Syed Saddiq Lebih Hebat Daripada Syed Hussin Ali


Oleh AHMAD SYUKRI CHE AB RAZAB 

Saya terbaca jawapan balas Dato’ Seri Khairuddin Abu Hassan dan YB. Syed Saddiq Abdul Rahman, Menteri Belia dan Sukan, terhadap Pak Syed Husin Ali yang merupakan Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Parti Keadilan Rakyat berhubung teguran Pak Syed Husin Ali terhadap Tun Dr. Mahathir Mohamed yang dilihat masih berbolak balik dalam isu tempoh transisi jawatan Perdana Menteri.

Saya memuji keberanian Syed Saddiq untuk menjawab kritikan Pak Syed Husin Ali walaupun bagi saya kenyataan Syed Saddiq itu hanyalah teknik kilasan yang tidak menjawab titik pertembungan yang sebenar. Tidak hairan jika Syed Saddiq begitu mahir menggunakan teknik kilasan ini memandangkan beliau memang seorang pendebat yang hebat.

Saya kira satu-satunya respon balas yang wajar Pak Syed Husin Ali berikan kepada Syed Saddiq dan Khairuddin ialah setiap manusia mempunyai hak kebebasan bersuara dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia. Namun apakah wajar Pak Syed Husin Ali menjawab serangan Syed Saddiq dan Khairuddin secara ilmiah?, jawapannya ialah tidak perlu.

Kritikan Pak Syed Husin Ali berhubung sikap berbolak balik Tun M dalam isu transisi Perdana Menteri memiliki merit yang jelas. Semua orang boleh melihat bagaimana Tun M tidak pernah memberi jawapan yang pasti mengenai proses transisi ini. Mengapa begitu sukar dan apa sebenarnya yang menghalang Tun M daripada berbuat demikian? Apakah ada pengampu di kiri dan kanan Tun M yang sedang bimbang mereka akan hilang segala kemewahan jika Tun M melepaskan kuasa?.

Bagi individu yang rajin membaca dan menyoroti kisah panjang perjuangan Pak Syed Husin Ali, pasti akan merasa lucu melihat gelagat manusia seperti Khairuddin dan Syed Saddiq. Bukanlah bermakna Pak Syed Husin Ali itu sakral dan tidak boleh ditegur, tetapi manusia seperti Khairuddin dan Syed Saddiq perlu berpada-pada dan lebih berhati-hati dalam menjawab kritikan Pak Syed Husin Ali.

Untuk melabelkan kritikan Pak Syed Husin Ali dengan terma sabotaj, pembohong, tidak sabar, tangan-tangan ghaib dan manusia tiada otak, hanya memperlihatkan betapa rakusnya kamu sebagai pengampu Tun M untuk terus mengampu.

Pak Syed Husin Ali merupakan tokoh senior dalam perjuangan Reformasi yang memang terkenal sejak dahulu dengan kelantangan beliau menyuarakan pandangan. Malah beliau juga merupakan seorang pemimpin yang tegas dalam Parti Keadilan Rakyat. Banyak perkara pernah dikritik beliau samada di peringkat dalaman parti mahupun secara terbuka. Beliau telah menulis hampir 20 buah buku yang menyentuh banyak perkara termasuk isu-isu di sekitar kepentingan dan masa depan masyarakat melayu.

Tak perlulah Syed Saddiq begitu terusik apabila Pak Syed Husin Ali membangkitkan soal Tun M sukar untuk dipercayai. Bagi seorang senior yang pernah merasai sepak terajang politik dalam beberapa era sebelum Syed Saddiq dilahirkan, Pak Syed Husin Ali ada hak untuk berkongsi kerisauan beliau.

Syed Saddiq juga perlu lebih jujur dan objektif dalam memahami kritikan Pak Syed Husin Ali.
Janganlah ditanggapi kritikan Pak Syed Husin Ali itu sebagai tangan ghaib yang mahu mensabotaj kepimpinan Tun M. Walhal isu transisi Perdana Menteri ini bukanlah rahsia dalaman Pakatan Harapan. Persoalan ini jugalah yang sering diajukan kepada Tun M dalam banyak wawancara terbuka yang beliau hadiri. Oleh itu Syed Saddiq tidak perlu merasa resah gelisah jika persoalan ini terus dibangkitkan kerana jawapan yang pasti masih gagal diberikan.

Saya bersetuju dengan Syed Saddiq berhubung rakyat hari ini dahagakan pembaharuan yang menaikkan kualiti hidup mereka dan realiti yang perlu Syed Saddiq akui ialah perkara ini masih belum terlaksana seperti yang dijanjikan. Apalah gunanya berbicara gah di pentas-pentas antarabangsa jika rakyat di negara sendiri masih mengeluh dengan beban sara hidup yang semakin tak tertanggung.

Rakyat membuat perubahan yang berani pada 9 Mei 2018 bukan kerana mahu melihat para pemimpin kerap berjalan ke luar negara, tetapi rakyat mahu pemimpin mereka benar-benar melaksanakan janji.
Kerajaan Pakatan Harapan perlu membangunkan impian rakyat agar impian tersebut boleh dirasai dan dinikmati, bukannya sekadar memainkan cerita-cerita hebat seperti bayang-bayang yang hanya boleh dilihat tetapi tidak dapat disentuh. Inilah kesilapan Barisan Nasional yang tidak boleh diulang oleh Pakatan Harapan.

Atas dasar ini, saya juga sependapat dengan senior Syed Husin Ali agar proses transisi Perdana Menteri ditetapkan segera agar Dato’ Seri Anwar Ibrahim mempunyai cukup masa untuk meneruskan dan menyegerakan agenda reformasi yang benar-benar rakyat perlukan.

*Penulis adalah  Setiausaha Angkatan Muda Keadilan Malaysia  

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/10/syed-saddiq-lebih-hebat-daripada-syed.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
There Was Never A 2 Year Transition Plan Syed Saddiq Tells Syed Husin

There Was Never A 2 Year Transition Plan Syed Saddiq Tells Syed Husin

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 283 hits
The Cabinet s youngest member today called for a stop to what he said was an obsesssion with transition and excessive politicking as he came to the defence of Dr Mahathir Mohamad after the prime minister came under attack from veteran polit...
Syed Saddiq Invites Foodpanda Riders To His Home To Discuss Their Plight

Syed Saddiq Invites Foodpanda Riders To His Home To Discuss Their Plight

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 230 hits
Youth and Sports Minister Syed Saddiq Abdul Rahman has issued a public invitation to Foodpanda riders to his home in Petaling Jaya tomorrow to hear their plight This is amid a strike by Foodpanda riders particularly for those outside Klang ...
Syed Saddiq S Statement On Foodpanda Not Govt S Stand Says Dr M

Syed Saddiq S Statement On Foodpanda Not Govt S Stand Says Dr M

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 298 hits
Youth and Sports Minister Syed Saddiq Syed Abdul Rahman says arrogance is not the solution to resolving the Foodpanda issue KUALA LUMPUR Dr Mahathir Mohamad today said the statement by Youth and Sports Minister Syed Saddiq Syed Abdul Rahman...
Syed Saddiq And His Policies

Syed Saddiq And His Policies

papar berkaitan - pada 29/9/2019 - jumlah : 256 hits
Abdul Rahman Talib Lim Teong Kim s recent podcast on BFM on the state of Malaysian football was a sobering one His observations not as a politician but as a professional highlight the structural issues that not only permeate our football in...
Selepas Keputusan Inkues Adib Dibacakan Syed Saddiq Kongsi Kenangan Bersama Adib

Selepas Keputusan Inkues Adib Dibacakan Syed Saddiq Kongsi Kenangan Bersama Adib

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 260 hits
Mhkamah Koroner Shah Alam diberitahu bahawa punca kmtian anggota bomba Muhammad ADlB Mohd Kassim akibat perbuatan jnayah oleh dua atau lebih orang tidak dikenali Selepas keputusan Inkues Adib dibacakan Syed Saddiq Kongsi Kenangan Bersama Ad...
Hishamuddin Tokmat Kj Relevan Menjadi Umno Lebih Hebat Dari Sebelum Ini

Hishamuddin Tokmat Kj Relevan Menjadi Umno Lebih Hebat Dari Sebelum Ini

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 245 hits
Terpulang kepada parti Melayu lain untuk bersama atau tidak Di satu sisi MAHATHIR telah SELAMATKAN umno dari pemimpin yang rakus Dan di sisi yang lain PAS telah suntik nafas Dan jiwa baru Yang menang adalah Melayu Selepas Mahathir tiada seb...
Sejarah Menunjukan Wee Kaa Siong Dan Mca Lebih Hebat Dari Mahathir Dan Bersatu

Sejarah Menunjukan Wee Kaa Siong Dan Mca Lebih Hebat Dari Mahathir Dan Bersatu

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 206 hits
John Doe tolong buat pembetulan dan catitan MCA hanya ada 1 kerusi Parlimen BERSATU 13Wee Kaa Siong AP biasa Mahathir PM Tetapi apabila Wee Ka Siong kataNajib hanya Penasihat bukan Pengerusi Semua akur Apabila Wee Kaa Siong kata no ummah on...
What Has Become Of Syed Saddiq S Policies And Principles

What Has Become Of Syed Saddiq S Policies And Principles

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 252 hits
Lim Teong Kim s recent podcast on BFM about the state of Malaysian football was a sobering one His observations not as a politician but as a professional highlight the structural issues that not only permeate our football institutions but o...
Syed Saddiq Jawab Syed Husin

Syed Saddiq Jawab Syed Husin

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 280 hits
Tulisan saya ini adalah reaksi setelah saya membaca rencana tulisan Dr Syed Husin Ali yang melemparkan pelbagai tuduhan tidak berasas kepada Dr Mahathir Mohamad Saya memohon izin untuk mengupas satu demi satu dan menjelaskan mengapa kenyata...
Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Pjd Link Cancellation Fahmi Tells Govt Critics To Read Pwd Statement

Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Is Now A Good Time To Buy Property In 2024

Effective Market Research On A Budget

Pengalaman Menginap Di Grand Court Hotel Teluk Intan Dekat Dengan Menara Condong Teluk Intan

Masverse Unveils Groundbreaking Blockchain Platform

Dap Leader Unsurprised By Mca S Decision To Not Campaign For Its Candidate



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Tukar Kanta Mata Untuk Melihat Seni Politik Anwar

Don T Dim Your Dreams Let Integrity Electrical Illuminate Your Vision

Specialization And Excellence Headwater Health S Crna Focus

Ipr Lonjak Pendapatan Peniaga B40

Perintah Berkurung Untuk Kanak Kanak Bawah 13 Tahun

Wee Mca Not A Hypocrite