Amiruddin Hamzah Maszlee Malek Dan Syed Saddiq Dipecat Dari Bersatu

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 841 hits
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dipecat dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia berkuatkuasa serta merta Selain Dr Mahathir turut dipecat ialah Datuk Seri Mukhriz Mahathir Datuk Amiruddin Hamzah Maszlee Malik dan Syed Saddiq Syed ...
Tun M Mukhriz Syed Saddiq Maszlee Dan Amiruddin Dipecat Keahlian Bersatu

Tun M Mukhriz Syed Saddiq Maszlee Dan Amiruddin Dipecat Keahlian Bersatu

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 709 hits
Lima barisan pimpinan tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia BERSATU terhenti keahlian mereka berkuatkuasa serta merta Ia membabitkan Pengerusi BERSATU yang juga mantan Perdana Menteri ke 7 Tun Dr Mahathir Mohamad Mantan Menteri Besar Ked...
Hard To Imagine Bersatu Youth Without Syed Saddiq Rais Hussin

Hard To Imagine Bersatu Youth Without Syed Saddiq Rais Hussin

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 295 hits
Bersatu strategy and policy bureau chief Rais Hussin has said that it is difficult to have the party youth wing without its captain Syed Saddiq Syed Abdul Rahman It is difficult to imagine Bersatu Youth without Syed Saddiq I was there from ...
Syed Saddiq Dakwa Hamzah Kata Muhyiddin Gila Jawatan Pm

Syed Saddiq Dakwa Hamzah Kata Muhyiddin Gila Jawatan Pm

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 317 hits
Syed Saddiq bersama Ketua Penerangan Pemuda PPBM Ulya Aqamah dan Bendahari Pemuda Rafiq Hakim pada sidang media di Putrajaya hari ini PUTRAJAYA Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa Hamzah Zainudin mengatakan Muhyiddin Y...
Wallahi Wabillahi Watallahi Saya Akan Letak Jawatan Syed Saddiq

Wallahi Wabillahi Watallahi Saya Akan Letak Jawatan Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 346 hits
Sumpah laknat Syed Saddiq Wallahi Wabillahi Watallahi Saya tak takut Kalau ada salah guna kuasa penyelewengan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia membuktikan ini salah guna kuasa saya jadi orang pertama yang letak jawatan Fahami betu...
Rm250 000 Dalam Bilik Syed Saddiq Rm600 000 Dalam Rumah Budak Armada Dr Mahathir Tak Nak Buat Pc Ker

Rm250 000 Dalam Bilik Syed Saddiq Rm600 000 Dalam Rumah Budak Armada Dr Mahathir Tak Nak Buat Pc Ker

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 669 hits
Penyelewengan salah laku dan rasuah Armada terbongkar SPRM telah menahan 5 orang pemimpin Armada untuk disoal siasat dalam kes penyelewengan dana kerajaan dan kutipan derma dari orang ramai Bermula dari lapuran kehilangan RM250 000 tunai da...
Bila Yb Syed Saddiq Mention Pasal Cikgu Hailmi Kat Facebook Dan Twitter

Bila Yb Syed Saddiq Mention Pasal Cikgu Hailmi Kat Facebook Dan Twitter

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 436 hits
Terkezut ler jugak tiba tiba ada beberapa friend di Facebook dan Twitter yang tagged saya Rupanya ada public figure yang cerita pasal kiter Terima kasih YB sudi mention kiter Bila YB Syed Saddiq Mention Pasal Cikgu Hailmi kat Facebook dan T...
Syed Saddiq Mungkin Tinggalkan Ppbm

Syed Saddiq Mungkin Tinggalkan Ppbm

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 346 hits
Biar mati bermaruah dari hidup dijajah itulah bait bait tulisan dalam twitter bekas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Beliau menolak sekeras kerasnya sebarang bentuk kerjasama parti beliau yakni PPBM dengan Umno Tidak terkejut dengan tuli...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Asan Lembu The Movie

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Hospital Kuala Pilah

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look



5 Masalah Sosial Yang Akan Timbul Akibat Penggunaan Kereta Elektrik

Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru


Ayam Percik Kelantan Yang Sedap Original And Authentic

Lelaki Lihat Lembaga Besar Semasa Solat Berjemaah

Tawarkan Lebih Pilihan Pembiayaan Kepada Mahasiswa

Hari Ini 2 Al Hamdulillah Padi Dalam Pasu

Menu Sahur

Terkejut Jumpa Segenggam Paku Dalam Lemang