Syarikat Penerbangan Punca Masalah Berita Harian 29 02 2024


 

KUALA LUMPUR: Jurulatih pasukan Taekwando dari Sabah, Safuan Fathy Amran meluahkan rasa syukur selepas warga negeri itu menderma untuk membeli tiket penerbangan baharu selepas beberapa ahli pasukan itu terlepas penerbangan ke Kuala Lumpur berikutan penerbangan sambungan mereka lewat.

Dalam hantarannya di Facebook, Safuan berkata pasukan Taekwando itu mula bertolak ke Kuala Lumpur dalam beberapa kumpulan.

"Kumpulan yang terjejas ini telah berada di lapangan terbang Kota Kinabalu seawal 7.30 pagi untuk penerbangan ke Sandakan yang dijadualkan pada jam 9.30 pagi.

Namun, penerbangan itu tertunda menyebabkan pasukan itu lewat tiba di Kota Kinabalu.

"Walaupun pasukan kami sudah daftar masuk awal ke penerbangan ini, kerana kami tiba di lapangan terbang 40 minit sebelum pesawat berlepas, pihak syarikat penerbangan tidak membenarkan kami menaiki pesawat untuk ke Kuala Lumpur," katanya.

Beliau kecewa kerana syarikat penerbangan tambang rendah yang mengalami kelewatan penerbangan itu tidak memaklumkan perkara itu lebih awal.

"Bayangkan betapa hancur perasaan peserta yang telah bertungkus lumus berlatih berbulan. Ibu bapa pula berusaha mencari duit untuk menampung kos kejohanan.

Satu syarikat penerbangan walau pun sudah daftar masuk hanya sahkan kehadiran sahaja, tidak diterima. Yang penerbangan tambang murah pula, gagal maklumkan kelewatan lebih awal," katanya.

"Kasihan kepada para peserta. Hancur hati. Kini, ada ibu bapa cuba sedaya upaya untuk mengikuti perjalanan anak mereka walau terpaksa membayar lebih RM3,000 harga tiket untuk esok hari (hari ini).

Ibu bapa lain, pasrah dan menarik diri sebab kos mengikut kejohanan Hwarang24 ini RM1,500 seorang tidak termasuk makan minum. Hati ibu bapa turut sedih dan hancur," katanya.

Safuan berkata, kebanyakan ahli pasukannya bukan dari kalangan orang berkemampuan.

"Kami ini peserta yang datangnya daripada daerah termiskin di Malaysia. Pengajaran juga untuk kami. Semoga semua baik-baik saja," katanya.

Mendengar rintihan ini, seorang netizen yang menggunakan nama Riniejene Anthony telah membuka tabung untuk mengumpul dana bagi membolehkan mereka membeli tiket penerbangan baharu.

Menerusi laman Facebook Sabah Info, mereka berjaya mengumpul RM18,000 untuk pembelian tiket penerbangan dan pasukan itu sudah bertolak ke Kuala Lumpur pagi ini untuk menyertai kejohanan Taekwando tersebut.

Semakan BH mendapati setiap peserta yang terjejas memerlukan kos RM1,000 untuk membeli tiket penerbangan satu hala ke Kuala Lumpur dan kos tambahan untuk penginapan dan makan di Kota Kinabalu sementara menunggu penerbangan baharu.

Rata-rata netizen memuji usaha semua pihak yang bekerjasama mengumpul dana diperlukan.
BH difahamkan dana terkumpul sudah melebihi jumlah yang diperlukan dan dana lebihan akan diserahkan kepada pasukan Taekwando dari Sabah itu.

Syarikat penerbangan punca masalah

Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan mengecam tindakan dua syarikat penerbangan tempatan yang menjadi punca punca masalah ini.

"Yang lewat itu sudahlah tidak bertanggungjawab, bersembunyi di sebalik prosedur dan syarat tempoh kelewatan dibenarkan, apabila jadi begini masing-masing lepas tangan.

"Syarikat sambung ke Kuala Lumpur pula sikit pun tidak bertimbang rasa, ini pelajar Malaysia mereka sedang berusaha untuk harumkan nama negara di arena antarabangsa, mengapa sedikit pun tidak pertimbangkan mereka lewat bukan salah mereka, salah syarikat penerbangan juga," katanya.

Nadzim berkata Kementerian Pengangkutan seharusnya mengenakan syarat lebih ketat terhadap syarikat penerbangan dan menjamin kepentingan pengguna terjaga dan tidak ada pihak yang melepaskan tangan apabila berlaku situasi seperti yang dialami pasukan Taekwando dari Sabah itu.

"Mujur rakyat Malaysia sememangnya amat prihatin terutama perkara melibatkan pelajar, tetapi jika rakyat yang perlu bangkit menjaga diri sendiri apa gunanya ada pihak berkuasa ...untuk apa mereka ini," katanya.

Artikel oleh: Berita Harian

SYARIKAT PENERBANGAN PUNCA MASALAH....

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/02/1217988/syarikat-penerbangan-punca-masalah


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2024/02/syarikat-penerbangan-punca-masalah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ppim Saran Lantik Syarikat Bebas Bantu Kkm Tingkat Penguatkuasaan Sinar Harian 06 03 2024

Ppim Saran Lantik Syarikat Bebas Bantu Kkm Tingkat Penguatkuasaan Sinar Harian 06 03 2024

papar berkaitan - pada 6/3/2024 - jumlah : 215 hits
Artikel oleh Sinar HarianPPIM SARAN LANTIK SYARIKAT BEBAS BANTU KKM TINGKAT PENGUATKUASAAN
Anies Bongkar Temuan Kecurangan Pemilu 2024 Masalah Besar Terjadi Di Pra Tps

Anies Bongkar Temuan Kecurangan Pemilu 2024 Masalah Besar Terjadi Di Pra Tps

papar berkaitan - pada 20/2/2024 - jumlah : 186 hits
Menurut Anies berdasarkan data sementara yang dikumpulkan THN AMIN kecurangan Pemilu 2024 terjadi jauh sebelum proses pemungutan suara 14 Februari 2024
Cap Sokong Wujud Peraturan Kawal Selia Kandungan Vape Berita Harian 27 02 2024

Cap Sokong Wujud Peraturan Kawal Selia Kandungan Vape Berita Harian 27 02 2024

papar berkaitan - pada 28/2/2024 - jumlah : 303 hits
GEORGETOWN Persatuan Pengguna Pulau Pinang sedia bekerjasama dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia bagi merealisasikan cadangan pengenalan peraturan kawal selia vape di negara ini Pegawai Pendidikan CAP NV Subbarow berkata CAP turut meng...
Ubah Nasib Bumiputera Usah Malu Contohi Cina Sinar Harian 29 02 2024

Ubah Nasib Bumiputera Usah Malu Contohi Cina Sinar Harian 29 02 2024

papar berkaitan - pada 29/2/2024 - jumlah : 298 hits
Menyingkap kembali sejarah penganjuran Kongres Ekonomi Bumiputera ia telah dirasmikan buat julung kali oleh Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj pada 1965 di Dewan Tunku Abdul Rahman Kuala Lumpur Hasilnya sejumlah 70 reso...
1 000 Berkumpul Di Padang Merbuk Solidariti Demi Palestin Harian Metro 02 03 2024

1 000 Berkumpul Di Padang Merbuk Solidariti Demi Palestin Harian Metro 02 03 2024

papar berkaitan - pada 4/3/2024 - jumlah : 324 hits
Kuala Lumpur Kira kira 1 000 individu berkumpul di Padang Merbuk di sini bagi menyatakan solidariti dalam Himpunan Mega Demi Palestin hari ini Antara individu yang hadir ialah Presiden Parti Amanah Negara Datuk Seri Mohamad Sabu Timbalan Pr...
5 Sebab Air Asia Tidak Sanggup Bagitahu Cara Booking Tiket Penerbangan Percuma Tahun 2024

5 Sebab Air Asia Tidak Sanggup Bagitahu Cara Booking Tiket Penerbangan Percuma Tahun 2024

papar berkaitan - pada 19/2/2024 - jumlah : 290 hits
Rina dan Rizal adalah pasangan yang suka melancong ke tempat tempat menarik di seluruh dunia Mereka selalu mencari tiket penerbangan yang murah dan berkualiti untuk menjimatkan kos perjalanan mereka Suatu hari mereka terjumpa satu promosi h...
Kerajaan Perlu Segera Beri Kata Putus Harga Siling Beras Sinar Harian 25 02 2024

Kerajaan Perlu Segera Beri Kata Putus Harga Siling Beras Sinar Harian 25 02 2024

papar berkaitan - pada 26/2/2024 - jumlah : 167 hits
Artikel oleh Sinar Harian KERAJAAN PERLU SEGERA BERI KATA PUTUS HARGA SILING BERAS
Bangun Sistem Khas Kawal Bekalan Diesel Petrol Ppim Sinar Harian 24 02 2024

Bangun Sistem Khas Kawal Bekalan Diesel Petrol Ppim Sinar Harian 24 02 2024

papar berkaitan - pada 24/2/2024 - jumlah : 383 hits
SHAH ALAM Kerajaan perlu membangunkan sistem khusus bagi memastikan bekalan diesel mahupun petrol bersubsidi di negara ini tidak dimanipulasi pihak tertentu yang akhirnya memberi manfaat kepada rakyat asing Ketua Aktivis Persatuan Pengguna ...
Ppim Tubuh Task Force Tangani Kes Kuil Haram Sinar Harian 17 02 2024

Ppim Tubuh Task Force Tangani Kes Kuil Haram Sinar Harian 17 02 2024

papar berkaitan - pada 19/2/2024 - jumlah : 289 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia menubuhkan task force bagi memberi tumpuan kepada kes kuil haram selepas menerima banyak aduan berkaitan isu berkenaan Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata jawatankuasa itu akan berperan...
Pak Lah To Be Laid To Rest In Warriors Mausoleum

Perbelanjaan Menggunakan Kereta Proton E Mas 7

Resipi Kuih Peria Yang Sedap Mudah Tip Bentuk Jadi Cantik Guna Jaring Ini

Biografi Tun Abdullah Ahmad Badawi

Back To The Future Why Y2k Fashion Is Making A Major Comeback

Unleash Your Inner Artist Learn How To Paint

Mastering The Road Learn Driving Theory For A Solid Foundation

Sharing The Road With Trucks A Safety Guide For Drivers


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Belasungkawa Tun Abdullah Ahmad Badawi Perginya Permata Negara Di Usia 85 Tahun

Soal Jawab Agama Bawah Sejadah Ada Najis

Keladi Sayur Setelah 3 Bulan Di Raised Bed

Cultural Rhythms Festival Showcases Global Talents At Harvard

Nerdywave Tees For Geeks Gamers The Slightly Supernatural

Designing With Heart Eurisko S Ui Ux Touch Transforms Lebanon