Syed Saddiq Habis Muda Pun Habis




Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman semalam dihukum tujuh tahun penjara, dua sebatan rotan dan denda RM10 juta selepas Mahkamah Tinggi KL mendapatinya bersalah atas empat pertuduhan pecah amanah, salah guna harta dan penggubahan wang haram melibatkan dana Pemuda Bersatu (Armada) berjumlah RM1.12 juta.


Jika gagal membayar denda RM10 juta yang dikenakan itu, Syed Saddiq akan dihukum penjara empat tahun lagi sebagai gantinya.


Mahkamah membenarkan semua hukuman ditangguhkan sementara rayuannya didengar di Mahkamah Rayuan.


Meskipun sudah ramai ahli politik di negara ini dihukum kerana kesalahan rasuah dan pecah amanah, tetapi Syed Saddiq mencipta sejarah sebagai Ahli Parlimen pertama dihukum sebat.


Jika sebelum ini beliau mencipta sejarah sebagai pemimpin termuda dilantik sebagai menteri penuh, kini satu lagi sejarah diciptanya.


Seiring dengan hukuman yang diterimanya, bekas Menteri Belia dan Sukan itu segera mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Presiden Muda.


Tindakan Syed Saddiq itu sekurang-kurangnya harus diberi pujian kerana beliau tidak menjadikannya kedudukannya sebagai ketua parti untuk perisai bagi dirinya daripada sabitan bersalah yang diputuskan mahkamah terhadapnya.


Bagaimanapun, dua persoalan yang ada di hadapan selepas ini ialah apakah nasib Muda dan apakah Syed Saddiq masih ada masa depan dalam politik negara ini?


Imej dan pengaruh Muda, kalau pun tidak seratus peratus, tetapi sebahagian besarnya adalah kerana Syed Saddiq.


Tanpa beliau mengemudi parti itu, ia tidak mungkin mampu ke mana-mana.


Apatah lagi, pemimpin yang mengambil alih jawatan Syed Saddiq ialah Amira Aisya Abdul Aziz, Timbalan Presiden Muda sekarang ini.


Amira Aisya tidak cukup dikenali, tidak cukup wibawa, bahkan hampir tiada aura seperti Syed Saddiq.


Dengan pengunduran Syed Saddiq, Muda akan menjadi parti yang tiada lagi masa depan dan akan “habis” begitu saja.


Berkaitan Syed Saddiq pula, walaupun beliau akan membuat rayuan, tetapi berdasarkan fakta mahkamah, kes beliau adalah adalah kes yang jelas, mudah dan “straighforward”.


Untuk lebih mudah memahaminya, ia hampir sama dengan kes SRC International yang dihadapi Najib Razak.


Jika dalam kes Najib, sejumlah wang didapati dimasukkan ke akaun bank peribadinya, dalam kes Syed Saddiq pula, sejumlah wang dipindahkan ke akaun simpanan ASB miliknya.


Dengan demikian, kebarangkalian untuk Syed Saddiq dilepaskan di Mahkamah Rayuan oleh hakim-hakim yang bijaksana adalah amat tipis sekali.


Begitu juga, dalam rayuan terakhir di Mahkamah Persekutuan nanti.


Dalam erti kata lain, teramat sukar bagi Syed Saddiq untuk mengelak penjara sebagai destinasi dalam laluan kehidupannya.


Beberapa tahun dihukum dipenjara, disebat dan didenda berjuta-juta, Syed Saddiq akhirnya akan kehilangan upaya untuk terus menggilap masa depan dalam dunia politik selepas ini.


Senang cerita, Syed Saddiq akan “habis” dan Muda juga akan sama “habis”. – ShahbudinHusin 10/11/2023.


https://shahbudindotcom.net/2023/11/10/syed-saddiq-habis-muda-pun-habis.html






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/11/syed-saddiq-habis-muda-pun-habis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Syed Saddiq Temporarily Steps Down As Muda President

Syed Saddiq Temporarily Steps Down As Muda President

papar berkaitan - pada 9/11/2023 - jumlah : 127 hits
Muda president Syed Saddiq Syed Abdul Rahman said the party s deputy president Amira Aisya Abd Aziz would take over his duties temporarily PETALING JAYA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman has decided to temporarily step down as Muda president fo...
Kedudukan Syed Saddiq Sebagai Presiden Muda Dibincang Petang Ini

Kedudukan Syed Saddiq Sebagai Presiden Muda Dibincang Petang Ini

papar berkaitan - pada 9/11/2023 - jumlah : 176 hits
Amirul Aiman dan Danish Raja RezaKUALA LUMPUR Kedudukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai presiden Muda akan ditentukan pada mesyuarat khas parti petang ini Syed Saddiq berkata beliau telah mempertimbangkan kedudukannya susulan keputusa...
Hiburan Suara Anak Muda Penting Caprice Ingin Bantu Muda Cadang Kj Jadi Presiden Menggantikan Syed Saddiq

Hiburan Suara Anak Muda Penting Caprice Ingin Bantu Muda Cadang Kj Jadi Presiden Menggantikan Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 10/11/2023 - jumlah : 175 hits
Terkini mantan presiden Parti Ikatan Demoratik Malaysia Syed Saddiq Abdul Rahman didapati bersalah atas kesemua pertuduhan dalam pecah amanah jenayah penyelewengan dana dan pengubahan wang haram Ekoran itu penyanyi rap dan aktivis kemanusia...
Can Muda Survive Without Syed Saddiq

Can Muda Survive Without Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 13/11/2023 - jumlah : 143 hits
To change Malaysia is not about a person but about building institutions that will outlast the party and personality so that the correct path remains despite whoever is in power Former Muda president Syed Saddiq Syed Abdul RahmanHopefully t...
Syed Saddiq Puts Older Politicians To Shame Says Psm

Syed Saddiq Puts Older Politicians To Shame Says Psm

papar berkaitan - pada 9/11/2023 - jumlah : 146 hits
PSM deputy chairman S Arutchelvan said Malaysian politics was in need of principled individuals PETALING JAYA Parti Sosialis Malaysia has praised Syed Saddiq Syed Abdul Rahman s decision to temporarily step down as Muda president following ...
Syed Saddiq Didapati Bersalah Atas 4 Tuduhan Subahat Pecah Amanah

Syed Saddiq Didapati Bersalah Atas 4 Tuduhan Subahat Pecah Amanah

papar berkaitan - pada 9/11/2023 - jumlah : 146 hits
Syed Saddiq 31 didakwa bersubahat dengan bekas Penolong Bendahari Armada Rafiq Hakim Razali yang diamanahkan dengan dana Armada berjumlah RM1 juta melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu di CIMB Bank Berhad Menara CIMB KL Sen...
Syed Saddiq Dihukum Penjara 7 Tahun Denda Rm10 Juta 2 Sebatan

Syed Saddiq Dihukum Penjara 7 Tahun Denda Rm10 Juta 2 Sebatan

papar berkaitan - pada 9/11/2023 - jumlah : 186 hits
Hidir Reduan Abdul RashidBekas menteri belia dan sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dijatuhkan hukuman tujuh tahun penjara dua sebatan dan denda RM10 juta Hukuman itu selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman bersalah terhad...
Pemimpin Perlu Jadi Lebih Putih Daripada Putih Kata Syed Saddiq

Pemimpin Perlu Jadi Lebih Putih Daripada Putih Kata Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 9/11/2023 - jumlah : 116 hits
Hidir Reduan Abdul RashidMemberi bayangan berkenaan masa depan politiknya Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata pemimpin yang baik di Malaysia mestilah lebih putih daripada putih Dia berkata demikian ketika sidang media selepa...
Rugi Rakyat Muar Ada Mp Semacam Syed Saddiq

Rugi Rakyat Muar Ada Mp Semacam Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 2/11/2023 - jumlah : 160 hits
ZAINUDDIN OMARSelepas Kuala Kangsar Labuan pula sokong PMX PMX sudah ada 149 MP menyokong beliau dan ini melebihi 2 3 Syed Saddiq bila mahu U turn Vodoh betul Syed Saddiq jadi pembangkang dan semua peruntukan di tarik balik Orang Muar juga ...
Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

O G Firm Right To Dismiss Worker For Refusing Covid 19 Jab Says Industrial Court

Bersatu Needs A Clear Agenda For Malaysians Says Wan Saiful

Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


12 Perkataan Baharu Yang Dimasukkan Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka

Lirik Lagu Kamu Tak Sendiri Jemimah Cita

Dayana Amerda Jatuh Cinta Chord

Selamat Tahun Baru 2025 Contoh Ucapan Kata Motivasi

Pahang Mencatatkan Kejayaan Yang Luar Biasa Dengan Jumlah Jualan As 63 9 Juta Di Mihas Dubai

The Youth Who Could See The Wind En Magisk Resa Genom Frankrikes 17 E Hundrade