Syed Saddiq Merisik Anak Pak Kiyai
Peristiwa kehilangan wang RM250,000 dan pendedahan hubungannya dengan seorang janda muda betul-betul memberi kesedaran kepada Syed Saddiq.
Sudah masa dia berubah dan hentikan kegiatan-kegiatan yang hanya merosakkan nama baik dan masa depannya.
Seorang rakan menasihatinya, "Nama ko dah rosak teruk Saddiq. Satu saja cara tinggal.
"Ko kena kawin anak level Mufti untuk orang percaya ko dah berubah dan segera pulihkan reputasi. Kalah ko pemilihan Ketua Armada nanti ..."
Bila menyebut kalah pemilihan, terus otak kepala belit Saddiq mula ligat berfikir.
Teringat satu anak Pak Kiyai di Pontian ketika kempen PRK Tg Piai. Disebut orang sebagai lawo, putih melepak, sungguh ayu dan sopan tingkah laku...Tun Siti mesti berkenan.
Kalau di Indonesia, Pak Kiyai Pesanteran dihormati lebih dari Mufti.
Diajak dua kawannya, Asri dan Anas balik Johor dan turun Pontian untuk ziarah Pak Kiyai sambil risik-risik anaknya.
Kedatangan Saddiq dan rakan2 disambut baik Pak Kiyai. Dijemput duduk dan terus diteriak, "Rogayah! Buat air..."
Anaknya tu mesti Rogayah namanya, Saddiq berkata-kata dalam hati.
Saddiq dan rakan-rakan perkenalkan diri dan beritahu hasrat mereka untuk berkenalan dan bertanyakan kemusykilan. Pandai coverline nak tengok2 Rogayah.
Tak lama, Rogayah pun keluar untuk hidangkan teh panas dan biskut. Terbeliak mata ketiga-tiga anak muda.
Pak Kiyai sedar reaksi masing-masing. Tahulah dia niat sebenar anak-anak muda ini. Bukan kali pertama orang merisik malah melamar anaknya.
Ramai gagal sebab tiada keupayaan membaca Quran.
Tanpa buang masa, Kiyai tuju terus ke arah seorang rakan Saddiq untuk diuji. Dia tanya, "Nama kamu apa"
"Asri."
"Baik... Cuba kamu baca surah Al Asr. Nak dengar."
Asri dulu sekolah ugama Johor sampai darjah 4 sebelum masuk asrama penuh. Tiada masaalah untuknya.
"Bismillahir rahman nir raheem. Wal asr. Innal insanilafi husr..."
"Bagus bagus...," Pak Kiyai puji. Saddiq dah cemburu.
Dalam hatinya berkata, "Aku yang ada niat nak lamar anak Pak Kiyai. Asri pula yang lulus ujian."
"Yallah yallah. Nama kamu sapa pula?"
"Anas Pak Kiyai"
"Bagus. Ente baca surah Annas."
Sap sap suey buat Anas. Sekolah ugama pass kelas Khas. Dah boleh jadi cikgu ugama di Johor suatu masa dulu.
"Bismillahir rahman nir raheem. Kul 'au zubirab binnas.."
"Bagus..."
Saddiq dah seram. Dia belajar memang sampai UIA tapi buat law. Surah apa pula yang akan disuruh baca.
"Nama kamu sapa pula?" .
"Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman..."
"Surah Saddiq tiada dalam Quran. Surah Ar Rahman ada. Cuba baca. Ana mahu dengar ente baca."
Dengan nada gugup, Saddiq cuba memberitahu Pak Kiyai, "Aaaa... Aaaa...
"Tapi arwah Karmaini Sarbini panggil saya Qul huwallahu ahad..."
Wow! Sayup membaca ayat ini diulang berkali-kali dalam Ar Rahman
* Ilham dari Ustaz Badlisham Fans FB
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://the-antics-of-husin-lempoyang.blogspot.com/2020/04/syed-saddiq-merisik-anak-pak-kiyai.html