Syed Saddiq Jawab Syed Husin


Tulisan saya ini adalah reaksi setelah saya membaca rencana tulisan Dr Syed Husin Ali yang melemparkan pelbagai tuduhan tidak berasas kepada Dr Mahathir Mohamad.
Saya memohon izin untuk mengupas satu demi satu dan menjelaskan mengapa kenyataan Syed Husin dilihat tidak bertanggungjawab dan terpesong.

Loading… * “Mahathir tidak boleh dipercayai. Rakyat mendesak transisi kepimpinan kepada Anwar Ibrahim”
Saya percaya bahawa sudah berulang-ulang kali Mahathir memaklumkan beliau menghormati keputusan Majlis Presiden PH berkenaan status beliau sebagai perdana menteri dan hala tuju masa hadapan.
Mengapa bersungguh-sungguh dan terburu-buru membuka isu ini lagi?
Serangan seperti inilah yang menimbulkan persepsi bahawa ada tangan-tangan ghaib yang ingin memporak-perandakan negara supaya Mahathir didesak untuk meletakkan jawatan.
Malah, ia menimbulkan spekulasi yang tidak perlu dan tidak diingini.
Kalau betul mahukan Mahathir berundur secara terhormat, berilah ruang untuk beliau mentadbir negara dan bukan asyik mendesaknya berundur walhal beliau dipilih oleh rakyat. Itulah makna terhormat.
Saya merupakan salah seorang anggota Majlis Presiden PH. Saya merupakan wakil tunggal Pemuda PH dalam badan itu, khususnya semasa perjanjian ditandatangani.
Tidak ada langsung garis masa “2 tahun” transisi peletakan jawatan dalam dokumen yang ditandatangani oleh kami.
Dahagakan pembaharuan, bukan sabotaj
Kalau tiada, mengapa ada cubaan berbohong kepada rakyat? Kenapa mendesak Mahathir meletak jawatan sekarang walhal perkara ini tidak pernah dipersetujui oleh kami?
Di mana Syed Husin semasa perbincangan ini berlaku? Mungkin dia lebih tahu daripada kami semua yang terlibat dalam Majlis Presiden PH.
Rakyat dahagakan pembaharuan dan penambahbaikan, bukan obsesi transisi, bukan perebutan kuasa dan bukan politik sabotaj.
Obsesi transisi dan excessive politicking memusnahkan impian kerajaan untuk membawa reformasi yang menyeluruh dan memulihkan ekonomi negara.
Apabila jerebu menyelimuti Malaysia, isu transisi dibincangkan dengan hangat lagi.
Apabila Mahathir sedang meyakinkan pelabur di luar negara, isu transisi dibangkitkan lagi.
Apabila Mahathir sedang sibuk memperkasakan institusi semak imbang seperti SPRM, PDRM dan media, isu transisi lagi sekali dibangkitkan.
Enough is enough. Bagaimana kita semua mahu melangkah ke hadapan apabila ada tangan-tangan ghaib yang mahukan kita untuk gagal?
* “Apa keperluan YAB Tun M berulang-alik ke luar negara membazirkan duit rakyat. Apa hasilnya?”
Kita semua faham status Malaysia sebagai negara kleptokrasi sebelum PRU14. Imej negara tercalar di mata dunia. Banyak pelabur takut untuk datang ke Malaysia. Perjanjian berat sebelah seperti ECRL juga berleluasa.
Adakah kita mahu menikuskan diri daripada global diplomacy yang mampu memulihkan imej Malaysia di mata dunia?
Nilai pelaburan meningkat ketara
Setiap satu lawatan rasmi Mahathir ke negara luar sentiasa disusun dengan rangka kerja yang dapat memberikan manfaat besar kepada Malaysia dan isinya.
Sejak beberapa lawatan rasmi Mahathir ke negara luar yang lepas, saya sendiri boleh memetik beberapa kejayaan besar yang hanya dapat dicapai dengan kerja keras beliau dan warga pentadbiran awam lain.
Antaranya:
• Rundingan semula dengan China berkenaan projek ECRL dapat menyelamatkan lebih RM21.5 bilion wang rakyat dan melipatgandakan eksport kelapa sawit Malaysia ke China.
• Quarter-to-quarter investment dari AS meningkat daripada RM475 juta pada 2018 kepada lebih RM23 bilion pada 2019!
• Pelaburan dari Jepun meningkat secara mendadak dan bakal membuka universiti dan hospitalnya di Malaysia.
• Malaysia bersama-sama Turki dan Pakistan akan mengerakkan kempen besar-besaran untuk memerangi Islamophobia. Ia merupakan perpaduan ummah yang sebenar antara negara-negara Islam.
• Maruah negara dipulihkan dan Malaysia dikenali sebagai negara yang mengamalkan rule of law dan bukan lagi sebagai negara kleptokrasi, sekaligus mengembalikan kepercayaan pelabur asing.
Bukankah ini semua manfaat kepada Malaysia? Sudah tentu banyak lagi kerja yang harus kita semua lakukan untuk negara, tetapi merendah-rendahkan usaha Mahathir hanya dengan menggelarnya sebagai “berulang-alik ke luar negara membazirkan duit rakyat” adalah sangat tidak wajar.
* “Kerosakan negara semua salah Mahathir, dari dulu sampai sekarang”
Saya ingin lontarkan beberapa persoalan dengan kenyataan ini.
Kalau negara rosak bawah pemerintahan Mahathir, adakah ia juga bermaksud menteri-menteri, khususnya timbalan perdana menteri pada masa tersebut juga patut dipersalahkan?
Timbalan perdana menteri dahulu merupakan Anwar, dan kini Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Disegani di mata dunia
Kalau Mahathir terpaksa dipersalahkan dalam semua perkara, adakah ia juga bermaksud beliau boleh “claim all credit” dalam segala pembangunan negara yang berlaku semasa 22 tahun pentadbirannya?
Dr Syed Husin Ali KLIA, Menara Berkembar Petronas, Putrajaya, Proton, Litar Antarabangsa Sepang, UiTM, MRSM, peruntukan biasiswa Mara yang naik mendadak dan lain lain.
Belum lagi jika kita hitung jutaan peluang pekerjaan berkualiti yang tercipta semasa pentadbirannya.
Kita sendiri berasa nikmat apabila nama Malaysia dihormati dan disegani di mata dunia.
Ya. Memang betul, tiada pemimpin yang bebas daripada melakukan kesilapan. Persoalannnya, kenapa kita cuba mensabotaj usahanya sekarang untuk memperbaiki kedudukan ekonomi negara?
Adakah desakan untuk beliau meletak jawatan secepat mungkin akan memperkukuhkan kedudukan ekonomi negara? Sudah tentunya tidak.
Malah, lihat sahaja Indeks Demokrasi 2019 yang meletakkan Malaysia di tangga 52 dari 165 negara serta Laporan Pemantauan Tadbir Urus Korporat yang menobatkan Malaysia negara keempat terbaik di Asia Pasifik berbanding ketujuh pada 2016!
Adakah ini bukan perkembangan positif yang kita raih bersama?
Seharusnya, setiap bual bicara, cabang idea dan karangan rencana kita semua menjurus kepada pembangunan negara dan menyumbang kepada masyarakat. Jika tidak, pendamkan sahaja niat memburuk-burukkan seseorang.
Cukup-cukuplah taasub berpolitik. Rakyat mahukan kita fokus kepada “politik perut” mereka, bukan sibuk dengan politik perebutan kuasa. Kami yang berkhidmat, bukan yang berhormat.
SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN ialah menteri belia dan sukan serta ketua Pemuda Pakatan Harapan(PH). Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi kami di MalaysiaUpdate.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2019/09/syed-saddiq-jawab-syed-husin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
There Was Never A 2 Year Transition Plan Syed Saddiq Tells Syed Husin

There Was Never A 2 Year Transition Plan Syed Saddiq Tells Syed Husin

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 319 hits
The Cabinet s youngest member today called for a stop to what he said was an obsesssion with transition and excessive politicking as he came to the defence of Dr Mahathir Mohamad after the prime minister came under attack from veteran polit...
Syed Husin Says Mahathir Is The Culprit Behind Malaysia S Problems

Syed Husin Says Mahathir Is The Culprit Behind Malaysia S Problems

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 288 hits
Former PKR deputy president Syed Husin Ali has issued a scathing assessment of the Pakatan Harapan administration saying it has failed to improve the lives of Malaysians as promised during the last general election But the veteran leader re...
Ketika Amal Politik Luas Syed Husin Tidak Juga Sertai Pas Kata Pemuda Pas

Ketika Amal Politik Luas Syed Husin Tidak Juga Sertai Pas Kata Pemuda Pas

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 371 hits
PAS menolak dakwaan pemimpin veteran PKR Syed Husin Ali kononnya parti itu kini mengamalkan perjuangan Islam sempit dan nasionalisme lemah tidak seperti yang diperjuangkan bekas presidennya Dr Burhanuddin al Helmy Timbalan ketua Pemuda PAS ...
Mahathir S Word Not Good Enough Said Pkr S Syed Husin

Mahathir S Word Not Good Enough Said Pkr S Syed Husin

papar berkaitan - pada 29/9/2019 - jumlah : 291 hits
A member of PKR s advisory council has expressed a lack of confidence in a promise by Dr Mahathir Mohamad on handing over power for Anwar Ibrahim to take over as prime minister Mahathir recently said he would step down in three years at mos...
Syed Saddiq And His Policies

Syed Saddiq And His Policies

papar berkaitan - pada 29/9/2019 - jumlah : 284 hits
Abdul Rahman Talib Lim Teong Kim s recent podcast on BFM on the state of Malaysian football was a sobering one His observations not as a politician but as a professional highlight the structural issues that not only permeate our football in...
Anwar Akan Dibunuh Jika Tentang Dr M Kata Syed Husin

Anwar Akan Dibunuh Jika Tentang Dr M Kata Syed Husin

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 246 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim akan dihukum dengan dipaksa berundur jika beliau menentang Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad kata pengasas parti itu Syed Husin Ali Saya tahu sukar baginya kerana jika dia berbuat demikian Mahathir akan segera m...
Selepas Keputusan Inkues Adib Dibacakan Syed Saddiq Kongsi Kenangan Bersama Adib

Selepas Keputusan Inkues Adib Dibacakan Syed Saddiq Kongsi Kenangan Bersama Adib

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 306 hits
Mhkamah Koroner Shah Alam diberitahu bahawa punca kmtian anggota bomba Muhammad ADlB Mohd Kassim akibat perbuatan jnayah oleh dua atau lebih orang tidak dikenali Selepas keputusan Inkues Adib dibacakan Syed Saddiq Kongsi Kenangan Bersama Ad...
Syed Husin Laments The Narrowing Of Once Progressive Pas

Syed Husin Laments The Narrowing Of Once Progressive Pas

papar berkaitan - pada 29/9/2019 - jumlah : 309 hits
KUALA LUMPUR Sociologist and veteran politician Syed Husin Ali spoke today of how the spirit of PAS has been reduced from the nationalism and social fairness at the time of its early leader Burhanuddin al Helmy and narrowed to religion and ...
Syed Saddiq Invites Foodpanda Riders To His Home To Discuss Their Plight

Syed Saddiq Invites Foodpanda Riders To His Home To Discuss Their Plight

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 259 hits
Youth and Sports Minister Syed Saddiq Abdul Rahman has issued a public invitation to Foodpanda riders to his home in Petaling Jaya tomorrow to hear their plight This is amid a strike by Foodpanda riders particularly for those outside Klang ...
Use Care In Talking About Interaction With Big Businesses Leaders Told

Wordplay And Slang For Brand Name

Bekas Ceo Dakwa As Tembak Pesawat Mh370

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Get 10 000 Social Ads Visits For Just 10

Rombakan Exco Perlis Dua Adun Digugurkan Tapi Kuota Bersatu Kekal

Should Fruit Be Eaten Before Or After Meals

Kl Chinatown Festival 2024


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Warung Tepi Sawah 2769 Kangar

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Damasutra Sesat Dalam Rindu Chord

Cara Tengok Tempat Kelahiran

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly